Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

Pandang Belakang

SUDAHPUN bulan Oktober sekarang, tinggal dua bulan lagi untuk aku berada dalam tahun 2012. Tahun depan sudah 2013 dan banyak cerita-cerita yang aku dengar tentang tahun 2012. Ada yang mengatakan tahun 2012 banyak kejutan yang akan timbul termasuklah bab Kiamat dan kedatangan Imam Mahadi. 

Ada Al-Quran dan Hadis memperkatakan hal-hal ini, namun tidak ada penetapan tarikh yang tertentu yang diberikan. Cuma Rasulullah s.a.w. menyatakan tentang tanda-tanda dekatnya Kiamat dan kedatangan Imam Mahadi. Bab tarikh tidak langsung disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Kadang-kadang cerita yang digambarkan oleh si pencerita tentang perkara begitu signifikan sekali sehingga segenap dunia terasa akan kewujudannya. Kadang-kadang aku berminat juga mendengar cerita sebegini kerana begitu misteri dan mendebarkan akan kehadirannya.

Namun, sejak akhir-akhir ini cerita tentang kehadiran Kiamat dan kedatangan Imam Mahadi semakin kerap diceritakan oleh pelbagai golongan dan agamawan. Aku, kadang-kadang teruja juga dengan penceritaan mereka tentang perkara ini dengan mengaitkan dengan orang sebelah timur akan diangkat menjadi  Imam Mahadi untuk memimpin manusia di akhir zaman nanti.

Terfikir juga aku, adakah aku dan kita semua nanti akan memihak kepada golongan Imam Mahadi? Dengan amalan kita yang cukup-cukup makan serta keyakinan(Iman) yang masih nipis dan sering goyah oleh kehebatan dunia ini, mampukah untuk kita berada pada zaman itu? Sebab pelbagai dugaan dan cabaran yang amat kritikal terhadapiman kita.

Aku dengar pada zaman itu tiada lagi "taskilan" ke arah 1 tahun, 7 bulan, 4 bulan, 40 hari dan 3 hari untuk berjuang di jalan Allah s.w.t., taskilan hanya diminta untuk bagi nyawa! Hebatkan, sekarang ini, kita hanya ditaskil untuk 4 bulan, 40 hari dan 3 haripun masih terkial-kial untuk sempurnakan takaza tersebut. Ini taskil nyawa.

Aku rasa, zaman itu belum tiba lagi dan pasti akan tiba tidak lama lagi dan aku harap jiwa kita ini telah disediakan ke arah itu.

Kita sebenarnya telah disediakan ke arah itu dengan tertib-tertib yang ada sekarang iaitu "kerja makami" bila kita menjadi golongan Ansar dan "kerja baironi" bila kita menjadi golongan Muhajirin. Kita akan menjadi dua  golongan ini sahaja Ansar dan Muhajirin. Iaitu dua golongan para sahabat yang telah sambut takaza untuk penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w.

Golongan yang hijrah adalah golongan Muhajirin dan golongan yang nusrah adalah Ansar. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. berserta dengan golongan Muhajirin ke Madinah telah disambut oleh golongan Ansar atas maksud agama. Apabila terjadinya "hijrah dan nusrah' antara orang Islam, barulah bantuan Allah s.w.t. akan turun dalam membantu agama Islam. Jika tiadanya hijrah ataupun nusrah, pasti bantuan dari Allah agak lambat turun dan tiada bantuan dari Allah s.w.t.

Para sahabat Muhajirin dan Ansar telah tunjukkan akan keberkesanan kaedah ini, sehinggakan Madinah telah menjadi sebuah negara kota yang berjaya di dunia dan akhirat, malahan ditakuti oleh golongan yang lain.

Corak kerja telah ditunjukkan oleh para sahabat r. 'anhum iaitu bagaimana untuk menjadikan individu, keluarga, masyarakat, kampung, bandar, negeri dan negara yang berjaya dari sudut Imaniat, Ibadat, Muamalat, Muasyarat dan Akhlak.

Kita bagaimana? Imam Hanafi mengatakan, jika ingin membaiki keadaan umat yang ada sekarang, pandang ke belakang iaitu tiru sebagaimana para sahabat r. 'anhum.







Saturday, April 7, 2012

Bila Jemaah Syura Datang Ke Limbang

DUA tiga hari ini tadi, jemaah Syura dari Markas Sri Petaling telah datang ke Limbang atas urusan Istimaj yang akan diadakan di Sarawak nanti, iaitu dua tempat telah terpilih di Kuching dan Miri dalam bulan Jun 2012. Dua syura Malaysia yang hadir sama dengan jemaah tersebut Hj. Arshad dan Ustaz Said.

