Showing posts with label Ibadat. Show all posts
Showing posts with label Ibadat. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Salam Ramadhan

RAMADHAN datang menjengah lagi. Puasa tahun ini aku berazam nak berbuka dan bersahur secara sederhana. Tahun-tahun yang lepas aku kurang membeli makanan untuk berbuka di Bazaar Ramadhan.Tahun ini aku sedaya upaya juga, agar berbuka dengan masakan sendiri, masakan isteriku.

Sememangnya juadah berbuka yang dijual di Bazaar Ramadhan begitu menyelerakan nafsu dan boleh untuk membangkitkan selera makan aku. Namun, bila aku fikir-fikirkan, selera sedap hanya terasa di lidah sahaja. Lepas itu, tak terasa lagi. Bila dah kenyang, makanan yang sedap tak terasa sedap lagi kerana dah begitu kenyang.

Bagi aku, suasana yang ada di bulan Ramadhan di negara kita lebih kepada suasana untuk menyuburkan sifat membazir. Sebab apa? Jika kita lihat promosi yang dibuat oleh pelbagai pihak sejak awal Ramadhan lebih kepada menu untuk berbuka puasa terutamanya hotel-hotel, restoran-restoran dan tempat lubuk makanan di Bazaar Ramadhan di pelbagai sudut negara kita.

Seolah-olah kita dibenarkan untuk makan sepuas-puasnya pada bulan Ramadhan ini tapi hakikatnya makanan yang dijamah tak sebanyak manapun. Seteguk air dan sepinggan nasi dengan lauk dan gulaian sudah cukup untuk mengalas perut yang kosong sepanjang hari tadi.

Sebenarnya, di bulan yang mubarak ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat dan dikurangkan perkara-perkara yang tidak mengdatangkan faedah kepada amalan kita dan boleh mengurangkan kualiti amalan kita sepanjang hari kita berpuasa.

Walaupun di bulan yang mulia ini semua syaitan dan iblis dirantai, namun nafsu yang ada dalam diri masih lagi menguasai kita dan kita masih kalah lagi dengan rayuan nafsu kita.

Aku tak pasti juga mengapa masih lagi kita tak mampu untuk membuang sifat membazir dengan lambakan makanan di bulan puasa ini! Mungkin kita boleh periksa puasa kita, adakah mengikuti piawaian yang telah Allah tetapkan. Cuba periksa niat kita, awal, di pertengahan dan akhir niat. Adakah kerana Allah swt ataupun sebab suasana orang berpuasa kitapun berpuasa sama.

Tujuan ibadat puasa lebih mengarahkan kita untuk mengawal keadaan diri kita samada dalaman dan luaran agar kita lebih fokus beribadah semata-mata kerana Allah swt. Dan juga untuk mendatangkan sifat hamba dalam diri kita kepada Allah swt.

Untuk kita pastikan samada berlaku perubahan dalam puasa kita, cuba periksa perkara yang sekecil ini dulu, iaitu adakah menu untuk berbuka kurang dari semalam ataupun semakin banyak dari semalam? Insya Allah, selamat berpuasa untuk semua.

Thursday, May 23, 2013

Cerita Tentang Poligami - Siri Pertama 2013

HUJAN renyai-renyai yang turun di bumi Miri membuat aku bersyukur kerana di sini sudah lama tak turun hujan. Aku yang datang ke Miri ini hanya untuk urusan rasmi terasa bahang kepanasan di sini walaupun turun sikit hujan untuk meredakan bahang kepanasan yang ada.

Bila berada di luar kawasan kerja, biasanya aku sering membawa buku untuk bacaan dan tatapan masa senggang di sebelah malamnya. Namun, buku yang aku bawa ada tiga jenis dan salah satunya buku tentang poligami. Bukunya biasa sahaja, dicetak menggunakan kertas A4 dan difotokopi sendiri oleh penulisnya. Aku beli buku ini semasa ekspo buku di PWTC tahun 2011. Cuma aku nak ulang balik membaca buku ini, sebab isinya begitu menarik dan begitu teruja untuk sesiapa yang membacanya, teruja untuk berpoligami!

Cuma aku dapat lontarkan petikan daripada cetusan penulis yang begitu mengharapkan agar "kita-kita" dapat mengamalkan sunnah poligami. Ikutkan buku yang dicetak ini ia tidak boleh diterbitkan mana-mana bahagian yang tertulis hanya dengan kebenaran dari penerbit sahaja.

Namun, disebabkan isinya yang begitu menarik, aku cuba nak singkapkan tentang peri pentingnya poligami ini. Permulaan buku ini mengisahkan tentang ketidakpuasan hati penulis terhadap individu tertentu yang melontarkan komen-komennya tentang poligami yang begitu negatif dan kedangkalan ilmu individu tersebut dalam amalan tersebut.

Kebanyakan komen yang diutarakan banyak bersandarkan kepada logik akal, nafsu dan dunia semata-mata. Kekerdilan kita tentang ilmu Allah begitu terlihat apabila komen yang diberikan seolah-olah menidakkan  amalan poligami sebagai rahmat sebaliknya dianggap satu kezaliman.

Kebanyakan yang dilontarkan tentang amalan poligami berasaskan andaian-andaian yang dibuat dari pemikiran yang bertungjangkan nafsu, suasana dan mengikut perspektif barat semata-mata.

Punca-punca yang diberikan oleh penulis terhadap penolakan amalan poligami oleh sebahagian besar wanita seperti berikut tidak setia dalam melayari kehidupan berumahtangga, perampas suami orang, tidak mahu berkongsi kasih, suami akan berpaling kasih kepada isteri kedua sahaja, kebahagiaan akan lenyap bila berpoligami dengan isteri pertama, suami berpoligami kerana nafsu semata-mata dan yang terakhir kerana akan melukakan hati isteri yang pertama.

Kesimpulan secara keseluruhannya, penulis begitu mengharapkan agar amalan poligami dapat dihidupkan sepertimana amalan-amalan agama yang lain kerana hikmah disebalik amalan ini begitu memberi manafaat yang baik di dunia dan akhirat.

Penutup bagi buku ini, penulis menyarankan kepada sesiapa yang ingin berpoligami perlulah memenuhi kriteria-kriteria berikut iaitu ketakwaan yang tinggi, keilmuan yang mencukupi, ketegasan dalam keadilan, kemampuan mentarbiyah jiwa dan nafsu, kebijaksanaan kepimpinan, kedudukan ekonomi yang baik, memahami psikologi dalam pergaulan, isteri pula perlu mencapai tahap keimanan untuk bermujahadah dan mempunyai banyak masa untuk keluarga.

Mungkin tuan-tuan dan puan-puan mempunyai saranan tersendiri bagaimana nak berpoligami secara yang terbaik?  Dalam hati setiap lelaki sememangnya sudah ada keinginan untuk berpoligami cuma....takutkan bini!

Rujukan : Poligami 3x, "Tidak semua lelaki layak berpoligami dan tidak semua perempuan tidak boleh berpoligami" - Abu Hubaib Asy-Syathari.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Untuk semua yang beragama Islam, aku nak ucapkan selamat beribadat di bulan Ramadhan dan perbanyakkanlah ibadat-ibadat di bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa untuk semua.
.
.
.
.
.
.
Salam Ramadhan.............................................................................





Thursday, January 26, 2012

Jangan Bersedih Anakku....

KINI anak aku dah berada di Madrasah Tahfiz Makam Diraja Langgar, Alor Setar hampir sebulan. Aku terasa sunyi betul dengan ketiadaan anak aku di sisi. Sebab, ke mana aku pergi dialah teman, sahabat, tempat bermanja dan tempat berbicara saban hari dan kini aku keseorangan. Kadang kala terasa sayu bila anak tanpa di sisi dan amat merinduinya. 

Suasana yang berbeza begitu ketara amat aku rasai bila melihat wajah anak aku bila berada di tempat baru, di Limbang dia seorang kanak-kanak masih yang perlu dibelai dengan kasih sayang dan perlu dibimbing sentiasa. Disini nanti, anak aku hidup berdikari tanpa ayah dan ibunya bersamanya. Namun, aku yakin Allah akan menjaga dan memelihara anak aku dengan sempurna sebagaimana Allah mentadbir alam maya ini dengan sunatullah dan kudratullah-Nya.

