Tuesday, September 15, 2009

Balik Kampung

Malam tadi saya bertolak ke LCCT menggunakan bas dengan tambang RM 9.00, bertolak dari KL Sentral jam 10.20 malam. Saya pilih tempat duduk di depan sikit dan sebelah kanan. Duduk di sebelah saya seorang warganegara Australia. Begitu ramah, kedatangan beliau ke sini hanya untuk menenangkan fikiran, ingin melihat keindahan bumi Malaysia. Beliau komen tentang bandaraya KL yang dipenuhi dengan bangunan konkrit dan ataupun tak mesra alam. Beliau bandingkan keadaan di Thailand yang masih kekal dengan budaya bangsa dan ketenangan suasana persekitaran dengan bercorakkan alam sekitar yang masih terjaga. Dan juga bercerita tentang keluarga dan kehidupan peribadi. Beliau masih bujang dan mempunyai teman wanita yang kini berada di Jepun.
Lepas tu, saya cadangkan beliau agar melawat di negeri lain di Malaysia ini seperti di Sabah dan Sarawak yang kekal dengan flora dan fauna serta keindahan semulajadi yang masih dara lagi (walaupun sudah ada sebahagian hutan-hutan telah diterokai bagi mendapatkan hasil alamnya).
Cerita saya dengan warganegara Australia bukan setakat tentang percutian beliau sahaja, perbincangan tentang agama juga menarik perhatian kami berdua. Beliau mengatakan, tidak mempercayai agama-agama yang ada kat dunia ni, semuanya tidak memberi apa-apa manfaat dan menyusahkan sahaja. Beliau menerangkan untuk mendapat ketenangan hanya dengan meditasi sahaja dan ketenangan akan datang.
 Saya cuba terangkan tentang Islam, kehidupan dunia yang singkat, alam akhirat dan cara hidup yang berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah. Dan menyuruh beliau mengkaji Al Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad saw bukan mendengar dari orang sahaja. Tentang kerja dakwah yang sedang bergerak sekarang. Beliau masih menegaskan hanya meditasi sahaja yang membawa ketenangan bukannya agama. Saya syorkan kat brother tu agar membuat kajian tentang Islam agar dapat memahami sepenuhnya dengan bertanyakan dengan orang-orang yang betul-betul mendalami Islam. Beliau hanya tersenyum.
 Tepat 11.20 malam, bas telah sampai di terminal, kami berduapun bergegas ke kaunter tiket dan beliau juga ingin melihat masjid/surau di terminal tersebut yang saya ceritakan bahawa di terminal tersebut ada masjid/surau. Sampai di tempat pertanyaan beliau bertanya mengapa tempat destinasi beliau tiada di papan perlepasan, bila diperiksa resit penerbangan, rupanya di terminal KLIA, bergegas pula beliau ke KLIA dengan sumpah seranah, saya cuba menenangkan beliau dan membantu untuk mendapatkan kenderaan dan bila kendaraan diperolehi beliau mengucapkan terima kasih sebab penerbangan beliau jam 1.00 pagi untuk ke Tokyo, Jepun. Terlupa nak tanya nama..
  Kat dalam LCCT pusing-pusing, ramai juga orang dari pelbagai negara dan penduduk Malaysia. Banyak budak IPTA yang 'bercouple', ada yang dah baring kat atas kerusi dan lantai dengan beralaskan suratkhabar, yang penting dapat melelapkan mata. Dalam pusing-pusing tu singgah kat KFC, makan dua ketul ayam goreng, kentang goreng dan minum milo panas. Lepas tu, berehat kat sebuah bangku dan cuba untuk berbaring tapi tak 'lelap-lelap'. Dalam pukul 5 pagi bersahur dengan air mineral dan coklat.
Lepas tu pergi ke surau, jumpa dengan jemaah 4 bulan dari India, ditaskil ke Penang dan Melaka, dah nak balik ke India. Lepas solah subuh terus ke kaunter 'check-in', panjang Q. Masuk ke tempat perlepasan dan jumpa dengan seorang tentera udara (kerja kat Labuan, orang Melaka) yang pernah keluar masa 'student' dulu. Beliau berkeinginan nak keluar lagi, melihat keadaan suasana jemaah yang begerak di mana-mana. Saya ambil peluang untuk membentuk fikir beliau tentang pentingnya kita usaha atas iman dan amal dan gunakan masa, diri dan harta untuk gerakan usaha atas iman ini. Beliau berkeazaman untuk bersama dengan jemaah lagi. Taskil beliau untuk datang ke malam sabguzari di Labuan (Seri Meriding)
 Tepat jam 7.40 pagi kitapun masuk ke dalam 'belon', dalam 'belon' tidur sahaja sebab malam tadi tak cukup tidur. 10.20 pagi 'belon' mendarat di Lapangan Terbang Labuan saya terus ke terminal bot untuk ke Limbang. Bot bertolak jam 2.00 petang terpaksa le tunggu kat terminal dan jumpa le orang-orang Limbang dari Kampung Sankarai, Malanggagai dan Ulak ada yang berkerja di KL dan 'students' dari UKM dan UM ambil jurusan Pendidikan Islam.... semoga berjaya untuk membangunkan Limbang.
Dan saya masih menunggu bot ke Limbang dan terbayang wajah anak-anak dan isteri kat Limbang serta ibu dan ayah kat Sibu...terkesan juga ye

