Saturday, June 25, 2011

Berani Untuk Berubah Sikap

DALAM dunia ini, masih ramai lagi antara kita tidak memahami dan lupa langsung bahawa setiap kejayaan itu kebanyakannya berpunca dari sikap kita sendiri. Sesuatu kegagalan juga bergantung dengan sikap kita sendiri juga. Jadi, kejayaan atau kegagalan seseorang terletak dalam diri kita sendiri walaupun banyak juga faktor-faktor yang boleh untuk mengait atau penambah kepada kejayaan atau kegagalan itu.

Di media massa sering kita mendengar kejayaan dan kegagalan seseorang, syarikat dan banyak lagi perkara-perkara yang berkesudahan dengan nama kejayaan atau kegagalan. Setiap yang hidup di dunia ini akan menghadapi antara kedua-dua ini. Dan anggapan kita kejayaan itu sesuatu yang baik dan kegagalan itu sesuatu tidak baik.

Kadang kala kejayaan itu memberi ketidakgembiraan kepada individu lain atau makhluk lain dan kegagalan itu mungkin juga memberi ketenangan kepada individu lain dan makhluk lain pula.

Terkadang kita tertipu dengan perkataan kejayaan dan kegagalan ini seakan tiada memberi kata penyudah yang infiniti yang sebenar kerana kejayaan dan kegagalan tidak mewakili ketunggalan sesuatu penyudah itu. Ia seakan kabur di penyudahnya.

Membingungkan. Seakan berlaku sesuatu yang tidak adil atas perkataan kejayaan dan kegagalan. Adakah perlu untuk kita memperkatakan kejayaan dan kegagalan tersebut hanya dengan perkataan, ucapan lisan dan ternampak hasil yang kita dapat dan tak terhasil yang diusahakan.

Namun, kejayaan mungkin boleh dirasai melalui hati kita yang riang dan begitu juga kegagalan yang boleh kita rasai dengan peritnya kegagalan.

Dari perenggan yang pertama tadi, aku ingin nak beritahu bahawa kejayaan atau kegagalan kita banyak bergantung dengan sikap diri kita sendiri. Jika positif sikap kita, pasti kejayaan akan mengekori kita dan jika negatif sikap kita pasti kegagalan akan meyelubungi kehidupan kita.

Dalam kita melayari dunia ini, agama merupakan penggerak utama untuk kita mencapai semua ini kerana agama lebih dekat dan mesra dengan nilai-nilai yang positif atau mengajak untuk kita brsikap positif.

Dan semua ini, kadang-kadang kita tak perlu perkatakan kerana sesuatu perkara ada masanya perlu untuk kita katakan dan kadang kala memadai dengan kita fahaminya sahaja sudah cukup untuk kita memperkata sesuatu itu. 


Tuesday, June 21, 2011

Ketenangan Hati Hanya Diperolehi Dengan Amalan Baik(Soleh)---Kehinaan Dan Kemiskinan Akan Terhapus

DI bawah ini hanya diberikan contoh-contoh sahaja.

1. Segala keperluan akan disempurnakan oleh Allah jika seorang itu membaca Surah Yassin pada waktu pagi.
(Hadis)

2. Kemiskinan akan dihapuskan jika seorang itu membaca Surah Al Waqi'ah setiap malam sekali.
(Hadis)

3. Dengan mengingati Allah - Tahmid, tasbih dan tahlil ketenangan dan kepuasan akan didapati.

4. Seseorang itu akan dihilangkan daripada azab Allah jikalau dia berzikir.
(Hadis)

5. Doa yang sebelumnya dan selepasnya dibacakan salawat akan diperkenankan oleh Allah Ta'ala.
(Hadis)

6. Harta akan bertambah melalui kedermawanan.
(Hadis)

7. Sedeqah meredakan kemurkaan Allah dan menjauhkan azab sakaratul maut ketika hendak mati.
(Hadis)

8. Melalui ketaqwaan dan istiqhfar seorang itu akan memperolehi rezekinya daripada tempat(sumber) yang dia tidak ketahui puncanya.
(Quran &  Hadis)