Kutinggalkan anak aku dengan kucupan kasih sayang di pipi kiri dan kanan serta dahinya semasa di surau selepas solat subuh. Anakku, Ameer Hariz tak memandang wajah aku, mungkin begitu sedih dan aku bersama teman terus beredar kerana penerbangan balik aku ke Kuala Lumpur jam 8.30 pagi.

Aku terus berlalu tanpa memandang wajah anak aku serta bersalam dengan pelajar-pelajar hafiz yang lain seramai 15 orang termasuk anak aku. Hanya aku doakan agar anakku dapat mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar hafiz dengan baik dan sempurna.

Hari ketiga di situ, aku terus balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur seterusnya ke Miri dan ke destinasi terakhir aku, Limbang. Insya-Allah, disinilah tempat persinggahan yang akan aku lawati sentiasa kelak untuk melihat anak kesayanganku membesar dalam hafalan perkataan Allah s.w.t.

Dari Uthman Ibn Affan r. 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Tarmizi)




Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha Serta Salam Hijrah Dan Nusrah

TAHUN ini aku beraya haji di Limbang, tak seperti tahun-tahun yang dulu aku terpaksa raya haji di KL bersama dengan kawan-kawan. Raya tahun ini tiada apa yang nak dijamukan hanya nak beli beberapa ekor ayam sebagai hidangan keluarga sahaja. Dan tiada rumah terbuka untuk aku adakan dan selepas raya haji ni nanti hanya menunggu jemaah 40 hari yang akan mengunjungi kami di sini.

Jemaah 40 hari yang akan datang ke Limbang nanti sebanyak 3 jemaah dan satu jemaah telah diketahui semasa hadir Mesyuarat Malaysia di Masjid Seri Petaling minggu lepas iaitu jemaah dari Kajang. 2 jemaah lagi belum dipastikan dari mana. 

Cuma raya haji di Limbang ini biasa sahaja, hanya mengadakan kenduri dan menyembelih kerbau untuk korban. 

Mungkin raya haji ini aku nak rehat di rumah sahaja dan nak buat coklat sekali dengan anak-anak nanti. Masa di KL tempohari ada pesan dengan kawan (Umi tq, nanti bagi ikan tahai) tolong belikan coklat bar seberat 10kg. Cuti ini (3 hari) jika ada mood bolehlah uji kemahiran membuat coklat yang dah lama tak mambuatnya.

Jadi, raya haji ini hanya rancang untuk itu sahaja, bersama keluarga, membuat coklat dan menanti jemaah yang bakal kunjung tiba pada cuti sekolah ini. Salam Aidil Adha dan Salam Hijrah dan Nusrah untuk umat Islam semua.

Saturday, May 28, 2011

Tambah Nilai....RM Dan .....

"Apabila kamu membelanjakan harta, pada ketika itu hati kamu memberi peringatan kepada keperluan-keperluan kamu sendiri, dan timbullah takut tentang hajat-hajat kamu, bahawa usia masih panjang dan ada bakinya, nanti saya akan menghadapi kemiskinan dan akan berhajat kepada orang lain pula." Hadis.

AKU tak pasti adakah kita tahu hanya dengan amalan sahaja boleh untuk kita menyelesaikan permasalahan dalaman dan luaran kita. Contohnya masalah tiada duit, kekurangan duit ataupun tak kaya-kaya walaupun dah lama tinggal di dunia ini, tapi macam tu juga. Ataupun duit tak cukup-cukup untuk keperluaan harian yang terpaksa ditambah dengan kerja sambilan dan overtime.

Kadang-kadang sentiasa didatangi oleh sakit yang teruk walaupun ada berubat, jumpa doktor, jumpa ustaz, jumpa penasihat kesihatan tapi tak juga berkesihatan baik sentiasa hidup dihinggapi dengan sakit.

Juga umur sentiasa pendek walaupun kesihatan dan diri diurus dengan baik dan sempurna. Kehidupan yang kita lalui sentiasa diwarnai dengan perkara-perkara yang tidak mengembirakan dan hati-hati kita sentiasa resah dan gelisah selalu.

Bukan setakat kat kita sahaja yang menghadapi, malah anak isteri pun terlibat sama menghadapi gejala-gejala yang kita hadapi. Mengapa boleh terjadi sebegitu sekali.

Aku cuma nak beritahu bahawa, mungkin kadang-kadang kita lalai, atau lupa dan tak ambil endah tentang perkara ini. Sebab kita beranggapan semua yang berlaku atas kehendak Allah swt, jadi biarkan ia berlaku sahaja tak perlu nak kisah-kisah.

Cuma untuk aku kongsi bersama, penyelesaian kepada apa yang berlaku atas diri kita samada yang nampak atau tak nampak(terutama bab ketenangan dan bab ekonomi yang sering melanda manusia masa kini), aku turunkan sabdaan nabi saw lebih kurang maksudunya, jika berlaku apa-apa musibah, bersedekahlah kerana bersedekah boleh menjauhkan musibah.

Dan hadis nabi juga memberitahu, orang-orang sakit jika nak sembuh perlu bersedekah selalu kerana ia boleh menghalang penyakit-penyakit yang hendak menghampiri kita. Sedekah juga menjauhkan diri kita dari kehinaan, selain itu membuka untuk kita membuat amalan yang baik, ia juga boleh memanjangkan tempoh hayat seseorang.

Hadis juga ada mengatakan bahawa dengan bersedekah boleh mengubati rasa bimbang dan susah hati, menghapuskan kemudaratan serta membantu kita dalam mengahdapi musuh-musuh. Selain itu juga, sedekah yang kita buat boleh untuk menjauhkan kemurkaan Allah swt dan menyelamatkan dari keadaan mati yang buruk.

Pendek katanya, sedekah amat penting dalam kehidupana seharian kita, tapi kita beranggapan sedekah hanyalah sebagai amalan untuk mendapat pahala, bukan penyelesaian ke arah permasalahan yang berlaku sekarang seperti masalah jiwa, masalah ekonomi, masalah sosial dan banyak lagi masalah yang sedang menunggu kita.

Jika kita beritahu sedekah ini penyelesaian kepada perkara ini semua, pasti pakar ekonomi akan tersenyum, pakar jiwa akan tersengih. Mengapa? Melucukan bagi mereka kerana amalan sebegitu tidak berbaloi tanpa usaha dan kerja keras. Tapi mereka-mereka ini telahpun berkerja keras namun permasalahan semakin bertambah dan manusia masih banyak yang gila dan tak jadi manusia langsung dan ekonomi semakin teruk tanpa dapat diselesaikan.

Realiti inilah yang perlu untuk kita hadapi, bahawa penyelesaian kepada apa-apa yang ada kat dunia ini hanyalah dengan amal sahaja bukannya dengan asbab, kepandaian kita, kebolehan kita, kecerdikan kita, ilmu kita yang banyak, kekayaan kita, kekuasaan kita yang ada dan semua ini tiada kaitan langsung kepada penyelesaian ini semua.

Nampak begitu janggal untuk kita menerima perkara ini semua kerana hidup kita sejak dari kecil hingga sekarang disuapkan dengan asbab-asbab dunia untuk menyelesaikan semua perkara di dunia ini dan amalan agama bagi kita hanyalah bersangkutan dengan bab pahala dan dosa, syurga dan neraka dan tiada kaitan dengan permasalahan dunia seperti ekonomi, sosial dan politik.

Jika kita pandang ke belakang balik kisah kehidupan sahabat secara ringkasnya aku ceritakan di sini, setiap kejayaan para sahabat ada kaitan dengan amalan agama mereka. Saidina Ali r.a sedekahkan sebiji buah, dia dapat balik sepuluh biji buah, sebab janji Allah jika kita sedekah satu kita akan dapat balik sepuluh, dalam peperangan, nabi akan letakkan sahabat-sahabat yang bangun malam sebagai barisan hadapan dalam peperangan kerana dekatnya mereka dengan Allah swt, kerana di situ ada bantuan Allah bersama mereka.