Monday, September 14, 2009

Akhir Ramadhan

Hari ini hari ke 24 Ramadhan, cuma tinggal 6 hari lagi untuk kita habiskan puasa kita bagi menanti kedatangan bulan Syawal. Namun, semakin kita dipenghujung Ramadhan, semakin berkurang pula amal ibadat kita dan semain sibuk pula dengan persiapan bagi menyambut 1 Syawal.
Sepatutnya, dipenghujung Ramadhan ini perlu dipertingkatkan lagi ketawajuhan kita kepada Allah swt dengan meningkatkan lagi amalan-amalan kita. Kemeriahan kedatangan Syawal begitu diwar-warkan hingga menenggelamkan keberkatan Ramadhan. Amalan-amalan semakin berkurangan dan ketawujahan dalam mempertingkatkan amalan-amalan ibadat semkin hilang.
Lailatul qadar yang ditunggu-tunggu hanya segelintir sahaja yang merebutinya dan bagaimana dengan kita...adakah berebut-rebut menghampiri rahmat Allah swt..?

Tuesday, September 8, 2009

Biografi Maulana In'aamul Hasan Saheb (rah), Amir Jama'ah Tabligh yang ketiga

Pengaruh Keturunan

1. Orang-orang yang arif pernah menyatakan bahawa apabila Allah Ta'ala menyukai seseorang, Dia menyembunyikan kelebihan-kelebihan orang itu semasa dia hidup
2. Orang-orang yang arif menyatakan bahawa terdapat dua peranan penting terhadap personaliti seseorang.
a. Kerana tradisi dan kelebihan keluarga akan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain.
b. Nabi Muhammad (saw) dan sekelian para-para anbiya (as) dilahirkan di kalangan salsilah keluarga yang mulia. Hadis Bukhari memberitahu kaisar Rom juga percaya anbiya mesti di kalangan keluarga yang mulia.
4. Hadrat Maulana In'amul Hasan (rah) telah dianugerahkan kedua-dua martabat ini.
8. Allah Ta'ala telah memilih beliau daripada kalangan keluarga Siddiq, silsilah Hadrat Abu Bakr as Siddiq(ra), teman baik Rasulullah (saw) yang mulia dan dirahmati.