9. Kesyukuran menambahkan nikmat.
(Quran)

10. Seorang yang menyempurnakan keperluan saudara Islamnya akan disempurnakan oleh Allah akan keperluannya.
(Hadis)

11. Doa dapat membantu samada bala yang telah turun atau yang belum turun.

12. Membaca Laa haula-wala - quwwata-illa-billahil-'aliyul 'azim adalah penawar atau penyembuh bagi 99 jenis penyakit. Sekurang-kurangnya penyembuh yang paling kecil ialah menghilangkan dukacita.
(Hadis)

Salawat, istiqhfar, membaca Al Quran, doa dan puasa (dengan melazimkannya), sedeqah dan zakat adalah menurunkan Rahmat Allah ke atas pelaku amalan-amalan tersebut.

Bab 61 - Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Monday, June 20, 2011

Bila Aku Bercuti Di Limbang - Bahagian Akhir

Di Limbang..masa bersama penyapu-penyapu ini amat mengujakan..
DAN aku telah berada lagi di KL... cuti seminggu di Limbang sungguh mengujakan. Mungkin aku berharap benar untuk terus berada di Limbang. Permohonan untuk aku balik ke Limbang belum ada keputusan lagi...bilakah? Hanya Allah yang mengetahui segala yang berlaku dan akan berlaku dengan penuh hikmah-Nya mengapa aku masih di sini..

Bila agaknya aku dapat membeli pesawat ini sebagai kenderaan harian aku?
Yang ini pulak pesawat untuk aku ke KL..aku gunakan melalui Miri dan aku ada driver khas pulak yang disediakan oleh Dato' Tony F......







Thursday, June 16, 2011

Bila Aku Bercuti Di Limbang - Bahagian Ketiga

HARI ini aku dah 6 hari di Limbang dan tengah menanggung kerja yang ditinggalkan oleh isteriku. Masa ni isteriku tengah berkursus di Kuching, jadi akulah ibu dan bapa kepada anak-anakku. Tugas harian aku menghantar dan mengambil anak-anakku ke sekolah, KAFA serta tuisyen, cuci, jemur dan menyangkut baju, membasuh pinggan mangkuk, membersih rumah luar dan dalam, menyediakan persiapan persekolahan untuk anak-anak, memasak dan apa-apa yang bersangkutan kerja-kerja di rumah dan di luar rumah. Selebihnya aku buat kerja aku sendiri.

Jadi, setiap saat, minit dan jam yang bergerak sentiasa dipenuhi dengan kerja-kerja yang ada. Mungkin aku nak "tampung" balik kerja-kerja yang aku tinggal selama sebulan dan bila aku balik dibuat secara borong. Seronok juga buat kerja rumah ni, begitu teruja nak buat terus kerja macam ni. Kalau kerja kat ofis lain sikit kerana banyak sangat prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi, kalau tak dipatuhi, tak diterimapakailah jadinya.

Setelah kau ku tinggalkan hampir 2 tahun lebih...
Biasanya waktu petang lepas ambil anak-anak dari KAFA dan tuisyen, aku lebih suka nak bersihkan halaman rumah aku ni, terutamanya pokok-pokok bunga. Sepeninggalan aku di KL, kebanyakan pokok-pokok bunga aku telah ditumbuhi oleh lalang yang berlalu. Maka, makin cantik dan menghijaulah pokok-pokok bunga aku. Jadi, masa yang terluang ini aku gunakan untuk membersih balik pokok-pokok bunga aku tu.

Dengan kesempatan yang ada juga, aku sempat juga khidmat jemaah 40 hari dari Melaka yang kebanyakan mereka pelajar-pelajar yang belajar di Melaka ditemani 2 orang awam pagi tadi(16/6/2011). Aku cuma khidmat jemaah tu untuk hantar ke terminal bot sahaja. Mereka ni bagus-bagus, route yang ditaskil kebanyakan di kawasan-kawasan sungai, mujahadah betul mereka ni tapi wajah mereka sentiasa senyum dan gembira.

