Showing posts with label Imaniat. Show all posts
Showing posts with label Imaniat. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Tidak Akan Datang Kiamat Selagi Orang Tidak Menyembah Berhala Seperti Lat Dan Uzza

TELAH diriwayatkan daripada 'Aisyah r. 'anha bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Siang dan malam tidak akan tamat selagi Lat dan Uzza tidak disembah."

Saiyidatina 'Aisyah r. 'anha berkata : "Aku memikirkan bahawa Allah Ta'ala telah berfirman di dalam Al Quran bahawa Dia telah mengutus Rasulnya dengan petunjuk dan agama yang benar, maka petunjuk dan agama yang benar ini akan terus hidup menguasai (dunia) sehingga ke Hari Kiamat."

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Benar agama ini akan terus menguasai jika dikehendaki Allah. Tetapi ketika menjelangnya Kiamat, satu jenis bayu akan bertiup lebih lembut daripada sutera. Apabila ia melalui mana-mana orang Islam, orang itu akan mati. Kemudian hanyalah hidup orang-orang kafir. Maka mereka akan menyembah Lat dan Uzza."
(Muslim, Jilid ii, m.s. 394)

Adalah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kiamat tidak akan muncul selagi wanita-wanita daripada suku Daus tidak mengelilingi berhala bernama Zil-Khalsah. Berhala itu adalah milik suku Daus."
(Ibid)

Lat, Manat dan Uzza adalah berhala-berhala yang masyhur di Tanah Arab. Selepas penaklukan Mekah, Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan supaya jangan ada sebuah patungpun di dalam rumah. Kemudian baginda mengutus Khalid Bin Walid r. 'anhu bersama sekumpulan Sahabat terdiri daripada 80 orang yang berkuda untuk memusnahkan berhala Uzza.

Apabila Khalid r. 'anhu kembali selepas memecahkan berhala tersebut, maka Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya samada beliau melihat sesuatu. Apabila Khalid r. 'anhu menjawab tidak, baginda menghantarnya semula sambil berkata jika kamu tidak melihat sesuatu bermakna berhala itu tidaklah sebenarnya pecah. Apabila Khalid r. 'anhu kembali, beliau lihat seorang wanita hitam bertelanjang dengan rambut yang kusut masai, lalu dipancung oleh Khalid r. 'anhu dengan pedangnya. Sami-sami tokong menjerit. Khalid r. 'anhu pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w. yang bersabda : "Wanita tersebut adalah Uzza. Sekarang dia tidak akan disembah dan dipuja lagi di negeri kamu."

Uzza adalah berhala golongan Quraisy dan Banu Kananah sedangkan Banu Syaiban adalah sami-saminya.

(Assah-al Siyar m.s. 285)

Begitulah juga Zil-Khalsah adalah berhala bagi suku Daus. Rasulullah s.a.w. bermaksud bahawa penyembah-penyembah berhala telah tamat hasil daripada keberkatan Iman, Islam, Wahyu dan juga usaha gigih daripada orang-orang Arab yang buta huruf, maka tidak ada lagi bekas-bekas berhala tersebut. Tetapi apabila perjalanan sistem dunia akan hancur maka ketiadaan majlis-majlis dan kegiatan ilmu, penyampaian dan khutbah serta terpupusnya sistem Khanqah (pondok, pesanteren dsb), ceramah-ceramah agama dan orang-orang Islam sendiri telah tidak wujud lagi, berhala-berhala tersebut akan mula disembah semula.

Nota :
Terbuktilah daripada Hadis tersebut bahawa "keajaiban" yang terdapat di rumah-rumah berhala dan tokong-tokong adalah hasil daripada silap mata dan penyulapan ataupun tipudaya syaitan. Begitulah "keajaiban" yang berlaku di kuburan adalah satu tipu helah syaitan untuk menyesatkan orang-orang Islam biasa dan orang-orang lain juga. Tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bahawa Kiamat tidak akan berlaku selagi berhala-berhala tersebut tidak disembah lagi."


Bab 84 - Meniti Debaran Zaman oleh Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan : Abdul Aziz Bin  Abdul Hamid

Saturday, February 1, 2014

Melastik Ke Bintang....

AKU dahpun masuk dalam tahun 2014. Kesibukan yang melampau menghantui aku untuk berdamping dengan blog kesayangan. Tumpuan atas perkara yang lebih penting menyebabkan blog aku terabai dan semakin aku kurangkan masa bersama.

Ada ketika aku menjenguk juga blog tapi hanya sepintas lalu. Disebabkan rasa hati yang masih berat untuk mencoret di blog, kadang kala aku lupakan dulu untuk ku tulis benda-benda yang sudah ada dalam kepala. Hari ini tadi aku terasa ringan tangan untuk mengerakkan jari-jari untuk menyampaikan apa yang terserat di kepala aku. Namun, aku belum dapat lagi nak menjangkau perkara pokok yang hendak kusampaikan. Ini mungkin perkara biasa bagi blogger yang ketandusan idea.

Sebenarnya banyak permasalahan di sekitar boleh untuk aku kongsikan, namun kebanyakan yang hendak dikongsikan telah dibuat juga oleh blogger-blogger yang lain. Yang begitu bertenaga untuk melontarkan apa yang terbuku di kepala.

Bila dah ada blogger yang tulis, aku rasa malas nak tuliskan perkara yang sama. Biarlah..

Cuma bagi aku, tahun 2014 ini semakin mencabar dengan pelbagai permasahan yang tidak putus-putus untuk diselesaikan dengan cara yang sempurna. Kebanyakan masalah yang hadir semakin kronik dan begitu sistematik diwujudkan. Bagi mereka yang berpegang kepada amalan agama Islam, permasalahan yang ada hanya ujian untuk mengukur kecintaan dan kesetiaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.

Masalah yang hadir kadang kala mematangkan kita, kadang kala mewujudkan peluang, ia juga untuk mengukur kewarasan kita dalam menangani permasalahn kehidupan, mungkin juga untuk menunjukkan apa-apa sistem yang ada di dunia ini sebenarnya tidak berfungsi dan untuk selesaikan semua masalah ini hanya kembali kepada amalan agama Islam..

Monday, April 22, 2013

Naiknya Matahari Dari Arah Barat

SAIYIDINA Abu Zar r. 'anhu meriwayatkan bahawa pada suatu hari selepas matahari terbenam, Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepadaku : "Tahukah kamu ke mana perginya matahari tersebut? Aku menjawab : "Hanya Allah dan Rasulullah s.a.w. sahaja yang tahu." Kemudian baginda bersabda : "Sebenarnya ketika ia beredar ia sampai di bawah Arasy Illahi lalu sujud di depan Allah Ta'ala. Sebagai biasa ia memohon keizinan-Nya untuk naik dari timur lalu diberi keizinan berbuat demikian. Tetapi akan terjadi pada suatu ketika nanti tatkala ia hampir-hampir akan sujud, sujudnya itu tidak diterima. Ia akan minta keizinan untuk naik dari timur namun keizinannya tidak diberikan.

Matahari itu akan disuruh pergi semula ke tempat di mana ia mula-mula datang. Maka matahari pun pergi dan naik di atas langit bumi."

Baginda bersabda bahawa itulah yang dimaksudkan dengan "Matahari kembali ke tempatnya." Yakni samalah bahawa ia pergi ke tempat mulanya di mana ia naik.

Kemudian baginda bersabda bahawa tempat tetapnya ialah di bawah Arasy Allah.
(Bukhari)

Di samping hadis ini, huraian mengenai naiknya matahari dari barat terdapat juga di dalam hadis yang lain. Misalnya, Safwan Ibn Assal r. 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "Allah Ta'ala telah membina pintu Taubat di barat yang luasnya adalah 70 tahun (yakni 70 tahun dikehendaki untuk pergi dari satu bahagian ke bahagian yang lain). Pintu ini tidak akan ditutup selagi matahari tidak naik daripada barat. Kemudian baginda bersabda : "Maksud firman Allah Ta'ala adalah sama : "Pada hari datang sebahagian tanda-tanda hari kiamat itu tiadalah berguna keimanan seseorang yang belum beriman dari dahulu atau belum mengerjakan kebaikan dalam keimanan." (Al An 'am : 158)

Maksud ayat ini ialah apabila matahari naik dari barat maka sama ada orang kafir yang percaya kepada Islam atau taubat daripada orang Islam tidak akan diterima.
(Bukhari)

Di dalam Muslim terdapat sebuah hadis yang jelas sekali menyebut bahawa apabila mereka terlihat sahaja matahari daripada barat, semua mereka akan beriman tetapi pada ketika itu iman yang sedemikian dan juga taubat tidak akan diterima.

Telah diriwayatkan daripada Abu Musa r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala menghulurkan "Tangan"Nya pada waktu malam agar orang-orang melakukan dosa pada siang hari bertaubat dan sesungguhnya Dia menghulurkan "Tangan"Nya pada waktu siang hari agar orang-orang yang melakukan dosa pada malamnya bertaubat, selagi matahari tidak naik dari barat."

Adalah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa bertaubat di atas dosa-dosanya sebelum naiknya matahari daripada barat, Allah Ta'ala akan menerima taubatnya."
(Muslim)

Sebuah hadis dinukil daripada Fathul Bari yang diambil daripada Tibrani bahawa apabila matahari naik daripada barat, maka iman atau taubat sesiapa pun tidak akan diterima lagi sehingga ke ahari Kiamat.

