Saturday, October 30, 2010

Tiada Rahsia Antara Kita

MASA aku balik dari LCCT selepas balik urusan kerja di Pulau Pinang, dalam jam 4 lebih, aku menaiki bas dari LCCT ke KL Sentral. Dalam bas aku duduk di depan sekali sebelah kanan, tak lama selepas itu bas dipenuhi dengan penumpang dan sebelah aku ada seorang pemuda Indonesia. Pakaiannya biasa sahaja, dan sebelah belakang aku ada pasangan dari Indonesia juga yang begitu happy sekali. Aku rasa dalam bas itu penuh dengan warganegara asing yang datang ke negara ini. Dan hampir separuh dalam bas itu dipenuhi dengan warganegara Indonesia.


   Aku tak berapa kisah sangat dengan kehadiran warga asing yang datang ke ibu kota Malaysia ini, sememangnya kehadiran mereka-mereka ini begitu tinggi sehingga kota raya penuh dengan warga-warga asing dan terasa kita ini berada di negara yang lain. Dan di tempat tinggal akupun penuh dengan warga asing yang datang dari pelbagai negara, dan di surau tempat aku tinggalpun dikuasai oleh mereka-mereka ini terutamanya warga Pakistan. Tapi bagi aku ada baiknya, kalau tak, sunyilah surau-surau itu.


   Aku tak pandang wajah pemuda Indonesia sebelah aku tu, sebab aku sibuk dengan membaca buku Usahawan Cemerlang (Tip Dan Panduan Keusahawanan) oleh Saat Sulaiman. Buku ini begitu sesuai untuk usahawan-usahawan yang masih baru lagi berjinak-jinak dengan bisnes ataupun yang telah lama berkecimpung dalam bisnes. Ia lebih untuk membantu usahawan-usahawan terutamanya usahawan melayu tentang langkah yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam bisnes, aspek kesalahan dan kelemahan yang diperlu diketahui oleh usahawan dan idea-idea yang praktikal.


   Buku ini sebenarnya dah lama aku beli tapi belum ada masa lagi untuk aku membaca sepenuhnya, dan jika ada kelapangan aku akan capai buku yang ada dan aku bawa semasa aku ada kerja di luar dan sebolehnya aku akan cuba habiskan semasa aku membuat kerja di luar dari KL. Tapi belum dapat aku habiskan juga walaupun banyak buku yang menunggu giliran untuk aku bacakan.


   Setelah begitu lama aku menatap buku itu dengan ghairahnya, aku pandang wajah pemuda Indonesia itu, dia tenang sahaja. Dan aku cuba untuk berbual dengan pemuda itu. Ada tindakbalas dari pemuda itu, aku tanya dari mana, (memang aku dah tahupun dia dari Indonesia).
Jawbanya ringkas, "Pulau Jawa Tengah".
"Buat apa kat sini", soal aku lagi.
"Ada urusan kerja" jawab dengan memberi senyuman.
"Sapa nama abang" soal aku cuba nak tahu lebih mendalam lagi.
"Adi" pendek jawabnya.
"Umur berapa" aku cungkil lagi.
"31 tahun" jawabnya sambil memandang wajah aku.
"..oooah.. masih muda lagi..."
"dah kahwinkah adik?" soal aku lagi.
"dah" pendek sahaja jawabnya.


   Lepas itu,aku tanya lah dia dengan pelbagai soalan sehingga ke bab kerja, keluarga dan tentang agama yang semakin tidak diminati oleh orang Islam sendiri. Dia hanya mengangguk apa yang aku ceritakan. Aku beritahu Adi tentang agama yang semakin pupus, sebab agama hanya diamalkan apabila ada kelahiran, kematian dan perayaan dan selain dari itu agama diketepikan kerana tidak releven dengan kehidupan yang penuh dengan tata hidup yang menyimpang dari kehidupan beragama.


   Aku beritahu Adi maksud kita(semua manusia) dihantar ke muka alam ini, bukan semata-mata nak kumpul harta, pangkat dan kuasa tapi maksudnya macamana nak perkenalkan Allah swt kepada manusia bahawa ada Pencipta, Pemberi Rezeki, Pentadbir, Penguasa dan banyak lagi yang ada pada Allah yang tak ada pada manusia. Untuk beritahu bahawa, semua yang ada di depan mata kita ini, samada nampak atau tak nampak semua dalam pentadbiran Allah swt dan berlaku dengan kehendak Allah swt. Bukannya berlaku dengan sendiri-sendiri ataupun kebetulan. Aku tengok Adi angguk dan membenarkan sahaja apa yang aku katakan.