Dah nak tangguh...sentiasa senyum..menunggu untuk masuk
bot ekpress dan yang kat sebelah tuu..orang lama Limbang..
Dikhabarkan juga satu lagi jemaah akan datang ke Limbang hari ini, jadi aku telah bersiap sedia untuk khidmat menghantar jemaah ini ke route yang ditetapkan kelak.

Selepas asar tadi, aku dan geng-geng yang lain telah menyambut satu lagi jemaah dari Seri Petaling yang terdiri daripada sabguzari dari Johor Bahru, Penanti, Seremban dan seorang dari KL iaitu pelajar terus dihantar ke tempat sabguzari Limbang. Semalam kawan aku berbisik dengan aku, datang lagi jemaah...? Jadi, bersambung-sambunglah jemaah datang ke Limbang dan rakan seusaha di sini tak rehatlah...selamat nusrah jemaah... 

Bila Aku Bercuti Di Limbang - Bahagian Kedua

Hotel Seri Malaysia Lawas
SESAMPAI di Limbang, aku dan keluarga pergi ke Lawas dan tinggal di Hotel Seri Malaysia, merupakan cawangan yang pertama di Sarawak. Nampak seksi juga hotel ni tapi lenggang sikit, mungkin orang dah lepas bercuti tapi aku baru mula nak bercuti.

Hari Ahad aku bertolak ke Lawas, sebelah petangnya, aku dan keluarga serta ipar aku pergi ke Sipitang, Sabah untuk menikmati satay Sipitang. Orang bilang, satay kat Sipitang sedap jadi cuba-cuba nak rasalah bersama keluarga dan ipar sekali. Terasa juga sedapnya tapi anak-anak aku tak berapa berkenan nak makan satay, cuma aku dan ipar aku sahaja yang begitu "terseliur".

Satay Sipitang
Petang tu terus balik lagi ke Lawas dan lepak sahaja di bilik hotel sehingga ke pagi. Aku keluar cuma nak beli barang dengan anak aku yang lelaki. Tak de apa nak dibuat cuma menonton rancangan Akademik Fantasia peringkat akhir yang dimenangi oleh Hazama. Melihat akan persembahan finalis ni, memang patutpun si Hazama menang dan Lenapun patut di tempat kedua dan yang tak patutnya mengapa pula aku nak menonton rancangan ini. Dah anak-anak menonton akupun ikut sama. Hanya isteri dan anak bongsu aku yang awal tidur, lepas tu semuanya tidur.

Esoknya, kami sekeluarga bersarapan di hotel tu kerana disediakan untuk semalam di situ. Sarapannya agak ringkas dan padat....makanan yang dihidangkan roti...nasi bubur...nasi goreng...mee goreng... kacang panggang...sosej...nasi lemak.....laksa Sarawak....buah-buahan serta air buahan dan tak lupa juga teh dan kopi.

Kami sekeluarga check-in dalam pukul 1.00 tengahari, singgah sekejap di pasaraya ngiu kee mencari keperluan dan terus balik ke Limbang.

Antara sempadan Lawas/Brunei tak sesak sangat, cuma sempadan Brunei/Limbang begitu panjang barisannya untuk masuk ke Limbang. Kesesakan ini biasanya berlaku apabila nak naik feri, feri cuma muat untuk 8 buah kereta sahaja. Jika lori masuk sekali cuma 5 - 6 buah sahaja yang dapat masuk ke dalam feri.

Hampir 30 minit juga menunggu untuk dapat masuk ke dalam feri, lepas keluar dari feri aku pecutlah kereta untuk cepat sampai ke rumah. Sampai di rumah dalam pukul 5 petang...

Dan malamnya, aku tak berapa sihat...mungkin terlampau penat dan lelah...mungkin usia aku semakin lanjut untuk meneruskan perjalanan sebegini....

Dan kat bawah ni gambar-gambar semasa di Lawas dan balik  ke Limbang...
Pemandangan di waktu pagi pekan Lawas...tingkat 4 Hotel Seri Malaysia

Nak sarapan pagi...

Siti Zulaikha

Siti Humaira

Ameer Hariz

Anak-anak...

Barisan kereta-kereta yang nak masuk negara Brunei di sempadan menggunakan feri, bayar perkhidmatan feri RM8.00

Kereta aku dah masuk dalam feri...








Bila Aku Bercuti Di Limbang - Bahagian Pertama

Belon untuk ke Labuan....
CUTI sekolah sudah habis berlalu, dan aku baru bercuti untuk balik ke Limbang. Tiada apa-apa yang aku nak bawa bila balik ini, hanya buah tangan yang biasa sahaja. Setiap kali aku balik, pasti aku berjumpa dengan indvidu yang baru balik dari keluar di jalan Allah, iaitu seorang hamba Allah yang baru balik dari India dan Bangladesh selama 4 bulan. Berasal dari Indonesia. Beliau bercerita dengan semangatnya bila berjumpa dengan aku tentang pengalaman di 4 bulan di dua negara itu. Aku hanya diam mendengar laporan dari saudara dari Indonesia itu, sebab aku belum lagi keluar 4 bulan.

Setelah mendengar laporan serba ringkas dari saudara itu, aku angkat punggung untuk mencari tempat untuk berehat, di LCCT aku terpaksa bermalam sebab penerbangan aku ke Labuan awal esok, jam 7.30 pagi. Terpaksalah aku bermalam di LCCT. Aku sememangnya tak berapa suka nak tidur di LCCT ni, tak dapat nak tidur, sejuk dan sentiasa berjaga-jaga takut kehilangan barang-barang.

Biasanya, aku jarang tidur, kalau tidurpun hanya beberapa minit sahaja, tak berapa lena. Suasana di LCCT di waktu malam biasanya sibuk juga kerana pendaratan kapal terbang dari dalam negara dan luar negara. Kehadiran penumpang-pnumpang yang baru mendarat menggambarkan lagi kesibukan suasana di LCCT pada waktu malam. Jika dibandingkan dengan suasana di KLIA agak lenggang sikit pada sebelah malam. Maklumlah, AirAsia tambang murah MAS tambang mahal, tentulah pilihan lebih kepada AirAsia.

Express laut nak ke Limbang....selalunya jemaah datang melalui  express  laut.
Dan malam itu aku tidur dalam jaga, tertidur sekejap di surau LCCT yang kat Food Centre tapi terlampau dingin sehingga lena aku terganggu, akhirnya aku tertidur di atas kerusi tepi jalan berhampiran dengan stesen bas yang nak ke KL Sentral.

Aku bangun dalam jam 4 lebih, dekat-dekat jam 5 aku terus ke surau nak lelapkan mata tapi tak dapat. Terus sahaja aku ke tandas untuk membersihkan diri. Lepas solat Fajar aku terus ke dewan keberangkatan takut terlewat nanti. Dan  aku sudah terbayang Labuan dan seterusnya Limbang...


Saturday, June 4, 2011

Islam Dan Perintah-Perintah Agama Islam Menjadi Asing

TELAH diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Islam itu bermula sebagai seorang pengembara asing dan kemudiannya akan menjadi asing sebagaimana ia bermula. Beruntunglah bagi mereka yang asing."
(Muslim)

Telah juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Iman akan berlindung di dalam Madinah Munawwarah sebagaimana ular kembali berlindung di dalam lubangnya."
(Bukhari)

Nota
Lebih daripada 1,400 tahun yang lampau, Rasulullah s.a.w. telah melancarkan seruan agama di Kota Mekah. Baginda memberitahu manusia tentang ketauhidan, kerasulan, hari kebangkitan dan penghisaban amalan-amalan di hadapan Allah s.w.t. selepas mati.

Baginda menyatakan bahawa Allah itu Esa dan Muhammad itu adalah Pesuruh Allah. Baginda menyampaikan perintah solat, puasa, zakat, haji, kemurnian, kesabaran, kesyukuran, kemaafan, menyayangi kepada yang tua-tua, ketaatan terhadap kedua ibubapa. Baginda mengharamkan arak, riba', berdusta, menfitnah, hasad dengki, tipudaya, perzinaan, ketakburan dan bangga diri(ujub).