Shah Rafiuddin Dehlawi menulis bahawa satu malam berjalan begitu panjang sehingga para musafir yang berjalan kaki begitu hairan, kanak-kanak berasa bosan untuk tidur dan lembu-lembu mula menjerit untuk ke hutan tetapi matahari belum lagi muncul sehinggakan manusia berasa gelisah kerana takut dan kebingungan sambil menjerit dan menangis lalu bertaubat. Malam itu akan menyamai tiga atau empat malam. Dalam keadaan yang penuh kebingungan dan rasa terkejut besar, matahari akan naik daripada barat dengan cahaya bulan tatkala gerhana.
(Qiamat-Nama)

Pengarang Bayanul Quran, Maulana Ashraf Ali Thanwi menulis bahawa sebuah hadis yang dinukilkan daripada Durri Manthur menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Selepas matahari tersebut naik daripada barat, ia akan sampai ke tengah-tengah langit lalu mundur semula untuk terbenam di barat. Lalu kemudiannya sebagai peraturan biasanya mula kembali naik daripada timur."

Sebuah hadis telah dicatatkan di dalam Fathul Bari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Selepas matahari naik daripada barat, manusia akan hidup selama 120 tahun lagi dan datanglah Kiamat selepas masa tersebut."

DITELAN OLEH BUMI

Disebutkan dengan jelas di dalam hadis bahawa manusia akan ditelan oleh bumi pada tiga tempat :
1. Di Timur
2. Di Barat
3. Di Tanah Arab

Maulana Shah Rafiuddin Dehlawi menulis bahawa azab ini akan tertimpa ke atas orang-orang yang menafikan taqdir. Ini telah disebutkan di dalam hadis. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r. 'anhuma bahawa Rasulullah s.a.w. bersbada : "Akan terjadi pada umat ini akan kejadian ditelan oleh bumi dan pertukaran wajah. Azab ini akan dikenakan ke atas mereka yang menafikan taqdir."
(Misykat)

KELUARNYA API DARI YAMAN

Apa akan muncul dari Yaman lalu mengepungi manusia lantas menghalau mereka ke Dataran Kebangkitan Semula yang dimaksudkan itu adalah sebuah kawasan tanah Syria kerana dinyatakan di dalam hadis bahawa Hari Kebangkitan Semula akan berlaku di tempat tersebut, yakni sebaik sahaja tiupan sangkakala dibunyikan di Syria.

Maulana Shah Rafiuddin menulis bahawa pada hari yang sama ketika mana tiada seorang pun lagi berzikir dan menyebut nama Allah, akan wujud ketenangan dan keselesaan di Syria. Harga makanan bijirin menjadi murah. Samada pedagang, buruh ataupun orang kaya, semuanya akan mengambil barang-barang kepunyaan mereka lalu pergi mengarah ke Syria. Mereka yang telah pergi ke negara-negara lain juga akan datang dan tinggal di Syria.

Selepas beberapa hari satu kelompok api yang besar akan muncul yang menghalau manusia sehinggalah mereka tiba di Syria. Kemudian api itu akan reda dan padam. Beberapa lama selepas itu orang ramaipun akan pergi melawat negara-negara asal mereka dan sebahagiannya pergi juga ke negara-negara lain tetapi semua mereka akan kembali semula ke Syria.

Ini adalah tanda-tanda terakhir menjelang Kiamat yang akan terjadi tiga atau empat tahun.

TAUFAN YANG MENGHALAU MANUSIA KE LAUT

Daripada sepuluh tanda-tanda Kiamat yang terdapat di dalam Muslim, salah satu daripadanya ialah satu jenis angin yang sangat dashyat yang akan menunda manusia ke laut. Tidak ada keteperincian mengenainya yang diberikan pada mana-mana kitab.

SATU BANGSA HITAM AKAN MERUNTUHKAN KA'ABAH

Satu bangsa hitam akan memusnahkan Ka'abatullah. Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa : "Bangsa hitam dan pendek akan memusnahkan Ka'abatullah."
(Muslim, Jilid II, ms 394)

Allah Ta'ala sendiri menjelaskan bahawa Ka'abah itu menjadi satu sebab kewujudan seterusnya umat manusia. (Quran)

Dengan ini selagi Rumah Allah yakni Ka'abah itu sentiasa dipenuhi manusia dan masjid-masjid juga makmur dengan hasil daripada usaha-usaha yang bersangkutan dengan Ka'abatullah, orang-orang Islam akan terus hidup. Ketika Abrahah datang daripada Yaman untuk meranapkan Ka'abah, Allah Ta'ala mengutus sekumpulan burung menghujani mereka denganb batu-batu kecil ke atasnya dan tentera-tentera bergajahnya lalu mereka musnah sama sekali sebelum memasuki Mekah.

Tetapi apabila Allah Ta'ala membuat keputusan untuk memusnahkan perjalanan alam ketika hampirnya Kiamat, maka Dia akan meruntuhkan Ka'abahNya menerusi siapa? Bukanlah melalui jaura heavyweight yang berani tetapi melalui orang biasa yang buruk, pendek dan meruntuhkannya."

Pada tahun 1980, seorang telah menyamar serta mendakwa sebagai Imam Mahdi, menumpahkan darah dan menyiram rumah suci itu dengan najis dan selama beberapa hari tidak dapat dilakukan azan dan solat berjemaah. Ini adalah satu amaran bahaya kepada orang-orang Islam.

Telah nampak berasasnya kejadian ini boleh berlaku. Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa yang telah melindunginya daripada tentera Abrahah, Maha Berkuasa pula melindunginya semula. Tetapi jika orang-orang Islam meninggalkan perintah-perintah Allah, kita sendiri akan menumpahkan darah di dalamnya lalu mencemarinya. Malahan Baitul Muqada telah diambil daripada tangan kita lalu diberikan kepada musuh kita yakni orang-orang Yahudi.

Maka tersangatlah perlu masyarakat Islam digerakkan dan disedarkan ke arah mentaati perintah Allah.

Apabila Allah Ta'ala memutuskan untuk memusnahkan perjalanan alam raya, pertama kalinya Dia akan menghancurkan Rumah Allah di tangan orang-orang hitam. Kiamat akan muncul selepasnya.

Bab 83, Meniti Debaran Zaman : Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan : Abdul Aziz Bin Abdul Hamid




Monday, February 4, 2013

Tanda-tanda Besar Yang Lain Akan Muncul Menjelang Kiamat

SELEPAS kewafatan Nabi Isa 'alaihissalam maka keadaan kejahilan dan amalan tidak beragama akan terus bertambah lebih parah sehinggalah sampai satu tahap tidak seorangpun yang akan menyebut nama Allah, maka tinggallah mereka yang paling jahat dan hina di muka bumi ini. Kiamat akan terjadi ke atas mereka.

Sementara itu lain-lain tanda akan muncul sebagaimana yang digambarkan di hadith, misalnya daripada Huzaifah r. 'anhu meriwayatkan bahawa : "Tidak akan muncul Kiamat sehinggalah kamu lihat 10 tanda :
  1. Asap;
  2. Dajjal;
  3. Dabbatul Ard (binatang yang keluar daripada bumi);
  4. Naiknya matahari daripada barat;
  5. Turunnya Nabi Isa 'alahissalam daripada langit;
  6. Munculnya Yakjuj dan Makjuj;
  7. Tanah runtuh di Timur;
  8. Tanah runtuh di Barat;
  9. Tanah runtuh di Tanah Arab; dan
  10. Di akhir semua ini ialah kemunculan api yang akan menunda semua manusia ke Padang Mahsyar.
Di dalam hadith yang lain sebagai ganti api disebut angin yang akan menunda manusia sehingga masuk ke dalam laut.
(Misykat)

Daripada 10 tanda-tanda ini, perincian mengenai Dajjal, Yakjuj dan Makjuj dan Nabi Isa 'alaihissalam telahpun dijelaskan. Tanda yang lain itu diberikan penjelasan sebagai berikut :

Asap; mengenai keluarnya asap yang dinyatakan di dalam hadith ini, Allamah Tibri pengulas Misykat menulis bahawa inilah asap yang disebut di dalam surah Ad Dukhan : "Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut (asap) yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih"
(Ad-Dukhan)

Atas perkara ini Abdullah Ibn Mas'ud r. 'anhu dalam ulasannya mengatakan bahawa : "Tidak ada apa-apa maklumat diberikan tentang ayat ini mengenai kemunculan asap baharu menjelang kiamat sebaliknya ia merujuk kepada suatu peristiwa kelaparan yang telah dialami oleh orang-orang Quraisy Mekah yang mereka diselubungi oleh penderitaan akibatnya sehingga ruang antara bumi dan langit kelihatan kepada mereka seolah-olah asap walaupun pada keadaan sebenarnya ia bukanlah asap.

Namun begitu Abdullah Ibn Abbas r. 'anhu tidak bersependapat dengan Ibn Mas'ud r. 'anhu beliau telah menegaskan bahawa keterangan mengenai ayat tersebut telah diberikan. Ada dinyatakan akan kemunculan asap menjelang kiamat melalui sabdaan Rasulullah s.a.w. Apabila ditanya merngenai maksud ayat ini beliau memberitahu : "Ia adalah suatu keadaan di mana asap akan memenuhi setiap ruang kosong di antara timur dan barat yang akan berlanjutan selama 40 hari. Melalui asap ini orang-orang yang beriman akan dihinggapi penyakit seumpama sejuk dan selsema dan orang-orang kafir akan pitam."
(Misykat)

Dabbatul Ard (Binatang yang muncul daripada bumi); akan terdapat suatu makhluk yang muncul daripada bumi. Makhluk ini akan menggariskan satu garisan cahaya di dahi orang-orang yang beriman dan memberi tanda hitam di hidung atau leher orang-orang kafir. Terdapat satu ayat mengenai binatang ini di dalam surah An Naml (82 - 83) : "Dan apabila perkataan (ketentuan) telah jatuh atas mereka, Kami  keluarkan sejenis binatang melata daripada bumi yang akan menyatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibahagi-bahagikan (di dalam kelompok-kelompok)."