Dalam solat berjemaah jika saf tak lurus dan rapat mencerminkan keadaan sosial di tempat tersebut bermasalah dan nak selesaikan masalah sosial di situ perlukan saf yang lurus dan rapat-rapat serta surau dan masjid diimarahkan. Nak ekonomi dipegang oleh orang Islam, kena solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat di surau dan masjid, bukannya solat Subuh sahaja, lima waktu kena buat berjemaah di surau dan masjid tapi nak beritahu bahawa jika nak tengok orang Islam maju dalam ekonomi kena jaga amal dulu terutamanya bab-bab solat. Para sahabat kebanyakan mereka bila ada masalah mereka akan datang kepada solat untuk menyelesaikan semua permasalahan tersebut.

Secara umumnya, bukan setakat amalan sedekah sahaja yang memberi kebaikan kepada kita tetapi semua amalan agama memberi faedah yang tak ternilai harganya dan semua amalan ini tak terbeli dengan wang ringgit kita dan tak termampupun untuk kita membeli dan tak akan dapat dijualpun semua amalan ini.

Jadi, nak kita dapatkan semua ini perlukan iman yang kuat, nak dapat iman yang kuat kita perlu untuk usaha atas iman, untuk kita usaha atas iman perlu lapangkan masa kita setiap hari agar Allah memberi rahmat dan hidayat untuk kita buat usaha atas iman, untuk dapat rahmat dan hidayat dari Allah kita kena amalkan perintah Allah dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Tuesday, December 21, 2010

Cerita Tentang Poligami (Bahagian Ketujuh)

MINGGU ni tadi aku bersarapan dengan rakan sekerja dari Sarawak, dia datang ke KL ni nak berkursus. Jadi aku dan beberapa kawan yang lain terkejut dengan kehadirannya di kedai makan tempat pejabat kami. Lalu kami semua duduk menemankan dia ni dengan kawan-kawannya yang pernah bertugas di Sarawak dulu. Cuma, aku tak sebutlah namanya di sini.

Dia ni seorang perempuan, dalam lingkungan usianya 30an dan telah berkahwin. Dalam kita bercerita tu, si kawan yang lain mengusik tentang suaminya yang berkahwin dua ataupun berpoligami. Aku terkejut juga yang dia ni dah bermadu. Jadi, bila diusik, teruslah bercerita tentang hidup berpoligami ni kepada kita semua.

Ada antara kita di situ yang beragama Kristian dan Buddha, cuma mereka dengar dengan senyum sahaja. Cerita suaminya berpoligami ni bermula bila perkahwinan yang dilayar lebih sepuluh tahun tidak diisi dengan tangisan anak, menyebabkan suaminya "mempelawakan" dirinya untuk dikahwinkan lagi. Mulanya, bagi si dia ni tak dapat menerima kenyataan yang suaminya berkahwin lagi. Maka, si dia nipun tertekan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya.

Bukan sahaja tekanan dari dalam tetapi dari pelbagai sudut, namun suaminya yang tersayang telah memberi dorongan agar bersabar dengan keadaan yang berlaku itu, semua itu jodoh dari Allah dan berpeganglah pada perintah Allah dan Sunnah Nabi. Jadi, si dia yang tertekan dengan keadaan seperti itu hanya dapat bersabar dan bersabar tetapi hanya Allah sahaja yang tahu isi hatinya. Begitulah cerita yang disampaikan oleh si dia ni.

Si dia ni terus bercerita lagi, selepas melayari hidup berpoligami, mula-mula si suami ni menempatkan isteri kedua di rumah sewa yang lain dan si dia ni masih tinggal di rumah yang sediada. Dalam tempoh enam bulan melayari hidup begitu, barulah si dia ni dapat menerima yang dia telah berpoligami. Setelah melihat keadaan si dia dapat menerima yang dia dah berpoligami, maka si suami mencadangkan agar isteri kedua tu tinggal bersama-sama mereka. Atas alasan yang isteri kedua tu dah mengandung, tujuannya untuk memudahkan dia mengurus kedua-dua isterinya.

Maka, si dia pun bersetuju, tinggallah mereka bertiga dalam satu rumah tu. Setelah sekian lama bersama maka timbullah kasih sayang antara si dia dengan madunya itu dan hiduplah mereka berdua umpama adik-beradik.

Si dia memberitahu hubungannya dengan madu begitu erat sekali kerana ada tolak ansur antara mereka berdua  dan memahami keadaan apa yang berlaku serta membantu si suami bersama. Apabila si madu tu melahirkan anak, hubungan antara si dia dengan madunya semakin erat kerana si dia pun sama-sama membantu madunya untuk menjaga anak-anak. Si dia juga begitu sayang dengan anak-anak madunya dan begitu rapat hubungannya dengan anak-anak madunya.

Aku yang mendengar cerita dari si dia tu begitu teruja dengan ketabahan yang dihadapi olehnya walaupun begitu banyak rintangan yang dihadapi, dia tetap teruskan juga untuk dimadukan.

Dan sehingga sekarang kerukunan rumahtangga mereka masih bertahan dengan hadirnya anak-anak dari isteri kedua suaminya.

Begitulah serba sedikit tentang kehidupan orang yang berpoligami yang boleh hidup dengan aman dan damai walaupun terasa tertekan pada mulanya. Aku cuma nak paparkan kisah ini untuk memberitahu yang berpoligami ni tak semestinya akan berlaku  konflik antara suami dan isteri ataupun isteri pertama dengan isteri kedua, ketiga atau keempat ataupun dengan bercerai. Titik penyelesaian kepada apa yang ada dalam kehidupan manusia ini, Allah hanya sediakan agama sahaja selain dari itu hanyalah kerosakan.

Walaupun si dia begitu ghairah menceritakan kisah berpoligaminya, namun si dia juga mengingatkan kepada si lelaki-lelaki yang ingin berpoligami perlu mempersiapkan diri mereka dengan amalan agama agar mempunyai kekuatan untuk menghadapi apa-apa jua konflik nanti. Sebab poligami ni begitu unik dan ada keseniannya yang tersembunyi dalam orang yang mengamalkannya dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Wednesday, September 8, 2010

Menanti Dan Meninggal Dengan Debaran....Syawal Dan Ramadhan.

Komuter yang aku sering gunakan, yang sentiasa bersempit bila waktu
puncak.(hanya gambar hiasan)
SYAWAL semakin menghampiri kita dan Ramadhan semakin melabuhkan dirinya. Di waktu ini bercampur dua perasaan antara gembira dan sedih di kalangan umat Baginda Rasulullah s.a.w., gembira menanti kedatangan Syawal dan sedih meninggalkan Ramadhan.

Jika kita toleh kembali apa yang telah kita harungi di bulan Ramadhan, adakah telah kita sempurnakan hak Ramadhan yang mubarak ini? Jawapannya hanya diri kita sendiri sahaja yang dapat menjawabnya.

Mungkin ada yang azam untuk khatam bacaan Al-Quran, nak sempurnakan solat sunat Terawih 20 rakaat, ikthikaf di masjid pada 10 terakhir Ramadhan,nak jaga mata, mulut, telinga dan hati dari pengaruh negatif, ataupun cuba nak sempurnakan 30 hari puasa Ramadhan dan banyak lagi azam kita di bulan ini, samada tercapai   atau tak tercapai.

Alhamdulillah, kerana kita masih lagi dipanjangkan umur Allah s.w.t., dalam kita menunaikan ibadah ini dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Jika kita 'jenguk' di luar, ada yang berpuasa dengan keadaan yang menyedihkan, ketakutan dan pelbagai lagi rasa tak selasa serta sekatan.

Cuma, kita yang berada di Malaysia ini harus bersyukur atas nikmat kita beribadat yang tiada sekatan dan bebas untuk mencari pahala sebanyak yang mungkin.

Namun, kebebasan yang disediakan untuk beribadat dan mengumpul pahala tak digunakan sepenuhnya sebaliknya kita leka dengan dunia yang sementara.

Wednesday, August 18, 2010

Kelebihan Puasa Dari Sudut Kesihatan

BULAN Ramadhan yang mulia ini iaitu ibadah puasa  banyak mendatangkan kebaikan untuk umat Islam di akhirat jika diamalkan dengan sempurna dan penuh keinsafan. Namun bagaimana dengan kebaikan di dunia ini, jadi di bawah ini aku ambil artikel dari www.isuhangat.net untuk dikongsi bersama apa yang telah dikaji oleh para cendekiawan tentang amalan puasa ini. Cuma tajuk asal aku ubah daripada Kelebihan Puasa Dari Sudut Sains kepada Kelebihan Puasa Dari Sudut Kesihatan.

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:


Allan Cott, M.D.

Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: 

a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak)
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f.  To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i.  To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j.  To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

Dr. Yuri Nikolayev

Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

Alvenia M. Fulton

Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).


Muzam MG, Ali M.N dan Husain

Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.


Elson M. Haas M.D.

Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. 

Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.


Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan

Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.


Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan

Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.


Dr. Muhammad Munib

Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim. Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa Islam. 

Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”


Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:

(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesihatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.


Posted @ www.isuhangat.net . Wallahualam.

Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAN

SALAM ramadhan...selamat mengerjakan ibadat puasa dengan kesempurnaan dan semoga ibadah yang kita kerjakan diterima Allah swt...

Saturday, June 26, 2010

Cerita Tentang Poligami (Bahagian Keenam)

AKU tak pasti sangat macamana cara yang sesuai untuk memujuk para wanita membenarkan para suaminya berkahwin lebih(Jika menggunakan kepala otak dan nafsu sendiri sememangnya tak memberi kejayaan dan berkat, namun pendekatan yang sesuai untuk wanita menginginkan poligami  ini hanya dengan kefahaman agama yang mendalam dan ketinggian cinta yang tinggi terhadap Allah dan rasul-Nya). Seperti yang kita ketahui, wanita-wanita amat tak suka jika kita bercerita tentang kahwin lebih ni, macam suatu yang tak baik bagi mereka.(ada suatu kelab tu, kelab poligamilah...dia punya motto ...suami bukan untuk dimiliki tapi untuk dikongsi..ia merupakan kelab wanita-wanita yang pro poligami). Jadi, yang aku nak bincangkan dan nak fikirkan kewajaran untuk para suami ni boleh kahwin lebih dengan alasan yang  munasabah untuk para wanita fikirkan.

Kewajaran untuk pihak lelaki kahwin lebih hanya dari sudut bilangan wanita yang semakin ramai, dan sememangnya lelaki semakin pupus kat dunia ni. Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda lebih kurangnya, di akhir zaman nanti, wanita akan melebihi lelaki dari segi bilangannya. Dan ini telah terjadi di zaman kita ni, menunjukkan kita sekarang ni di hujung zaman dah nak hampir lagi dengan kiamat. Pada zaman nabi dulu, nabi ada bersabda bahawa masa untuk kiamatnya dunia ini umpama dua jari sambil nabi menunjuk dua jari baginda yang dicantum, kepada sahabat-sahabat.

Jadi sekarang kita lihat, wanita-wanita telah mengatasi kaum lelaki, dek disebabkan lelaki yang semakin berkurangan, maka di barat terciptalah pelbagai kehidupan yang melemaskan iman dan amal, contohnya perkahwinan sejenis, iaitu wanita boleh berkahwin dengan wanita dan juga begitulah lelakipun sama (lesbian dan gay). Dan sekarang di negara kitapun dah terikut-ikut dengan gejala songsang ini(sebenarnya gejala ini dah ada di zaman Nabi Luth, dan Allah telah turunkan bala ke atas kaum nabi Luth ini disebabkan gejala songsang yang diamalkan oleh mereka). Dan juga, golongan ini telah tidak mengikhtirafkan perkahwinan sebagai satu institusi yang boleh memertabatkan kehidupan manusia, malah mnganggap ia sebagai membebankan dan tak perlu untuk berkahwin, dan kehidupan bebaslah yang dipilih kerana ia mudah(seperti touch n go ataupun everybody can do it! Sebab dah rendah nilainya).

Untuk mengelak gejala-gejala yang semakin menghimpit manusia sekarang ni, marilah kita sama-sama fikirkan...nak fikirkan masalah wanita-wanita yang ramai ni dan juga masalah lelaki-lelaki yang semakin berkurangan “kejantanannya”(maksud jantan ni, lelaki dah takut dengan bininya, jantan memanglah jantan, tapi bab nak kahwin lebih dari satu tak berani nak beritahu isteri.Nak kahwinpun sembunyi-sembunyi).

Yang kerap terjadi sekarang, terlahirnya anak-anak yang tiada berbapa dengan yang sah.(lahir juga dari rahim seorang wanita tapi tak diikhtiraf oleh agama). Ini disebabkan oleh lelaki yang gatal,(mungkin juga sama-sama kena garu) termasuklah yang dah bergelar seorang bapa ataupun ayah, terpaksalah mereka ini meluahkan kasih sayang secara tidak bermaruah sebab tak dibenarkan kahwin lebih ataupun yang masih belum berkahwin tak mampu nak “menenderkan” diri kerana tawaran tender yang tak dapat dijangkaui oleh pemberi tender(ibubapalah yang punyai kerja).

Gejala-gejala yang terbentuk bila berlakunya ikatan yang tidak sah antara wanita dan lelaki sepertilah di atas itu.

Jika diselidiki dengan halus, kebanyakan masyarakat Islam sebenarnya masih tak dapat untuk menerima perintah poligami ini, ia seolah-olah suatu perintah yang tidak adil, terutamanya terhadap pihak wanita. Sesuatu yang menindas perasaan di pihak wanita, sehingga ada yang sanggup meminta cerai dari dimadu. Yang bermadupun akan meminta pelbagai habuan yang tidak munasabah apabila berlakunya poligami ini.

Kadang-kadang kita harus mempersoalkan apa sebab para lelaki ini ingin untuk berkahwin lebih dari satu? Mengapa? Adakah ingin suka-suka? Ataupun nak menunjukkkan kejantanan lelaki itu? Jika nak tanya kepada setiap lelaki yang ada di muka bumi inipun, nak kahwin lagi tak? Pasti bibirnya terukir dengan senyuman yang cukup mendalam dengan pandangan yang begitu tajam...kalau nak cuba, cuba tanya para lelaki tentang nak kahwin lagi(...senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, seperti dunia hai ana yang punya..aku ambik lirik lagu dari filem madu tiga arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tapi itulah realiti sebagai seorang lelaki).

Ia sukar untuk pihak wanita fahami, mengapa lelaki ingin lebih dari satu? Yang ingin aku nak fahamkan tentang lelaki di mata para wanita ini, adalah perlunya bagi lelaki untuk berpoligami iaitu memiliki wanita secara yang dituntut oleh agama. Dan kita telah mengetahui tentang lelaki yang memiliki wanita secara yang tidak dituntut oleh agama(namun kurang diperdebatkan kerana ia bertentangan dengan agama, jika ia dituntut oleh agama ia akan ditentang habis-habisan, mengapa?)

Dalam agama sudah menggalakkan pihak lelaki untuk mengahwini lebih dari satu (sehingga empat orang) bagi yang mampu, yang tak mampu cukup baginya seorang. Jadi, aku mungkin  juga nak ceritakan tentang lelaki yang mampu ini, adakah mampu dari segi hartanya, adakah boleh untuk memberi kereta, rumah, cukup belanja makan, pakaian dan semuanya serba lengkap, adakah kemampuan begitu? Kena tanyalah pulak sang wanita semua, adakah itu yang mereka kehendaki? Adakah semua benda itu memberi kebahagiaan, ketenangan, kegembiraan dan kesejahteraan bagi setiap wanita?

Ada juga wanita-wanita ini diberi kemewahan yang ada, tapi masih tak dapat juga untuk mempertahankan kekukuhan rumahtangga mereka, mengapa masih tak puas dikalangan mereka? Apakah sebenarnya yang ingin dimiliki oleh para wanita ini? Itu bagi lelaki yang mampu untuk memberi segala kemewahan yang ada tapi tak dapat juga memberi ketenagan di hati para wanita.