Keterangan Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah)

1. Hadrat Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah) pernah mengatakan tentang keluarga Hadrat Maulana In'amul Hasan (rah), termasuk wanita adalah contoh-contoh ketaqwaan dan kesolehan.
2. Hadrat Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah) adalah ulama yang ternama dan adalah guru kepada Almarhum Ustadz Fadzil Nor, bekas presiden parti PAS (Parti Islam Semalaysia).
3. Mereka sentiasa sibuk dengan pengabdian, zikir dan tilawah siang dan malam sebagai rutin harian hidup mereka.
4. Di sepanjang bulan Ramadan, suasana di rumah mereka menjadi lebih hebat dengan sepanjang hari, siang dan malam dengan tilawah Quran.
5. Mereka terlalu khusyu' bersolah hingga tidak sedar apa yang berlaku di sekitar rumah mereka. (Kitab Maulana Ilyas dan Da'wah)

Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)

1. Hadrat Qazi Ziyaa'uddin Sanami (rah), seorang anak murid Hadrat Khwaaja Nizaamuddin Awliya (rah) adalah moyang kepada Hadratji.
2. Seorang alim yang terkenal dan dihormati oleh ulama dizamannya, yang kaya dengan karomah, ilmu, taqwa dan makrifah; iaitu Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi juga moyang kepada Hadratji.
3. Seorang alim yang besar, Allama Abdul Hakim Sialkoti yang tidak percaya terhadap seorang yang kudus (suci), tetapi berubah pendapat apabila bertemu dengan Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah).

Perjalanan ruhani Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)

1. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi telah keluar mencari seorang murshid (pembimbing ruhani), dan bertemu dengan seorang buzrug tasawwuf daripada Qadiriyyah.
2. Beliau amat kagum dengan apa yang telah dia nampak dan dengar.
3. Beliau telah berbai'ah, dan telah menyibukkan diri dengan wirid, wazaa'if, zikir, azkar dan mujahadah.
4. Selepas dua tahun, murshid itu telah menyuruhnya mencari seorang buzrug yang lain.
5. Setelah beberapa lama, buzrug itu memberitahu yang Maulana Muhammad Hakim telah mencapai tahap terakhir di dalam tasawwuf.
6. Beliau telah disuruh agar kembali ke tempat asalnya dan dinasihatkan sama ada dia mengistiharkan tahap keruhaniannya atau menyembunyikan.
a. Jika beliau mengistiharkan tahap keruhaniannya, dia perlu mengambil bai'ah dan memberi pedoman kepada masyarakat di tempat asalnya.
b. Jika beliau menyembunyikan, dia perlu menyibukkan diri dengan mengajar ilmu agama.
7. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi menjawab yang beliau memilih untuk mengabdikan diri kepada ilmu syar'iyyah.
8. Akhirnya buzrug itu telah mendoakan beliau dengan ilmu zahir di dalam syar'iyyah kepada beliau dan keluarganya.
9. Selepas menerima khilafah (pengiktirafan keruhanian), beliau kembali ke tempat asalnya dan telah menyibukkan dirinya di dalam menyampaikan ilmu syar'iyyah kepada masyarakatnya.

Anak-anak Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)

1. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi mempunyai dua anak lelaki,
a. Maulana Muhammad Shareef yang mengikuti jejak langkah ayahnya di dalam ilmu, fadl dan ma'arif
b. Abdul Muqtadir.
2. Doa murshid itu dibuktikan dengan keelokan peribadi Maulana Muhammad Shareef, dan basyarah untuk keluarganya ini kekal hingga ke hari ini, iaitu generasi yang kesebelas.
3. Insya'Allah ilmu syar'iyyah ini akan kekal di dalam generasi keluarganya hingga ke hari akhir.

Maulana Hakim Muhammad Shareef (rah)

1. Maulana Hakim Muhammad Shareef mempunyai dua anak lelaki,
a. Maulana Muhammad Faiz yang tinggal di Zinzana, dan daripada keluarganya pula lahir nasab-nasab,
i. Maulana Isma'eel Khandlawi
ii. Maulana Muhammad Yahya Kandalwi dan anaknya Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria
iii. Maulana Muhammad Ilyaas dan anaknya Maulana Muhammad Yusuf Kandalwi
b. Maulana Hakim Abdul Qadir yang tinggal di Kandhala, dan daripada keluarganya pula lahir nasab-nasab,
i. Mufti Ilaahi Bakhsh Kandhlawi
ii. Maulana Mufti Muzaffar Husain Kandalwi
iii. Maulana In'aamul Hasan

Maulana Mufti Ilaahi Bakhsh (rah)