Kehadiran mereka yang singkat begitu memberi kesan yang mendalam ke atas fikir rakan seusaha yang begitu kurang pengalaman dan masih muda lagi dalam usaha dakwah ini. Dalam tempoh dua hari lebih membuat khususi dan usuli ke atas rakan seusaha dan orang alim serta khawas, semalamnya satu mini jord telah dibuat di morhallah Desa Pabahanan dengan kehadiran seramai 50 lebih orang termasuk kehadiran Residen Limbang iaitu En. Maria Hasnan.

Walaupun program yang dibuat agak sederhana tapi penuh dengan kerisauan tentang keadaan umat di seluruh dunia. Bayan yang diterangkan banyak berkisar tentang penekanan pengorbanan atas usaha agama. Atas pengorbanan yang diberikan kalangan orang Islam membuktikan Islam dan amalannya akan berkembang dan tanpa pengorbanan pasti dan pasti Islam dan amalannya akan hilang dalam diri individu Islam itu sendiri.

Ia juga menyentuh tentang kerja dakwah yang wajib untuk orang Islam sertai dan buat sebagai satu tugas hakiki dan maksud hidup. Jika kerja dakwah dijalankan dengan penuh tanggungjawab pasti dan pasti semakin berkurangnya kerosakan yang berlaku di muka alam ini dan akan wujudnya manusia yang berkasih sayang dan cintakan keamanan serta ketenangan.

Majlis bayan itu juga untuk mewujudkan rasa risau terhadap seluruh umat di alam maya ini dan mewujudkan rasa sayang kita ke atas semua umat Islam walaupun wujud pelbagai perbezaaan antara kita tapi persamaan yang ada dalam diri umat Islam adalah kalimah yang sama iaitu kalimah Iman. Ia juga untuk mewujudkan rasa kasih terhadap mereka-mereka yang belum ada kalimah Iman agar mereka juga terselamat daripada azab Allah di akhirat kelak.

Dan sebelum jemaah Syura balik Miri, pagi tadi juga diadakan bayan masturat bagi golongan wanita agar kerisauan nabi s.a.w. juga boleh dikongsi kepada golongan wanita agar merekapun mempunyai fikir yang sama dengan fikir individu lelaki bagaimana kerisauan golongan ini tidak tertumpu kepada keperluan dalam rumah sahaja.

Dan intipati sebenar jemaah itu datang untuk mengeluarkan sebanyak mungkin jemaah 40 hari dan 4 bulan dari setiap tempat karguzari sebelum dan selepas Istimaq. Bagaimana dengan kita ini? Bila lagi nak korbankan diri, masa dan harta kita untuk agama Allah s.w.t.?

Thursday, March 15, 2012

Singgah Di Negara Brunei Darussalam

BULAN Mac, anak aku yang belajar hafiz balik bercuti ke Limbang. Ini merupakan cuti pertamanya pada tahun ini dan aku bersama keluarga mengambilnya di lapangan terbang Negara Brunei.Penerbangan yang aku ambil untuk anak aku sengaja dibuat begitu iaitu dari Alor Star ke KL dan KL ke Bandar Seri Bagawan, Brunei. Sebabnya, anak kawan akupun balik bercuti juga dan sama-samalah mereka berdua bertolak dari Alor Star/ KL/Brunei.

Aku ambil tiket lewat sikit menyebabkan tambang dari KL/Brunei/KL mahal sikit tapi tidak mengapa yang penting anak aku boleh balik ke Limbang sekejap.

Bila sampai di Lapangan Terbang Brunei, kegembiraan jelas terbayang di wajahnya dan terus dipeluknya aku dan ibunya. Aku lihat, fizikalnya dah tinggi sikit. Insya-Allah balik raya nanti mungkin tinggi lagi.

Selepas mengambil anak aku di lapangan terbang, kami sekeluarga terus balik ke Limbang. Jalan-jalan yang ada di Brunei begitu tidak aku kenali sangat. Dalam perjalan ke lapangan terbang itupun aku dan kawan tersesat. Tapi akhirnya berjumpa juga dengan lapangan terbang yang masih diperbaiki semula dan aku terpaksa membayar caj parkir yang bernilai $B2.00. Mahal sungguh!

