Thursday, March 15, 2012

Singgah Di Negara Brunei Darussalam

BULAN Mac, anak aku yang belajar hafiz balik bercuti ke Limbang. Ini merupakan cuti pertamanya pada tahun ini dan aku bersama keluarga mengambilnya di lapangan terbang Negara Brunei.Penerbangan yang aku ambil untuk anak aku sengaja dibuat begitu iaitu dari Alor Star ke KL dan KL ke Bandar Seri Bagawan, Brunei. Sebabnya, anak kawan akupun balik bercuti juga dan sama-samalah mereka berdua bertolak dari Alor Star/ KL/Brunei.

Aku ambil tiket lewat sikit menyebabkan tambang dari KL/Brunei/KL mahal sikit tapi tidak mengapa yang penting anak aku boleh balik ke Limbang sekejap.

Bila sampai di Lapangan Terbang Brunei, kegembiraan jelas terbayang di wajahnya dan terus dipeluknya aku dan ibunya. Aku lihat, fizikalnya dah tinggi sikit. Insya-Allah balik raya nanti mungkin tinggi lagi.

Selepas mengambil anak aku di lapangan terbang, kami sekeluarga terus balik ke Limbang. Jalan-jalan yang ada di Brunei begitu tidak aku kenali sangat. Dalam perjalan ke lapangan terbang itupun aku dan kawan tersesat. Tapi akhirnya berjumpa juga dengan lapangan terbang yang masih diperbaiki semula dan aku terpaksa membayar caj parkir yang bernilai $B2.00. Mahal sungguh!

Cuma, yang aku tak suka jalan di Brunei papan tandanya yang tak mesra "orang luar negara". Papan tanda yang ada di negara Brunei tidak banyak sangat membantu untuk mencari lokasi-lokasi yang ingin kita tujui. Kebanyakan papan tanda yang dibuat menunjukkan arah ke bandar dan pekan sahaja. Memang ada papan tanda untuk menuju arah ke lapangan terbang tapi kadang kala kita hilang panduan bila tidak dinyatakan arah seterusnya untuk ke lapangan terbang. Bagi yang dah mahir mungkin tidak mengapa, bagi aku yang jarang ke Brunei amat perit.

Hari Ahad kelak aku akan hantar balik anak aku ke tempat belajar hafiz melalui penerbangan Brunei/KL/Alor Star. Semoga anak aku dapat menghabiskan masanya di Maahad Tahfiz Makam Diraja Langgar dengan sempurna, Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...