Sejarah telah menyaksikan apabila Baginda menyeru ke arah ini maka seluruh penghuni Mekah dan kawasan-kawasan di sekitarnya serta puak dan kaum malahan saudara-maranya menjadi musuhnya. Mereka tidak dapat memahami hakikat daripada dakwah dan juga hakikat Iman dan Islam.

Lantaran mereka tidak dapat memahami hakikat iman, agama berserta dengan perintah-perintah-Nya, maka agama menjadi asing seumpama pengembara asing. Apabila seorang pengembara aneh muncul di suatu tempat, seorangpun tidak akan memperlihatkan rasa kasih dan sayang terhadapnya. Pertolonganpun tidak diberikan. Apatah lagi perlindungan hanyasanya kerana dia tidak dikenali.

Sebaliknya mereka akan melihatnya penuh sangsi apabila dia berkata sesuatu atau mengajak kepada sesuatu. Jikalau dia menyarankan kepada sesuatu kepercayaan yang bertentangan dengan keyakinan umum maka sudah tentu dia akan digagalkan.

Ringkasnya tidak seorangpun akan memberikan apa-apa pertolongan atau perlindungan kepada si pengembara tersebut sebaliknya mereka akan menuduh, menghina, mengutuk dan membantah kepadanya.

Begitulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. menyifatkan Iman, Islam, perintah-perintah agama, kepercayaan dan usaha terhadap iman sebagai sesuatu yang terasing sebagaimana yang kita perhatikan sekarang ini.

Pertamanya lihatlah terhadap keadaan iman orang-orang Islam sendiri. Lantaran memandang sepi dan kekurangan pembelajaran agama maka iman menjadi begitu lemah terutamanya mengenai ketauhidan dan kerasulan. Orang ramai telah tidak lagi mempercayai Zat dan Sifat Allah, sebaliknya mula mempercayai wali-wali, jin, hantu dan sebagainya. Mereka meyakini benda-benda inilah yang mendatangkan manafaat dan mudharat lalu mula sujud kepada kuburan-kuburan.

Mereka juga tidak mempercayai kepada kerasulan Nabi. Pernyataan cinta terhadap Rasulullah s.a.w. hanyalah terhad kepada perayaan yang beriya-iya pada bulan Rabiul Awal(maulud), jika tidak maka amalan mereka terpesong daripada kebiasaan dan tingkah laku nabi dan tertambat kesukaan dan tiruan mereka kepada cara berpakaian, cara kehidupan, makan, minum serta setiap aspek hidup menurut gaya Kristian dan Yahudi.

Dalam keadaan-keadaan yang demikian jikalaupun cara pengajaran yang betul mengenai ketauhidan dan kerasulan diberikan dengan beribu-ribu, malahan berjuta-juta dakwaan ketauhidan, mereka tidak akan memahaminya atau mereka cuba-cuba untuk memahaminya. Malahan orang yang menawarkan pengajaran Islam dan ketauhidan Allah serta sifat-sifat-Nya akan dicap sebagai murtad. Orang ramai bersedia untuk menentanginya. Mereka ini jauh daripada perintah-perintah agama yang difardhukan (solat, puasa, zakat, haji).

Zakat dianggap mereka sebagai cukai dan penunaian haji mereka rasakan kerugian di dalam perniagaan dan kerugian wang ringgit. Mereka berpura-pura sakit untuk dijadikan alasan untuk tidak berpuasa. Mereka tidak dapat memahami tentang haramnya riba'.

Mereka juga syak dan ragu mengapa hanya pihak lelaki sahaja yang diberikan hak menceraikan isterinya. Mereka merayu dan menganggapnya sebagai suatu hak (yang mana ini bertentangan dengan syariat) bahawa seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya bertanggungjawab menyara si isteri itu walaupun selepas masa iddahnya (masa larangan).

Mereka juga menimbulkan penentangan terhadap pemakaian purdah untuk wanita dan juga meragui tentang syarat dan keizinan bagi lelaki itu untuk mengahwini empat isteri. Tetapi pada pandangannya seorang yang dapat meyimpan setengah dozen perempuan simpanan dan bebas berzina dianggap seorang yang beruntung dan bernasib baik.