   Dan aku beritahu contoh yang paling dekat, seperti orang Jepun, mereka telah pasarkan produk-produk mereka ke serata alam agar produk-produk mereka digunakan oleh semua manusia. Dan sekarang asbab kegigihan mereka semua produk-produk Jepun ada kita gunakan dari yang dalam rumah hingga ke luar rumah. Ini fikir orang Jepun macamana manusia mendapat manafaat dari produk yang mereka keluarkan dan selain itu keuntungan juga mereka perolehi. Dan begitu juga yang hendak aku umpamakan seperti agama kita ini, agama Islam merupakan produk kita yang sebaik-baiknya untuk kita pasarkan kepada orang-orang Islam yang jauh dari agama dan orang-orang yang belum lagi terima kalimah suci ini. Macamana kita fikir setiap individu manusia, setiap keluarga, setiap rumah, setiap kampung, setiap bandar, setiap negara dan seluruh alam ini ada amalkan agama dengan sempurna dan bukan-bukannya separuh-separuh atau apa yang kita suka sahaja kita amal dan yang tak kita suka kita ketepikan.


    Jadi, inilah produk kita orang Islam, aku beritahu Adi dan kita kena cakap perkara ini hari-hari dan jadikan ia sebagai darah daging dalam kehidupan seharian kita dimana sahaja kita berada, di rumah, di pejabat, di pasar, di kedai, dalam bas, dalam kapal terbang kita kena cakap dan amalkan kehidupan beragama selagi nafas kita berhembus.


   Belum habis lagi aku nak cakap, bas dah sampai di KL Sentral, aku lihat Adi cepat-cepat nak keluar dari bas, dan sempat mengucapkan terimakasih atas perbualan itu dan terus berlalu dan tanpa aku nampak lagi kalibat Adi di dalam kesesakan penumpang yang berpusu-pusu ke banguan KL Sentral.


   Aku lihat jam di telefon bimbit aku dah menunjukkan 6.09 petang, aku terus naik ke atas untuk mendapatkan tiket KOMUTER untuk ke Kepong Sentral. Dah seminggu aku tinggalkan morhallah aku ini, pasti "caca" dan Nasharuddin(pelajar tingkatan dua yang selalu urut kaki aku di surau) rindu dengan aku.... aku terus ke kaunter tiket sambil menyerahkan duit RM1.20 dan terus mendapatkan tiket dan terus turun ke stesen KOMUTER dengan kesesakan yang sering menemani aku...

Saturday, October 23, 2010

Tuanya Seorang Aku...?

AKU terasa tua bila budak-budak memanggil aku dengan panggilan pakcik, terasa benar aku dah tua sangat. Tapi aku terasa muda balik bila aku berdamping dengan orang yang lebih tua dengan aku, bila aku memanggil mereka dengan panggilan pakcik. Jadi, tuanya kita bergantung dengan siapa kita berdamping, jika dengan kanak-kanak dan orang muda pasti kita akan digelar dengan panggilan pakcik dan jika kita berdamping dengan orang yang berumur dengan kita, akan jadi muda baliklah kita.

Jadi, kalau nak cerita hal tua ini, semua orang tak suka sangat, bila dikata tua tak mengaku dan dibagi lagi alasan, ...tapi hati masih muda lagi... Dan macam-macamlah cara bagaimana seseorang itu hendak mengelak dirinya nampak tua dan dikatakan tua.

Sekarang ini, hampir semua manusia cuba untuk mengekalkan kemudaan mereka walaupun umur dah setengah abad tapi nak juga kelihatan muda. Ada yang buat pembedahan, ada yang pakai susuk, ada yang guna suntikan, ada yang makan jamu dan bermacam-macam lagi kaedah yang digunakan untuk mengekalkan kemudaan yang pasti menuju kearah ketuaan.