1. Maulana Mufti Ilaahi Bakhsh, ulama tersohor dizamannya adalah anak murid Shah Abdul Aziz Dehelvi (rah) dan amat gemar menulis.
2. Anaknya-anaknya adalah
a. Noorul Hasan juga seorang alim dan guru kepada Sir Sayyed Ahmed Khan, pengasas kolej Aligarh yang terkenal di India.
b. Zahurul Hasan juga seorang ulama
c. Hakim Riyazul Hasan juga seorang ulama dan pernah belajar hadith daripada Maulana Rashid Ahmed Gangohi (rah).
d. Maulana Ikramul Hasan

Maulana Ikramul Hasan (rah)

1. Maulana Ikramul Hasan adalah anak saudara kepada Maulana Ilyaas (rah) juga seorang ulama dan telah mendapat ijazah B.A. and L.L.B. daripada Aligarh university.
2. Beliau kemudiannya telah berkhidmat di dalam profesion guaman di mahkamah Kerala.
3. Selepas beberapa lama, beliau berhenti dan mulai berkhidmat dengan Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria (rah) di Madrasah Mazahir Ulum.
4. Maulana Muhammad Ilyaas amat menyayangi beliau dan beliau telah berkhidmat untuk Maulana Muhammad Ilyaas (rah) pada detik-detik akhir kehidupannya.
5. Maulana In'aamul Hasan adalah anak beliau.

Hadrat Moulana In'aamul Hasan (rah)

1. Hadrat Moulana In'aamul Hasan Saheb (rah) dilahirkan di pekan Kandhla, daerah Muzaffar Nagar, U.P., India
a. pada 18 Jamadil Akhir 1336, bersamaan
b. 20 Februari 1918.
2. Hafez Mangtu mengajarkan beliau Hifzul Quraan.
3. Beliau mempelajari bahasa Parsi sehingga kepada tahap Bustaan Sheikh Saadi (rah) daripada datuk saudara beliau Abdul Hamid.
4. Pelajaran bahasa Arab daripada tahap Mizan-Munshaeb kepada SharehJami daripada Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah) di Nizaamuddin Kaashiful Uloom.

Hadrat Moulana In'aamul Hasan (rah) dan Hadrat Maulana Yusuf (rah)

1. Apabila Muhammad Ilyaas pergi menunaikan fardhu haji pada 1451, beliau dan Maulana Yusuf telah dimasukkan belajar di Madressa Mazaahirul Uloom, Saharanpur.
2. Beliau belajar Hidaya daripada Maulana Zakaria RA. dan Mebzi daripada Maulana Jameel Ahmed Thanvi.
3. Apabila Maulana Ilyaas kembali daripada fardhu haji, Moulana In'aamul Hasan kembali ke Basti Hadrat Nizaamuddin untuk belajar
a. Mishkaat daripada Maulana Ilyaas [rah] dan
b. Jalaalain daripada Moulana Ihtisaamul Hasan Kandhalwi [rah].
4. Beliau dan Maulana Yusuf adalah teman sepengajian.
5. Beliau kembali belajar di Mazzahir Uloom, Saharanpur di mana,
a. Maulana Abdul Latif mengajarnya Bukhari Sharif,
b. Maulana A. Rahmaan Kamilpuri mengajarnya Tirmidhi Sharif,
c. Maulana Manzoor Ahmed mengajarnya Muslim Sharif dan
d. Maulana Muhammad Zakaria mengajarnya Abu Dawood.
6. Mereka berdua bergilir-gilir berjaga malam untuk mentelaah ilmu, selang sehari berjaga malam. (sejarah hidup Hadrat Maulana Yusuf (rah) mukasurat 170, 171).
7. Sebelum beliau menghabiskan pengajiannya, beliau terpaksa meninggalkan Mazaahir Uloom dan kembali ke to Basti Hazrat Nizaamuddeen kerana penyakit yang dialami oleh Maulana Yusuf.
8. Dia mengakhiri pembelajarannya dengan mempelajari,
a. Kitab Ibn Majah daripada Maulana Ilyaas (rah),
b. Kitab Nasa'ee daripada Maulana Ilyaas (rah),
c. Kitab Tahawi daripada Maulana Ilyaas (rah),
d. Mustadrake Haakim (kitab kompilasi Hadith) daripada Maulana Ilyaas (rah).

