Friday, December 30, 2011

Menanti Untuk Melihat "Benak"

DALAM bulan ini tadi aku berada Sri Aman, Sarawak atas kapasiti sebagai penjawat awam. Sri Aman hanyalah sebuah bandar yang sederhana besarnya, lebih besar dari Limbang. Apa yang ada di Sri Aman ini? Benak! Pernah tak dengar perkataan ini, benak. Ia merupakan satu fenomena ombak sungai di mana air pasang dari laut pecah apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai Batang Lupar. 

Masa aku berada di Sri Aman tiada kejadian benak yang berlaku, penduduk tempatan mencadangkan agar pergi pada lewat petang ataupun waktu air tengah nak pasang. Waktu itulah fenomena benak berlaku di sungai Batang Lupar ini. Fenomena ini juga hanya berlaku di Sri Aman bagi rantau sebelah Asean dan merupakan fenomena yang unik sekali.

Fenomena benak di Sri Aman
Bagi aku, ia merupakan kejadian yang diciptakan oleh Allah yang Maha Kuasa dan syukur ia berada di negara kita untuk memperlihatkan kekuasaan Allah s.w.t. 

Aku pernah mendengar dalam satu majlis penerangan(ataupun bayan), kata pembayan tersebut : "....setiap apa-apa kejadian yang kita lihat bergantung kepada sudut pemikiran kita untuk menafsir kejadian tersebut....". Contohnya tentang fenomena benak ini, jika seorang usahawan, dia melihat fenomena benak ini boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka, jika seorang saintis ia melihat fenomena benak ini suatu yang begitu unik dan merupakan fenomena yang ajaib, jika seorang menteri, dia melihat fenomena benak ini boleh meraihkan bandar Sri Aman ini sebagai pusat pelancongan, jika seorang yang percaya kepada benda-benda tahyul, ia melihat fenomena benak ini merupakan suatu keramat kepada sungai Batang Lupar dan jika seorang yang imannya mantap, dia melihat fenomena ini merupakan salah satu daripada berjuta-juta ciptaan Allah yang ada di muka bumi ini.

Kesimpulannya di sini, kita sering melihat setiap ciptaan Allah s.w.t. sesuatu yang amat menarik, mengujakan hati kita dan begitu hebat bagi pandangan kita sehingga kita lupa bahawa sang pencipta sebenarnya lebih lagi hebat daripada segala cipta-cipta-Nya.

Kadang kala kita leka dengan apa yang ada dalam diri kita, kita anggap kitalah hebat kerana adanya ilmu yang kita miliki, kepandaian kita, pencapaian kita, kekayaan kita, darjat kita, kuasa kita dan apa-apa yang kita nampak di mata kasar kita.

Sebenarnya kita amat daif dan jahil tentang semua yang ada di muka alam ini, kita tidak pandai, kita tidak berilmu, kita tidak berpijak di bumi nyata dan kita mudah tertipu dengan apa yang kita lihat, dengar, rasa dan fikir sebab kita anggap kita ada ilmu, ada pengetahuan, ada pengalaman dan ada segalanya.

"...ia umpama jarum yang dicelup di permukaan lautan yang luas dan apabila ditarik jarum tersebut, titisan yang jatuh dari jarum yang diangkat itulah ilmu yang Allah peruntukan untuk semua manusia di muka alam ini berbanding ilmu yang seluas lautan yang masih dalam simpanan Allah s.w.t....."

Boleh tak kita bandingkan ilmu kita dengan ilmu Allah s.w.t.?

Thursday, December 29, 2011

Bentuk Wajah Nabi Isa 'Alaihissalam Dan Rupa Wajah Dajjal

RASULULLAH S.A.W. bersabda : "Pada hari ini aku lihat Ka'abah di dalam mimpiku. Seorang telah meletakkan tangannya di atas bahu dua orang lain sambil itu bertawaf di keliling Ka'abah. Wajahnya sangat cantik putih melepak. Gelung rambutnya tergantung-gantung di bawah cubing telinganya dan tersangat cantik bentuknya sebagaimana yang kamu pernah lihat rambut yang cantik. Dia menyikat rambutnya dan air menitis daripada rambutnya. Aku telah bertanya seseorang : "Siapakah orang itu?" Dia menjawab : "Dialah Masih Ibni Maryam".

Di dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Masih Ibn Maryam memakai pakaian kuning, kedua-dua tangannya diletakkan di bahu dua malaikat lalu turun ke bumi daripada langit. Apabila baginda menundukkan kepalanya, maka gugurlah peluh daripada kepalanya seumpama mutiara seakan-akan bijirin yang terbuat daripada perak.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : "Sekali lagi aku melihat seorang meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu dua orang. rambutnya sangat kerinting. Matanya buta sebelah kanan seumpama anggur menonjol daripadanya. Yakni tidak ada anak mata di dalam matanya yang membolehkan sesuatu itu dapat dilihat. Sebaliknya ia berwarna putih seperti anggur menonjol, nampak terlalu hodoh. Di kalangan manusia yang dapat aku perhatikan adalah seirasnya seperti Abdul 'Uzza Bin Qat'n."

Di dalam Hadis yang lain dia digambarkan sebagai berwajah merah, badannya berat dan rambutnya tersangat kerinting, matanya pula buta sebelah kanan. Apabila aku bertanya siapa orang itu, diterangkan bahawa itulah Masih Ad-Dajjal.

Di dalam Hadis yang lain bahawa Dajjal itu pendek bentuk badannya. Kakinya pengkar (pendek sebelah). Imam Baihaqi r. 'alaihi telah menulis di dalam kitabnya Al Baith Nusyur bahawa Dajjal akan keluar dengan menunggang kaldai berwarna putih melepak yang jarak antara telinganya adalah 70 ba' (satu ba' bersamaan 2 ela).

Nota :
Rasulullah s.a.w. melihat Dajjal bertawaf keliling Ka'abah, Rumah Allah. Bagaimana tawaf ini boleh terjadi? Sedangkan Rumah Allah adalah Kiblat orang-orang Islam di aman Allah berfirman sebagai asbab wujudnya lagi dunia ini (Al Quran). Maka Dajjal yang bertawaf mengelilinginya dianggap sebagai satu cara dan jalan yang dia ada akan menyesati orang-orang Islam seumpama pencuri yang mengelilingi sebuah bangunan dan mansion untuk mencari jalan masuk. Begitulah juga denga Nabi Isa Ibn Maryam juga bertawaf keliling Ka'abah sepertilah tuan rumah atau bangunan itu mengelilinginya untuk melihat tempat-tempat yang patut dibaiki dan ditampal agar ia menjadi lebih kuat dan yang reput diganti.

Bab 73, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid.

Wednesday, December 14, 2011

Peperangan Mahdi Dengan Orang-Orang Kafir. Kedatangan Dajjal Dan Zaman Nabi Isa A.S.

IMAM Mahdi menghadapi beberapa peperangan dengan orang-orang kafir. Sebagaimana diterangkan di dalam hadis riwayat Abu Daud. Jelas disebutkan di dalam hadis tersebut bahawa orang-orang daripada Banu Kalab akan menyerangnya tetapi kalah. Begitulah juga dengan tentera yang dihantar telah ditelan bumi ketika di dalam perjalanan untuk menyerangnya di antara Mekah dan Madinah.

Di samping ini ada juga disebutkan di dalam hadis akan penglibatan orang-orang Islam di dalam peperangan namun tidaklah disebut akan nama Imam Mahdi.