Cuma, yang aku tak suka jalan di Brunei papan tandanya yang tak mesra "orang luar negara". Papan tanda yang ada di negara Brunei tidak banyak sangat membantu untuk mencari lokasi-lokasi yang ingin kita tujui. Kebanyakan papan tanda yang dibuat menunjukkan arah ke bandar dan pekan sahaja. Memang ada papan tanda untuk menuju arah ke lapangan terbang tapi kadang kala kita hilang panduan bila tidak dinyatakan arah seterusnya untuk ke lapangan terbang. Bagi yang dah mahir mungkin tidak mengapa, bagi aku yang jarang ke Brunei amat perit.

Hari Ahad kelak aku akan hantar balik anak aku ke tempat belajar hafiz melalui penerbangan Brunei/KL/Alor Star. Semoga anak aku dapat menghabiskan masanya di Maahad Tahfiz Makam Diraja Langgar dengan sempurna, Insya-Allah.

Sunday, November 15, 2009

Meniti Debaran Zaman

BAB 23
AKAN BANGUN GOLONGAN-GOLONGAN PENOLAK HADIS (ANTI HADIS)
          Telah diriwayatkan daripada Abu Raf'e r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah biarkan aku melihat salah seorang daripada kamu bersandar di atas bantal empuk lalu dibawakan mana-mana perintah dan larangan-laranganku kepadanya maka dia pun berkata : "Aku tidak tahu dan aku tidak tahu; aku hanya akan patuh dengan apa-apa yang ada di dalam Al Quran."

(Abu Dawud)
          Tersebut di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku telah diberikan Al Quran dan sesuatu (yakni Hadis) yang seumpama Al Quran. Orang-orang yang kenyang dan berpuas hati akan menafikan perintah-perintahku lalu berkata : 'Berpegang teguhlah hanya dengan Al Quran. Apa-apa yang halal di dalam Al Quran, hendaklah menganggapnya halal, dan apa-apa yang diharamkan hendaklah diharamkan." Ingatlah apa-apa yang telah diisytiharkan haram oleh pesuruh Allah, samalah dengan apa yang telah diharamkan oleh Allah."
(Abu Dawud)
(Bersambung...)

Meniti Debaran Zaman

Bab 22
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI - PENGAWAL YANG TIDAK AMANAH DAN BERSIKAP PENYAMUN.
          Bacalah lagi berkali-kali akan Hadis yang di atas. Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Akan terjadi peperangan dan perbalahan yang memusnahkan umat ini sesama sendiri."
          Sambil menggunakan pedang, tombak dan lain-lain senjata yang direka mengikut zaman seperti pistol, senapang revolver, machine gun dan sebagainya, mereka akan membunuh sesama sendiri.
        

Friday, November 13, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 21
AKAN WUJUD PEROMPAK-PEROMPAK KEIMANAN YANG AKAN MEROMPAK IMAN SECARA SOGOKAN WANG - AKAN WUJUD SEGALA MACAM ANGKARA.
         Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setelah kewafatanku, akan muncullah pemerintah-pemerintah yang apabila kamu ikut akan mereka, mereka akan menjadikan kamu kafir, tetapi jika kamu menentang, tidak taat kepada mereka, maka kamu dibunuhnya. Mereka akan menjadi ketua bagi orang-orang kafir dan pemimpin bagi orang-orang sesat."
        

Saturday, November 7, 2009

Meniti Debaran Zaman


BAB 20

MELETAKKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ORANG YANG LEMAH ADALAH DI ANTARA TANDA-TANDA KIAMAT
          Hadis Rasulullah s.a.w.berbunyi : "Apabila pentadbiran diserahkan kepada orang yang tidak berkebolehan dan tidak layak serta lemah, maka tunggulah Kiamat."

Wednesday, November 4, 2009

Meniti Debaran Zaman

BAB 19
HARTA DAN PANGKAT AKAN MENJADI UKURAN PENGHORMATAN DAN KEAGUNGAN
          Pembunuh-pembunuh akan berlipat ganda dan orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan akan memegang tampuk kuasa.
          Diriwayatkan daripada Huzaifah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak akan terjadinya Kiamat sehinggalah kamu bunuh imam (pemerintah kamu) lalu menyembelih di antara satu sama lain dengan pedang-pedang kamu dan akan bangkitlah di kalangan kamu yang jahat menjadi pemimpin-pemimpin dunia."
(Tirmizi)
        

Friday, October 30, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 18
TANDA-TANDA KECIL KIAMAT