Maulana Shah Rafiuddin telah menulis bahawa pada hari di mana matahari akan naik daripada barat dan turun ke timur, Bukit Safa yang terdapat di Mekah akan terbelah akibat berlakunya gempa bumi dan keluar daripadanya seekor binatang ganjil. Mulutnya seperti mulut manusia, kakinya seperti kaki unta, lehernya seperti kuda, ekornya seperti lembu, tapak ladamnya seperti kijang dan tanduknya seperti rusa. Mengenai tangannya, beliau menulis, ia seakan-akan tangan monyet.

Kemudian beliau menulis lagi bahawa binatang itu akan bercakap kepada orang ramai dengan bahasa yang indah. Di sebelah tangannya ia memegang tongkat Nabi Musa 'alaihissalam dan di sebelah yang lain terdapat cincin Nabi Sulaiman 'alaihissalam. Ia akan bergerak pantas ke seluruh negara sehingga tidak ada sesiapapun yang dapat menangkapnya dan tidak seorangpun manusia yang terlepas daripadanya. Ia akan meletakkan tanda pada setiap orang.

Dengan menggunakan tongkat Nabi Musa 'alaihissalam ia akan menggariskan satu garisan di dahi setiap orang Islam menjadikan wajahnya bercahaya dan menawan dan melalui cincin Nabi Sulaiman 'alaihissalam ia akan menandakan pada setiap hidung atau tengkuk orang-orang yang tidak beriman dengan tanda hitam yang akibat daripadanya seluruh wajahnya bertukar menjadi warna hitam.

Dengan ini satu perbezaan yang nyata terlihat di antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang tidak beriman. Jikalaulah mereka akan duduk di dalam suatu majlis makan, orang-orang Islam dan bukan Islam akan jelas nampak perbezaannya. Selepas menjalankan tugasnya, binatang itu akan lenyap, tiada siapa yang mengetahui ke aman perginya.

Bab 82, Meniti Debaran Zaman : Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan : Abdul Aziz Bin Abdul Hamid




Tuesday, January 22, 2013

Tulen Atau ....

DALAM beberapa hari lagi kita akan menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Di masa itulah kita akan melihat ramai penganut agama Islam akan meraikannya dengan perarakan, berceramah di masjid dan surau, berforum dan pelbagai lagi acara bagi menyatakan kasihnya kita terhadap Rasulullah s.a.w.

Sememangnya tidak dapat dinafikan kasihnya umat terhadap Rasulullah s.a.w., tetapi untuk kasih yang bagaimana? Apakah tujuan kasihnya mereka ini kepada Rasulullah s.a.w. Kekadang mereka yang datang ke acara sebegitu hanya untuk hadir sahaja tanpa mengetahui mengapa harus dibuat program sebegitu dan hadir hanyalah untuk suka-suka sahaja.

Adakah dengan sekadart itu sahaja tanda cinta dan kasihnya kita kepada Rasulullah s.a.w., berarak, berceramah, berforum dan juga berdikir. Apabila tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. hadir kita semua akan sibuk meraikannya dan apabila berlalunya tarikh tersebut kitapun sibuk dengan kerja masing-masing menunggu sambutan yang lain pulak untuk diraikan.

Sambutan kita hanyalah begitu sahaja tanpa membawa apa-apa pengertian dan maksud untuk apa Nabi Muhammad s.a.w. di hantar ke muka bumi ini. Apabila wafatnya Nabi s.a.w. adakah hanya perlu untuk kita meraikan sahaja? Bagaimana tinggalan Nabi s.a.w., Islam yang merupakan cara hidup untuk kita jalani setiap saat dan amalkan agar kehidupan kita sebati dengan kehidupan Nabi s.a.w.

Kehidupan kita sekarang makin tersasar dengan kehendak Nabi s.a.w. kerana sibuk dengan perkara-perkara yang tidak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w. dan para Sahabat r. 'anhum. Kesukaan Nabi s.a.w., apabila Islam yang ditinggalkan oleh baginda diamalkan dan dijadikan sebagai tatacara kehidupan bukannya sebagai adat yang dibuat apabila perlu dan apabila tidak perlu ditinggalkan.

Kesonsangan begini sudah menjalar dalam kehidupan kita dan ia sebagai perkara biasa serta tiada rasa kesesalan atas apa yang kita buat kerana nilai Islam semakin menipis dan hilang dalam jiwa kita. Bagi mengisi kekosongan atas nilai Islam itu, wujudlah program yang menyukakan nafsu dan atas fikir kita sendiri. 

Dan perkara ini akan berlanjutan selagi kita masih syok sendiri dengan apa yang kita buat terhadap Islam yang ditinggalkan Nabi s.a.w. tanpa kita tahu apa yang kita buat ini hanyalah melukakan hati Nabi s.a.w.

Wednesday, November 21, 2012

Kewafatan Nabi Isa 'Alaihissalam Dan Keadaan Selepasnya

TELAH disebut dalam Hadis sebelum ini bahawa Nabi Isa 'alaihissalam hidup selama 40 tahun (Fathul Bari, jilid 3, ms. 262). Lalu baginda kemudiannya meninggalkan dunia yang fana ini menuju alam yang baqa' (kekal). Dikatakan di dalam Hadis yang tertentu bahawa baginda juga akan berkahwin dan mempunyai anak. Baginda juga akan dikebumikan berhampiran kuburan Rasulullah s.a.w.

Selepas baginda wafat maka tidak ada dinyatakan cara terperinci mengenai penggantinya di dalam Hadis. Hanya Allah sahajalah yang tahu siapa penggantinya. Walaubagaimanapun terdapat di dalam hadis menyatakan bahawa selepasnya agama Islam menjadi lemah. Hafiz Ibn Hajar r. 'alaihi menukilkan satu daripada Sunan Ibn Majah bahawa Islam akan terhapus sebagaimana warna pada kain yang luntur akibat dibasuh.

Pada ketika itu seorangpun tidak mengetahui apa itu Solat, Puasa, Haji dan Zakat. Sekumpulan orang tua lelaki dan wanita yang tinggal akan berkata: "Kami telah melihat datuk nenek kami dahulu mengucapkan Kalimah "Laa-ilaha-illallah" maka dengan itu kami juga membacanya dan selain daripadanya tidaklah kami tahu apa-apa."

Bab 81, Meniti Debaran Zaman - Sheikhul Hadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid.

Wednesday, October 3, 2012

Keadaan Manusia Pada Masa Nabi Isa 'Alaihissalam

SEMASA Nabi Isa 'Alaihissalam, bumi dilimpahi dengan buah-buahan, bijirin, sayur-sayuran dan susu yang begitu banyak. Bumi mempamerkan hasil khazanahnya. Tersebut di dalam hadis yang lain bahawa Nabi Isa 'alaihissalam akan hidup selama 7 tahun dan keadaan kasih sayang di antara sesama orang Islam adalah sedemikian rupa sehingga tidak ada nampak tanda-tanda permusuhan sedikitpun di antara dua orang Islam.
(Muslim)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku bersumpah dengan Zat yang memegang nyawaku sesungguhnya Nabi Isa 'alaihissalam akan diturunkan di kalangan kamu lalu memerintah dengan penuh keadilan. Setelah turun daripada langit baginda akan mematahkan salib-salib Nasara yang mereka sembah. Yakni berakhirlah agama Nasrani lalu menaikkan agama Islam dan membunuh babi yang telah dihalalkan oleh orang-orang Nasrani untuk dimakan.

Baginda akan menghapuskan cukai yakni cukai-cukai tidak dikenakan lagi terhadap orang-orang bukan Islam kerana baginda akan menyebarkan Islam ke merata-rata tempat. Dan ahli-ahli kitab yang terdiri daripada orang-orang Yahudi akan beriman kepadanya kerana kedatangannya itu. Maka dengan itu tidaklah ada lagi jizyah. Alasan lain ialah pada masa itu harta dan kemewahan yang merimpah-ruah menyebabkan tidak perlunya lagi kepada cukai.

Selanjutnya baginda berkata harta akan mengalir seperti air yang mengalir. Seorangpun tidak mahu menerimanya. Nilai agama begitu tinggi sekali tertanam di hati setiap orang sehinggalah sekali sujud adalah terlebih berharga daripada seluruh dunia dan apa-apa yang terkandung di dalamnya."

Alasan yang ketiga ialah bahawa Nabi yang terakhir telah mengizinkan jizyah sehinggalah kedatangan Nabi Isa 'alaihissalam. Selepas itu tidak ada lagi keizinan diberikan. Dengan ini kata Abu Hurairah r. 'anhu: "Mengenai kebenaran hadis yang aku riwayatkan ini maka bacalah keratan ayat itu, "maka tidak akan satupun ahli kitab yang berada pada zaman Nabi Isa 'alaihissalam yang tidak beriman kepadanya sebelum mati."
(Bukhari)

Di dalam kitab Muslim telah dinyatakan bahawa pada masa Isa 'alaihissalam, harta dan kasih sayang di antara satu sama lain begitu erat sehinggalah untu-unta mereka dibiarkan bebas yang seorangpun tidak ingin mengenderainya untuk tujuan menjual, berniaga, bertani dan sebagainya. Maksudnya ialah mereka tidaklah lagi perlu untuk menunggang, membebaninya dengan barangan ke atas belakang unta.

