Saturday, May 28, 2011

Tambah Nilai....RM Dan .....

"Apabila kamu membelanjakan harta, pada ketika itu hati kamu memberi peringatan kepada keperluan-keperluan kamu sendiri, dan timbullah takut tentang hajat-hajat kamu, bahawa usia masih panjang dan ada bakinya, nanti saya akan menghadapi kemiskinan dan akan berhajat kepada orang lain pula." Hadis.

AKU tak pasti adakah kita tahu hanya dengan amalan sahaja boleh untuk kita menyelesaikan permasalahan dalaman dan luaran kita. Contohnya masalah tiada duit, kekurangan duit ataupun tak kaya-kaya walaupun dah lama tinggal di dunia ini, tapi macam tu juga. Ataupun duit tak cukup-cukup untuk keperluaan harian yang terpaksa ditambah dengan kerja sambilan dan overtime.

Kadang-kadang sentiasa didatangi oleh sakit yang teruk walaupun ada berubat, jumpa doktor, jumpa ustaz, jumpa penasihat kesihatan tapi tak juga berkesihatan baik sentiasa hidup dihinggapi dengan sakit.

Juga umur sentiasa pendek walaupun kesihatan dan diri diurus dengan baik dan sempurna. Kehidupan yang kita lalui sentiasa diwarnai dengan perkara-perkara yang tidak mengembirakan dan hati-hati kita sentiasa resah dan gelisah selalu.

Bukan setakat kat kita sahaja yang menghadapi, malah anak isteri pun terlibat sama menghadapi gejala-gejala yang kita hadapi. Mengapa boleh terjadi sebegitu sekali.

Aku cuma nak beritahu bahawa, mungkin kadang-kadang kita lalai, atau lupa dan tak ambil endah tentang perkara ini. Sebab kita beranggapan semua yang berlaku atas kehendak Allah swt, jadi biarkan ia berlaku sahaja tak perlu nak kisah-kisah.

Cuma untuk aku kongsi bersama, penyelesaian kepada apa yang berlaku atas diri kita samada yang nampak atau tak nampak(terutama bab ketenangan dan bab ekonomi yang sering melanda manusia masa kini), aku turunkan sabdaan nabi saw lebih kurang maksudunya, jika berlaku apa-apa musibah, bersedekahlah kerana bersedekah boleh menjauhkan musibah.

Dan hadis nabi juga memberitahu, orang-orang sakit jika nak sembuh perlu bersedekah selalu kerana ia boleh menghalang penyakit-penyakit yang hendak menghampiri kita. Sedekah juga menjauhkan diri kita dari kehinaan, selain itu membuka untuk kita membuat amalan yang baik, ia juga boleh memanjangkan tempoh hayat seseorang.

Hadis juga ada mengatakan bahawa dengan bersedekah boleh mengubati rasa bimbang dan susah hati, menghapuskan kemudaratan serta membantu kita dalam mengahdapi musuh-musuh. Selain itu juga, sedekah yang kita buat boleh untuk menjauhkan kemurkaan Allah swt dan menyelamatkan dari keadaan mati yang buruk.

Pendek katanya, sedekah amat penting dalam kehidupana seharian kita, tapi kita beranggapan sedekah hanyalah sebagai amalan untuk mendapat pahala, bukan penyelesaian ke arah permasalahan yang berlaku sekarang seperti masalah jiwa, masalah ekonomi, masalah sosial dan banyak lagi masalah yang sedang menunggu kita.

Jika kita beritahu sedekah ini penyelesaian kepada perkara ini semua, pasti pakar ekonomi akan tersenyum, pakar jiwa akan tersengih. Mengapa? Melucukan bagi mereka kerana amalan sebegitu tidak berbaloi tanpa usaha dan kerja keras. Tapi mereka-mereka ini telahpun berkerja keras namun permasalahan semakin bertambah dan manusia masih banyak yang gila dan tak jadi manusia langsung dan ekonomi semakin teruk tanpa dapat diselesaikan.

Realiti inilah yang perlu untuk kita hadapi, bahawa penyelesaian kepada apa-apa yang ada kat dunia ini hanyalah dengan amal sahaja bukannya dengan asbab, kepandaian kita, kebolehan kita, kecerdikan kita, ilmu kita yang banyak, kekayaan kita, kekuasaan kita yang ada dan semua ini tiada kaitan langsung kepada penyelesaian ini semua.

Nampak begitu janggal untuk kita menerima perkara ini semua kerana hidup kita sejak dari kecil hingga sekarang disuapkan dengan asbab-asbab dunia untuk menyelesaikan semua perkara di dunia ini dan amalan agama bagi kita hanyalah bersangkutan dengan bab pahala dan dosa, syurga dan neraka dan tiada kaitan dengan permasalahan dunia seperti ekonomi, sosial dan politik.

