Terasa benar aku, bila blog aku ni lama dah tak tertulis oleh curahan hati ini. Dah dekat 2 tahun aku tak singgah di sini. Mungkin juga kesibukan yang mengelilingi aku sekarang. Mungkin juga malas nak menulis di blog ini....yang tak memberi pulangan yang setimpal dengan kehendak hati.
Aku rasa bukan itu semua, aku terasa begitu kurang masa untuk aku mendekati blog aku ni. Mungkin juga cinta yang semakin pudar ke arah untuk aku menulis apa yang tertera dalam sudut hati aku. Terasa juga, idea yang makin kosong untuk aku contengkan di blog aku.
Yang pasti, jemari aku makin lemah untuk menekan butang kat lap top. Yang aku buat sekarang, hanya sibuk dengan tugasan kerja.....sepatutnya aku boleh untuk memberi masa bersama blog. Lagipun anak-anak aku dah besar semuanya dan bersekolah di luar Limbang.
Kekadang aku masih mencari asbab terjadi semua ini....
Sekarang ni, dah bulan november...dah penghujung tahun. Dalam tahun 2016, hanya ini yang dapat aku lakarkan sempena berakhirnya tahun 2016. Malam ni tadi tengah menunggu "supermoon" tapi tak juga besar bulan aku pandang tadi. Seperti biasa, ciptaan Allah swt yang sewajarnya kita akui akan kehebatan Allah swt. Adakah wujud kebesaran Allah swt bila terpandang "supermoon" dalam hati kita? Yang mencipta "supermoon", sepatutnya keghairahan kita hanya pada Allah swt bukan dengan makhluk ciptan-Nya.
Mungkin setakat ni dulu ingin aku kongsikan tentang kekosongan idea yang ada. Jadi, tunggulah sehingga kesempatan untuk aku menconteng blog ini.