Alasan yang biasa aku dengar, mereka tak nak berkongsi perasaan cinta...lelaki untuk seorang wanita...(mungkin juga satu kesempitan ruang untuk berfikir menjadikan para wanita gagal untuk menerima kewajaran yang ditentukan oleh Allah swt)

Itu dari segi kemampuan harta, bagaimana dengan kekuatan batin lelaki, adakah pihak lelaki mampu untuk memberi kepuasan batiniah kepada wanita? Bila cakap pasal ni, tersenyum lelaki semuanya.(banyak orang memperkatakan poligami ini lebih kepada dorongan atau kehendak nafsu seks...adakah berkahwin lebih ini semata-mata untuk itu? mungkin ada benarnya dan mungkin tidak!). Aku syorkan bagi lelaki yang sihat dan jantan betul-betul, Insya-Allah berkemampuan untuk memberi kepuasan dari sudut batiniah, dan kadang-kadang wanita tak perlupun dengan kekuatan batianiah ini(bagi wanita yang betul-betul faham erti poligami ini). Apa sebenarnya kemampuan yang harus dimiliki oleh para lelaki yang ingin untuk berpoligami ini?

Yang biasanya aku dengar, perlu ada harta, kemampuan batiniah, pangkat, kuasa, kecantikan/kekacakan, keturunan dan berjenis-jenis lagi benda-benda yang bersangkutan dengan dunia ini, tapi perkara ini juga yang menghancurkan sistem rumahtangga  di muka bumi ini.

Bertitik-tolak dari sinilah, keunggulan agama diperlukan dalam menangani permasalahan yang berlaku...maksudnya bila dua-dua pasangan cukup dan kental agamanya, permasalahan tentang poligami tidak akan diungkit dan diperkatakan(mungkin ada isteri-isteri terasa) kerana apa yang terjadi adalah ketentuan Allah swt...jadi...agama memainkan peranan yang penting dalam aspek keseluruhan kehidupan manusia lelaki ataupun wanita, dari hujung kuku hingga ke hujung rambut, dari kita bangun tidur hingga kita tidur balik...dan salah satu kepada penyelesaian poligami ini adalah agama yang utuh perlu ada dalam diri lelaki dan wanita itu.

Dan akhirnya, bagi yang berminat dibolehkan untuk berpoligami tapi agama amat diperlukan dalam melayari perkahwinan yang luar biasa ini, dan aku pula hanyalah salah seorang lelaki dikalangan mereka yang berkeinginan juga, cuma menunggu ketentuan dari Allah swt....

Saturday, May 22, 2010

Jika Kau Bercinta Lagi...- Bahagian Kedua

     Cerita aku yang lepas aku terangkan maksud cinta, apa sebenarnya makhluk bernama cinta ni. Kadang-kadang masih terdapat lagi orang perseorangan dan individu yang tersesat makna makhluk bernama cinta ini. Tapi, untuk cerita tentang cinta ni, suka aku nak ambil sebuah cerita seorang hamba yang begitu mencintai Penciptanya sehingga ia lupa akan dirinya sendiri. Tapi tak apa, cuba kita fahami bagaimana cinta seorang makhluk terhadap Penciptanya yang perlu untuk kita teladani dan ikuti..

**********

     Diceritakan oleh beberapa orang salihin, bahawa Abdullah bin Husain r.a. mempunyai seorang hamba perempuan yang berbangsa Rom. Hamba ini terkira seorang wali Allah yang sangat patuh kepada peribadatan kepada tuhannya.
     Pada suatu malam hamba perempuan ini seperti biasanya bangun dari tidurnya, lalu berwudhuk, kemudian bershalat terus-menerus dengan penuh khusyuk. Sesudah habis bershalat, ia berdoa pula dengan bersujud, katanya:
     "Ya Tuhanku! Dengan sepenuh kecintaan-Mu kepadaku, hendaklah Engkau mengampuniku!"
     Abdullah bin Husain yang mendengar doa sang hambanya begitu, lalu membentaknya, katanya: "Celaka engkau, wahai hambaku! Jangan engkau sekali-kali berani mengatakan begitu kepada Tuhan! Akan tetapi katakan begini:
     "Ya Tuhanku! Dengan kecintaanku kepada Engkau, ampunilah aku!"
     Sang hamba tadi lalu marah dan berkata: "Pergilah engkau dari sini, wahai tuan hamba yang bodoh! Kalaulah tidak kerana Dia mencintaiku, niscaya Dia tidak menjadikan engkau tidur nyenyak di atas kasurmu, dan membangunkan aku di tengah malam begini, dan membuat aku berdiri beribadat kepada-Nya dengan penuh khusyuk ini! Dan kerana Dia mencintaiku jugalah, Dia telah mengeluarkan aku dari kumpulan orang-orang musyirikin yang menduakan Dia, dan memasukkan aku ke dalam kumpulan orang-orang yang mu'minin yang menyembah hanya kepada-Nya!"
     Abdullah bin Husain merasa malu apabila mendengar jawapan hambanya itu. Dia dapat merasakan apa yang dikatakan oleh sang hamba itu adalah benar dan tepat sekali. Betapa seorang yang sedang sedap tidur di tengah malam dibangunkan-Nya untuk beribadat kepada-Nya, tentulah itu menunjukkan kecintaan Allah kepada orang itu. Apatah lagi dia seorang hamba perempuan yang begitu lemah dan tidak berdaya, di siang harinya sibuk dengan kerja-kerjanya yang tidak habis-habis, kemudian di malam hari dapat  pula ia bangun membuat sesuatu kebajikan terhadap Tuhan Penciptanya.
     Abdullah bin Husain tidak berfikir panjang lagi, lalu berkata kepada hambanya itu: "Engkau memang tidak patut menjadi hamba sesiapa pun selain Allah Ta'ala. Kini pergilah dari sini, engkau aku merdekakan semata-mata kerana Allah!"
     Selain menyambut baik putusan tuannya, sang hamba itu terus berkata: "Wahai tuanku! Sebelum ini saya mendapat dua pahala, dan kini saya mendapat satu pahala saja." Maksudnya kalau dulu saya bisa dapat dua pahala kerana berkhidmat kepada tuan hamba, dan beribadat kepada Allah.
     "Moga-moga Allah memerdekakan jasadmu dari api neraka!" kata tuannya Abdullah bin Husain lagi.
     "Ini adalah kemerdekaan yang kecil, (yakni terbebas dari belenggu perhambaan). Bagaimana pula nanti dengan kemerdekaan Tuanku yang Maha Agung kelak," jawab hamba perempuan itu.
     Hamba perempuan itu terus tunduk sujud kepada Allah s.w.t. ketika itu juga. Dia tetap tunduk di situ sebagai batu. Melihat keadaannya serupa itu Abdullah berasa bimbang, lalu menggerak-gerakkannya, lalu tiba-tiba ia rebah di tempat itu tidak sedarkan dirinya lagi. Dia telah mati, moga-moga Allah merahmati rohnya yang pergi.
     Demikianlah sifatnya orang-orang yang benar dalam kecintaannya kepada Allah, maka Allah pun benar dalam kecintaan-Nya kepadanya. Apa yang dipinta-Nya tetap diberikan sepontan tanpa tangguh-tangguh lagi.
     Cuba renungkan apa yang dikatakan oleh penyair ini tentang cinta dan khususnya cinta Allah terhadap hamba-Nya :
     
     Cinta itu pasti ada manisnya dan ada juga pahitnya,
     Beribadat dan bermunajat itulah tandanya Tuhan mencintainya,
     Apa yang Dia suka dibuat-Nya kepada sesiapa yang dicintainya,
     Karena hukum cinta itu adalah di tangan siapa yang mencintainya,
     Kalaulah aku ditunjuk kehendak-Nya sebagai orang yang dicintai-Nya,
     Niscaya aku akan bersenang dengan-Nya dan bertunggu malam pada-Nya.

**************************

     Jadi, aku rasa baiklah kita periksa diri kita ini, adakah terdapatnya kejadian yang sama berlaku terhadap diri kita seperti cerita di atas yang dialami oleh hamba sahaya itu. Pernahkah tejadi? Kalau belum pernah, cuba-cubalah belajar macamana nak dicintai...


Petikan cerita dari Untaian Kisah Para Wali Allah - Syed Ahmad Semait


Monday, March 29, 2010

1 Hari Di Kuala Lumpur...

     Bila nak menaiki Komuter, aku kena berebut-rebut, bila nak naik Baspun aku kena berebut-rebut, bila nak naik Van, kena berebut juga, nak naik kapal terbangpun nak berebut juga...ini situasi yang ada di Malaysia ni, semua nak berebut. Kalau pergi ke jabatan kerajaan, terutamanya, Jabatan Imegresen, pagi-pagi lagi dah orang berbaris, berbaris nak masuk ke pintu utama, bukan nak ambil tiket, nak masuk dalam pejabat tu.