Kalau aku nak ceritapun tentang macamana nak kekalkan kemudaan yang ada ini, memang tak akan kekalpun apa yang kita miliki ini. Sebab, ia merupakan proses yang tetap dan pasti dilalui oleh semua manusia. Cuma manusia yang tak dapat menerima kenyataan yang dia dah tua menyebabkan dia berbuat begitu.

Perjalanan manusia dari alam bayi, seterusnya kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua merupakan pentas untuk mematangkan diri, pemikiran, kehidupan dan perasaan seseorang indidvidu tersebut. Agar dia dapat merasai alam-alam yang berlainan dan memantapkan dirinya dalam menangani alam-alam yang berbeza. Bukan tujuannya untuk menunjukkan bahawa ia satu kemegahan atau tanda akan pengalaman hidup yang lama di dunia ini tapi sesuatu perkara yang perlu untuk kita memberi perhatian dan bersedia untuk bertukar alam iaitu alam yang kekal(akhirat).

Apabila berlakunya individu tertentu yang tidak dapat menerima kenyataan yang dia dah tua, ataupun mengekalkan diri ke alam yang sama yang sepatutnya perlu untuk bergerak ke alam yang lain menyebabkan berlakunya “ketidakmatangan dalam tindakan” seseorang itu apabila dia berada di alam yang tidak sepatutnya dia berada, dan semua tindakan yang dibuat akan mengundur ke belakang. Jadi, berlakulah krisis kesamaran dalam menempatkan diri di alam yang sebenarnya. Bukan kepada individu yang tua sahaja, malah yang muda juga berlaku bila kematangan mereka terlampau cepat sehingga mengugah keseragaman sosial manusia sekitarnya.Perumpamaan yang hampir kepada perkara ini, bila berlakunya kelahiran bayi yang tidak cukup bulan boleh menyebabkan ketidaksempurnaan kepada anggota-anggota bayi tersebut.

Aku rasa setakat ini, aku masih dalam pertengahan meniti di usia tua aku. Semakin jauh aku meninggalkan alam remaja, semakin sepi menghampiri perasaan ini. Aku rasa, aku berada di antara alam dewasa dan tua ataupun lebih banyak di alam dewasa sebenarnya. Aku rasa di alam inilah aku banyak menghadapi pelbagai cabaran tentang kehidupan yang semakin rumit dan mencabar kesabaran aku. Di alam inilah aku perlu untuk menentukan maksud sebenarnya, apa yang perlu untuk aku buat dan pegang untuk aku menjalani masa di usia tua nanti. Jika tidak, berlakulah sindrom cinta dunia dan takut mati kerana merasakan diri tak hendak untuk berada di alam yang sepatutnya aku berada iaitu alam tua.(itupun jika Allah memanjangkan umur aku sehingga ke alam yang jarang untuk kita mencapainya).

Jika kita renung keadaan dunia sekarang inipun, dah dikatakan menjangkaui usia yang boleh dikatakan sudah tua dan hanya menunggu tiupan sangkakala untuk menutup tirai dunia ini. Tapi disebabkan kebolehan manusia yang “mendandan” dunia yang semakin tua ini dengan baik, aku dan kita semua terasa kita di alam dunia yang masih remaja dan tidak ternampak ketuaan dunia dengan adanya pembangunan yang dijelmakan oleh manusia-manusia yang ingin terasa benar nak hidup selama-lamanya di dunia ini.

Alam tua ini aku rasakan untuk memberitahu akan kita, betapa kurangnya lagi usia yang Allah peruntukkan untuk kita gunakan di dunia ini. Cuma adakah kita terasa yang nyawa kita semakin kurang dan mungkin jua disebabkan angka(umur) yang dimiliki oleh kita semua semakin membesar dan sangkaan kita bahawa kelanjutan untuk kita hidup seakan berkekalan.

Dan untuk kita lebih kekal dalam keadaan yang kita sukai, masuklah ke alam akhirat(perlu membawa bekalan yang cukup, yang hanya diterima oleh Allah), di situlah nanti keinginan kita akan disempurnakan Allah s.w.t. Di alam itulah nanti kita tidak akan tua-tua dan sentiasa muda-muda dan bertambah kacak dan cantik....