Perkahwinan Hadrat In'aamul Hasan (rah)

1. Pada 3 Muharram 1354, jalsa (perhimpunan) tahunan Mazaahirul Uloom telah diadakan.
2. Maulana Ilyaas (rah) meluahkan perasaannya kepada Shaikhul Hadith agar pernikahan Moulana Yusuf dan Moulana In'aamul Hasan diadakan pada Jalsa walaupun tiada persediaan
3. Shaikhul Hadith Saheb telah menerima lamaran, dan telah menerangkan hasrat Maulana Ilyaas (rah) kepada isterinya.
4. Pernikahannya adalah,
a. Hadrat In'aamul Hasan (rah) dikahwinkan dengan anak kedua Shaykhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria RA. dan
b. Maulana Yusuf dikahwinkan pula dengan anak pertama Hadrat Shaikhul Hadith.
5. Hadrat Shaikhul Islam Maulana Sayyed Hussain Ahmed Madani (rah) telah menikahi mereka yang kehadiran para-para ulama besar benua Hind

Pemergian untuk Fardhu Haji

1. Maulana In'aamul Hasan (rah) telah melaksanakan fardhu haji daripada Karachi dengan menaiki kapal pada 1356 Hijri bersama,
a. Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah)
b. Maulana Yusuf (rah) dan
c. Maulana Ihtisaamul Hasan (rah).
2. Di sepanjang perjalanan, mereka telah melakukan Tabligh.
3. Orang-orang Arab memuji usaha-usaha mereka dan berjanji akan membantu mereka.
4. Mereka mendapat beberapa basyaarat berkenaan dengan kerja Tabligh di dalam perjalanan ini.
5. Selepas kembali ke rumah, Maulana In'aamul Hasan telah jatuh sakit untuk tempoh yang lama dan kembali ke Kandhla sepanjang tempoh sakitnya.

Maulana Muhammad Ilyaas (rah) kembali ke rahmatuLlah

1. Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah) meninggal dunia pada pagi Khamis 21 Rajab 1363, bersamaan 23 Julai 1944.
2. Dua hari sebelum kewafatannya, dia telah menamakan enam orang yang istimewa untuk menjadi khalifahnya, termasuk Hadrat Maulana In'aamul Hasan.
3. Selepas kewafatan Maulana Muhammad Ilyaas, Maulana Yusuf Saheb telah diputuskan untuk menjadi Amir Jama'ah Tabligh oleh mesyuarat antaranya,
a. Maulana Shah Abdul Qadir Raipuri,
b. Maulana Fakhruddin Saheb dan
c. Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria.
4. Hadrat Maulana In'aamul Hasan Saheb sentiasa membantu Maulana Yusuf Saheb dan dikenali sebagai orang kanan Maulana Yusuf
5. Beliau telah mengambil tanggungjawab sebagai Mohtamim untuk Madrasah Kaashiful Uloom dan beliau telah mengajar Bukhari Sharif untuk beberapa tahun.

Peribadi Maulana In'aamul Hasan Saheb (rah)