     Apa sebenarnya yang menyebabkan perkara ini berlaku? Semua nak berebut dulu, semua tak nak yang terkemudian. Semua nak cepat, semua nak dulu..Adakah ini disebabkan sistem kaunter yang lemah menyebabkan masih ada lagi orang berebut-rebut nak dulu atau kebekesanan perkhidmatan yang dihulurkan masih lagi di tahap yang tidak cemerlang...sekarang ini tagline yang digunakan  "...rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.."

   Cuma satu tempat sahaja yang manusia-manusia ini tak berebut nak pergi....Masjid dan Surau...
Mengapa ya, mereka ini tak berebut ke masjid dan surau....masjid sekarang cantik-cantik lagi tapi penghuninya tak datang dengan berebut-rebut...

Friday, March 19, 2010

Cerita Tentang Poligami (Bahagian Kelima)

     Kalau kita menonton filem P. Ramlee tentang madu tiga, lucu, tauladanpun ada, kebijaksanaan perlu juga ada bagi menangani madu-madu ini (P. Ramlee menggunakan filem ini untuk menggambarkan keadaan zaman itupun poligami masih ditentang lagi, namun kesudahan kesemua isterinya menerima realiti bahawa poligami ini perlu bagi menyelesaikan masalah lelaki yang memerlukan wanita di sekelilingnya namun dengan cara yang betul) dan penting sekali berpoligami ini, kekuatan agama perlu ada dalam diri lelaki itu, yang boleh untuk menyatukan madu-madu ini. Sebuah bidalan, "Kalau nak satukan kertas kita kena gunakan gam, nak satukan bata-bata kena ada simennya dan nak satukan hati-hati manusia ini, kena amal sunnah Nabi Muhammad s.a.w."

     Sebenarnya ingin benar aku menceritakan tentang perkara yang masih asing lagi dalam masyarakat kita ini, iaitu poligami berkali-kali agar menampakkan kebaikan perintah Allah s.w.t. ini dan diterima dengan senang dan tenang hati di kalangan wanita-wanita. Cuma, perkara ini semakin kurang enak didengar dengan perlakuan si pengamal poligami ini, (segelintir di kalangan mereka).

     Jadi, cuba kita tinjau keadaan semasa sekarang ini, aku, jika minum atau sarapan biasanya di kedai mamak, masa duduk di situpun suasana di kedai makan penuh dengan gadis-gadis, wanita-wanita dan hanya kurang sikit lelaki dan biasanya yang jadi pelayan di kedai minum sekarang ini, kebanyakannya lelaki..kalau dulu pelayannya perempuan. Kita telah nampak suasana di situ penuh dengan wanita dan gadis-gadis, jadi macamana ya.. kebanyakan mereka-mereka ini berkerjaya, manakala lelaki-lelaki pula berkerjaya juga tapi rendah pangkatnya - tak semuanya - (macam antara dua darjat, tak sepadan langsung jika nak disesuaikan dengan wanita-wanita sekarang ini, ada jodoh Insya Allah)

     Bila aku masuk pejabat, dikelilingi pula oleh bunga-bunga pula, hampir 60 - 70 % mereka-mereka ini yang berkerja di pejabat..mana perginya lelaki-lelaki ini, nak dikatakan pupus tak juga, di mana ya mereka-mereka ini (lelaki) ? Tak salah aku, gambaran bahawa kehidupan kita ini dikelilingi oleh bunga-bunga yang beraneka warna dan rupa,  merupakan contoh-contoh yang akan kita tempuhi di alam akhirat kelak, di mana seorang lelaki di Syurga akan memiliki paling kurang bidadari 70,000 orang, mampukah kita nak hadapi bidadari sebanyak itu? (Tapi tak dapatlah nak kita gambarkan keadaan di Syurga sebab di Syurga begitu indah sekali dan sukar nak digambarkan dengan pemikiran kita yang terbatas ini) Dan sekarang alam dunia dah berlaku perkara seperti itu, tak hairanlah dunia ini merupakan bayangan akhirat.

     Sekarang ini kita dah lihat di sekitar kita dipenuhi dengan wanita-wanita, aku dan lelaki-lelaki yang Allah masih kekalkan kita di dunia ini, apakah peranan kita terhadap wanita-wanita ini? Ada antara mereka yang masih membujang, mengapai usia dengan hidup tanpa belaian seorang lelaki, malah tempat pergantungan yang sempurna adalah di sisi seorang lelaki (bagi lelaki yang betul-betul warak, macamana ya nak ukur kewarakan seseorang itu?) Adakah juga timbul persoalan dalam diri wanita itu, bahawa kurangnya lelaki yang berkelayakan menyebabkan mereka sanggup membujang sampai ke tua, tak sanggup nak berpoligami dengan alasan tiada lelaki yang betul-betul warak ataupun tak berkeyakinan dengan kelelakian lelaki sekarang ini?

    Ataupun juga berlakunya ketidakadilan di kalangan lelaki ini? Keadilan, adil macamana nak kita tunjukan? Adakah adil ini jika seorang lelaki berkahwin dua contohnya dia bagi seorang isteri sebuah rumah dan seorang lagi sebuah rumah yang sama baru dikatakan adil. Apakah itu adil di mata wanita itu? Bagi aku adil itu begitu subjektif, ia dapat diadili dengan keadaan seseorang itu dengan kemampuan yang ada dalam dirinya. Contohnya, Allah anugerahkan si A dengan kekayaan dan si B dengan kemiskinan, kekayaan yang dianugaerahkan kepada si A kerana Allah melihat akan kemampuan si A untuk mengendalikan kekayaan yang dianugaerahkan itu. Bagi si B, mungkin dia tidak mampu mengendalikan kekayaan itu dan mungkin boleh menyebabkan si B lalai dari perintah Allah, dan Allah anugerah kemiskinan kerana kemampuan si B untuk mengendalikan kemiskinan yang ada. Situasi begitu memberi keadilan untuk si A dan si B, sebab mampu dan redha dengan keadaan tersebut. Ataupun lebih mudah lagi, kita lihat jari-jari tangan kita, ia tak sama panjang, namun dalam sesuatu keadaan setiap jari itu memberi peranan yang berbeza-beza. Jadi, keadilan di sisi Allah adalah anugerah yang Allah berikan kepada seseorang bergantung kepada keadaan dan kemampuan seseorang itu.(pemahaman tentang keadilan ini tidak berdasarkan kepada sama banyak tapi berdasarkan kemampuan seseorang)

     Ataupun, sememangnya sifat semulajadi wanita itu sendiri tak nak berkongsi kasih terutamanya berkongsi suami, si suami hanya milik mereka seorang sahaja? Aku ada terbaca sebuah entri di sebuah blog...kurang lebih tulisannya.."suami bukan untuk dimiliki tapi untuk dikongsi" . Adakah lelaki yang ada di dunia ini hanya untuk seorang wanita sahaja? Tapi mengapa ada diturunkan ayat tentang perlunya untuk lelaki berkahwin lebih dari satu iaitu paling maksimum empat orang?

    Apa yang perlu untuk kita buat, melihat akan keadaan yang aku ketengahkan ini...adakah membiarkan wanita-wanita ini menjadi wanita-wanita yang terakhir...atau nak jadikan mereka ini sebagai wanita simpanan tanpa sah...atau takut dengan bini? Mungkin aku dan lelaki-lelaki yang ada ini, perlu buat persiapan atas Iman dan Amal dan juga sediakan isteri-isteri kita untuk membuat persiapan atas Iman dan Amal juga dan pasti ia penyelesaian kepada apa yang berlaku sekarang ini..

  

Wednesday, March 10, 2010

Nasi Ayam Penyet..nyaman gilak..