Shah Rafiuddin Dehlawi bagaimanapun telah menjelaskan bahawa peperangan-peperangan ini juga adalah berlaku pada zaman Imam Mahdi. Beliau menulis bahawa Imam Mahdi akan bergerak dari Mekah ke Madinah di mana baginda akan menziarahi kuburan Rasulullah s.a.w. dan dari sana menuju ke Syria.

Baginda hampir sahaja tiba di Damsyiq bilamana muncul tentera-tentera Nasrani menyerang dari sana. Imam Mahdi bersiap sedia menghadapi tentera ini dan setelah berperang selama 3 hari, orang-orang Islam menang pada hari keempat. Gambaran peperangan itu yang diberikan di dalam hadis adalah seperti berikut :

"Akan pastilah terjadi sebelum berlakunya Kiamat bahawa tidak akan terbahaginya harta pusaka atau berasa gembiranya mana-mana individu untuk menerima harta rampasan perang (Kemudian memperincikan perkara ini lalu dikatakan) : 

"Satu angkatan tentera musuh yang kuat telah menyerang orang-orang Islam di Syria. Orang-orang Islam juga bersatu tenaga menentang kembali serangan tersebut. Daripada tentera ini mereka membantu satu angkatan perang yang mengambil bai'ah bahawa mereka akan berperang sehinggalah mereka menang atau mati syahid, yakni peperangan terus-menerus berlaku sepanjang siang harinya dan berhenti sebelah malam apabila mereka pulang dari medan perang. tidak ada mana-mana pihak yang menang. Kedua-dua tentera akan terus berperang sehingga kedua-dua punah.

Keesokan harinya orang-orang Islam akan menghantar lagi satu kumpulan tentera yang telah mengambil bai'ah samada menang atau syahid. Pada hari ini juga, peperangan terus-menerus berlaku tanpa henti sehingga matahari terbenam. Tidak ada yang menang bagi kedua-dua pihak. Pada hari ini juga kedua-dua pihak binasa.

Pada hari ketiga, cara yang ketiga juga dilakukan tanpa hasil. Pada hari keempat baki tentera Islam bingkas bangun menyerang dan dengan pertolongan Allah mereka dikurniakan kemenangan ke atas musuh. Peperangan pada hari keempat ini begitu sengit sekali seolah-olah tidak pernah wujud sebelumnya. Ini dapat diambil kesimpulan bahawa orang-orang yang terbunuh di medan peperangan itu begitu ramai sehingga burung yang terbang menjadi letih lalu jatuh mati kerana gagal merentasi mayat-mayat yang bergelimpangan ataupun kerana bau mayat yang menyenak hidung.

Dan tatkala mereka yang mengambil bahagian di dalam peperangan ini mengira bilangan saudara mara mereka, yang pulang hanya seorang sahaja daripada 100 orang, sedangkan 99 orang lagi syahid. 

Rasulullah s.a.w. pun bertanya : " Beritahuku jikalau ada sesiapa yang gembira mendapat harta rampasan perang atau sesiapa yang suka mengambil akan harta pusaka yang dibahagi-bahagikan? "Kemudian baginda bersabda : "Selepas berperang mereka sibuk pula mengira orang-orang yang tinggal, tiba-tiba kedengaran berita peperangan yang lebih besar dan lebih sengit. Berita ini masih belum lagi mendapat perhatian sepenuhnya lalu datang pula berita kemunculan Dajjal yang mahu memporak-perandakan isteri dan anak-anak mereka dalam kerosakan. Mendengar berita ini mereka akan membuang segala harta benda dan wang ringgit lalu bergegas pulang ke rumah mereka. Untuk mendapat maklumat yang sahih tentang Dajjal mereka menghantar 10 orang penunggang kuda mendahului mereka.

Mengenai 10 orang penunggang kuda ini, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku mengetahui nama-nama mereka, nama ibubapa mereka dan juga warna kuda-kuda tunggangan mereka. Pada masa itu penunggang-penunggang ini adalah yang terbaik daripada segala penghuni bumi."

Selepas ini Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi menulis bahawa di dalam peperangan ini ramailah orang Nasrani terbunuh dan hasrat memiliki kuasa dan negara terkeluar daripada pemikiran dan hati mereka yang tinggal. Yang masih hidup akan lari lalu mereka dikejar oleh orang-orang Islam dan beribu-ribu orang daripada mereka dibunuh.

Selepas itu Imam Mahdi akan membabitkan dirinya dengan menguruskan hal keadaan negara Islam dan beberapa angkatan tentera dihantar ke sana sini. Setelah bebas daripada tugasnya ini maka baginda bersiap-sedia untuk menakluk Constantinople. Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda Kiamat.

Menurut sebuah kenyataan apabila Imam Mahdi tiba di laut Mediterranean baginda bertemu denga sejumlah tentera 70,000 daripada Banu Ishaq. Mereka akan berpernag. Apakah mereka berjuang untuk menakluk Contantinople, hanyalah disebut bahawa tentera yang 70,000 ini berperang dengan penduduk sebuah kota yang dikelilingi satu bahagiannya dengan tanah dan satu bahagiannya yang lain oleh laut.

Pengarang Mirqat menulis bahawa bandar ini terdapat di Rome yang beberapa pengarang menganggapnya sebagai Constantinople. Imam Nawawi r. 'alaihi juga Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi mengatakan bahawa : "Bandar inilah Constantinople yang dimaksudkan itu."

Seluruh hadis itu berbunyi demikian : " Satu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para Sahabatnya : "Tahukah kamu sebuah kota (bandar) yang satu bahagiannya ada tanah dan sebahagiannya adalah laut?" Para Sahabat r. 'anhum menjawab : "Ya kami tahu." Baginda bersabda : "Kiamat tidak akan berlaku sehingga 70,000 tentera daripada Banu Ishaq menakluk bandar ini. Apabila orang-orang ini memasuki kota ini dan menetap di situ untuk melancarkan serangan, mereka tidaklah menyerang menggunakan senjata atau melancarkan sebarang anak panah. Mereka akan memperolehi kemenangan hanyalah semata-mata dengan pertolongan Allah. Orang-orang Islam hanyalah memperolehi kemenangan dengan melaung kalimah Laa-ilaha-illallah, Allahu Akbar yang meruntuhkan sebahagian dinding kota tersebut. Apabila mereka melaung sekali lagi mereka dapat melihat jalan untuk memasuki ke dalamnya lalu mendapat kemenangan. Mereka memperolehi harta rampasan. Sedang mereka membahagi-bahagikan harta rampasan itu, tiba-tiba mereka mendengar satu pengisytiharan : "Telah muncul Dajjal." Mendengar pengisytiharan ini mereka meninggalkan segala-galanya lalu pulang."
(Muslim)

Di dalam hadis yang lain yang terkandung di dalam Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. 'anhu gambaran penaklukan Constantinople dan zaman Dajjal diterangkan begini : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kiamat tidak akan datang sehinggalah tentera-tentera Rome berhenti di A'maq atau Wabiq dan tentera daripada Madinah mara menentang mereka. Tentera ini adalah terdiri daripada orang-orang yang terbaik daripada manusia pada ketika itu. Apabila kedua-dua tentera berhadapan satu sama lain, tentera-tentera Nasrani itu akan berkata : "Biarkan kami dengan orang-orang Islam yang menawan orang-orang kami sebagai tawanan." Orang-orang Islam akan menjawab : "Demi Allah! Kami tidak akan melakukan demikian bahawa kami tidak berhak ke atas kamu dan saudara-saudara kami sehingga kamu hanya mahu menentang mereka." Lalu mereka menyerang orang-orang Nasrani tersebut.

Satu pertiga daripada orang-orang Islam akan gugur syahid. Orang-orang yang syahid ini adalah lebih tinggi kedudukannya daripada yang lain. Satu pertiga daripada tentera-tentera Islam ini akan menjauhi daripada peperangan itu lalu mengasingkan diri mereka daripada ketumbukan utama. Allah Ta'ala tidak akan menerima taubat mereka. Yakni Dia tidak akan mengurniakan taufiq untuk bertaubat.

Dan satu pertiga lagi daripada tentera Islam akan mengalahkan tentera-tentera Nasrani dan menang perang. Mereka tidak akan terbabit di dalam perbuatan-perbuatan yang merosakkan dan berdosa. Inilah tentera yang akan menawan Constantinople. Mereka pun mulalah membahagikan harta ghanimah (harta peninggalan perang) dan menyangkutkan pedang mereka di pohon-pohon zaitun, maka kedengaran satu suara laungan syaitan : "Sesungguhnya Dajjal telah sampai ke tempat anak-anakmu di belakang sana", tetapi berita ini adalah palsu.

Kemudian tentera-tentera Islam berhasrat pula menakluk Syria dan sewaktu mereka sampai di Baitul Muqaddis (Di Jerusalem) maka muncullah Dajjal. Sedang mereka bersiap-siap utnuk berperang maka masuklah waktu solat dan merekapun bangun untuk mendirikan solat.

Ketika itu turunlah Nabi Isa 'alaihissalam Ibn Mariam daripada langit. Sebaik-baik sahaja mata Dajjal bertembung dengan Isa 'alaihissalam maka cairlah tubuh si Dajjal seperti garam larut di dalam air.

Walaupun Nabi Isa 'alaihissalam tidak membunuhnya dan membiarkannya begitu sahaja, Dajjal itu akan binasa juga. Tetapi Nabi Isa 'alaihissalam membunuhnya dengan tangannya sendiri lalu menunjukkan tombak yang berlumuran dengan darah kepada orang ramai.

Meniti Debaran Zaman, Bab 72 - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid.

Saturday, December 10, 2011

Zakat : Sudahkah Kita Amalkan?

DULU-DULU pernah aku dengar seorang sahabat memberitahu aku, kalau nak maju dalam bidang perniagaan kena pastikan dulu zakat yang nak disumbangkan. Aku pada mulanya agak pelik juga. Apa kaitan zakat dengan maju atau mundurnya sesebuah perniagaan?

Sahabat aku terangkanlah lebih lanjut perkaitan antara zakat dan perniagaan. Zakat merupakan tanda aras bagi kemajuan sesuatu perniagaan itu. Jika kita anggarkan zakat yang akan disumbangkan pada tahun berikut sebanyaknya RM350,000 setahun bererti perniagaan kita telah mencapai keuntungan yang amat bagus dan jikalau zakat yang disumbangkan hanya RM475 setahun bererti perniagaan kita masih di tahap yang sederhana atau belum mencapai tahap yang konsisten. Dan sekiranya tiada zakat dikeluarkan tahun tersebut bererti perniagaan tersebut mengalami kerugian atau masih di tahap yang belum memberangsangkan kerana ketidakmampuan untuk membuat pembahagian dari keuntungan yang diperolehi. Untuk lebih jelas, disediakan contoh penggiraan bagi perniagaan yang maju dan sederhana maju seperti dibawah :


Contoh 1:                                                                                        Contoh 2 :

Pendapatan                                RM              RM                         RM                  RM

xxxx                                                                 10 juta                                               10 ribu
xxxx                                                                 15 juta                                               20 ribu
Jumlah                                                              25 juta                                               30 ribu

Perbelanjaan  

xxxx                                           5 juta                                            10 ribu
xxxx                                           6 juta              11 juta                    1 ribu                  11 ribu                   

Untung Bersih                                                 14 juta                                             19 ribu

Nota:
Pembahagian bagi zakat perniagaan RM14 juta x 2.5% = RM350,000 zakat yang akan dikeluarkan.
Pembahagian bagi zakat perniagaan RM19 ribu x 2.5% = RM475 zakat yang akan dikeluarkan.
(Jika nak menggira zakat perniagaan sila rujuk pihak Baitulmal di negeri masing-masing, penggiraan yang aku buat ini hanya untuk mudah memahami bagaimana peranan zakat atas maju atau mundurnya sesuatu perniagaan. Kemajuan sesuatu bisnes sebuah syarikat bukan atas untungbersih yang diperolehi tapi perlu dilihat dari sudut aset dan liabiliti ).

Maksudnya, semakin tinggi zakat perniagaan yang disumbangkan menunjukkan semakin maju sesuatu perniagaan yang dijalankan oleh individu terbabit.(seperti Contoh 1) Jadi, setiap perancangan yang dibuat untuk memajukan sesuatu perniagaan bergantung kepada tinggi dan rendahnya zakat yang akan disumbangkan kelak. 

Dari situlah peniaga yang akan menjalankan perniagaan akan memikirkan bagaimana sesuatu perniagaan boleh untuk mencapai sasaran zakat yang akan dianggarkan boleh dicapai. Bercambahlah usaha yang akan dijalankan oleh peniaga terbabit untuk memikirkan bagaimana untuk memperolehi zakat yang akan dianggarkan boleh dicapai.

Bukan setakat usaha sahaja yang perlu dilipatgandakan oleh peniaga terbabit, dari sudut perkhidmatan kepada pelanggan, kualiti barangan atau perkhidmatan yang diberi juga akan dipertingkatkan agar menjadi daya tarikan kepada pelanggan. 

Maksudnya, zakat bukan setakat sebagai satu perintah Allah yang wajib untuk kita amalkan malahan merupakan satu tanda aras dan motivasi untuk merpertingkatkan lagi mutu dan daya saing dalam perniagaan.

Seperti yang kita ketahui peranan zakat atas harta juga penting iaitu membersihkan kotoran harta-harta yang kita miliki dan berperanan untuk membantu umat Islam yang tidak berkemampuan selain untuk berkongsi rezeki antara sesama manusia.

Aku tak pasti adakah amalan zakat ini diamalkan dengan penuh rasa kesedaran, insaf dan niat untuk menegakkan hukum Allah atau kerana terpaksa?

Bagi sesiapa yang nak mulakan perniagaaan, anggarkan zakat yang akan disumbangkan dulu baru fikir pasal untung jika tidak perniagaan yang kita usahakan tidak bermatlamatkan agama semata-mata tapi lebih kepada keuntungan yang dikejar.

Thursday, December 1, 2011

Rasanya Siapa Yang Punya Nama?

MENGAPA masih ramai lagi orang bumiputera yang terkebelakang berbanding kaum yang lain dalam bidang ekonomi dan sosial terutamanya? Apa sebenarnya permasalahan yang berlaku dalam diri mereka sehinggakan susah untuk maju seperti mana kaum-kaum yang lain di Malaysia ini. Perkara yang aku nak ketengahkan sebenarnya banyak melibatkan orang bumiputera yang beragama Islam. 

Mungkin kesedaran tentang perkara ini sudah lama wujud dalam pemikiran kita dan pemikir-pemikir yang memikirkan tentang orang bumiputera Islam yang terkebelakang ini. Pelbagai cara dan metod telah digunakan untuk membangunkan keupayaan orang bumiputera Islam agar mereka boleh bersaing dengan kaum-kaum yang lain.

