Lepas tu, saya cadangkan beliau agar melawat di negeri lain di Malaysia ini seperti di Sabah dan Sarawak yang kekal dengan flora dan fauna serta keindahan semulajadi yang masih dara lagi (walaupun sudah ada sebahagian hutan-hutan telah diterokai bagi mendapatkan hasil alamnya).
Cerita saya dengan warganegara Australia bukan setakat tentang percutian beliau sahaja, perbincangan tentang agama juga menarik perhatian kami berdua. Beliau mengatakan, tidak mempercayai agama-agama yang ada kat dunia ni, semuanya tidak memberi apa-apa manfaat dan menyusahkan sahaja. Beliau menerangkan untuk mendapat ketenangan hanya dengan meditasi sahaja dan ketenangan akan datang.
Saya cuba terangkan tentang Islam, kehidupan dunia yang singkat, alam akhirat dan cara hidup yang berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah. Dan menyuruh beliau mengkaji Al Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad saw bukan mendengar dari orang sahaja. Tentang kerja dakwah yang sedang bergerak sekarang. Beliau masih menegaskan hanya meditasi sahaja yang membawa ketenangan bukannya agama. Saya syorkan kat brother tu agar membuat kajian tentang Islam agar dapat memahami sepenuhnya dengan bertanyakan dengan orang-orang yang betul-betul mendalami Islam. Beliau hanya tersenyum.Tepat 11.20 malam, bas telah sampai di terminal, kami berduapun bergegas ke kaunter tiket dan beliau juga ingin melihat masjid/surau di terminal tersebut yang saya ceritakan bahawa di terminal tersebut ada masjid/surau. Sampai di tempat pertanyaan beliau bertanya mengapa tempat destinasi beliau tiada di papan perlepasan, bila diperiksa resit penerbangan, rupanya di terminal KLIA, bergegas pula beliau ke KLIA dengan sumpah seranah, saya cuba menenangkan beliau dan membantu untuk mendapatkan kenderaan dan bila kendaraan diperolehi beliau mengucapkan terima kasih sebab penerbangan beliau jam 1.00 pagi untuk ke Tokyo, Jepun. Terlupa nak tanya nama..
Kat dalam LCCT pusing-pusing, ramai juga orang dari pelbagai negara dan penduduk Malaysia. Banyak budak IPTA yang 'bercouple', ada yang dah baring kat atas kerusi dan lantai dengan beralaskan suratkhabar, yang penting dapat melelapkan mata. Dalam pusing-pusing tu singgah kat KFC, makan dua ketul ayam goreng, kentang goreng dan minum milo panas. Lepas tu, berehat kat sebuah bangku dan cuba untuk berbaring tapi tak 'lelap-lelap'. Dalam pukul 5 pagi bersahur dengan air mineral dan coklat.
Lepas tu pergi ke surau, jumpa dengan jemaah 4 bulan dari India, ditaskil ke Penang dan Melaka, dah nak balik ke India. Lepas solah subuh terus ke kaunter 'check-in', panjang Q. Masuk ke tempat perlepasan dan jumpa dengan seorang tentera udara (kerja kat Labuan, orang Melaka) yang pernah keluar masa 'student' dulu. Beliau berkeinginan nak keluar lagi, melihat keadaan suasana jemaah yang begerak di mana-mana. Saya ambil peluang untuk membentuk fikir beliau tentang pentingnya kita usaha atas iman dan amal dan gunakan masa, diri dan harta untuk gerakan usaha atas iman ini. Beliau berkeazaman untuk bersama dengan jemaah lagi. Taskil beliau untuk datang ke malam sabguzari di Labuan (Seri Meriding)Tepat jam 7.40 pagi kitapun masuk ke dalam 'belon', dalam 'belon' tidur sahaja sebab malam tadi tak cukup tidur. 10.20 pagi 'belon' mendarat di Lapangan Terbang Labuan saya terus ke terminal bot untuk ke Limbang. Bot bertolak jam 2.00 petang terpaksa le tunggu kat terminal dan jumpa le orang-orang Limbang dari Kampung Sankarai, Malanggagai dan Ulak ada yang berkerja di KL dan 'students' dari UKM dan UM ambil jurusan Pendidikan Islam.... semoga berjaya untuk membangunkan Limbang.
Dan saya masih menunggu bot ke Limbang dan terbayang wajah anak-anak dan isteri kat Limbang serta ibu dan ayah kat Sibu...terkesan juga ye
selamat beraya.. balik bawak ketupat sarawak..
ReplyDeleteInsyaAllah, nanti bawak ikan tahai, kek lapis dan macam2 lagi, salam aidil fitri, maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya saya ucapkan, taqabbal minna wa minkum wa jamian muslimin, semoga diterima segala amalan kita....maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteTerima kasih, salam 1 malaysia dan lebaran..maaf zahir dan batin
ReplyDelete