Rasa permusuhan sebenar akan keluar daripada hati dan tidak lagi bertapak rasa cemburu, hasad dengki. Orang ramai disuruh mengambil wang tetapi tidak seorangpun yang mahu menerimanya. Jadi selepas dikaji sejak zaman Imam Mahadi sehingga Nabi Isa 'alaihissalam masa itu adalah selama 14 tahun yang wujud hanyalah Islam sahaja.

Barangan dan harta benda begitu mewah. Kasih sayang begitu kuat di antara orang ramai sehingga tidak ada sedikitpun rasa permusuhan di dalam hati mereka. Maka mungkin pada masa inilah Rasulullah s.a.w. ada bersabda bahawa tidak akan ada sebuah khemahpun atau rumah yang dibuat daripada tanah liat di permukaan bumi ini yang tidak dimasuki oleh Kalimah Islam. Ada dua cara memasukinya: Pertamanya, Allah Subhanu wa Ta'ala akan mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang dihormati dengan cara mereka memeluk Islam dan bergembira dengan keislaman mereka. Keduanya, Allah akan menghina terhadap orang yang terhina dan mereka terpaksa menerima Kalimah ini.
(Musnad  Imam Ahmad)

Meniti Debaran Zaman, Bab 80: Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan: Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Tuesday, August 14, 2012

Nabi Isa 'Alaihissalam Akan Membawa Orang-Orang Islam Ke Gunung Sinai Dan Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj

DI dalam riwayat Muslim terdapat satu gambaran bagaimana Yakjuj dan Makjuj keluar selepas Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa 'alaihissalam. Baginda kemudian akan melalukan tangannya ke muka orang-orang yang diselamatkan oleh Allah. Gambaran terperinci Yakjuj dan Makjuj adalah seperti berikut:

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isa 'alaihissalam akan berada di dalam keadaan yang sama(yakni menemui orang ramai dan bertanyakan khabar mereka) apabila datangnya wahyu Allah yang berfirman: "Aku sedang melepaskan hamba-hambaku(daripada terpenjara) yang tidak ada kekuatan untuk melawan mereka, maka bawalah orang-orang Islam ke Gunung Sinai untuk perlindungan."

Maka Isa 'alaihissalam akan membawa orang-orang Islam ini ke Gunung Sinai. Kemudian Allah Ta'ala akan melepaskan Yakjuj dan Makjuj di mana mereka akan meluru turun daripada tempat-tempat tinggi. Bilangan mereka begitu ramai sekali yang tatkala sesampai sahaja kumpulan pertama di suatu Tasik Tabriyah(menurut pengarang Mirqat, Tabriyah adalah suatu tempat di Syria sedangkan menurut pengarang Qamus ia adalah suatu tempat di Wasit yang tasik ini kira-kira 10 batu panjangnya) mereka akan minum habis semua air yang ada di dalam tasik tersebut sehingga kering kontang.

Apabila kumpulan kedua tiba kemudiannya mereka berkata dulu di sini ada air. Lalu mereka berlalu menuju ke satu tempat bernama "Khaimir" salah sebuah gunung daripada gunung-gunung Baitul Muqaddis. Sesampai sahaja mereka di sana mereka berkata: "Kita telah membunuh semua penghuni dunia ini, sekarang mari kita bunuh pula penghuni langit." Mereka lantas memanah ke arah langit dengan kuasa Allah, Dia menurunkan titisan darah. Yakjuj dan Makjuj lalu membuat angkara buruk di seluruh dunia.

Mereka mengepung Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikut-pengikutnya di Bukit Sinai. Mereka begitu memerlukan bahan-bahan keperluan sehingga satu kepala lembu adalah lebih berharga daripada 1000 dinar pada hari ini. Untuk menghapuskan kesusahan mereka ini. Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikutnya akan berdoa kepada Allah dengan menangis-nangis dengan tawaduk.

Mereka juga berdoa agar dibinasakan Yakjuj dan Makjuj. Hasilnya Allah akan menghantar satu jenis penyakit(1) yang terdapat di dalam hidung-hidung kambing dan unta-unta yang dipanggil "raghaf" oleh orang-orang Arab. Penyakit ini akan menyerang tengkuk-tengkuk mereka dan mereka mati serentak seperti matinya seorang sekaligus. Mereka mati terkapar seolah-olah dikerkah oleh harimau akan badan mereka. Selepas mereka mati Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikut-pengikutnya akan turun dari Gunung Sinai tetapi tidak ada tempatpun yang tidak ditempati oleh bangkai dan bau Yakjuj dan Makjuj tadi.

Sekali lagi Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikutnya menangis dengan merayu: "Ya Rabbana! selamatkanlah kami daripada bangkai dan bau busuk ini." Maka Allah Ta'ala menghantar burung-burung berleher panjang seperti unta yang mengangkat bangkai Yakjuj dan Makjuj lalu membuang mereka ke tempat yang Allah Ta'ala sukai. Hujan diturunkan oleh Allah sehingga tidak ada satu rumah dan khemahpun yang tertinggal. hujan ini akan membersih seluruh dunia ini sebersih-bersihnya seperti cermin agar Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikut-pengikutnya dapat hidup selesa yang disertai kasih sayang, nikmat dan rahmat yang diturunkan oleh Allah ke atas mereka. 

Pada ketika itu Allah memerintahkan bumi mengeluarkan buah-buahan dan mengembalikan keberkatannya. Justeru, bumipun ditumbuhi oleh pokok-pokok yang mengeluarkan buah-buahan yang merimpah-ruah dan penuh keberkatannya. Sebiji buah delima dapat memuaskan kelaparan seluruh kumpulan orang ramai kerana delima itu sangat besar yang kulitnya sahaja boleh dibuat payung.

Keberkatan juga terdapat di dalam susu yang mana susu daripada seekor unta cukup untuk menampung satu keluarga besar dan susu daripada seekor kambing dapat menampung satu keluarga kecil. Orang-orang Islam akan hidup selesa, gembira dan mewah sehingga kiamat merangkak semakin hampir.

Tetapi Kiamat akan berlaku ke atas orang-orang yang kafir sahaja. Jadi Allah akan menghantar satu bayu yang istimewa yang telah dinyatakan di dalam beberapa hadis bahawa ia terlebih lembut daripada sutera. Bayu ini akan menyentuh ketiak setiap orang Islam lalu mencabut nyawa mereka.

Yang tinggal hanyalah orang-orang yang paling jahat dan buruk laku, berperangai seperti keldai dalam kerja-kerja maksiat dan salah laku akhlak yang tidak bermaruah. Mereka bergembira ria dalam perzinaan, minum arak, perjudian, kekafiran, kemusyrikan dan menyembah berhala. Maka datanglah Kiamat ke atas mereka.
(Muslim)

Tersebut juga di dalam Tirmizi bahawa orang-orang Islam akan menggunakan busar dan anak panah Yakjuj dan Makjuj selama 7 tahun sebagai bahan api.

(1) Dikenali sebagai "anthrax". Maksudnya "didihan yang membunuh" dan juga demam limpa kambing dan lembu. Suatu bintil-bintil yang membunuh terjadi ke atas manusia hasil jangkitan daripada binatang yang berpenyakit itu. Ia dikenali juga sebagai penyakit pengumpul-pengumpul bulu. Tetapi ini adalah penyakit-penyakit yang jarang berlaku(Quraish)

Bab 79, Meniti Debaran Zaman
Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan: Abdul Aziz B Abdul Hamid


Monday, July 9, 2012

Kewafatan Imam Mahdi Dan Nabi Isa Sebagai Pemimpin

DISEBUT di dalam sunan Abu Daud bahawa Imam Mahdi menjadi khalifah selama 7 tahun kemudian wafat. Di dalam Mirqat terdapat suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r. 'anhu yang diriwayatkan sedikit meragukan bahawa Imam Mahdi akan hidup samada 7, 8 atau 9 tahun di dalam keadaan penuh keadilan dan persamaan.
(Mustadrak Hakim)

Mungkin periwayatnya telah telah meriwayatkannya dengan agak ragu mengenai masa hidupnya Imam Mahdi kerana terlupa.

Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi telah menyelaraskan hadis-hadis begini bahawa 7 tahun pemerintahnanya di dalam keadaan aman dan 8 tahun di dalam memerangi Dajjal. Baginda akan wafat lalu Nabi Isa 'alaihissalam mengimami solat jenazahnya dan mengkebumikannya. Selepas kewafatannya, segala urusan pemerintah akan berada di tangan Nabi Isa 'alaihissalam. Keadaan aman dan baik akan wujud pada masa ini lantaran ada kumpulan manusia yang taat dan tunduk kepada Allah.

Nama Yahudi, Nasara akan terpadam daripada dunia ini. Selepas kedatangan Isa Al Masih sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa tanpa Iman dan Islam maka perjanjian keamanan tidak akan dibuat dengan mana-mana agama. Keizinan menjadi zimmi (orang yang mendapat perlindungan menerusi pembayaran jizyah) akan hanya sah sehinggalah kedatangan Nabi Isa 'alaihissalam. Selepas zamannya maka orang yang berkeadaan zimmi tidak lagi akan diterima.

Bab 78, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan Abdul Aziz bin Abdul Hamid


Tuesday, June 5, 2012

Jemaah Masturat 10 Hari

CUTI sekolah bulan Mei tadi, aku keluar 10 hari masturat bersama morhallah Desa Pabahanan, kami cukup satu jemaah dan bersama kami 2 pasang dari Bintulu. Jemaah yang kami hendak bentuk ini telah lama difikirkan dan akhirnya dapat dikeluarkan satu jemaah dari Morhallah Desa Pabahanan satu jemaah iaitu 4 pasang.

Tempat yang diputuskan telah ditentukan di rumah Hj. Zakaria, Kampung Mumong, Kuala Belait, rumah Qarmizi, Lutong dan rumah Hafiz, Piasau.

