Wednesday, November 25, 2009

SALAM AIDILADHA


Sambutan Aidiladha di tempat kita meriah dengan keamanan, namun di tempat lain meriah dengan kesengsaraan...

Meniti Debaran Zaman

BAB 27
MENGENAI PERBALAHAN DAN SIKAP BERPUAK-PUAK DI KALANGAN ORANG-ORANG ISLAM
          Sa'ad r. 'anhu berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
          "Tatkala aku memohon doa kepada Allah Ta'ala mengenai tiga perkara bagi umatku, Allah Ta'ala hanya menerima dua permintaan sahaja daripadanya sedangkan yang lagi satu Dia menolaknya. Aku berdoa agar umatku ini tidak mati kelaparan. Semoga tidak diturunkan kebuluran sehingga semuanya mati kerananya. Doa untuk ini diperkenankan.
          

Doa yang kedua ialah "Ya Allah ! Janganlah diberikan kuasa dan kekuatan kepada mana-mana puak kafirin dan musyrikin (Yahudi dan Nasara) yang membolehkan mereka berkuasa ke atas umatku lalu membunuh dan membinasakan.
          Doa ketiga ialah "Ya Allah ! Janganlah umatku berselisih dan berbalah di antara satu sama lain." Tetapi doa yang ini tidak diperkenankan. Allah Ta'ala enggan menerimanya."
(Ibn Hibban)
          Di dalam Tibrani terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Samurah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. memohon empat perkara yang hanya tiga perkara yang diterima kecuali doa agar umat tidak berselisih dan bertelingkah di antara sesama mereka. Doa keempat yang diterima ialah supaya seluruh umat tidak akan tersesat dan bersatu di atas kesesatan.
(Tibrani)
         Berfirman Alalh Ta'ala di dalam Al Quran :
         "Katakanlah : "Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu dari atas kamu, atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merosakkan kepada sebahagian kamu dengan keganasan sebahagian yang lain."
(Al An'am : 65)
          Dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa azab ini sangat mudah. Rasulullah s.a.w.  telah memberi amaran akan kemurkaan Allah s.w.t. di dalam ayat di atas yang diturunkan dari atas atau dari bawah bumi dalam bentuk gerak gempa. Justeru Rasulullah s.a.w. pun berdoa :
          "Aku berlindung daripada kemurkaanNya yang mungkin datang dari atas atau dari bawah bumi."
(Bukhari : Jilid 11, ms 666)
         Maka sayugianyalah orang-orang Islam merenung perkara ini. Apabila timbul perbalahan di antara parti da kumpulan yang berbeza-beza maka pada pandangan orang-orang biasa, mereka mengatakannya sebagai rahmat!
         Memang ada Rasulullah s.a.w. bersabda :
         "Perselisihan di kalangan umatku merupakan rahmat."
(Hadis)
          Tetapi jika perselisihan itu bersangkut paut mengenai sikap mementingkan diri, tamak haloba dan keuntungan diri sendiri maka ini bukanlah rahmat.
(Bersambung...)

Friday, November 20, 2009

Meniti Debaran Zaman

BAB 26
AKAN WUJUD PEMEGANG KEPERCAYAAN DAN PEMIKIRAN BARU
          Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada akhir zaman akan lahir ramai para penipu dan pendusta. Mereka akan mengutarakan kepadamu banyak perkara baru (pemikiran-pemikiran baru) yang mana belum pernah didengari olehmu atau orang-orang sebelum kamu. Maka jauhilah orang-orang yang sedemikian. Selamatkanlah diri kamu daripada mereka agar mereka tidak menyesati kamu dan mencampakkan kamu ke dalam tipu daya.
(Muslim)
        

Meniti Debaran Zaman

BAB 25
MASAIL (MASAALAH)
          1. Seorang yang menolak semua Hdis adalah kafir.
          2. Seorang yang menolak Hadis mutawatir (yakni Hadis yang terus menerus yang diriwayatkan ramai periwayat dalam perkara yang sama, yang kemungkinan tidak wujudnya kepalsuan), penolakan Hadis ini juga digolongkan sebagai kafir.
          3. Penafian terhadap Hadis Ahad yang periwayatnya sedikit dan tidak ada penjelasan terhadap Hadis ini, maka yang menafikannya dianggap fasiq (pendosa).
(Bersambung..)

Thursday, November 19, 2009

Meniti Debaran Zaman

BAB 24
PERKARA DI ATAS TELAH BANYAK DIBICARAKAN DI DALAM TULISAN
          Sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang ini sentiasa ada satu golongan yang menafikan kedudukan Hadis sebagai sumber hukum dan sebagai hujjah. Perintah-perintah kewajiban solat, haji dan zakat telah dinyatakan di dalam Al Quran tetapi keterperincian solat daripada takbiratul ihram sehingga ke akhirnya telah didapati daripada sumber Hadis.