Namun kalibat kemunduran sering dikaitkan dengan orang bumiputera Islam walaupun pemerintahan kita di Malaysia sudah banyak membantu kalangan mereka untuk maju dan bersaing dengan kaum lain. Muncul juga kalangan mereka yang dapat mengapai status orang kaya dan jutawan. Tapi status untuk mereka menjadi orang kaya masih kurang dan boleh dikira dengan jari tangan dan kaki.

Siapa sebenarnya yang perlu untuk kita persalahkan? Golongan itu sendiri atau kerajaan yang memerintah golongan tersebut? Kalau nak salahkan kerajaan payah juga, banyak yang telah disumbangkan oleh kerajaan kepada golongan tersebut agar mereka maju dan berjaya dalam pelbagai lapangan melalui agensi-agensi kerajaan. Ataupun sememangnya golongan ini terlampau banyak diberi kemudahan menyebabkan daya saing menjadi semakin menipis dalam jiwa mereka.

Ataupun juga golongan ini beranggapan bahawa kerajaan yang memerintah sekarang ini adalah kerajaan dari golongan bumiputera Islam jadi tak perlulah dikisahkan sangat kerana kerajaan akan sentiasa menolong walau macamana keadaanpun golongan bumiputera Islam.

Ini mungkin anggapan aku terhadap bumiputera Islam sehinggakan tak perlu dirisaukan sangat kerana ada orang di belakang akan menolong dan paling tidakpun ada orang akan ambil tahu ehwal mereka.

Jika kita lihat apa yang terkandung dalam ajaran Islam sudah cukup untuk menjadikan seseorang yang berpegang kepada ajaran Islam boleh diikhtiraf sebagai bertamadun dan futuristik. Tapi mengapa orang yang mengamalkan ajaran Islam masih tak seperti yang digambarkan(orang Islam di Malaysia sekarang). Adakah juga kerana salahnya Islam itu? Tapi bagaimana dengan pengamal Islam di negara lain adakah mereka juga mengalami apa yang dialami oleh orang bumiputera Islam di Malaysia?

Jika kita nak kaji lebih dalam lagi perwatakan antara Islam dan bumiputera Islam di Malaysia ini, sudah pasti kita akan beranggapan bahawa jika bumiputera Islam ini mengamalkan Islam secara sempurna pasti tidak terjadi begitu iaitu mundur dalam kehidupan dunia. Siapakah yang nak kita salahkan? Islam atau bumiputera Islam?

Namun rezeki itu telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, dan adakah kita golongan bumiputera Islam hanya berserah pada takdir tanpa ada usaha? Seperti kata pepatah Arab, "Jika ditanam benih padi pasti padi akan tumbuh, jika tidak ditabur benih padi pasti dan pasti rumput akan tumbuh". 

Thursday, November 17, 2011

Aku..., Anak Aku...., Dan 40 Hari Aku....?

UPSR hari ini(17/11/2011) tadi telah diumumkan, anak aku Ameer Hariz juga menduduki peperiksaan tersebut. Sekalung tahniah dari aku untuk anakku, Ameer Hariz yang telah mendapat 5A. Cuma aku tak dapat bersama untuk merai kegembiraan bersama anakku kerana masih lagi di Papar, Sabah. Aku mendengar berita ini dari isteriku pukul 11 pagi tadi. 

Perancangan aku sebenarnya nak hantar anak aku ke madrasah hafiz di Kedah awal tahun depan. Perancangan aku ini dah lama aku suarakan dengan isteri dan anak aku. Aku lihat anak aku begitu berminat nak belajar hafiz(penghafal Al Quran). Persiapan ke arah itu telah aku buat sekian lama dan masanya semakin hampir.

Cuti sekolah ini juga anak aku ada azam nak keluar 40 hari, tapi aku sekarang tengah sibuk dengan urusan pejabat aku di Limbang ini. Macam-macam pula program yang timbul, aku tak pasti samada anak aku tu dapat keluar penuh 40 hari cuti sekolah ni. Sekarang aku tengah sibuk dan anak aku selalu "menagih" bila Ameer nak keluar 40 hari ni bah? Aku cuma tersenyum sahaja, di malam sabguzari Limbang aku ada azam 40 hari cuti sekolah, namun aku beritahu jemaah tashkil cuma beberapa hari sahaja ataupun seminggu lebih sahaja aku sedia untuk keluar. Serba salah betul aku dibuat, tahun lepaspun aku terlepas 40 hari, tahun inipun mungkin terlepas juga.

Sekarang ini aku masih di Miri dan esok aku balik ke Limbang dan minggu depan aku ke Kuching pulak nak hadir mesyuarat pejabat. Ermmmm...macamana ya. Anak aku pasti kecewa dengan keadaan aku sekarang ini sebab janji belum dapat aku tepati untuk membawa bersama keluar 40 bersama aku.

Dalam hati aku berkata juga, baik aku nusrah jemaah yang datang ke Limbang ini sahaja. Aku fikir inilah kemampuan yang dapat aku tunaikan untuk ketika ini dan berazam untuk tunaikan 40 hari atau 4 bulan sempurna setiap tahun.




Monday, November 14, 2011

Kasihnya Seorang Ayah

LIMBANG sebuah bandar yang kecil dan tenang dan aku bukan orang Limbang sejati di sini. Aku datang ke sini dulu hanyalah tujuan untuk bekerja atas nasihat ayah aku. Sebenarnya sebelum aku dapat kerja aku sekarang ini, aku lebih berminat bekerja sebagai juruhebah di RTM. Sebab, masa tu aku tengah tunggu keputusan temuduga jawatan tersebut tapi Allah telah takdirkan aku untuk menjawat jawatan aku sekarang ini. Disebalik keputusan ayah aku sebenarnya ada hikmahnya, sejak aku berada di Limbang, Allah telah buka hati aku dalam usaha agama yang suci murni ini. Terima kasih ayahku kerana "desakan" suatu masa dulu menjadikan aku seperti sekarang.

Semasa aku tulis n3 ni, aku di Sibu sebenarnya sedang menziarahi ayah aku yang tak berapa sihat kebelakangan ini. Hari ini dah hari ke 3 aku di sini, malam nanti aku akan bertolak ke Miri dan bermalam di Miri dan lusanya aku akan ke Papar, Sabah untuk menghadiri Kursus Laws Contract. 

Sebenarnya aku nak berkongsi cerita tentang jasa seorang ayah, kadang-kadang kita tak terfikir atau lupa akan pengorbanan mereka walaupun kita anggap ia sebagai tanggungjawab mereka untuk membesarkan kita semua. Tapi peranan seorang ayah dalam hidup seorang anak begitu diperlukan kerana mereka akan menjadi model yang paling hampir dalam hidup anak-anak itu. Sebab mereka anggap ayahlah tempat mereka berlindung selain ibu-ibu mereka. Kerana bila seorang ayah ada di samping mereka, terasa mereka selamat dan terjaga serta keyakina  diri akan terbentuk bila ibu bapa sering bersama-sama anak-anak.

Yang aku nak cerita ni, bagi anak-anak yang berumur 12 tahun ke bawah, untuk yang lebih dari itu mungkin boleh dikurangkan perhatian dari sudut kasih sayang dan tumpuan tapi lebih untuk hidup berdikari.

Aku rasa, majoriti kita semua masih berada dalam pengawasan ayah dalam lingkungan umur 12 tahun ke bawah dan selebihnya kita dah berdikari dan rapat dengan kawan-kawan sekeliling kita. Cuma, perbelanjaan kita masih lagi ditanggung oleh seorang ayah dan kawalan masih lagi diberi perhatian oleh seorang ayah. Hinggalah kita kita di alam pekerjaan barulah ayah kita akan lepaskan kita untuk hidup sendiri.

