BAB 19
HARTA DAN PANGKAT AKAN MENJADI UKURAN PENGHORMATAN DAN KEAGUNGAN
Pembunuh-pembunuh akan berlipat ganda dan orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan akan memegang tampuk kuasa.
Diriwayatkan daripada Huzaifah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak akan terjadinya Kiamat sehinggalah kamu bunuh imam (pemerintah kamu) lalu menyembelih di antara satu sama lain dengan pedang-pedang kamu dan akan bangkitlah di kalangan kamu yang jahat menjadi pemimpin-pemimpin dunia."
(Tirmizi)
Tolak sahaja zaman Sahabat dan Tabi'in (pengikut sahabat) dan juga Taba' Tabi'in (pengikut kepada pengikut sahabat) dan jenguklah kepada sejarah kemudiannya. Setiap yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. tepat berlakunya. Islam mengajar umatnya supaya taat kepada amir, pemerintah dan raja dan meghukum haram, menderhakai mereka. Selagi amir atau raja tidak murtad atau keluar daripada Islam, maka tidaklah harus (tidak jaiz) mendurhakai mereka.
Buatlah tinjauan sejarah 1,000 tahun dalam kerajaan Islam itu, maka akan jelas nampaknya apa yang telah diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dahulu telah benar-benar terjadi. Pembunuhan dengan pedang, perang sesama sendiri, pembunuhan dengan alasan-alasan yang remeh. Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa pembunuhan dan pertumpahan darah akan menjadi-jadi ketika hampir menjelangnya Kiamat. Pembunuh tidak tahu di atas alasan apa yang dia membunuh dan orang yang terbunuh pula tidak faham mengapa dia dibunuh.
Pada hari ini jika terjadi sesuatu rusuhan di mana-mana, yang ramai mati bukan si perusuh tetapi lebih ramai orang ramai yang tidak berdosa. Yang benar-benar jahat dan pembuat angkara, perosak dan kaki sabotaj dan pembakar-pembakar bangunan serta penculik-penculik terlepas bebas sedangkan yang menjadi mangsa dan yang terpaksa menanggung akibat semuanya itu adalah orang-orang yang tidak berdosa.
Pada bilangan 3 telah dikatakan bahawa orang-orang yang jahat menjadi pemilik-pemilik harta. Mereka sama sekali tidak akan mementingkan pemilikan yang mereka perolehi itu didapati secara sah atau tidak. Agama, iman dan taqwa kepada Allah ditolak ke tepi dan terjauh daripada hati sanubari. Pada hari ini kita dapat benar-benar menyaksikan dengan mata kepala kita bagaimana petani-petani, peniaga-peniaga, ahli-ahli professional seumpama doktor, jurutera, peguam dan sebagainya dan juga pegawai-pegawai kerajaan semuanya mencekik wang dan penyental wang. Pembaca-pembaca suratkhabar akan dapat mengetahui berbagai-bagai jenis tipudaya dan angkara telah digunakan untuk mencapai tujuan ini.
Ukuran bagi kemuliaan, penghormatan dan taraf seseorang adalah harta. Dengan itulah ada sebuah Hadis lagi yang diriwayatkan oleh Huzaifah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak akan datang Kiamat selagi orang yang paling mulia dan dirahmati akan dianggap golongan yang hina dina."
(Tirmizi)
Perkataan Arab mengenai orang ini digelar sebagai luk ibni luk. Golongan luk ini ialah yang tidak mempunyai maruah dan sifat dermawan (murrawat) adalah pemilik-pemilik harta (hartawan). Ada sebuah hadis yang dipetik daripada Kitabul Iman di dalam Sahih Muslim menyatakan bahawa yang pekak dan bisu ..................permukaan bumi ini.
Mereka adalah bisu kerana tidak bercakap benar terhadap sesiapapun. Mereka tinggal membisu terhadap apa-apa kenyataan samada benar atau tidak dan membisu juga untuk memberi keputusan secara benar dan adil. Begitulah juga mereka pekak terhadap kebenaran.
Imam Nawawi r. 'alaihi telah menulis bahawa di dalam Al Quran sendiri Allah telah menyatakan bahawa orang-orang kafir itu sebagai pekaka, bisu dan buta. Begitulah umpamanya, lantaran kejahilan, kedunguan dan kebodohan, mereka tidak mahu mendengar akan kebenaran, tidak mahu memahami dan bercakap tentangnya. Justeru kepentingan yang ada pada mereka, mereka akan terus diam, membisu, takut-takut perkara itu akan merosakkah kepentingan institusi mereka.
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment