Kini kita sudah berada dipertengahan bulan Ramadhan, iaitu bulan yang diberkati. Adakah antara kita terfikir tentang amalan-amalan yang dikerjakan dalam bulan ini ada peningkatan sebelum hadirnya Ramadhan yang mubarakh ini. Fikir sejenak, apakah amalan yang kita dapat pertingkatkan, contohnya tilawah Al Quran, solah-solah sunat, zikir-zikir serta doa-doa. Adakah tilawah Al Quran kita dapat dihabiskan 1 juzuk sehari semalam atau 1 ain ataupun sebaliknya, solah-solah sunat diperbanyakkan di sebelah siang ataupun malam ataupun masih belum dikerjakan lagi, atau adakah zikir-zikir kita dapat dihabiskan dalam waktu-waktu yang ditetapkan iaitu selepas Subuh dan Asar ataupun selalu tertunggak atau tidak berzikir langsung, dan adakah doa-doa kita dipanjangkan lagi dari 2 - 3 minit ke 10, 15 ataupun 30 minit dan lebih dari itu ataupun makin berkurangan?Adakah kita terfikir keadaan amalan-amalan kita di bulan Ramadhan ini, sentiasa berkualiti dan berkuantiti ataupun lebih dari sebelumnya. Adakah kita berlumba-lumba untuk meningkatkan lagi amalan-amalan yang sedia ada ke arah yang lebih baik lagi. Belum lagi kita perkatakan tentang perintah Allah swt yang fardhu seperti solah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak adakah tepat pada waktunya, di masjid atau surau? Dan banyak lagi amalan-amalan yang mendatangkan kebaikan untuk kita yang belum kita nak amalkan lagi apatah lagi yang sedia ada.
Dan adakah kita memperuntukkan masa, tenaga dan harta kita ke arah kesempurnaan ini semua dalam bulan yang mulia ini?
Adakah kita akan membiarkan bulan yang mubarakh ini berlalu dengan begitu sahaja tanpa apa-apa amalan-amalan yang kita buat? Sama-samalah kita berusaha untuk mendekati perintah-perintah Allah swt dan sunnah Nabi Muhammad saw serta iringan doa agar Allah swt memberi taufik untuk kita dapat beramal dengan sempurna di bulan yang mulia lagi berkat ini.
No comments:
Post a Comment