          Sekarang ini dibentangkan pula kepada anda tanda-tanda lain akan kemunculan Kiamat. Jika dibandingkan dengan no. 1, tanda-tanda ini dianggap kecil. Tanda-tanda ini akan lahir dan akan terus lahir. Dari sehari ke sehari tanda-tanda ini akan lahir dan akan terus lahir. Dari sehari ke sehari  tanda-tanda ini akan terus hidup subur. Apabila genaplah kemunculan tanda-tanda kecil no. 2, maka timbullah pula tanda-tanda besar no. 3. Pada masa sekarang tanda-tanda itu sedang terjadi dan semakin membesar. Tanda-tanda ini akan terus meningkat sehinggalah perjalanan dunia ini terbinasa sama sekali lalu datanglah tanda-tanda besar.
          Tanda-tanda kecil begitu banyak sebenarnya sedang berlaku pada hari ini yang sedang kita alami. Aku hanya menyentuh tanda-tanda itu sambil lalu sahaja. Aku akan menafsirkan sabdaan-sabdaan Rasulullah s.a.w kepada anda yang telah diberitahunya sejak 1,400 tahun yang lalu akan tanda-tanda yang akan muncul sebelum tibanya Kiamat yang tetap akan berlaku tanpa dapat dielak lagi. Selagi tanda-tanda ini tidak wujud, Kiamat tidak akan terjadi.
          Setiap hari, tanda-tanda ini semakin bertambah dan apabila telah sampai kepada batas dan hadnya, datanglah Kiamat. Aku namakan ia tanda-tanda kecil.
(Bersambung...)

Sunday, October 25, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 17
TANDA KELIMA YANG TELAH WUJUD : API YANG DAHSYAT BERLAKU DI HIJAZ


          Ini adalah salah satu petanda Kiamat yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. Terdapat sebuah hadis yang sama-sama diriwayatkan di dalam Bukhari dn Muslim : "Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak akan terjadi Kiamat sehinggalah api keluar daripada tanah Hijaz, (Cahayanya akan menerangi tengkuk-tengkuk unta di Basra)"
(Muttafaqun 'alaihi)
        

Saturday, October 24, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 16
TANDA KE EMPAT YANG TELAH WUJUD


          Abu Hurairah r. 'anhu telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak akan muncul Kiamat selagi dua kumpulan tidak berperang di antara satu sama lain dan masing-masing mendakwa di atas perkara yang sama."
(Bukhari, Jilid 1, ms 509)
          Peperangan tersebut dikenali sebagai peperangan Siffin. Di satu pihak berdirinya khalifah ke empat, Saiyidina Ali r. 'anhu dan pada pihak yang lain penentangnya Saiyidina Mu'awiyah r. 'anhu. Saiyidina Ali r. 'anhu percaya bahawa orang-orang Islam telah berbai'ah dengannya dan beliau berhak ke atas pengkhalifahan bagi orang-orang Islam dan di atas jalan yang benar.
        

Friday, October 23, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 15
TANDA KETIGA YANG BESAR YANG TELAH WUJUD


          Ini adalah mengenai jihad orang-orang Islam terhadap bangsa Turki. Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa salah satu alamat kiamat ialah kamu akan berperang dengan orang yang berkasutkan rambut. Dan juga menjadi pertandaan kiamat bahawa kamu akan berperang dengan orang yang berwajah luas, pipi merah dan hidung leper, sedangkan mulut mereka adalah seumpama lapisan kulit yang melekat satu sama lain.
        

Thursday, October 22, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 14
TANDA KIAMAT KEDUA YANG BESAR YANG TELAH WUJUD


          Tanda kedua yang besar menjelang Kiamat ialah terbelahnya bulan menjadi dua sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam surah Al Qamar (Baca kembali ayat tersebut pada lembaran yang lepas).
          Dilaporkan oleh Anas r. 'anhu bahawa orang-orang jahiliah Mekah telah memintanya menunjukkan tanda kenabiannya - suatu mukjizat. Maka Rasulullah s.a.w pun menunujukkan telunjuknya ke arah bulan lalu terbelahlah bulan.
(Bukhari, Jilid 1, ms 513)
          Bulan terbelah disahkan oleh Al Quran yang mana Allah Ta'ala berfirman bahawa bulan tela terbelah dan hampirlah Kiamat.
(Bersambung...)