Usaha yang dibuat di Kuala Belait amat memberangsangkan kerana nusrah orang tempatan samada pihak lelaki dan wanita begitu baik. Di Miri, fikir jemaah kita berubah kerana di Miri merupakan tapak Istimak di utara Sarawak, jadi jemaah kami terutamanya lelaki banyak digunakan untuk persiapan Istimak. Dan di Miri, begitu banyak jemaah bergerak, ada 4 jemaah masturat 10 hari, 2 jemaah lelaki 10 hari, 2 jemaah 40 hari dan jemaah 40 jalan kaki Brunei.

Keseluruhanya, jemaah kami banyak belajar dari para wanita yang berpengalaman dalam usaha masturat ini dan azam aku dengan isteri nak keluar lebih lama lagi dan jauh-jauh, Insya-Allah.

Thursday, May 3, 2012

Pembunuhan Yahudi

MAULANA Shah Rafiuddin Dehlawi r.'alaihi menulis bahawa selepas Dajjal dibunuh orang-orang Islam terus memburu dan membunuh tentera-tentera Dajjal dan orang-orang Yahudi tidak ada tempat untuk perlindungan. Jikalau orang-orang Yahudi bersembunyi di sebalik pokok dan batu, pokok dan batu itu akan memanggil: "Wahai orang-orang Islam, si Yahudi ini sedang bersembunyi di sini. Marilah dan bunuh dia." 

Di dalam Hadis dijelaskan begini: Satu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kiamat tidak akan muncul sehinggalah orang-orang Islam berperang dengan orang-orang Yahudi. Akan ada satu peperangan yang mana orang-orang Islam akan membunuh orang-orang Yahudi. Jikalau ada orang-orang Yahudi berselindung di sebalik pokok atau batu, pokok tersebut akan berkata: "Wahai orang-orang Islam, mari kerana ada seorang Yahudi di sebalikku. Bunuhlah dia!" Tetapi hanya pokok "Gharqad" tidak memberitahu kerana ia adalah pokok Yahudi."
(Muslim)

Pengarang Mazahir Haq menulis bahawa "gharqad" adalah pokok yang berduri yang Rasulullah s.a.w. telah bersabda sebagai pokok Yahudi. Pokok ini mempunyai satu hubungan yang khusus dengan Yahudi dan hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya. Setelah menulis ini dia mengatakan bahawa sebahagian berpendapat bahawa pada masa ini Dajjal akan muncul lalu diikuti oleh orang-orang Yahudi. Orang Islam akan berperang dengannya dan membunuhnya. Maka di dalam keadaan begini orang-orang Yahudi tidak mendapat apa-apa perlindungan di mana-mana pun di dunia ini dan nama mereka akan terhapus sama sekali daraipada permukaan bumi ini.

Bab 77, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid


Wednesday, February 29, 2012

Jangka Hayat Dajjal Di Dunia

TELAH diriwayatkan oleh Nawas bin Sam'an r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebut fasal Dajjal : "Jikalau dia muncul pada masaku, aku akan menghadapinya. kamu tidak perlu bimbang. Jikalau aku tidak ada pada waktu itu maka setiap orang mestilah mempunyai keberanian menghadapinya. Dan Allah adalah Pelindung terhadap setiap orang Islam selepasku.

Bentuk tubuh Dajjal itu ialah agak muda, mempunyai rambut kerinting, matanya menonjol dan tinggi. Wajahnya seperti Abdul 'Uzza bin Qat'n. Sesiapa di kalangan kamu melihatnya hendaklah membaca pembukaan surah Kahfi kerana melalui bacaannya akan mengawal orang itu daripada angkaranya. Sesungguhnya dia akan muncul daripada satu jalan antara Syria dan Iraq.

Selepas muncul dia akan menyebarkan banyak kerosakan di setiap kota di kiri kanannya. Wahai hamba-hamba Allah tetap teguhlah kamu pada waktu itu."

Periwayat itu berkata : "Kami bertanya : "Wahai Rasulullah s.a.w. berapa lamakah yang dia akan hidup di permukaan bumi ini?"

Baginda menjawab : "Dia akan hidup selama 40 hari yang satu hari bersamaan satu tahun dan satu hari bersamaan satu bulan dan satu hari bersamaan satu minggu dan hari-hari yang berikutnya adalah seperti mana hari-hari biasa kamu."

Periwayat ini berkata  bahawa mengenai ini kami bertanya : "Ya Rasulullah cukupkah bagi kami bersolat sehari pada hari ini yang panjang sehingga setahun itu?"

Baginda menjawab : "Tidak, kamu hendaklah mengira dan setelah membuat anggaran hari tersebut, maka solatlah lima waktu sebagaimana kamu solat setiap hari."

Periwayat itu berkata : Kami bertanya : "Berapa pantaskah Dajjal berjalan di bumi?"

Baginda menjawab : "Seperti angin yang meniup awan dengan pantas, maka dengan keadaan yang sama dia akan bergerak di bumi."

Yakni mencakup seluruh dunia dan akan membabitkan begitu ramai manusia dalam perbuatan angkaranya. Kemudian dengan memberi gambaran yang terlebih terperinci mengenai angkara Dajjal baginda bersabda : "Dia  akan pergi kepada suatu kaum (masyarakat) dan mengajak manusia mengakunya sebagai tuhan. Orang-orang ini akan percaya kepadanya. Untuk memperkukuhkan kepercayaan orang-orang ini terhadapnya, dia akan mengarahkan langit menurunkan hujan, yang akibatnya buah-buahan dan bijirin akan keluar. Disebabkan hujan dan tanam-tanaman ini, maka binatang-binatang yang bergerak di belakangnya akan membesar dengan bonggol di belakang mereka meninggi, tetek akan membesar dan buah zakar akan membengkak.

Kemudian Dajjal akan pergi kepada orang lain lalu menyeru mereka mengakui ketuhanannya. Tetapi mereka enggan mengakuinya. Maka dia meninggalkan mereka lalu beredar dari situ tetapi mereka akan didatangkan malapetaka. Semua tanam-tanaman mereka akan dibinasakan dan hujan akan berhenti hujan, tidak ada lagi harta yang tinggal dengan mereka.

Sewaktu Dajjal melewati kawasan yang telah binasa ini mengarahkan (tempat ini) memicit keluar segala khazanah dan galian-galian yang tersembunyi yang mana segala khazanah dan yang terkandung di dalam bumi tersebut mengikutnya pergi seumpamalah lebah menurut permaisurinya.

Kemudian Dajjal akan memanggil seorang yang tubuhnya sangat muda. Dia akan membelah dua orang ini dengan pedangnya lalu membuang kedua-dua belahan badan ini. Kedua-dua belahan badan ini akan tercampak jauh sebagaimana jaraknya panah yang dilepaskan daripada busarnya. Kemudian Dajjal akan memanggil orang itu dan orang itu akan datang kepadanya sambil ketawa dan terkinja-kinja.

Begitulah keadaan Dajjal sehinggalah tiba-tiba Allah menurunkan Masih Ibn Maryam 'alaihissalam dari langit. Baginda akan turun dekat dengan menara putih di timur kota Damsyiq memakai dua helai kain kuning sambil meletakkan kedua tangannya di atas sayap dua malaikat. Apabila baginda menundukkan kepalanya, titisan air peluhnya akan jatuh dan ketika baginda mengangkat kepalanya titisan peluhnya seperti mutiara bergemerlapan akan gugur seperti bijirin yang diperbuat daripada  perak.

Ada suatu kuasa di dalam nafas Nabi Isa 'alaihisalam bahawa setiap orang kafir yang terkena nafas tersebut akan mati dan nafasnya akan pergi sejauh mata memandang. Setelah turun daripada langit, baginda akan mencari Dajjal. Baginda menemuinya di Bab Ludd.

(Nota : Negara Zionist Israil telah membina sebuah lapangan terbang di sini yang dikenali sebagai Lyda Airport-Quraisyi atau menurut sesetengah yang lain di tempat tinggal berhampiran Baitul Muqaddis.)

Nabi Isa 'alaihissalam akan membunuhnya dengan tombak atau lembing kecil. Kemudian baginda akan pergi ke tempat orang yang Allah Ta'ala telah selamatkan mereka daripada angkara Dajjal. Baginda akan melalukan tangannya ke muka mereka sebagai berkat lalu memberi berita gembira kepada mereka dengan tingkatan yang tertinggi di syurga."
(Muslim)

Bab 76, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid




Thursday, February 16, 2012

Dajjal Tidak Boleh Memasuki Mekah Dan Madinah

DAJJAL tidak akan dapat memasuki Mekah dan Madinah kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Tidak ada bandar dan kota yang tidak dimasuki oleh Dajjal melainkan Mekah dan Madinah di mana dia tidak dapat memasukinya."
(Hadis Riwayat Anas dan Bukhari Jld. 2, ms. 1055)

Jelas daripada sini bahawa begitu ramai manusia yang terlibat dalam angkara Dajjal. Di dalam sesetengah hadis terdapat bilangan yang tetap mengenai orang yang beriman dengan Dajjal. Di dalam Muslim dikatakan 70,000 orang-orang Yahudi Isfahan akan taat kepadanya. Di dalam Tirmizi dinyatakan pula bahawa Dajjal akan muncul dari bumi sbelah timur yang dikenali sebagai Khurasan. Banyaklah masyarakat yang berjanji setia dengannya. Muka mereka adalah seumpama perisai yang diletakkan di atas satu sama lain. Yakni wajah mereka lebar.