Mungkin tuan-tuan belum lagi merasa masakan Nasi Ayam Penyet ini, "nyaman gilak". Itulah ucapan yang dapat untuk menggambarkan kesedapan makanan tersebut. Nasi Ayam Penyet ini, nak kata sedap, sedap juga..cuma kesedapan itu lebih sedap lagi bila keadaan kita tengah lapar. Kalau dibagi roti kering pun sedap juga...jadi mana yang sedap sebenarnya..jenis makanan atau keadaan kita tengah lapar? Sumber kesedapan ini orang sainstis cakap dari lidah kita..kata mereka di lidah ini ada deria untuk menyatakan bahawa makanan itu manis, pahit, masam, payau, masin dan pelbagai lagi perisa-perisa yang tidak dapat untuk digambarkan secara fizikal. Apabila rasa manis...jadi sedaplah makanan itu..jika pahit ..tak sedaplah...jadi macamana kita nak katakan sesuatu itu sedap, sebab banyak tafsiran sedap dalam citarasa manusia ini.

   Kalau nak cerita tentang perkataan sedap ini, aku syorkan tuan-tuan/puan-puan/cik-cik berpuasalah..pasti jawapan akan menjelma setelah nak berbuka puasa nanti. Di situlah kita akan rasa bahawa kesedapan bukannya atas faktor cara membuat makanan tersebut, jenis makanan tersebut ataupun rempah-rempah, adunan dan cara penyediaan makanan tersebut. Di syurga, Allah akan sediakan makanan yang mempunyai 70 rasa kesedapan (lu fikirlah sendiri) bila dimakan, makin dimakan makin sedap (apakah ini makanan atau nikmat dari Allah di syurga). Makanan yang kita makan ia tak menjadi najis seperti di dunia ini, tapi menjadi wangian yang keluar melalui roma-roma halus dalam badan kita.

     Mungkin pengertian tentang sedap yang aku gambarkan tadi hanya sebahagian kecil yang aku fahami, mungkin lebih banyak lagi pengertian sedap ini jika dihalusi dengan pemikiran yang kritis. Tapi tak apa, jika kita letak perkataan sedap ini untuk orang yang sakit, pasti tiada kesedapan yang menghinggapi dirinya. Bagi orang sakit tiada apa yang harus dirasai tentang makna kesedapan dalam hidup, yang dirasinya hanyalah derita...nak makan makanan yang dihidangi tak dapat nak berkongsi rasa sedap kerana ...orang sakit kencing manis tak dapat nak makan yang manis-manis, sakit jantung tak boleh makanan yang berlemak dan banyak lagi penyakit yang ada di dunia ini...berkaitan dengan pantang larang nak makan...sebab dari sedaplah bermulanya penyakit mula nak menghuni ataupun nak bina rumahnya di jasad kita. Nabi s.a.w. pernah bersabda, bahawa penyakit bermula dari perut kita ini, maknanya makanan yang kita makan membawa penyakit jika tidak dikawal. Sebab itulah, nabi s.a.w. bersabda tentang bab adab makan iaitu berhenti sebelum kenyang dan makan bila lapar. Boleh ke ni...bidaah yang terdapat dalam umat ini tentang makanan ialah apabila sajian makanan yang lebih dari satu, maksudnya makanan yang pelbagai jenis, dimana pada zaman nabi s.a.w., biasanya baginda hanya makan 1 lauk sahaja tapi kita bantai sampai 5-6 lauk, macamana ya..

     Berbalik dengan Nasi Ayam Penyet tadi tu, harganya RM 6.50, mahal lah juak..dalam Nasi Ayam Penyet itu ada sambal cecah, timun 3-4 hiris, daun pegaga dan kobis. Ada yang dah advange, ditukar dengan nasi ikan bawal dan ikan keli penyet...nyaman juak...malam semalam dengan kawan rasa lah Nasi Ikan Bawal Penyet..macam-macam manusia ni..nama makanan yang berbeza-beza akhirnya jadi najis juga.

     Jadi fikirkan lah, makanan mana yang hendak kita rasakan, samada makanan di dunia atau di syurga nanti, tapi bukan bermaksud aku suruh korang tak payah makan makanan kat dunia ni, makanpun perintah Allah tapi kena berpadalah...ikut sunnahlah makan, baru ada keberkatan dalam hidup..kenalah belajar adab makan lepas ini..

Friday, February 12, 2010

Cerita Tentang Poligami (Bahagian Keempat)

     Sebenarnya, kalau nak diceritakan tentang perkara ini, begitu menarik bagi yang berminat, terutamanya kaum Adam. Bagi sesetengah kaum Hawa ia begitu sensitif hendak diperkatakan, namun masih ada lagi yang begitu terbuka akan hal ini. Tapi tak apa, sebelum itu saya nak ceritakan maksud atau erti poligami ini mungkin masih ada yang samar-samar dengan kahwin poligami ini. Jadi, kita kena tahu dulu apa sebenarnya poligami ini sehinggakan banyak pihak menidakkan perintah Allah Ta'ala ini.

     Dalam antropologi sosial, poligami (dari bahasa Greek, ertinya perkahwinan banyak) merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus. Dalam Islam, poligami dibenarkan, iaitu seorang lelaki dibolehkan berkahwain dua, atau tiga atau empat apabila mampu dengan syarat dan keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, Islam menetapkan si suami berlaku adil dan saksama kepada isteri-isterinya.

    Dalil Al Quran tentang dibolehkan berpoligami : "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa' : Ayat 2)

   Jadi, perkara di atas telah menerangkan lebih lanjut tentang berpoligami di dalam Islam dibolehkan dan memberi gambaran kepada kita bahawa Islam merupakan agama fitrah yang mengikhtirafkan kepelbagaian keperluan dan kehendak dalam hidup berpasangan. Bagi memastikan amalan poligami ini diamalkan secara adil dan memberi kesejahteraan kepada keseluruhan umat Islam, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu iaitu :
     1. Berkemampuan untuk menyarai nafkah isteri-isteri dan anak-anak; dan
     2. Berlaku adil kepada isteri-isteri.
         i. Adil dalam menyediakan kediaman;
         ii. Adil dalam giliran malam; dan
         iii. Adil dalam musafir.
     3. Memberi didikan agama kepada isteri-isteri.

     Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manafaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :
     a. Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;
     b. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;
     c. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;
     d. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
     e. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
     f. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
     g. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
     h. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
     i. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;
     j. Menambahkan keturunan-keturunan;

     Dalam melayari rumahtangga yang sebegini diperlukan pengorbanan yang begitu tinggi dikalangan isteri-isteri mahupun para suami yang ingin dan sudah berpoligami. Kesabaran yang tertanam dalam diri perlu diperkuatkan agar rumahtangga yang dibangunkan dapat membentuk rumahtangga yang selari dengan lunas-lunas Islam. Untuk para suami yang berpoligami dengarkanlah nasihat dibawah ini :
     a. Bersikap adil dalam semua perkara-perkara dari yang sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besar perkara dan elakkanlah pertimbangan yang tidak adil atau berat sebelah dalam membuat keputusan;
     b. Berlaku adil juga ke atas anak-anak bagi kesemua isteri-isteri;
     c. Sentiasa memuji-muji kesemua para isteri dengan sama rata dan dorongankan dalam diri mereka memberi kecintaan hanyalah kepada Allah s.w.t. serta mencari keridhaan suami;
     d. Sembunyikanlah cerita-cerita dari isteri-isteri dikalangan mereka agar tiada kalangan mereka yang membangga diri;
     e. Elakkan memuji kelebihan isteri-isteri di depan isteri yang lain kerana boleh menyebabkan permusuhan dikalangan mereka; dan
     f. Nasihatkan isteri-isteri dari memburuk antara satu sama lain.

     Bagi isteri yang pertama, mungkin begitu berat bebanan perasaan yang dihadapi bila kasih sayang dikongsi bersama dengan wanita yang lain. Perlulah ditanamkan dalam diri dengan perkara-perkara yang sebegini :
     a. Bertakwa dengan Allah dan bersabarlah atas apa yang telah ditentukan;
     b. Reda dengan kekurangan yang ada pada diri yang menyebabkan suami berpoligami dan ia mungkin petunjuk dari Allah s.w.t.;
     c. Jangan memburukkan suami samada di depan atau dibelakangnya, atas kesabaran begini akan menjadi teladan yang baik kepada wanita-wanita yang menentangi syariat poligami ini;
     d. Elakkan mendengar ucapan-ucapan yang mempunyai niat buruk untuk menghancurkan hubungan antara suami dan isteri dan perlu diteliti betul-betul sebelum menerima ucapan tersebut;
     e. Jangan tanamkan kebencian dan permusuhan dihati anak-anakmu kepada isteri-isteri suamimu dan anak-anak mereka kerana kamu adalah bersaudara; dan
     f. Janganlah berubah sikap terhadap suamimu kerana ia adalah tipuan syaitan dan berdoalah kepada Allah s.w.t. agar diberi taufik dalam menjalani syariat ini.