Di alam inilah hubungan kita dengan ayah akan semakin jauh dan renggang asbab kita dah ada wang sendiri, rumah sendiri, kereta sendiri dan semuanya ditanggung kita sendiri tanpa kita minta dari ayahpun. Dan juga kita dah anggap kita pandai dan tak perlu lagi nasihat dari seorang ayah. Di alam inilah juga kita jarang untuk berkomunikasi dengan ayah kita, tanya khabar berita tentang mereka keran kita sedang sibuk dengan urusan kerja yang kita anggap lebih penting dan mustahak. Nak jumpa ayah tunggu rayalah sahaja ataupun bila ada masa terluang.

Jikalah kita kenang kasih sayang yang ayah dan ibu kita curahkan kepada kita semasa kita masih kecil dulu-dulu mungkin tak dapat untuk kita nilaikan dengan wang ringgit dan harta yang ada  sekarang. Mungkin antara kita yang dah jadi ayah pasti kita faham bagaimana kasih sayang yang kita curahkan kepada anak-anak kita sekarang ini. Begitulah juga kasih sayang yang ayah kita curahkan kepada kita dulu semasa kita tak faham dan masih tak tahu akan semua di sekeliling kita ini.

Cuma aku nak lontarkan rasa hati aku, mengapa sekarang ini bila kita dah dewasa hubungan kita dengan ayah kita tak seakrab kita masih kecil dulu. Yang dapat berpegang tangan dengan ayah, mencium pipi ayah, ayah mencium pipi kita, bercerita dengan ayah begitu mesra, bila ayah memberi nasihat kita akan mendengar dengan tawajuh, kita akan menunggu kepulangan ayah dengan harapan ayah kita akan membawa buah tangan seperti roti untuk dimakan bersama adik, kakak dan abang.

Sekarang bila dah dewasa kita macam endah tak endah dengan ayah kita, kita anggap ayah kita dah tua tak perlu lagi nak diberi layanan yang istimewa memadailah memberi wang saku untuk belanja makan dan minum. Kita berbicara dengan ayahpun tiada rasa hormat dan sentiasa mencelah setiap yang dikatakan oleh ayah kita.

Kadang-kadang kita tak perasan atas tindakan sumbang kita terhadap ayah dan ibu semasa kita bercakap, bergaul dan bersama mereka. Cuma aku nak ingat diri aku sendiri agar aku tak terlanjur bercakap, bergaul dan bersama secara yang tak disukai oleh ayah dan ibu aku. Dan aku berharap semoga aku dapat melayan ayah dan ibu aku seperti mana mereka melayan aku masa kecil dulu dan seperti mana aku melayan anak-anak aku sekarang ini.

Malam ini aku akan bertolak ke Miri, harapan aku semoga ayah aku sentiasa sihat dan sentiasa ingat Allah swt serta sentiasa dilindungi oleh Allah swt.

Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha Serta Salam Hijrah Dan Nusrah

TAHUN ini aku beraya haji di Limbang, tak seperti tahun-tahun yang dulu aku terpaksa raya haji di KL bersama dengan kawan-kawan. Raya tahun ini tiada apa yang nak dijamukan hanya nak beli beberapa ekor ayam sebagai hidangan keluarga sahaja. Dan tiada rumah terbuka untuk aku adakan dan selepas raya haji ni nanti hanya menunggu jemaah 40 hari yang akan mengunjungi kami di sini.

Jemaah 40 hari yang akan datang ke Limbang nanti sebanyak 3 jemaah dan satu jemaah telah diketahui semasa hadir Mesyuarat Malaysia di Masjid Seri Petaling minggu lepas iaitu jemaah dari Kajang. 2 jemaah lagi belum dipastikan dari mana. 

Cuma raya haji di Limbang ini biasa sahaja, hanya mengadakan kenduri dan menyembelih kerbau untuk korban. 

Mungkin raya haji ini aku nak rehat di rumah sahaja dan nak buat coklat sekali dengan anak-anak nanti. Masa di KL tempohari ada pesan dengan kawan (Umi tq, nanti bagi ikan tahai) tolong belikan coklat bar seberat 10kg. Cuti ini (3 hari) jika ada mood bolehlah uji kemahiran membuat coklat yang dah lama tak mambuatnya.

Jadi, raya haji ini hanya rancang untuk itu sahaja, bersama keluarga, membuat coklat dan menanti jemaah yang bakal kunjung tiba pada cuti sekolah ini. Salam Aidil Adha dan Salam Hijrah dan Nusrah untuk umat Islam semua.

Thursday, October 27, 2011

Keadaan Dunia Pada Zaman Imam Mahdi

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda : "Sesuatu malapetaka besar akan menimpa umat ini yang mana manusia tidak dapat lagi mencari perlindungan daripada kezaliman. Pada masa tersebut Allah akan menzahirkan seorang daripada keluarga dan keturunanku yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana dunia ini sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman. Sebelum zamannya tidak terdapat apa-apa tanda adanya keadilan dan persamaan. Kezaliman akan berlaku di merata-rata tempat tetapi selepas kedatangannya bumi akan menikmati semula keadilan."

Selanjutnya Baginda bersabda : "Penghuni-penghuni langit dan penghuni-penghuni bumi akan gembira dengan keadilannya. Hasil daripada keadilan dan rahmat pada zaman itu ialah langit yang tidak menurunkan setitik hujanpun akhirnya menurunkan hujan. Bumi akan dipenuhi dengan buah-buahan, bunga-bungaan, tanaman untuk makanan serta sayur-sayuran yang melimpah-ruah. Penghasilan adalah tinggi dan harga menjadi begitu murah. Orang-orang yang hidup mengharapkan saudara-mara mereka telah mati, hidup untuk menyaksikan dan  menikmati zaman yang aman dan berbahagia itu."
(Misykat)

Harta begitu banyak semasa Imam Mahdi sehingga bila seorang meminta wang daripadanya, dia akan memenuhi bekas orang tersebut dengan tangannya yang penuh dengan wang beberapa kali lalu dibawanya pergi dengan mudah.
(Tirmizi)

Telah diriwayatkan di dalam Hadis Abu daud bahawa Imam Mahdi akan menuruti Sunnah Nabi s.a.w. dan pada zamannya hanyalah Islam yang wujud di seluruh dunia. Imam Mahdi akan memerintah dunia selama 7 tahun dan wafat dan solat jenazah dilakukan oleh orang-orang Islam ke atasnya.

Bab 71, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mfti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Tuesday, October 25, 2011

Bentuk Tubuh Imam Mahdi, Keluarga Dan Namanya

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda : "Mahdi adalah daripada keluargaku melalui keturunan Fatimah."
(Abu Daud)

Saiyidina Ali r. 'anhu pernah mengulas mengenai anaknya, Hasan : "Ini, anakku adalah Saiyid kerana Rasulullah s.a.w. telah menamakannya Saiyid. Di antara keturunannya sama seperti Nabimu (yakni namanya ialah Muhammad).

Kemudian beliau berkata : "Daripada segi akhlak beliau adalah seperti akhlak Hasan dan rupanya juga sepertinya. Wajah dan bentuk tubuhnya sama mirip dengan Hasan."