          Demikian jugalah perintah-perintah mengenai haji dan umrah telah dinyatakan di dalam Al Quran tetapi keterperinciannya sejak memakai ihram sehinggalah menanggalkan ihram adalah diambil daripada Hadis. Maka jika dakwaan golongan ini dipercayai maka runtuhlah kewujudan dan kebenaran Islam itu sendiri.
           Maka dengan itu Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sebagaimana hukum haram dan halal telah ternyata di dalam Al Quran maka begitulah juga ia disahkan melalui kenyataan dan perbuatan seperti mana yang Allah Ta'ala sendiri berfirman di dalam Al Quran : "Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan dia tiada berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri. Perkataannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibrail a.s.) yang sangat kuat."
(Surah Najm : 2-5)
          Maka bukan sahaja dikatakan Hadis, malahan segala perbuatan Sahabat-sahabat yang diketahui oleh Rasulullah s.a.w. lalu baginda diam tanpa melarangnya itupun adalah dianggap sebagai Hadis dan menjadi sebagai hujjah.
          Dengan alasan inilah Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa orang-orang yang sentiasa kekenyangan dan pencinta-pecinta makanan yang hidup di dalam serba keselesaan, serba kemas dan mewah sambil bersandar pada bantal-bantal empuk dan mahal janganlah mabuk dengan kemewahan mereka lalu menafikan akan "Sunnahku" kerana mereka seharusnya menjalani hidup mereka dengan Sunnah. Di dalam perihal makanan dan minuman, pakaian, adab dan akhlak semuanya mestilah tertakluk kepada Sunnah. Hanyalah orang yang sedemikian yang telah mabuk dengan kemewahan mereka, menjalani hidup menuruti nafsu serakah dan kebinatangan yang akan menolak Sunnah.
(Bersambung...)

Sunday, November 15, 2009

Meniti Debaran Zaman

BAB 23
AKAN BANGUN GOLONGAN-GOLONGAN PENOLAK HADIS (ANTI HADIS)
          Telah diriwayatkan daripada Abu Raf'e r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah biarkan aku melihat salah seorang daripada kamu bersandar di atas bantal empuk lalu dibawakan mana-mana perintah dan larangan-laranganku kepadanya maka dia pun berkata : "Aku tidak tahu dan aku tidak tahu; aku hanya akan patuh dengan apa-apa yang ada di dalam Al Quran."

(Abu Dawud)
          Tersebut di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku telah diberikan Al Quran dan sesuatu (yakni Hadis) yang seumpama Al Quran. Orang-orang yang kenyang dan berpuas hati akan menafikan perintah-perintahku lalu berkata : 'Berpegang teguhlah hanya dengan Al Quran. Apa-apa yang halal di dalam Al Quran, hendaklah menganggapnya halal, dan apa-apa yang diharamkan hendaklah diharamkan." Ingatlah apa-apa yang telah diisytiharkan haram oleh pesuruh Allah, samalah dengan apa yang telah diharamkan oleh Allah."
(Abu Dawud)
(Bersambung...)

Meniti Debaran Zaman

Bab 22
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI - PENGAWAL YANG TIDAK AMANAH DAN BERSIKAP PENYAMUN.
          Bacalah lagi berkali-kali akan Hadis yang di atas. Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Akan terjadi peperangan dan perbalahan yang memusnahkan umat ini sesama sendiri."
          Sambil menggunakan pedang, tombak dan lain-lain senjata yang direka mengikut zaman seperti pistol, senapang revolver, machine gun dan sebagainya, mereka akan membunuh sesama sendiri.
        

Friday, November 13, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 21
AKAN WUJUD PEROMPAK-PEROMPAK KEIMANAN YANG AKAN MEROMPAK IMAN SECARA SOGOKAN WANG - AKAN WUJUD SEGALA MACAM ANGKARA.
         Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setelah kewafatanku, akan muncullah pemerintah-pemerintah yang apabila kamu ikut akan mereka, mereka akan menjadikan kamu kafir, tetapi jika kamu menentang, tidak taat kepada mereka, maka kamu dibunuhnya. Mereka akan menjadi ketua bagi orang-orang kafir dan pemimpin bagi orang-orang sesat."
        

Sunday, November 8, 2009

Cerita Tentang Poligami (Bahagian Ketiga)

          Pagi yang dingin (sebenarnya tak dinginpun kat KL ni, panas dengan keluhan wargakota yang semakin sesak dengan masalah) lagi sibuk dengan bunyi kenderaan-kenderaan yang bergerak...24 jam bergerak...sekarang hampir semua premis perniagaan buka 24 jam, kilang-kilang, pejabat-pejabat tak alih dan pejabat-pejabat tetap...banyak lagi  yang bergerak-gerak kat KL ni...cuma masjid/surau yang tak hidup 24 jam..mengapa ya (kalau nak lihat masjid di Malaysia ni yang hidup 24 jam datanglah ke Masjid Seri Petaling,



Saturday, November 7, 2009

Meniti Debaran Zaman


BAB 20

MELETAKKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ORANG YANG LEMAH ADALAH DI ANTARA TANDA-TANDA KIAMAT
          Hadis Rasulullah s.a.w.berbunyi : "Apabila pentadbiran diserahkan kepada orang yang tidak berkebolehan dan tidak layak serta lemah, maka tunggulah Kiamat."

Wednesday, November 4, 2009

Meniti Debaran Zaman

BAB 19
HARTA DAN PANGKAT AKAN MENJADI UKURAN PENGHORMATAN DAN KEAGUNGAN
          Pembunuh-pembunuh akan berlipat ganda dan orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan akan memegang tampuk kuasa.
          Diriwayatkan daripada Huzaifah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak akan terjadinya Kiamat sehinggalah kamu bunuh imam (pemerintah kamu) lalu menyembelih di antara satu sama lain dengan pedang-pedang kamu dan akan bangkitlah di kalangan kamu yang jahat menjadi pemimpin-pemimpin dunia."
(Tirmizi)
        

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...