Betapa bertentangannya nilai yang dipakai. Menentang amalan yang halal tanpa segan silu menyokong perbuatan-perbuatan mungkar. Menyekat seorang wanita membuat perjalanan tanpa mahram dikatakan tidak baik tetapi membiarkan dia bercampur gaul tanpa mahram untuk ke pawagam, kelab atau hotel dikatakan baik tidak kiralah jikalau dengan itu maruah dan kesuciannya tergadai.

Mungkin mereka tidak sedar bahawa guru mereka sendiri yang terdiri daripada bangsa barat telah berkata bahawa tiga perkara yang tidak boleh dipergantungkan ke atasnya yakni wanita, cuaca dan kerja.

Tetapi setelah memberi kebebasan kepada wanita, orang lelaki menjadi dayus. Saraan bagi wanita - makanan, pakaian dan rumah(tempat perlindungan) adalah menjadi tanggungjawab dan kewajiban si suami sehingga tidaklah perlu si isteri keluar untuk bekerja dengan sesiapa(kerana ini adalah terlarang di dalam syariat). Namun mereta tidak mahu memahaminya mungkin mereka tidak kisah jika si isteri pergi bekerja lalu membuat hubungan dengan lelaki asing dan lari bersamanya.

Jikalau perzinaan dibuktikan dengan empat saksi yang adil, maka pasangan yang tidak berkahwin akan disebat dengan 100 sebatan seorang dan jika perzinaan bagi pasangan yang berkahwin dibuktikan dengan empat saksi yang mana pelaku tersebut hendaklah direjam dengan batu sehingga mati.

Timbul bantahan di dalam suratkhabar sehingga kini dan seterusnya bahawa hukuman Islam ini suatu yang kejam(1) tetapi aku ingin bertanya kepada orang-orang yang mendakwa sebagai juara kebijaksanaan yang sebenarnya, mengapakah mereka mengwujudkan ladang yang berasingan untuk memajukan dan menanam benih daripada berbagai-bagai bijirin seperti sekoi, gandum, barli, beras dan lain-lainnya?

Mengapa pula mereka mengadakan begitu banyak syarat untuk menumbuhkan setiap daripadanya dengan baik? Mengapa mereka memelihara benih kuda, unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri? Jikalau kedapatan banyak faedah daripada pemeliharaan bagi jenis-jenis ini maka sudah tentulah seribu atau lebih lagi faedah yang diperolehi daripada memelihara benih manusia.

Penduduk bagi sesuatu negeri, bahagian, kawasan malahan di dalam sesuatu daerah mempunyai kesamaan dari sifat-sifat yang tersendiri yang diwarisi. Mengapa tidak dipelihara setiap benih tersebut. Benih ini hendaklah ditanam pada musim yag sesuai (semasa isteri tidak haid dan lain-lain uzur syar'i) di tempat atau ladang yang betul (yakni isteri) yang memiliki segala syarat.

Tetapi malangnya, pendakwa-pendakwa kebijaksanaan ini tidak dapat memahaminya dan mereka tidak akan memahaminya. Alasannya ialah bahawa terdapat penyelewengan naluri dan sifat. Tidak berpada dengan yang halal sedangkan tidak terdapat padang ragutan yang haram maka wujudlah rasa tidak puas.

Maka dengan sebab inilah Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa : "Akan tiba suatu zaman apabila perintah-perintah agama akan menjadi sebagai pengembara asing. Bantahan dan keraguan akan ditimbulkan ke atas mereka yang menuruti agama dan perintahnya. Mereka akan dituduh dan difitnah. Orang yang menghidupkan sunnahku di kalangan kerosakan ummatku aka diganjari dengan seratus pahala mati syahid."
(Baihaqi)

Dengan adanya bid'ah (perkara yang diada-adakan di dalam agama) dan kejahilan maka sukarlah untuk mengamalkan sunnah. Lantaran kesukaran mengamalkan sunnah maka ganjaran baginya adalah begitu besar sehingga diberikan pahala seratus syahid (orang yang gugur di jalan Allah) menghadapi musuh dia mungkin gugur syahid apabila menerima sekali pukulan pedang atau sebilah panah atau sebutir peluru sedangkan seorang yang mahu menghayati sunnah terpaksa menerima begitu banyak kesukaran dan kesusahan. Setiap hari dan malam dia akan dihina, diejek oleh ahli-ahli rumahnya, kampungnya serta kawan-kawan dan rakannya yang tidak berfikiran agama. Orang-orang yang berpegang kepada sunnah ini memerlukan kesabaran Nabi Ayub 'alaihisalam.