Hafiz Ibn Hajar r. 'alaihi menukilkan daripada kitab Abu Nu'im Al Hilyah bahawa Hasan bin 'Atiyah telah berkata bahawa di samping 12,000 orang lelaki dan 70,000 orang wanita yang selebihnya akan tunduk kepada Dajjal dan menerima dakwaan ketuhanannya.
(Fathul Zikr Ad-Dajjal)

Bab 75, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebraim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Wednesday, February 1, 2012

Dajjal Melakukan Kerosakan Dan Huru Hara Di Muka Bumi Dan Nabi Isa 'Alaihissalam Membunuhnya Sehingga Mati

HUZAIFAH R. 'ANHU meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Dajjal pasti muncul dan benar ada bersamanya api dan air."

Disebut juga di dalam sebahagian Hadis bahawa Syurga dan Nerakanya juga bersama dengannya. Yang disangka orang ramai akan air sebenarnya itulah api yang menyala-nyala. Yakni orang-orang yang percaya kepadanya akan dibakar api neraka. Dan apa yang disangka oleh orang akan api, sebenarnya adalah air yang nyaman.

Maka mereka yang tidak mahu percaya kepada kata-katanya akan dibakar di dalam api, adalah sebenarnya akan mengecapi air manis dan nyaman di syurga. Dengan ini sesiapa yang hidup pada masa itu hendaklah terjun ke dalam apa yang dia nampak seumpama api kerana sebenarnya itulah air dan taman.
(Bukhari, Jilid 2, m.s. 1055)

Juga disebut di dalam Muslim bahawa huruf KAF.FA.RA---(KAFIR) akan tertulis di antara kedua matanya dan setiap orang Islam yang tahu membaca dan tidak tahu membacanya juga dapat membaca.

Juga disebut di dalam setengah hadis bahawa bersama-samanya bergunung-gunung daging dan roti dan terusan-terusan air. Apabila seorang naik marah terhadap Dajjal dan bergaduh dengannya, Dajjal akan mendakwa lalu muncul dari timur berhasrat ke Madinah. Namun dia tidak boleh memasuki Madinah kerana pada hari itu akan ada tujuh pintu masuk Madinah yang setiap satunya dikawal rapi oleh dua malaikat.

Dajjal akan berkhemah di belakang gunung Uhud. Di sana malaikat akan memalingkan mukanya ke arah Syria. Dia akan ke Syria lalu dibunuh oleh Nabi Isa 'alaihissalam.
(Bukhari Dan Muslim)

Sebuah hadis daripada Hakim sebagaimana dinukilkan daripada Fathul Bari yang menyatakan bahawa orang lelaki dan wanita fasiq juga akan sama-sama meninggalkan Madinah dan pergi bersama-sama dengan Dajjal.

Namun Dajjal tidak dapat memasuki Mekah dan Madinah. Apabila gegaran gempa bumi terasa di Madinah, mereka yang kafir dan munafiq akan keluar daripada Madinah. Pada masa itu seorang yang dikatakan terbaik daripada seluruh penghuni bumi akan muncul daripada Madinah lalu berkata kepadanya : "Aku bersaksi bahawa sebenarnyalah kamu Dajjal yang sama yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami."

Mendengar tuduhan ini, Dajjal akan berkata kepada orang ramai : Apakah kamu semua akan mensyaki akan diriku jikalau aku hidupkan dia kembali selepas aku membunuhnya?"

Orang ramai akan berkata tidak. Lalu orang itu dibunuh oleh Dajjal dan menghidupkannya semula. Selepas hidup kembali dia akan memekik : "Demi Allah pada hari ini aku lebih yakin lagi daripada sebelumnya bahawa kamu adalah pendusta."

Dajjal akan cuba untuk membunuhnya tetapi dia tidak dapat lagi melakukannya.

Peristiwa yang sama diriwayatkan di dalam hadis tersebut. Seorang Islam hendak pergi menemui Dajjal. Askar-askar Dajjal yang mengawalnya bertanya kepadanya : "Ke mana kamu hendak pergi?"

Orang itu dengan marah menjawab : "Kepadanya yang membuat dakwaan palsu."

Pengawal-pengawal itu akan melenting : "Apa! Kamu tidak percaya tuhan kami?"

Dia akan menjawab : "Tidak ada syak untuk beriman dengan Tuhan kami. Jikalaulah Dia tidak dikenali dan jika tidak ada bukti untuk Dia menjadi Rabb kami, maka mungkinlah kami akan mempercayai tuhan kamu."

Mendengar ini pengawal itu mahu membunuhnya tetapi perbezaan pendapat berlaku di antara mereka. Sebahagiannya akan berkata : "Tidakkah kamu tahu bahawa tuhan kamu telah melarang membunuh sesiapa tanpa keizinannya?"

Maka dibawalah orang itu kepada si dajjal, sebaik sahaja matanya bertembung dengan Dajjal orang itu pun memekik : "Wahai manusia, dialah Dajjal sebagaimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w."

Mendengar pekikan ini, Dajjal mengarahkan orang-orangnya meniarapkan dia ke bumi. Dajjal menyuruh orang-orangnya menyiksanya. Mereka memukul dan memukulnya sehingga pinggang dan perutnya luka parah dan terkoyak. Sekali lagi Dajjal menyoalnya : "Tidakkah lagi kamu mahu beriman kepadaku?"

Dia akan menjawab : "Kamulah Masihid Dajjal itu"

Ketika ini Dajjal langsung mengarahkan orang-orangnya menggergaji orang ini daripada kepalanya lalu terbelah dua. Dajjal akan berdiri di antara dua bahagian badan yang terbelah ini lalu memerintah : " Bangun!"

Orang itu hidup dan bangun. Dajjal akan bertanya orang itu : "Masihkah kamu tidak beriman kepadaku?"

Dia menjawab : "Sekarang aku yakin bahawa kamu adalah Dajjal."

Kemudian orang itu menyeru kepada orang ramai : "Wahai manusia, selepasku, Dajjal tidak akan dapat lagi menghidupkan orang selepas membunuhnya."

Mendengar ini Dajjal cuba membunuhnya tetapi tidak berjaya menyembelihnya kerana dengan pertolongan Allah, leher orang itu akan bertukar menjadi tembaga. Apabila Dajjal tidak lagi boleh menyembelihnya dia akan menangkap kedua-dua tangan dan kaki orang itu lalu dihumbannya ke dalam neraka ciptaannya. Orang ramai akan memikirkan bahawa dia dihumbankan ke dalam api sedangkan hakikatnya dia dicampak ke dalam Syurga.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda : "Si mukmin ini adalah dalam pandangan Allah, memperolehi kesyahidan peringkat tertinggi."
(Muslim)

Bab 74, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid


Friday, December 30, 2011

Menanti Untuk Melihat "Benak"

DALAM bulan ini tadi aku berada Sri Aman, Sarawak atas kapasiti sebagai penjawat awam. Sri Aman hanyalah sebuah bandar yang sederhana besarnya, lebih besar dari Limbang. Apa yang ada di Sri Aman ini? Benak! Pernah tak dengar perkataan ini, benak. Ia merupakan satu fenomena ombak sungai di mana air pasang dari laut pecah apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai Batang Lupar. 

Masa aku berada di Sri Aman tiada kejadian benak yang berlaku, penduduk tempatan mencadangkan agar pergi pada lewat petang ataupun waktu air tengah nak pasang. Waktu itulah fenomena benak berlaku di sungai Batang Lupar ini. Fenomena ini juga hanya berlaku di Sri Aman bagi rantau sebelah Asean dan merupakan fenomena yang unik sekali.

Fenomena benak di Sri Aman
Bagi aku, ia merupakan kejadian yang diciptakan oleh Allah yang Maha Kuasa dan syukur ia berada di negara kita untuk memperlihatkan kekuasaan Allah s.w.t. 

Aku pernah mendengar dalam satu majlis penerangan(ataupun bayan), kata pembayan tersebut : "....setiap apa-apa kejadian yang kita lihat bergantung kepada sudut pemikiran kita untuk menafsir kejadian tersebut....". Contohnya tentang fenomena benak ini, jika seorang usahawan, dia melihat fenomena benak ini boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka, jika seorang saintis ia melihat fenomena benak ini suatu yang begitu unik dan merupakan fenomena yang ajaib, jika seorang menteri, dia melihat fenomena benak ini boleh meraihkan bandar Sri Aman ini sebagai pusat pelancongan, jika seorang yang percaya kepada benda-benda tahyul, ia melihat fenomena benak ini merupakan suatu keramat kepada sungai Batang Lupar dan jika seorang yang imannya mantap, dia melihat fenomena ini merupakan salah satu daripada berjuta-juta ciptaan Allah yang ada di muka bumi ini.

Kesimpulannya di sini, kita sering melihat setiap ciptaan Allah s.w.t. sesuatu yang amat menarik, mengujakan hati kita dan begitu hebat bagi pandangan kita sehingga kita lupa bahawa sang pencipta sebenarnya lebih lagi hebat daripada segala cipta-cipta-Nya.

Kadang kala kita leka dengan apa yang ada dalam diri kita, kita anggap kitalah hebat kerana adanya ilmu yang kita miliki, kepandaian kita, pencapaian kita, kekayaan kita, darjat kita, kuasa kita dan apa-apa yang kita nampak di mata kasar kita.

Sebenarnya kita amat daif dan jahil tentang semua yang ada di muka alam ini, kita tidak pandai, kita tidak berilmu, kita tidak berpijak di bumi nyata dan kita mudah tertipu dengan apa yang kita lihat, dengar, rasa dan fikir sebab kita anggap kita ada ilmu, ada pengetahuan, ada pengalaman dan ada segalanya.

