Friday, June 22, 2012

....teh tarik halia kurang manis....


SEPERTI hari-hari biasa, aku dan staf sering melepak di warung, biasanya dalam lingkungan jam 8.30 hingga 9.00 pagi. Pagi sebegitu biasanya kalangan kakitangan kerajaan akan ke pejabat “nombor dua” mereka iaitu  melepak di warung.

Mungkin inilah budaya kakitangan kerajaan, kena pergi ke warung dulu baru boleh buat kerja kalau tidak gelisah semacam di pejabat. Di mana-mana tempat di Malaysia ini, kebanyakan kakitangan kerajaan menjadi lumrah untuk mereka mengunjungi warung bersama-sama teman.

Biasanya topik perbualan yang dibincangkan lebih kepada isu politik, masalah kerja, keluarga, perempuan dan pelbagai masalah peribadi boleh untuk kita dengari di warung waktu itu. Seakan meriah kerana pelbagai peringkat kakitangan akan kita temui, dia bos kah, kuli kah, doktor kah, peguam kah semuanya melepak di warung sebagai stesen persinggahan.

Fenomena apakah ini? Malah ia bukan menyerang kakitangan kerajaan sahaja, malah kakitangan swasta tak ketinggalan. Pelbagai usia, bangsa, kerjaya dan kedudukan akan melepak di warung sebentar semata-mata untuk duduk sambil bercakap-cakap tentang isu-isu panas serta apa-apa sahaja yang hendak dibualkan dan itulah kepuasan yang susah nak digambarkan!

Kalau kita teropong dari sudut etika kerja, ia satu sikap yang tidak baik atau tidak elok kerana masa banyak terbuang begitu sahaja tanpa memberi manafaat kepada penjawat dan organisasi itu sendiri malah masa yang ada terbuang tanpa digunakan dengan betul.

Tapi mengapa perkara ini terus berlaku tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak berwajar atau tindakan tatatertib terhadap mereka ini? Seolah-olah kewajiban untuk duduk di warung diwajarkan dan sesuatu yang perlu. Adakah sesuatu kebiasaan yang jika dihentikan boleh mengurangkan inovatif dan kreativiti seseorang itu? Mungkin melepak di warung merupakan suatu motivasi yang boleh mendatangkan kejituan dan menelurkan idea-idea yang menarik dalam memperbaiki sesuatu institusi.

Mungkin susah nak aku perkatakan di sini kerana aku salah seorang dari mereka yang gemar duduk di warung sebelum aku mulakan kerja-kerja aku di pejabat, bagaimana dengan tuan-tuan semua? Adakah kita serupa?


Tuesday, June 5, 2012

Jemaah Masturat 10 Hari

CUTI sekolah bulan Mei tadi, aku keluar 10 hari masturat bersama morhallah Desa Pabahanan, kami cukup satu jemaah dan bersama kami 2 pasang dari Bintulu. Jemaah yang kami hendak bentuk ini telah lama difikirkan dan akhirnya dapat dikeluarkan satu jemaah dari Morhallah Desa Pabahanan satu jemaah iaitu 4 pasang.

Tempat yang diputuskan telah ditentukan di rumah Hj. Zakaria, Kampung Mumong, Kuala Belait, rumah Qarmizi, Lutong dan rumah Hafiz, Piasau.

Usaha yang dibuat di Kuala Belait amat memberangsangkan kerana nusrah orang tempatan samada pihak lelaki dan wanita begitu baik. Di Miri, fikir jemaah kita berubah kerana di Miri merupakan tapak Istimak di utara Sarawak, jadi jemaah kami terutamanya lelaki banyak digunakan untuk persiapan Istimak. Dan di Miri, begitu banyak jemaah bergerak, ada 4 jemaah masturat 10 hari, 2 jemaah lelaki 10 hari, 2 jemaah 40 hari dan jemaah 40 jalan kaki Brunei.

Keseluruhanya, jemaah kami banyak belajar dari para wanita yang berpengalaman dalam usaha masturat ini dan azam aku dengan isteri nak keluar lebih lama lagi dan jauh-jauh, Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...