Jika kita pandang ke belakang balik kisah kehidupan sahabat secara ringkasnya aku ceritakan di sini, setiap kejayaan para sahabat ada kaitan dengan amalan agama mereka. Saidina Ali r.a sedekahkan sebiji buah, dia dapat balik sepuluh biji buah, sebab janji Allah jika kita sedekah satu kita akan dapat balik sepuluh, dalam peperangan, nabi akan letakkan sahabat-sahabat yang bangun malam sebagai barisan hadapan dalam peperangan kerana dekatnya mereka dengan Allah swt, kerana di situ ada bantuan Allah bersama mereka.

Dalam solat berjemaah jika saf tak lurus dan rapat mencerminkan keadaan sosial di tempat tersebut bermasalah dan nak selesaikan masalah sosial di situ perlukan saf yang lurus dan rapat-rapat serta surau dan masjid diimarahkan. Nak ekonomi dipegang oleh orang Islam, kena solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat di surau dan masjid, bukannya solat Subuh sahaja, lima waktu kena buat berjemaah di surau dan masjid tapi nak beritahu bahawa jika nak tengok orang Islam maju dalam ekonomi kena jaga amal dulu terutamanya bab-bab solat. Para sahabat kebanyakan mereka bila ada masalah mereka akan datang kepada solat untuk menyelesaikan semua permasalahan tersebut.

Secara umumnya, bukan setakat amalan sedekah sahaja yang memberi kebaikan kepada kita tetapi semua amalan agama memberi faedah yang tak ternilai harganya dan semua amalan ini tak terbeli dengan wang ringgit kita dan tak termampupun untuk kita membeli dan tak akan dapat dijualpun semua amalan ini.

Jadi, nak kita dapatkan semua ini perlukan iman yang kuat, nak dapat iman yang kuat kita perlu untuk usaha atas iman, untuk kita usaha atas iman perlu lapangkan masa kita setiap hari agar Allah memberi rahmat dan hidayat untuk kita buat usaha atas iman, untuk dapat rahmat dan hidayat dari Allah kita kena amalkan perintah Allah dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Sunday, May 1, 2011

Aku Anak Dunia

...segala sesuatu terjadi bukan atas dasar benda-benda tetapi atas dasar perintah Allah dan Qudrat-Nya. - Malfuzat Hadratji Maulana Muhammad Yusuf rah.


MAKIN lama aku hidup di dunia ini, semakin tebal rasanya sayang pada dunia ini, sayang pada harta, sayang pada wang, sayang pada orang yang tersayang, sayang pada anak-anak, sayang pada kenderaan, sayang pada rumah, sayang pada apa yang kita suka. Bila hati dah begitu sayang dengan segala yang sementara ini, maka semakin surutlah sayang kita kepada yang kekal seperti alam yang tak nampak iaitu alam yang tanpa penghujung dan titik akhir.

Mungkin kita semua faham, alam yang tak nampak, alam seperti kubur, titian sirat, padang masyhar, syurga dan neraka. Seakan-akan semakin kita tak endahkan, mengapa? Adakah ia tak penting dan tak bermakna dalam kehidupan kita? Bahkan ia tidak begitu penting dari segala-segalanya di dunia ini, tapi mengapa sering untuk kita tak mengingatinya dan merinduinya?

Ulama ada mengatakan, tampak dunia yang jelas di depan mata kita membawa keyakinan kepada dunia ini, dan ketidaknampakan akhirat menjadikan kaburnya yakin kita pada akhirat. Dan hari-hari yang kita lalui dan lebih usaha kepada perkara-perkara yang sementara dan diperolehi dengan rasa bahawa perkara-perkara yang sementara memberi keselesaan dan kenikmatan, meneguhkan lagi keyakinan kita kepada perkara-perkara yang sementara ini.

Dengan orang-orang di sekeliling kita sering menyatakan kehebatan alam yang sementara ini sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan kita bahawa dunia ini hebat dan memberi manafaat secara langsung dan tak langsung.

Kata orang....dunia ini umpama lautan yang luas dan kita(manusia) umpama kapal-kapal yang sedang melayari lautan yang luas. Kapal-kapal perlukan lautan untuk ia terus bergerak dan untuk ia sampai ke destinasinya tetapi jika orang yang ada dalam kapal itu tak pandai untuk mengemudikan kapal, pasti dan pasti kapal tidak akan sampai ke destinasinya dan ia akan hanyut dan akhir tenggelam dipukul ombak. Kita perlukan dunia tapi kita jangan terkesan dengan dunia sehingga lalai dan hanyut dalam dunia dan terus tenggelam dalam dunia hingga kita lupa maksud kita beada di dunia ini untuk apa.

Lebih mudah lagi, janganlah dunia masuk dalam hati kita tapi kita boleh gunakan dunia kita untuk capai alam akhirat kita...tapi bolehkah kita berbuat begitu? ...tanya sama itu hud-hud...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...