"...ia umpama jarum yang dicelup di permukaan lautan yang luas dan apabila ditarik jarum tersebut, titisan yang jatuh dari jarum yang diangkat itulah ilmu yang Allah peruntukan untuk semua manusia di muka alam ini berbanding ilmu yang seluas lautan yang masih dalam simpanan Allah s.w.t....."

Boleh tak kita bandingkan ilmu kita dengan ilmu Allah s.w.t.?

Thursday, December 29, 2011

Bentuk Wajah Nabi Isa 'Alaihissalam Dan Rupa Wajah Dajjal

RASULULLAH S.A.W. bersabda : "Pada hari ini aku lihat Ka'abah di dalam mimpiku. Seorang telah meletakkan tangannya di atas bahu dua orang lain sambil itu bertawaf di keliling Ka'abah. Wajahnya sangat cantik putih melepak. Gelung rambutnya tergantung-gantung di bawah cubing telinganya dan tersangat cantik bentuknya sebagaimana yang kamu pernah lihat rambut yang cantik. Dia menyikat rambutnya dan air menitis daripada rambutnya. Aku telah bertanya seseorang : "Siapakah orang itu?" Dia menjawab : "Dialah Masih Ibni Maryam".

Di dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Masih Ibn Maryam memakai pakaian kuning, kedua-dua tangannya diletakkan di bahu dua malaikat lalu turun ke bumi daripada langit. Apabila baginda menundukkan kepalanya, maka gugurlah peluh daripada kepalanya seumpama mutiara seakan-akan bijirin yang terbuat daripada perak.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : "Sekali lagi aku melihat seorang meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu dua orang. rambutnya sangat kerinting. Matanya buta sebelah kanan seumpama anggur menonjol daripadanya. Yakni tidak ada anak mata di dalam matanya yang membolehkan sesuatu itu dapat dilihat. Sebaliknya ia berwarna putih seperti anggur menonjol, nampak terlalu hodoh. Di kalangan manusia yang dapat aku perhatikan adalah seirasnya seperti Abdul 'Uzza Bin Qat'n."

Di dalam Hadis yang lain dia digambarkan sebagai berwajah merah, badannya berat dan rambutnya tersangat kerinting, matanya pula buta sebelah kanan. Apabila aku bertanya siapa orang itu, diterangkan bahawa itulah Masih Ad-Dajjal.

Di dalam Hadis yang lain bahawa Dajjal itu pendek bentuk badannya. Kakinya pengkar (pendek sebelah). Imam Baihaqi r. 'alaihi telah menulis di dalam kitabnya Al Baith Nusyur bahawa Dajjal akan keluar dengan menunggang kaldai berwarna putih melepak yang jarak antara telinganya adalah 70 ba' (satu ba' bersamaan 2 ela).

Nota :
Rasulullah s.a.w. melihat Dajjal bertawaf keliling Ka'abah, Rumah Allah. Bagaimana tawaf ini boleh terjadi? Sedangkan Rumah Allah adalah Kiblat orang-orang Islam di aman Allah berfirman sebagai asbab wujudnya lagi dunia ini (Al Quran). Maka Dajjal yang bertawaf mengelilinginya dianggap sebagai satu cara dan jalan yang dia ada akan menyesati orang-orang Islam seumpama pencuri yang mengelilingi sebuah bangunan dan mansion untuk mencari jalan masuk. Begitulah juga denga Nabi Isa Ibn Maryam juga bertawaf keliling Ka'abah sepertilah tuan rumah atau bangunan itu mengelilinginya untuk melihat tempat-tempat yang patut dibaiki dan ditampal agar ia menjadi lebih kuat dan yang reput diganti.

Bab 73, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid.

Wednesday, December 14, 2011

Peperangan Mahdi Dengan Orang-Orang Kafir. Kedatangan Dajjal Dan Zaman Nabi Isa A.S.

IMAM Mahdi menghadapi beberapa peperangan dengan orang-orang kafir. Sebagaimana diterangkan di dalam hadis riwayat Abu Daud. Jelas disebutkan di dalam hadis tersebut bahawa orang-orang daripada Banu Kalab akan menyerangnya tetapi kalah. Begitulah juga dengan tentera yang dihantar telah ditelan bumi ketika di dalam perjalanan untuk menyerangnya di antara Mekah dan Madinah.

Di samping ini ada juga disebutkan di dalam hadis akan penglibatan orang-orang Islam di dalam peperangan namun tidaklah disebut akan nama Imam Mahdi.

Shah Rafiuddin Dehlawi bagaimanapun telah menjelaskan bahawa peperangan-peperangan ini juga adalah berlaku pada zaman Imam Mahdi. Beliau menulis bahawa Imam Mahdi akan bergerak dari Mekah ke Madinah di mana baginda akan menziarahi kuburan Rasulullah s.a.w. dan dari sana menuju ke Syria.

Baginda hampir sahaja tiba di Damsyiq bilamana muncul tentera-tentera Nasrani menyerang dari sana. Imam Mahdi bersiap sedia menghadapi tentera ini dan setelah berperang selama 3 hari, orang-orang Islam menang pada hari keempat. Gambaran peperangan itu yang diberikan di dalam hadis adalah seperti berikut :

"Akan pastilah terjadi sebelum berlakunya Kiamat bahawa tidak akan terbahaginya harta pusaka atau berasa gembiranya mana-mana individu untuk menerima harta rampasan perang (Kemudian memperincikan perkara ini lalu dikatakan) : 

"Satu angkatan tentera musuh yang kuat telah menyerang orang-orang Islam di Syria. Orang-orang Islam juga bersatu tenaga menentang kembali serangan tersebut. Daripada tentera ini mereka membantu satu angkatan perang yang mengambil bai'ah bahawa mereka akan berperang sehinggalah mereka menang atau mati syahid, yakni peperangan terus-menerus berlaku sepanjang siang harinya dan berhenti sebelah malam apabila mereka pulang dari medan perang. tidak ada mana-mana pihak yang menang. Kedua-dua tentera akan terus berperang sehingga kedua-dua punah.

Keesokan harinya orang-orang Islam akan menghantar lagi satu kumpulan tentera yang telah mengambil bai'ah samada menang atau syahid. Pada hari ini juga, peperangan terus-menerus berlaku tanpa henti sehingga matahari terbenam. Tidak ada yang menang bagi kedua-dua pihak. Pada hari ini juga kedua-dua pihak binasa.

Pada hari ketiga, cara yang ketiga juga dilakukan tanpa hasil. Pada hari keempat baki tentera Islam bingkas bangun menyerang dan dengan pertolongan Allah mereka dikurniakan kemenangan ke atas musuh. Peperangan pada hari keempat ini begitu sengit sekali seolah-olah tidak pernah wujud sebelumnya. Ini dapat diambil kesimpulan bahawa orang-orang yang terbunuh di medan peperangan itu begitu ramai sehingga burung yang terbang menjadi letih lalu jatuh mati kerana gagal merentasi mayat-mayat yang bergelimpangan ataupun kerana bau mayat yang menyenak hidung.

Dan tatkala mereka yang mengambil bahagian di dalam peperangan ini mengira bilangan saudara mara mereka, yang pulang hanya seorang sahaja daripada 100 orang, sedangkan 99 orang lagi syahid. 

Rasulullah s.a.w. pun bertanya : " Beritahuku jikalau ada sesiapa yang gembira mendapat harta rampasan perang atau sesiapa yang suka mengambil akan harta pusaka yang dibahagi-bahagikan? "Kemudian baginda bersabda : "Selepas berperang mereka sibuk pula mengira orang-orang yang tinggal, tiba-tiba kedengaran berita peperangan yang lebih besar dan lebih sengit. Berita ini masih belum lagi mendapat perhatian sepenuhnya lalu datang pula berita kemunculan Dajjal yang mahu memporak-perandakan isteri dan anak-anak mereka dalam kerosakan. Mendengar berita ini mereka akan membuang segala harta benda dan wang ringgit lalu bergegas pulang ke rumah mereka. Untuk mendapat maklumat yang sahih tentang Dajjal mereka menghantar 10 orang penunggang kuda mendahului mereka.

Mengenai 10 orang penunggang kuda ini, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku mengetahui nama-nama mereka, nama ibubapa mereka dan juga warna kuda-kuda tunggangan mereka. Pada masa itu penunggang-penunggang ini adalah yang terbaik daripada segala penghuni bumi."

Selepas ini Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi menulis bahawa di dalam peperangan ini ramailah orang Nasrani terbunuh dan hasrat memiliki kuasa dan negara terkeluar daripada pemikiran dan hati mereka yang tinggal. Yang masih hidup akan lari lalu mereka dikejar oleh orang-orang Islam dan beribu-ribu orang daripada mereka dibunuh.

Selepas itu Imam Mahdi akan membabitkan dirinya dengan menguruskan hal keadaan negara Islam dan beberapa angkatan tentera dihantar ke sana sini. Setelah bebas daripada tugasnya ini maka baginda bersiap-sedia untuk menakluk Constantinople. Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda Kiamat.

Menurut sebuah kenyataan apabila Imam Mahdi tiba di laut Mediterranean baginda bertemu denga sejumlah tentera 70,000 daripada Banu Ishaq. Mereka akan berpernag. Apakah mereka berjuang untuk menakluk Contantinople, hanyalah disebut bahawa tentera yang 70,000 ini berperang dengan penduduk sebuah kota yang dikelilingi satu bahagiannya dengan tanah dan satu bahagiannya yang lain oleh laut.

Pengarang Mirqat menulis bahawa bandar ini terdapat di Rome yang beberapa pengarang menganggapnya sebagai Constantinople. Imam Nawawi r. 'alaihi juga Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi mengatakan bahawa : "Bandar inilah Constantinople yang dimaksudkan itu."