Dinyatakan di dalam setengah riwayat bahawa nama bapa Imran Mahdi adalah sama dengan nama bapa Nabi s.a.w. (yakni Abdullah).
(Misykat)

Adalah diriwayatkan daripada Abu Said Al Khudri r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Mahdi akan lahir daripadaku (yakni keturunanku). Wajahnya bercahaya dan hidungnya mancung."
(Ibid)

Bab 70, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Tuesday, October 11, 2011

Zaman Imam Mahdi

APABILA orang-orang Islam telah dikepong daripada segala arah dan kuasa pemerintah mereka terhad di Madinah sehinggalah ke Khyber, maka mereka pun mulalah mencari dan menunggu kemunculan Imam Mahdi. Pada ketika itu Imam Mahdi akan berada di Madinah kerana untuk menggelakkan dirinya memikul tugas Imam, baginda pergi ke Mekah. Sebahagian penduduk Mekah akan mengenalinya. Mereka pergi ke rumahnya dan mengeluarkannya daripada rumahnya lalu berbai'ah dengannya sebagai khalifah, walaupun di dalam hatinya baginda tidak menyukainya.

Pelakuan bai'ah menerusi tangannya ini berlaku di antara Maqam Ibrahim dan Hajral Aswad. Mungkin juga Imam Mahdi dipaksa menerima bai'ah tersebut tatkala baginda bertawaf di Ka'abah.

Apabila berita pengkhalifahan Imam Mahdi tersebar, tentera-tentera dihantar daripada Syria(Damsyik) menentangnya, tetapi sebelum tiba, tentera-tentera tersebut telah ditelan bumi di suatu tempat bernama Baida di antara Mekah dan Madinah. Yakni mereka terkubur hidup-hidup di situ. Selepas mendengar berita ini maka datanglah para abdal dari Syria dan juga orang-orang soleh dari Iraq berbai'ah denganya.

Seorang daripada keluarga Quraisy akan menghantar satu ketumbukan tentera daripada Banu Kal'ab untuk menentangnya. Datuk moyang sebelah ibu si Quraisy ini adalah daripada Banu Kal'ab. Tentera Imam Mahdi akan melawan dan memperolehi kemenangan. Hadis ini telah diriwayatkan daripada Kitab Abu Daud.

Pada permulaan riwayat itu juga dinyatakan bahawa terdapat perbezaan pendapat siapakah yang perlu mengganti khalifah yang meninggal dunia. Maka seorang(yakni Imam Mahdi) yang tahu bahawa beliau akan ditunjuk untuk itu telah keluar menuju ke Mekah daripada Madinah untuk mengelakkan diri daripada dilantik sebagai khalifah.

Bab 69, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Wednesday, October 5, 2011

Bila Aku Tersenyum

SENYUM suatu tindakan positif yang ditunjukkan kerana ingin memberi gambaran kesenangan di hati seseorang. Dalam Wikipedia pula ialah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira.

Senyuman yang diberi mungkin berlaku sesuatu yang mengujakan seseorang seperti kegembiraan, jenaka, tanda seseorang bersetuju, malu,  kebahagian yang dikecapi dan juga keyakinan diri. Selain itu ada satu senyum yang begitu ikhlas kata kawan aku, iaitu senyuman orang yang tak betul lagi, "orang gila" yang sentiasa tersenyum. Mungkin monolog dalaman yang berlaku menyebabkan terwujudnya senyuman yang menyenyumkan "orang gila" terbabit.

Sebenarnya aku tak bermaksud nak bercerita tentang senyum, mungkin perlu juga aku nak beritahu betapa pentingnya senyum dalam kehidupan kita seharian. Walaupun ia sekadar senyuman bagi orang yang menganggap bahawa ia tak mendatangkan harta yang menimbun, kuasa yang besar dan pangkat yang tinggi. Cuma mungkin hanya dengan senyum boleh mengubah kehidupan seseorang yang resah, susah dan gelisah bagi yang mengalaminya. 

Dalam kehidupan seharian kita sebuah senyuman yang dilemparkan bagaikan tak bermakna kerana ia hanya perkara biasa-biasa sahaja. Jarang kita dengar orang memperkatakan tentang bernilainya senyuman. Mungkin kerana ia tak menambahkan nilai ekonomi, politik dan sosial dalam negara kita. Keluaran Negara Kasar pun tak berkait dengan senyuman. 

Dalam Islam senyuman begitu penting sekali, ia umpama hadiah ataupun sedekah yang boleh untuk menenangkan hati seseorang, malah boleh mendatangkan ganjaran atau pahala yang besar kepada orang yang memberi senyuman. Bagi orang bisnes pula, senyuman yang diberi sebenarnya untuk menarik pelanggan-pelanggan agar membeli barangan, produk dan perkhidmatan mereka dan kebanyakan gadis-gadis yang mempunyai senyuman yang menarik diperlukan. Ada setengah-tengah jabatan kerajaan menjadikan ia sebagai motto untuk menunjukkan perkhidmatan yang diberikan perlu disulami dengan senyuman untuk memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan.

Dengan mengekalkan senyuman yang ada juga boleh memanjangkan umur seseorang berbanding individu yang kurang senyum. Dari itu juga dapat diperhatikan individu yang ramah lebih ramai kawan berbanding yang tidak ramah, iaitu individu yang sering memberi senyuman. Di Malaysia amnya, kebanyakan masyarakatnya suka memberi senyuman disebabkan budaya yang mengkehendaki untuk kita meraikan individu-individu tertentu. 

Isunya sekarang, kebanyakan masyarakat kita yang ada sekarang ini menggunakan senyuman untuk memperolehi kepentingan peribadi semata-mata(terpulanglah untuk apa senyuman itu digunakan). Senyuman yang dibuat hanyalah rekaan semata-mata, bukan datangnya dari hati tapi untuk memperolehi kebendaan atau kepentingan peribadi sahaja. Mungkin kita dapat menilai senyuman seseorang tersebut samada ia palsu atau tulen. Seorang pengkaji barat telah membuat kajian tentang senyum tulen dan palsu, hasil senyum palsu hanya terjadi apabila otot-otot hanya bergerak di sekitar mulut sahaja dan senyuman tulen menghasilkan pergerakan otot-otot bukan sahaja sekitar mulut tapi otot-otot bahagian pipi dan mata juga terlibat.

Bagi individu-individu yang jarang senyum atau tak pernah senyum langsung biasanya sering mengalami masalah untuk menjalinkan perhubungan antara individu-individu yang lain. Mungkin fakta ini boleh kita gunakan dari pengalaman kerana permulaan pengenalan seseorang bermula dari sekumtum senyuman dan juga berbalas senyuman. Orang tidak memberi senyuman sering memberi tanggapan dalam diri seseorang bahawa seseorang itu sombong, tidak ingin didekati dan ingin bersendirian tanpa teman.

Jadi sesiapa yang ingin nak senyum, senyumlah kerana ia boleh membahagiakan orang yang senyum dan orang yang menerima senyuman dari kita. Dan yang tak dapat nak senyum kena banyak doa agar Allah memberi kita nikmat untuk dapat senyum kerana nikmat yang ada ini tak dapat untuk kita beli dengan wang ringgit.

Monday, September 26, 2011

Perdamaian Dan Peperangan Dengan Nasrani (Kristian)

MUKHBIR r. 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Buatlah perjanjian perdamaian dengan Nasrani. Kamu dan Nasrani akan berpadu tenaga lalu menentang pihak Nasrani yang satu lagi. Kamu akan menang di dalam peperangan ini dan mendapat harta rampasan. Setelah berdepan sesama sendiri maka kamu akan berkhemah di atas tanah yang berbonggol-bonggol yang kedapatan banyak pokok. Sedang duduk, seorang Nasrani akan mengangkat salib di tangannya lalu berkata : "Kemenangan ini telah dicapai lantaran keberkatan yang ada pada salib ini."