Meniti Debaran Zaman

Bab 13
TANDA-TANDA KIAMAT PERTAMA YANG TELAHPUN WUJUD


        Pertamanya, tanda terbesar ialah wafatnya Rasulullah s.a.w. Telah diriwayatkan oleh 'Auf Ibn Malik r. 'anhu : "Aku pergi menemui Rasulullah s.a.w pada hari peperangan Tabuk. Baginda bersabda : "Ingatlah enam tanda yang akan wujud sebelum Hari Kiamat :

Sunday, October 18, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 12
PERINCIAN HARI KIAMAT YANG DIBERIKAN OLEH RASULULLAH S.A.W


          Abu Zaid r. 'anhu berkata : "Rasulullah s.a.w duduk di atas mimbar selepas solat Subuh lalu memberikan khutbahnya kepada kami sehinggalah tiba waktu Zohor. Selepas solat Zohor, baginda duduk lagi di atas mimbar dan meneruskan khutbahnya sehinggalah menjelang waktu Asar. Selepas solat Asar, baginda meneruskan lagi khutbah sambil duduk di atas mimbar sehinggalah terbenamnya matahari. Baginda menceritakan segala apa yang telah berlaku pada masa lalu dan menyatakan pula dengan secara terperinci tentang apa-apa yang berlaku pada masa hadapan. Di kalangan kami yang mempunyai daya ingatan yang kuat dapat menyimpan maklumat itu dengan lebih banyak."
                                                                                                 (Muslim : Jilid 2, ms 39)
        

Saturday, October 17, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 11A
AYAT-AYAT AL QURAN MENGENAI HARI KIAMAT


         1. "Telah dekatnya(datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan."
                                                                                 (Al Qamar : 1)
          "Apabila orang-orang Jahiliah Arab dan lain-lain orang-orang kafir Mekah menuntut mukjizat daripada Nabi s.a.w lalu ditunjukkan jarinya ke arah bulan, maka terbelahlah bulan."
                                                                                 (Bukhari : Jilid 1, ms 513)
      

Thursday, October 15, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 11
APA ITU KIAMAT?


         Anda telah membaca tulisan saya yang diatas dan saya telah buktikan melalui cahaya Al Quran dan Hadis bahawa tidak ada sesiapapun yang tahu bilakah munculnya Hari Kiamat.
      

Meniti Debaran Zaman

Bab 10
HAMBA PEREMPUAN AKAN MELAHIRKAN TUANNYA


         Cuba renungkan kenyataan ini bahawa hamba perempuan akan melahirkan tuannya dan pemgembala unta akan membina bangunan-bangunan yang tinggi, yakni orang yang tidak mempunyai apa-apa kemuliaan di sisi masyarakat. Kenyataan ini terdapat di dalam hadis Imam Bukhari.
        Orang-orang yang tidak berkebolehan dan tidak layak, yang tidak mempunyai pakaian dan kasut untuk dipakai akan muncul dengan kemewahan. Lantaran kurang berkebolehan dan kebijaksanaan mereka tidak menunaikan hak harta tersebut. Maka dihamburkannyalah harta tersebut untuk tujuan penipuan, tunjuk-menunjuk dan kebanggaan. Daripadanya mereka membina pula bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi.
      

Wednesday, October 14, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 9
SYARI'AT DAN TARIQAT ADALAH SATU TIDAK TERPISAH


         Hadis tersebut telah dicatatkan oleh Imam Muslim r. 'alaihi di dalam sahihnya yakni Kitabul Iman. Kandungan di dalam hadis tersebut menyatakan bahawa manusia-manusia yang berpergian ke sana ke mari dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam cuba berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk membina bangunan yang tinggi.
(Jilid 1, ms 29)
      

Tuesday, October 13, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 8
JIBRAIL JUGA TIDAK MENGETAHUI SAAT TERJADINYA KIAMAT


         Malahan Nabi yang ummi s.a.w telah bersabda : "Aku tidak tahu lebih daripada orang yang bertanya mengenainya. "Jika Rasulullah s.a.w sendiri tidak mengetahuinya apatah pula para malaikat. Soalan yang sama juga telah diajukan oleh Nabi Isa 'alaihissalam kepada malaikat Jibrail 'alaihissalam, tetapi beliau juga menjawab bahawa pengetahuannya juga tidaklah lebih daripadanya. Apakah Nabi yang terakhir dan juga malaikat Jibrail sendiri pembawa wahyu Allah tidak mengetahuinya serta Allah sendiri telah mengisytiharkan di dalam Al Quran bahawa Dia sajalah yang mengetahuinya dan ditegaskan lagi oleh Nabi Muhammad s.a.w bahawa tidak ada seorangpun kecuali Allah yang mengetahui lima perkara, maka hendaklah menjadi keyakinan yang mesti dipegangi oleh setiap orang Islam bahawa tiada seorangpun yang mengetahui bilakah Kiamat akan berlaku.
      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...