Seluruh hadis itu berbunyi demikian : " Satu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para Sahabatnya : "Tahukah kamu sebuah kota (bandar) yang satu bahagiannya ada tanah dan sebahagiannya adalah laut?" Para Sahabat r. 'anhum menjawab : "Ya kami tahu." Baginda bersabda : "Kiamat tidak akan berlaku sehingga 70,000 tentera daripada Banu Ishaq menakluk bandar ini. Apabila orang-orang ini memasuki kota ini dan menetap di situ untuk melancarkan serangan, mereka tidaklah menyerang menggunakan senjata atau melancarkan sebarang anak panah. Mereka akan memperolehi kemenangan hanyalah semata-mata dengan pertolongan Allah. Orang-orang Islam hanyalah memperolehi kemenangan dengan melaung kalimah Laa-ilaha-illallah, Allahu Akbar yang meruntuhkan sebahagian dinding kota tersebut. Apabila mereka melaung sekali lagi mereka dapat melihat jalan untuk memasuki ke dalamnya lalu mendapat kemenangan. Mereka memperolehi harta rampasan. Sedang mereka membahagi-bahagikan harta rampasan itu, tiba-tiba mereka mendengar satu pengisytiharan : "Telah muncul Dajjal." Mendengar pengisytiharan ini mereka meninggalkan segala-galanya lalu pulang."
(Muslim)

Di dalam hadis yang lain yang terkandung di dalam Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. 'anhu gambaran penaklukan Constantinople dan zaman Dajjal diterangkan begini : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kiamat tidak akan datang sehinggalah tentera-tentera Rome berhenti di A'maq atau Wabiq dan tentera daripada Madinah mara menentang mereka. Tentera ini adalah terdiri daripada orang-orang yang terbaik daripada manusia pada ketika itu. Apabila kedua-dua tentera berhadapan satu sama lain, tentera-tentera Nasrani itu akan berkata : "Biarkan kami dengan orang-orang Islam yang menawan orang-orang kami sebagai tawanan." Orang-orang Islam akan menjawab : "Demi Allah! Kami tidak akan melakukan demikian bahawa kami tidak berhak ke atas kamu dan saudara-saudara kami sehingga kamu hanya mahu menentang mereka." Lalu mereka menyerang orang-orang Nasrani tersebut.

Satu pertiga daripada orang-orang Islam akan gugur syahid. Orang-orang yang syahid ini adalah lebih tinggi kedudukannya daripada yang lain. Satu pertiga daripada tentera-tentera Islam ini akan menjauhi daripada peperangan itu lalu mengasingkan diri mereka daripada ketumbukan utama. Allah Ta'ala tidak akan menerima taubat mereka. Yakni Dia tidak akan mengurniakan taufiq untuk bertaubat.

Dan satu pertiga lagi daripada tentera Islam akan mengalahkan tentera-tentera Nasrani dan menang perang. Mereka tidak akan terbabit di dalam perbuatan-perbuatan yang merosakkan dan berdosa. Inilah tentera yang akan menawan Constantinople. Mereka pun mulalah membahagikan harta ghanimah (harta peninggalan perang) dan menyangkutkan pedang mereka di pohon-pohon zaitun, maka kedengaran satu suara laungan syaitan : "Sesungguhnya Dajjal telah sampai ke tempat anak-anakmu di belakang sana", tetapi berita ini adalah palsu.

Kemudian tentera-tentera Islam berhasrat pula menakluk Syria dan sewaktu mereka sampai di Baitul Muqaddis (Di Jerusalem) maka muncullah Dajjal. Sedang mereka bersiap-siap utnuk berperang maka masuklah waktu solat dan merekapun bangun untuk mendirikan solat.

Ketika itu turunlah Nabi Isa 'alaihissalam Ibn Mariam daripada langit. Sebaik-baik sahaja mata Dajjal bertembung dengan Isa 'alaihissalam maka cairlah tubuh si Dajjal seperti garam larut di dalam air.

Walaupun Nabi Isa 'alaihissalam tidak membunuhnya dan membiarkannya begitu sahaja, Dajjal itu akan binasa juga. Tetapi Nabi Isa 'alaihissalam membunuhnya dengan tangannya sendiri lalu menunjukkan tombak yang berlumuran dengan darah kepada orang ramai.

Meniti Debaran Zaman, Bab 72 - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid.

Thursday, November 17, 2011

Aku..., Anak Aku...., Dan 40 Hari Aku....?

UPSR hari ini(17/11/2011) tadi telah diumumkan, anak aku Ameer Hariz juga menduduki peperiksaan tersebut. Sekalung tahniah dari aku untuk anakku, Ameer Hariz yang telah mendapat 5A. Cuma aku tak dapat bersama untuk merai kegembiraan bersama anakku kerana masih lagi di Papar, Sabah. Aku mendengar berita ini dari isteriku pukul 11 pagi tadi. 

Perancangan aku sebenarnya nak hantar anak aku ke madrasah hafiz di Kedah awal tahun depan. Perancangan aku ini dah lama aku suarakan dengan isteri dan anak aku. Aku lihat anak aku begitu berminat nak belajar hafiz(penghafal Al Quran). Persiapan ke arah itu telah aku buat sekian lama dan masanya semakin hampir.

Cuti sekolah ini juga anak aku ada azam nak keluar 40 hari, tapi aku sekarang tengah sibuk dengan urusan pejabat aku di Limbang ini. Macam-macam pula program yang timbul, aku tak pasti samada anak aku tu dapat keluar penuh 40 hari cuti sekolah ni. Sekarang aku tengah sibuk dan anak aku selalu "menagih" bila Ameer nak keluar 40 hari ni bah? Aku cuma tersenyum sahaja, di malam sabguzari Limbang aku ada azam 40 hari cuti sekolah, namun aku beritahu jemaah tashkil cuma beberapa hari sahaja ataupun seminggu lebih sahaja aku sedia untuk keluar. Serba salah betul aku dibuat, tahun lepaspun aku terlepas 40 hari, tahun inipun mungkin terlepas juga.

Sekarang ini aku masih di Miri dan esok aku balik ke Limbang dan minggu depan aku ke Kuching pulak nak hadir mesyuarat pejabat. Ermmmm...macamana ya. Anak aku pasti kecewa dengan keadaan aku sekarang ini sebab janji belum dapat aku tepati untuk membawa bersama keluar 40 bersama aku.

Dalam hati aku berkata juga, baik aku nusrah jemaah yang datang ke Limbang ini sahaja. Aku fikir inilah kemampuan yang dapat aku tunaikan untuk ketika ini dan berazam untuk tunaikan 40 hari atau 4 bulan sempurna setiap tahun.




Thursday, October 27, 2011

Keadaan Dunia Pada Zaman Imam Mahdi

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda : "Sesuatu malapetaka besar akan menimpa umat ini yang mana manusia tidak dapat lagi mencari perlindungan daripada kezaliman. Pada masa tersebut Allah akan menzahirkan seorang daripada keluarga dan keturunanku yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana dunia ini sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman. Sebelum zamannya tidak terdapat apa-apa tanda adanya keadilan dan persamaan. Kezaliman akan berlaku di merata-rata tempat tetapi selepas kedatangannya bumi akan menikmati semula keadilan."

Selanjutnya Baginda bersabda : "Penghuni-penghuni langit dan penghuni-penghuni bumi akan gembira dengan keadilannya. Hasil daripada keadilan dan rahmat pada zaman itu ialah langit yang tidak menurunkan setitik hujanpun akhirnya menurunkan hujan. Bumi akan dipenuhi dengan buah-buahan, bunga-bungaan, tanaman untuk makanan serta sayur-sayuran yang melimpah-ruah. Penghasilan adalah tinggi dan harga menjadi begitu murah. Orang-orang yang hidup mengharapkan saudara-mara mereka telah mati, hidup untuk menyaksikan dan  menikmati zaman yang aman dan berbahagia itu."
(Misykat)

Harta begitu banyak semasa Imam Mahdi sehingga bila seorang meminta wang daripadanya, dia akan memenuhi bekas orang tersebut dengan tangannya yang penuh dengan wang beberapa kali lalu dibawanya pergi dengan mudah.
(Tirmizi)

Telah diriwayatkan di dalam Hadis Abu daud bahawa Imam Mahdi akan menuruti Sunnah Nabi s.a.w. dan pada zamannya hanyalah Islam yang wujud di seluruh dunia. Imam Mahdi akan memerintah dunia selama 7 tahun dan wafat dan solat jenazah dilakukan oleh orang-orang Islam ke atasnya.

Bab 71, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mfti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Tuesday, October 25, 2011

Bentuk Tubuh Imam Mahdi, Keluarga Dan Namanya

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda : "Mahdi adalah daripada keluargaku melalui keturunan Fatimah."
(Abu Daud)

Saiyidina Ali r. 'anhu pernah mengulas mengenai anaknya, Hasan : "Ini, anakku adalah Saiyid kerana Rasulullah s.a.w. telah menamakannya Saiyid. Di antara keturunannya sama seperti Nabimu (yakni namanya ialah Muhammad).

Kemudian beliau berkata : "Daripada segi akhlak beliau adalah seperti akhlak Hasan dan rupanya juga sepertinya. Wajah dan bentuk tubuhnya sama mirip dengan Hasan."

Dinyatakan di dalam setengah riwayat bahawa nama bapa Imran Mahdi adalah sama dengan nama bapa Nabi s.a.w. (yakni Abdullah).
(Misykat)

Adalah diriwayatkan daripada Abu Said Al Khudri r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Mahdi akan lahir daripadaku (yakni keturunanku). Wajahnya bercahaya dan hidungnya mancung."
(Ibid)

Bab 70, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...