     Nasihat untuk isteri yang baru dinikahi, tolong amalkan sifat-sifat ini :
     a. Kerelaanmu dinikahi oleh seorang yang telah beristeri adalah kebaikan yang besar dan menunjukkan kuatnya iman dan takwa dalam hatimu;
     b. Gunakanlah waktu luangmu untuk menambahkan amalan-amalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.;
     c. Janganlah jadi penghalang bagi wanita-wanita lain untuk menegakkan syariat poligami ini;
     d. Bantulah isteri-isteri suamimu dan anak-anak mereka bila mereka memerlukan pertolongan kerana perbuatan sebegini memberi keredhaan Allah s.w.t. serta menumbuhkan sifat kasih sayang antara kamu;
     e. Janganlah memburukkan isteri suami dan menceritakan keburukan dan kelemahan isteri suamimu kerana ia adalah perangkap syaitan; dan
     f. Jangan kamu menerbitkan permusuhan antara suami dan isteri-isterinya lain kerana semata-mata untuk mendapat perhatian suami dan banyaklah mengalah kerana ini akan mendatangkan kebaikan yang besar bagi dirimu.

     Kesimpulannya, poligami merupakan hukum Allah yang mempunyai hikmah dan manfaat yang besar baik bagi individu, masyarakat dan umat Islam. Penolakan yang berlaku sekarang adalah kerana kenipisan masyarakat tentang poligami yang menyebabkan syariat ini diragui sehinggakan menganggap ia sebagai sumber kepada kesengsaraan dan kehinaan wanita. Bagi saya, setiap perintah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. pasti terselindung kebaikan yang banyak, yang tidak dapat diungkap dengan mata kasar yang tidak menggunakan cermin mata yang berjenama iman dan amal.

  Rujukan :     
1. Poligami, Wahyu Illahi Yang Ditolak Oleh Muhammad Abdul Thasikal;
2. Poligami, Bukti Keadilan Hukum Allah Oleh Ustaz Abdullah Bin Taslim Al-Buthoni;
3. Wikipedia Esiklopedia Bebas; dan
4. Pendapat Orang Ramai.

Wednesday, February 3, 2010

Siapa Superhero Sebenarnya?

     Di kaca TV dan pawagam sering kita lihat, cerita mengenai kepahlawanan hero-hero yang digambarkan sebagai penyelamat kepada manusia-manusia yang tertindas. Seperti Spiderman, Superman, Batman, Cicakman, Ultraman dan banyak lagi hero-hero yang dikatakan memberi keamanan kepada manusia sejagat.
  
     Namun, yang pasti semua hero-hero ini hanyalah khayalan yang pasti tidak wujud di alam nyata ini. Mereka ini wujud dalam cerita-cerita yang diolah oleh pembuat filem-filem. Tujuannya lebih kepada komersial dan sedikit impak kepada kesedaran iaitu perlu seorang hero bagi penyelamat kepada manusia. Namun, belum lagi kita terjumpa, terlihat atau tergambar watak-watak ini dalam kehidupan manusia sekarang ini. Mungkin juga ada di kalangan kita yang mempunyai watak-watak sebegini namun tidak ditonjolkan ataupun ditenggelamkan bagi mengelakkan kebaikan, keharmonian dan keamanan wujud.

     Wujudnya hero-hero yang ada di filem-filem sekarang ini sebenarnya imaginasi pembuat cerita yang berbentuk kepahlawanan yang inginkan dunia  ini aman dibawah kepahlawanan hero-hero tersebut. Mungkin juga sekadar memberi inspirasi di jiwa manusia untuk mewujudkan orang-orang yang akan menyelamatkan manusia dan dunia agar tidak berlaku kehancuran di muka bumi ini.

     Contoh yang terdekat yang boleh kita kongsikan, iaitu cerita superhero melayu iaitu Cicakman yang digarap oleh Yusri Abdul Hamid, yang mana sinopsisnya seorang superhero yang ingin menyelamatkan dunia ini dari cengkaman manusia-manusia jahat dan klimaks cerita ini berakhir dengan kemenangan kepada hero tersebut. Begitu juga dengan superhero-superhero yang ditonjolkan oleh pembuat filem di luar negara yang ingin menonjolkan kehebatan hero masing-masing sebagai penyelamat kepada umat manusia.

     Mukadimah kepada maksud yang ingin saya luahkan di sini adalah, siapakah superhero sebenar manusia di muka bumi ini? Macamana kita nak tahu seorang itu superhero atau penyelamat kepada manusia sekarang ini. Cuba kita luaskan skop kita antara empat kutub yang ada di muka bumi ini, kutub selatan, kutub utara, kutub timur dan kutub barat. Dan semua kutub-kutub ini diliputi oleh manusia yang pelbagai beza bentuk, saiz, pertuturan, warna kulit, pemikiran, agama, adat, kebudayaan, cara kehidupan dan banyak lagi perbezaan yang Allah ciptakan dalam diri manusia ini. Bagaimana kita nak manusia yang mempunyai pelbagai kehendak, sifat, sikap dan banyak lagi dibawah seorang superhero?

     Jika kita berbalik ke zaman dahulu, pasti kita akan terjumpa dengan manusia-manusia sebegini yang boleh menyatukan umat manusia di bawah satu bendera. Siapakah mereka itu? Sahabat-sahabat r. 'anhum. Di bawah bendera apa yang boleh untuk kita satukan umat manusia ini? Bendera Iman iaitu kalimah Laailaahaillah, Muhammadurrasulullah. Namun, zaman tersebut telah berlalu tapi kesan yang ditinggalkan oleh mereka-mereka yang berjuang untuk menyelamatkan manusia dari kehancuran di dunia malah di akhirat tidak dapat dinafikan sehinggakan manusia telah mengalami revolusi kehidupan yang agung dan moden di muka alam ini. Dan mereka inilah sebenarnya penyelamat kepada nilai-nilai kemanusiaan yang semakin pudar pada zaman itu dan menjulang nilai-nilai kebaikan yang mencorak kehidupan manusia ke arah yang diredhai oleh Allah s.w.t. Para Sahabat diumpamakan sebagai bintang-bintang di langit oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu maksudnya mereka ini boleh dijadikan sebagai ikutan dalam kehidupan manusia yang ingin kejayaan dunia dan akhirat.

     Sekarang ini, adakah lagi manusia-manusia sebegini yang wujud di muka bumi ini? Adakah layak untuk kita memperbandingkan keadaan kita sekarang dengan keadaan para Sahabat r.'anhuma yang telah mencapai kegemilangan yang terbilang dan cemerlang?

     Kejayaan seperti yang diperolehi oleh para Sahabat r. 'anhuma masih boleh dikecapi oleh umat akhir zaman ini, jika kita ikut jejak yang telah ditunjukkan oleh para Sahabat r. 'anhuma. Rasulullah s.a.w tlah bersabda : "Suatu malapetaka besar akan menimpa umat ini yang mana manusia tidak dapat lagi mencari perlindungan daripada kezaliman. pada masa tersebut Allah akan menzahirkan seorang daripada keluarga dan keturunanku yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana dunia ini sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman. Sebelum zamannya tidak terdapat apa-apa tanda adanya keadilan dan persamaan. Kezaliman akan berlaku di merata-rata tempat tetapi selepas kedatangannya bumi akan menikmati semula keadilan."

     Jadi, bilakah datangnya Imam Mahadi yang telah disebut-sebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu superhero yang akan menyelamatkan keadaan dunia pada masa itu? Adakah kita sempat untuk berdamping dengan beliau? Atau adakah kita terpilih untuk bersama beliau menegakkan keadilan atau jadi penentang kepada beliau?

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...