Mendengar dakwaan ini orang Islam begitu marah lalu mengambil salib tadi serta mematahkannya. Kejadian ini menyebabkan orang-orang Nasrani memutuskan segala perjanjian mereka dan berkumpul untuk berperang dengan orang-orang Islam. Orang-orang Islam juga mengangkat senjata dan bersatu menentang Nasrani. Allah Ta'ala akan mengurniakan kesyahidan ke atas mereka yang berjuang di dalam peperangan ini."

Sebanyak inilah yang telah diriwayatkan di dalam kitab Hadis Abu Daud. Kemudian Shah Rafiuddin Dehlawi menulis bahawa di dalam peperangan ini, Raja bagi orang-orang Islam akan gugur syahid dan di antara negeri-negeri yang diperintah Nasrani ialah Syria. Orang-orang Nasrani ini akan berbaik-baik semula dengan orang-orang Nasrani yang mula-mula mereka menentang pada peperangan tadi. Baki orang-orang Islam yang masih hidup akan pergi ke Madinah. Sekarang pemerintahan orang-orang Nasrani telah berkembang sehingga ke Khyber (sekarang dikenali sebagai Al Khubr).

Telah disebut di dalam Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebut enam tanda-tanda Kiamat kepada 'Auf Bin Malik r. 'anhu ketika peperangan Tabuk. Di antaranya ialah berkenaan perjanjian perdamaian di antara orang-orang Islam dengan Nasrani (yang dipanggil Banul Asfir). Telah juga dinyatakan bahawa orang-orang Nasrani bersalah kerana memecahkan segala perjanjian dan perdamaian lalu keluar menentang orang-orang Islam. Mereka mempunyai 80 bendera yang tiap-tiap satu bendera akan ada 12,000 tentera menjadikan jumlah mereka 960,000 tentera.

Di dalam hadis tertentu dinyatakan juga peperangan yang besar. Di dalam Tirmizi disebut mengenai kemenangan ke atas Constantinople selepas Peperangan Besar dan Dajjal akan datang dalam masa 7 bulan. Yakni segala peristiwa ini akan berlaku dalam masa yang singkat. Peperangan Besar ini akan berlaku di antara orang-orang Islam dan bukan Islam atau antara orang-orang Islam dengan seluruh manusia di dunia ini. Agama bukanlah sebab terjadi peperangan ini tetapi adalah peperangan di anatara ism tertentu tetapi tajuk ini tidak diberikan penjelasan apa-apapun di dalam hadis.

Walaubagaimanapun penerangan mengenai Peperangan Besar tersebut yang terdapat di dalam Hadis melibatkan orang-orang Islam juga. Pada waktu sekarang (yakni sewaktu pengarang ini menulis) dunia terbahagi kepada dua blok - komunis dan bukan komunis. Kedua-duanya sibuk berkonspirasi di antara satu sama lain. Berkemungkinan kedua-dua blok ini akan berentapan satu sama lain.

Kedua-dua kuasa besar Soviet Russia dan U.S.A. sedang sengit membuat perlumbaan senjata. Kedua-duanya tidak berdasarkan agama tetapi di atas ism, teori-teori dan idea-idea. Setiap negeri telah memilih di antara blok tersebut menurut untung dan ruginya. Aku boleh katakan, berdasarkan perkataan tertentu daripada Hadis bahawa satu blok dipimpin oleh Russia di atas dasar atheis.

Negeri-negeri yang condong kepada Komunis termasuklah Yugoslavia, Checkoslavia, Poland, Jerman Timur, Burma, Vietnam dan sebagainya. (Ketika terjemahan ini dibuat negara-negara Soviet Russia, Yugoslavia telah berpecah dan terpaksa melepaskan negeri-negeri di bawah kekuasaannya, sedangkan Jerman Timur telah bersatu semula dengan Jerman Barat.

Blok yang lain adalah yang percaya kepada Allah. Yang beriman kepada Allah ialah Yahudi, Nasrani dan Islam termasuk di dalam satu blok negara-negara seperti Amerika, England, Peranchis dan semua negara Islam akan berada di dalam blok ini. Maka akan terjadilah peperangan di antara dua blok ini. Blok yang mempercayai Allah akan menang dan blok Komunis akan kalah dan hancur. Bolehlah juga dikatakan bahawa China juga akan terbabit sama di dalamnya. Di dalam peperangan ini ramailah yang akan mati sehingga menurut sabdaan Rasulullah s.a.w. burung yang berterbangan di atas mayat ini akan mati namun mayat manusia ini belum habis.*

* Nota - Mungkin yang dijangkakan oleh Maulana mengenai peperangan blok ini kurang tepat kerana sehingga terjemahan ini dibuat setakat ini, peperangan terjadi di dalam bentuk yang lain - peperangan di Yugoslavia peperangan penghapusan etnik dengan ratusan ribu orang-orang Islam mati dan peperangan Iraq dengan 28 negara bersekutu di bawah telunjuk Amerika Syarikat kerana menghukum Iraq yang telah menyerang Kuwait. Ini juga melibatkan begitu banyak nyawa orang-orang Islam yang hilang dan Iraq menerima sekatan antarabangsa. Berkemungkinan peperangan yang dinaksudkan oleh Maulana belum lagi terjadi. (Penterjemah)

Selepas menang, tentera-tentera ini akan duduk di atas rumput yang hijau. Kemudian berkatalah ketua perang orang-orang Islam : "Kemenangan ini adalah disebabkan wasilah dan keberkatan Rasulullah s.a.w." Ketua perang Nasrani akan berkata : "Kemenangan ini adalah melalui keberkatan Jesus." Maka ketua perang orang-orang Islam akan memukul ketua orang-orang Nasrani tersebut maka pecahlah peperangan di antara Nasrani dan orang-orang Islam. Pada ketika itulah orang-orang Islam mendapati tidak ada perlindungan selain di dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah. Pemerintah Nasrani meluas sehingga ke Khyber (sekarang dikenali sebagai Al Khubr).

Bab 68 - Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Saturday, September 24, 2011

Hantu Bonceng : Apa Dah Jadi Dengan Orang Islam

SEKARANG ni orang sibuk pasal isu babak yang terdapat dalam filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan Islam, di mana seorang pelakon yang melakonkan watak Amran yang mengucap kalimah syahadah kemudian disusuli dengan menyebut nama syaitan yang telah ditayang umum pada 31 Ogos yang lalu.

Disebabkan dialog yang dikatakan mempersendakan Islam yang diucap oleh pelakon terbabit dalam filem tersebut, ramai orang Islam tak puas hati dengan dialog filem tersebut. Pelakon terbabit adalah Zizan Raja Lawak dan Arahan  Ahmad Idham menerangkan bahawa tiada unsur untuk mempersendakan tentang Islam kerana disebabkan pelakon yang mengucap dialog tersebut dalam situasi lakonan yang takut, jadi terbentuklah dialog yang seolah-olah macam mempersendakan kerana terputus-putus ucapan tersebut dan pelakon terbabit disuruh seolah-olah dia nampak syaitan maka selepas mengucap syahadah dia nampak syaitan jadi terkeluarlah perkataan syaitan menyusuli kalimah syahadah. Dikatakan Zizan raja Lawak memohon maaf atas perkara tersebut dan tiada man

Filem terbabit mengisahkan kehidupan mat rempit yang bergelombang dengan hidup perlumbaan haram yang sering menjadi kegilaan anak-anak muda dan menjadi kebencian kepada masyarakat kepada golongan ini yang menganggu sistem kesejahteraan jalan raya di Malaysia. Namun, filem ini mengenengahkan tentang unsur-unsur keagamaan yang begitu nipis dan hilang langsung dikalangan anak-anak muda Islam. Amran watak utama yang menghidup filem tersebut menghadapi gangguan daripada roh seorang gadis bernama Maya lakonan Juliana Evans yang dimenanginya dalam perlumbaan haram sebagai habuan. Tetapi, dalam perjalanan pulang bersama gadis tersebut mereka telah mengalami kemalangan dan gadis tersebut telah meninggal dunia.