1. Maulana In'aamul Hasan Saheb mempunyai sifat yang suka menyendiri.
2. Beliau menjauhkan diri daripada percakapan yang sia-sia.
3. Beliau tidak akan berjumpa dengan sesiapa kecuali hal-hal yang penting.
4. Beliau amat teliti di dalam rutin hariannya.
5. Apabila perlu, beliau akan menjawab soalan-soalan dengan amat berkesan sekali.
6. Beliau amat berhati-hati dan mengelak daripada sebarang perselisihan
7. Beliau berpakaian bersih dan kemas.
8. Makanan beliau terhad dan sekadar yang perlu sahaja.
9. Beliau banyak menghabiskan dengan membaca.
10. Apabila Hadrat Moulana Yusuf (rah) menulis Hayaatus-Sahaba dan Amanil-Ahbar,
a. Apabila beliau tidak dapat mencari sesuatu, Maulana Abdullah Taariq akan dihantar kepada Maulana In'aamul Hasan
b. Maulana Abdullah Taariq berkata selalunya Maulana In'aamul Hasan akan buka satu buku atau hafalannya dan menunjukkan maklumat yang dicari
c. Beliau akan bangun, mengambil buku daripada almarinya dan membuka lembaran tertentu dan berkata, 'Pergi dan tunjukkan kepada Maulana Yusuf.'
11. Salah seorang daripada Khaadim khasnya memberitahu yang Maulana In'aamul Hasan Saheb mempelajari seluruh jilid kitab "Fatwa Alamgiri" dua kali.
12. Daripada sini kita dapat melihat usaha-usaha beliau yang gigih dan mendalam terhadap ilmu.
13. Beliau telah menulis beberapa nota penerangan di dalam pengkajian kitab "Tarajimul Abwab" daripada Bukhari Sharif.
14. Ini juga menunjukkan keilmuan dan kecenderungan terhadap sunnah-sunnah Nabi Muhammad (saw).

Pemergian Maulana Yusuf Saheb (rah)

1. Maulana Yusuf Saheb (rah) meninggal dunia pada hari jumaat, 29 Zilqaedah 1384, bersamaan 2 April 1965 di Lahore, Pakistan.
2. Maulana In'aamul Hasan Saheb adalah pilihan utama kerana keakrabannya dengan Maulana Yusuf (rah) sejak dari kecil.
3. Maulana In'aamul Hasan Saheb juga seorang Aalim yang mempunyai reputasi dan personaliti yang tinggi.
4. Beliau dianggap seorang yang amanah oleh Maulana Muhammad Ilyaas (rah)
5. Maulana Yusuf (rah) selalu meminta nasihat-nasihat beliau.
6. Hadrat Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria membuat mesyuarat dan memutuskan Maulana In'aamul Hasan sebagai Amir Jama'ah Tablighi sebagai pengganti Maulana Yusuf (rah)

Perlantikan Amir yang baru

1. Moulana Fakhrul Hasan, seorang ustadz Darul Uloom mengistiharkannya perlantikan Maulana In'aamul Hasan Saheb di hadapan ribuan orang.
2. Semuanya berpuas hati dan lega, sambil memberi kepercayaan dan kerjasama.
3. Sejak dari hari itu hingga ke hembusan nafas Maulana In'aamul Hasan yang terakhir selama 31 tahun
4. Beliau telah melaksanakan tugasnya sebagai Amir dengan berpandangan jauh dan dengan penuh keberanian.
5. Di bawah pimpinannya, kerja-kerja Jama'ah Tabligh telah berkembang di seluruh pelosok dunia.

Sikap suka mendiamkan diri

1. Beliau bukan seorang orator (penceramah), tetapi berkata-kata dengan ringkas tetapi padat.
2. Selepas beberapa tahun beliau mulai memberi ceramah yang lebih panjang.
3. Kita perlu faham yang da'wah dan tabligh bukanlah di bawah nama ceramah, bahkan lebih daripada itu.
4. Tetapi apabila ada perhimpunan besar (ijtima), beliau akan memberi panduan yang ringkas tetapi padat dan diakhiri dengan doa oleh beliau sendiri.
5. Beliau mempunyai sifat yang menyendiri dan ini membolehkan beliau untuk membuat aktiviti lain yang lebih penting.
6. Jika seseorang bertanya sesuatu yang jawapannya boleh menimbulkan fitnah, beliau akan berdiam diri.
7. Sayyidina Umar Ibne-Khattaab (rah), khalifah yang kedua pernah berkata, 'diamkan diri dan musnahkan kebatilan.'
8. Maulana In'aamul Hasan Saheb mahir di dalam seni mendiamkan diri.
9. Disebabkan beliau tidak suka percakapan yang tidak perlu, orang ramai tidak cuba untuk mendampingi beliau, dan ini menjimatkan masa semua orang
10. Beliau mengagihkan kerja dan menghantar orang kepada orang yang dipertanggungjawabkan untuk sesuatu kerja.
11. Dia tidak mengganggu aktiviti yang ditanggungjawabkan kepada orang lain.