Sunday, October 17, 2010

Khasiat Kurma

KURMA atau tamar adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan samada yang masak atau yang mentah. Bagi kita di Malaysia, kurma hanya dimakan bila menjelang bulan Ramadhan, iaitu bila kita berpuasa. Jarang bagi kita untuk mejadikan ia sebagai makanan harian dan kita sudah terbiasa dengan amalan sebagai  makanan pembuka puasa.
Kurma merupakan makanan ruji bagi orang Timur Tengah terutamanya orang-orang Arab sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ditanam sejak zaman silam lagi terutamanya di Mesopotamia hingga ke prasejarah Mesir, lingkungan dalam seawal 4,000 SM. Terdapat bukti arkaeologi pada penanaman kurma di Arabia timur pada 6,000 SM.
Ahli sejarah dan para ilmuan sepakat mengatakan kurma merupakan sejenis tanaman yang pertama dikenali oleh manusia dan kemunculannya sekitar 4,000 SM. Walaupun mereka saling berbeza pandapat tentang asal tempat mulanya kurma menjadi tanaman manusia. Ada yang mengatakan kurma mula muncul di daerah Barat India dan Selatan Iran, dan ada pula yang mengatakan kemunculan pertamanya di daerah Babil, di kawasan Iraq. Pendapat yang lain pula mengatakan kurma mula ditanam di daerah-daerah Teluk Arab sebagaimana dibuktikan dari ukiran-ukiran yang dipercayai dibuat pada zaman tamadun bangsa Sumeria.
Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berbagai-bagai jenis dan berkualiti dari segi khasiatnya. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak dan mempunyai khasiat yang banyak. Ia merupakan makanan utaman Baginda Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam(s.a.w).
Kurma juga merupakan buah pertama yang diperintahkan Allah s.w.t. kepada Sayyidah al-Batul Maryam ibunda Nabi Isa a.s. sepertimana firman Allah swt dalam Al-Quran dan maksudnya,
“Dan gegarlah ke arahmu batang pokok tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak” (Surah Maryam : Ayat 25).
Ayat ini meriwayatkan bagaimana Maryam diperintahkan oleh Allah untuk mendapatkan buah kurma untuk dimakan bagi memulihkan keadaan letih dan lemah akibat melahirkan Isa a.s. Ini merupakan satu-satunya mukjizat kesihatan yang telah diisyaratkan oleh Al-Quran Al-Karim sebelum manusia mendapat penemuan ilmu perubatan moden.

Khasiat Kurma
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya, kerana ia merupakan tanaman dari Syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat”.
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah s.a.w. kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi, lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 60 hingga 70 peratus gula asli di dalam bentuk glukosa dan fraktosa yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram kurma mengandungi lebih kurang 15.3 peratus air, 2.5 peratus protein, 0.4 peratus lemak, 2.1 peratus zat-zat logam dan 3.9 peratus serat. Di antara zat-zat logam yang terdapat di dalam kurma ialah kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin B.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kurma yang dimakan tanpa membuang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan mampu untuk menambah kekuatan dan ghairah hubungan suami isteri yang tidak dimiliki oleh buah-buah lain. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik ia amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang boleh menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin kerana boleh membantu untuk menguatkan otot-otot rahim. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Dapat menenangkan urat-urat saraf, mampu menghilangkan ketegangan dan rasa gelisah serta dapat mengubati luka dalam perut. Selain dari itu, Ibnu Al-Qayyim turut mrmberi pendapat iaitu kurma merupakan buah yang sangat bermanafaat bagi hati dan dapat melembutkan tabiat keras manusia. Dan juga, kurma yang dimakan sebelum sarapan pagi boleh membunuh kuman dan cacing yang berada di dalam perut.


Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.
Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap  400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana  kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.
Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rosak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.
Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering  juga kaya dgn kalium  kerana ia juga mengandung salisilat.Orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama  dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma. 
Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahawa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke. Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi  boleh juga meredakan sakit kepala.


Jadikan buah kurma sebagai makanan harian kita, sebab keberkatan yang telah dinyatakan dengan jelas dari  firman Allah s.w.t. serta sabdaan Nabi junjungan kita baginda Muhammad s.a.w.
  
Rujukan:
Rahsia dan Khasiat Buah Kurma – Buletin Umar Al-Khattab, Bil. 2/2010;
Kurma – www.tayibah.com;
Wikipedia – Kurma;
Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi Kemaskini) – ms. 48-49, Buah Tamar – Dr. Danial Zainal Abidin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...