Maka dengan ini seorang yang dapat berpegang kepada hanya satu sunnah sahaja akan memperolehi "ganjaran seratus pahala mati syahid" dan bagi setiap satu amalan baik yang dicapainya maka dia akan dikurniakan dengan 50 amalan baik para sahabat.

Justeru, Rasulullah s.a.w. telah memberi tahniah dan berita gembira kepada pengembara asing ini. Sesungguhnya dia layak menerima sanjungan ini kerana memperolehi ganjaran yang begitu besar!

Keadaan tidak beragama akan merata di negara Arab dan bukan Arab. Tetapi ketika hampir Kiamat agama akan kembali kuat di Hijaz, Makkah, Madinah dan Syria. Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa Iman dan Islam itu seumpama seekor ular yang keluar daripada lubangnya pada waktu petang. Iman dan Islam yang muncul daripada Tanah Hijaz telah menjelajah ke seluruh alam tetapi setelah hampir Kiamat ia akan kembali ke Hijaz.

Nota
Pada ketika ini perintah-perintah agama dan ilmu-ilmu agama terpelihara dan wujud di India yang tidak kedapatan pada lain-lain bahagian dunia walaupun di Mekah dan Madinah. Hadrat Shaikhul Islam Maulana Hussain Ahmad Madani ketika mengajar kitab Hadis Tirmizi berkata kira-kira 350 hingga 400 tahun agama dan perintah-perintah agama masih terpelihara di India dan selepas ini ke mana pula ia akan pergi tidaklah diketahui. Tetapi menjelang Kiamat agama akan kembali ke tanah Hijaz.

(1) Satu jawapan yang kukuh terhadap bantahan ini telah diberi oleh Maulana sebelum ini apabila bantahan yang sama telah dihantar kepadanya dan mengatakan bahawa hukuman rejam adalah satu amalan yang tidak bertamadun. Maulana menjawab : "Syariah Islam menganggap perzinaan sebagai satu jenayah berat bertentangan dengan masyarakat dan tamadun. Rasulullah s.a.w. telah menasihat agar setiap orang muda supaya berkahwin, jikalau dia berkemampuan. Tetapi dia tidak mempunyai hak untuk merosakkah kehidupan gadis itu lalu memusnahkan nama baik keluarganya dengan membuat hubungan haram dengannya.


Begitulah juga seorang lelaki itu dibenarkan mengahwini sehingga empat isteri jika dia berkemampuan daripada fizikal dan kewangan tetapi dia tidak mempunyai hak untuk membinasakan kehidupan rumahhtangga orang lain dengan menggoda wanita yang berkahwin untuk melakukan persetubuhan haram. Lantaran jenayah terkutuk ini merosakkan keluarga dan masyarakat yang sihat dan bermoral maka Islam telah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas kedua-dua  pesalah yang perbuatan mereka itu telah dibuktikan melalui persaksian empat orang yang adil. Jenayah ini mesti dihukum dengan berat demi kepentingan idividu dan masyarakat.


Namun dapat kiranya aku bertanya kepada si terpelajar itu apakah jenayah yang telah dilakukan oleh orang kampung yang tidak bersalah - lelaki, wanita dan kanak-kanak Vietnam yang mana kamu telah jatuhkan api dan bom ke atas mereka disertai dengan bom-bom kuman penyakit yang serius serta gas yang meledakkan nyawa manusia? Adakah mereka wajar menerima "rejaman" ini? Tolong beritahuku.
(Quraish)

Bab 60 - Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...