Hembusan nafas yang terakhir

1. Beliau jatuh sakit dan berdiam diri di katil pada beberapa tahun akhir hayatnya.
2. Ziarah yang khas dilakukan seminima yang mungkin.
3. Beliau tetap menyelia setiap aktiviti dan memantau setiap ehwal markaz, di dalam atau di luar negara.
4. Pada 10 malam, 9 Jun 1995, beliau, dengan berkerusi roda, telah dihantar ke hospital.
5. Hembusan nafas terakhirnya terhenti pada umur 70 tahun pada hari sabtu 1.25 petang, 10 Muharram 1416H, bersamaan 10 Jun 1995.
6. Beliau meninggalkan seorang anak lelaki, Maulana Zubairul Hasan dan seorang anak perempuan.
7. Berita sedih ini telah dimaklumkan ke seluruh dunia sepantas kilat.
8. Solah janazahnya telah diadakan pada 6 petang dengan dihadiri ratusan ribu hadirin, hingga sepanjang jalan menuju ke basti hadrat Nizaamuddin ditutup agar orang dapat turut serta.
9. Janazah beliau telah dihadiri oleh setengah juta hadirin, dengan penuh beradab.
10. Selepas Solah Maghrib, janazah beliau direhatkan di sebelah Hadrat Maulana Yusuf.

Monday, September 7, 2009

Jangan biarkan ia berlalu...Ramadhan

Kini kita sudah berada dipertengahan bulan Ramadhan, iaitu bulan yang diberkati. Adakah antara kita terfikir tentang amalan-amalan yang dikerjakan dalam bulan ini ada peningkatan sebelum hadirnya Ramadhan yang mubarakh ini. Fikir sejenak, apakah amalan yang kita dapat pertingkatkan, contohnya tilawah Al Quran, solah-solah sunat, zikir-zikir serta doa-doa. Adakah tilawah Al Quran kita dapat dihabiskan 1 juzuk sehari semalam atau 1 ain ataupun sebaliknya, solah-solah sunat diperbanyakkan di sebelah siang ataupun malam ataupun masih belum dikerjakan lagi, atau adakah zikir-zikir kita dapat dihabiskan dalam waktu-waktu yang ditetapkan iaitu selepas Subuh dan Asar ataupun selalu tertunggak atau tidak berzikir langsung, dan adakah doa-doa kita dipanjangkan lagi dari 2 - 3 minit ke 10, 15 ataupun 30 minit dan lebih dari itu ataupun makin berkurangan?
 Adakah kita terfikir keadaan amalan-amalan kita di bulan Ramadhan ini, sentiasa berkualiti dan berkuantiti ataupun lebih dari sebelumnya. Adakah kita berlumba-lumba untuk meningkatkan lagi amalan-amalan yang sedia ada ke arah yang lebih baik lagi. Belum lagi kita perkatakan tentang perintah Allah swt yang fardhu seperti solah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak adakah tepat pada waktunya, di masjid atau surau? Dan banyak lagi amalan-amalan yang mendatangkan kebaikan untuk kita yang belum kita nak amalkan lagi apatah lagi yang sedia ada.
Dan adakah kita memperuntukkan masa, tenaga dan harta kita ke arah kesempurnaan ini semua dalam bulan yang mulia ini? 
Adakah kita akan membiarkan bulan yang mubarakh ini berlalu dengan begitu sahaja tanpa apa-apa amalan-amalan yang kita buat? Sama-samalah kita berusaha untuk mendekati perintah-perintah Allah swt dan sunnah Nabi Muhammad saw serta iringan doa agar Allah swt memberi taufik untuk kita dapat beramal dengan sempurna di bulan yang mulia lagi berkat ini.
                
            

Tuesday, September 1, 2009

Perbandingan Islam Dan Yahudi

Tulisan: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem.

Jadikan tulisan ini sebagai renungan untuk kita...

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...