Dari situlah permulaan cerita tersebut apabila Amran sering diganggu oleh roh Maya menuntut agar jenazahnya perlu disemadikan dengan sempurna dengan cara Islam. Dan plot cerita ini terus berkembang dan  dialog  kontroversi yang diucapkan oleh Amran itu menjadi hangat semasa Amran ditahan di hospital. Dan sekarang, ramai mereka yang perhatian akan isu-isu agama telah memberi komen dan hujah akan dialog yang seakan-akan mempersendakan agama Islam itu.

Sebenarnya, agama Islam yang telah berkembang pesat sejak zaman nabi Muhammad s.a.w. serta sahabat-sahabat r. hum pun mengalami gangguan keadaan yang sama juga, malah lebih teruk lagi dari segi fizikal, mental dan rohani. Namun, mereka dapat menghadapi dan menyelesaikan permasalahan tersebut dengan jayanya dan hikmah. Islam pada zaman itu makin kuat dan teguh asbab pengamalan Islam yang konsisten dan sempurna. Zaman tersebut Islam dipelihara dan dijaga begitu teliti sehingga tiada berani memperendahkan amalan-amalan Islam.

Tapi sekarang, Islam telah dipergunakan, dikomersialkan, diperdagangkan dan diperendahkan demi untuk kepentingan diri, pangkat, kuasa dan harta. Tiada siapa yang sanggup untuk memepertahankan dan memelihara, kalau adapun hanya kepentingan diri sahaja. Sebab itulah apa-apa yang diperkatakan tentang isu-isu agama sekarang tidak dapat diselesaikan kerana tujuan dan maksud orang yang nak selesaikan isu terbabit bukan kerana Allah. Jadi, bantuan Allah tak turun jika bukan kerana Allah s.w.t.    

Tuesday, September 20, 2011

Peristiwa-peristiwa Terpenting Yang Akan Berlaku Menjelang Kiamat

PERKARA-perkara yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. akan berlaku yang setakat ini telah diperbincangkan adalah sebagai tanda-tanda kiamat yang sebahagiannya telah berlaku, setengahnya sedang berlaku dan akan berlaku. Jika sesuatu peristiwa itu berlaku sebagai tanda kiamat, tidaklah itu bermakna ia berlaku hampir pada hari kiamat. Itu hanya sebagai suatu keperluan atau syarat berlakunya kiamat. Dengan alasan inilah Rasulullah s.a.w. memberitahu akan banyak peristiwa dan kejadian yang tanpa wujudnya peristiwa-peristiwa itu, kiamat tidak akan berlaku.

Zaman Rasulullah s.a.w. itu sendiri adalah merupakan tanda kiamat sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum ini lebih daripada 1,400 tahun telah berlalu daripada zaman Rasulullah s.a.w. dan hanyalah Allah sahaja yang Maha Mengetahui beberapa tahun lagi kiamat akan berlaku.

Jelas telah diberitahu melalui Hadis Rasulullah s.a.w. bahawa dengan kewafatan Baginda itu sendiri sebagai salah satu daripada tanda kiamat.
(Bukhari)

Di bawah ini (entri seterusnya) diberikan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku menjelangnya kiamat. Urutan peristiwa ini ditulis mengikut Hadis oleh ulamak-ulamak. Urutan yang sama aku tuliskan untuk tatapan anda semua. Apabila tanda-tanda besar ini muncul maka bermakna hampirlah berlakunya kiamat. Namun demikian tiada sesiapapun akan mengetahui akan masanya yang tepat hanya ia adalah dalam pengetahuan Allah Ta'ala.

Bab 67, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Monday, September 12, 2011

Ceritaku (Bahagian Kedua)

LIMBANG, mungkin suasana aku di sini begitu jauh berbeza dengan  KL, di sini hanyalah pekan kecil yang jauh dari kesibukan ribuan manusia yang bergerak dengan cepat, kesibukan pembangunan yang menggila saban hari, kesibukan kereta-kereta yang yang memekak dengan hon yang liar, kesibukan pertemuan pelbagai ngo dan manusia yang pelbagai warna, kesibukan dengan pusat membeli-belah yang jualan terpanas, kesibukan dengan wanita-wanita dan gadis-gadis yang semakin memberahikan dan pelbagai lubuk terpendam di situ.

Aku di sini dah hampir sebulan lebih dan sedikit demi sedikit kehidupan KL dapat aku tanggalkan, biasanya aku  ke pejabat menaiki Komuter dari Stesen Kepong Sentral ke Stesen Putra. Di situlah aku bersama-sama teman serumah dan sepejabat berhenti dan ke pejabat(sama bangunan dengan Legend Hotel dan bersebelahan dengan PWTC). Jika tak out station, aku akan berada di pejabat sahaja, kalau out station biasanya sehingga 2 - 3 minggu. Tapi kerja aku ni lebih banyak di luar daripada di dalam pejabat, jadi banyak buat duitlah kata orang. Tapi bagi aku kalau hidup di KL ni banyak keluar duit daripada buat duit itupun  jika pandai simpan duit, kalau tak belum sampai hujung bulan dah nak kering.

Jauhnya rumah sewa aku dari pejabat kalau ikutkan atau dikirakan kalau sampaipun dalam 5 - 7 minit boleh sampai tapi disebabkan banyak sangat gangguan teknikal Komuter ni, kadang-kadang sampai sejampun boleh berlaku. Itulah Komuter, tapi bagi aku ia sudah menjadi perkara biasa sebab hari-hari mengalaminya. Dengan sesak dan padat dengan pelbagai jantina, wanita-wanita dan gadis-gadis tak hairan lagi dah kena himpit, dah tak ada apa-apa lagi dah. Jam 6.00 pagi hingga 9.00 pagi merupakan waktu yang teruk sekali kerana orang ramai untuk ke tempat kerja dan sekolah serta waktu 5.00 petang hingga 7.00 petang untuk orang balik ke rumah masing-masing.

Bila naik Komuter, tiada lagi sudah nilai-nilai kesantunan antara masyarakat kita baik Melayu, India, Cina dan pelbagai lagi kaum-kaum yang ada termasuklah rakyat bukan warganegara. Tiada lagi hormat-menghormati, memberi ruang kepada yang tua, wanita dan kanak-kanak, semuanya nak masuk cepat dan berebut, bertolak-tolak tanpa ada rasa bersalah. Yang penting dapat masuk Komuter dan cepat sampai ke tempat kerja. Kalau nak ambil kesempatan ke atas wanita-wanita memang inilah kesempatan bagi kaum lelaki yang gatal sebab ada dikalangan wanita-wanita tak kisah sangat badan mereka disentuh(mungkin ada juga wanita yang suka dan ada juga yang tak suka).

Di Limbang, aku rasa tak perlu dan jarang akan berlaku untuk aku nak menghadapi situasi sebegitu.Cuma di sini, aku perlu nak mengelakkan berlakunya situasi sebegitu dengan keadaan yang ada di sini walaupun keadaan di sini tak sehebat KL tapi kehabatan manusia boleh melahirkan suasana seperti KL dan manusianya sekali sama seperti manusia KL.






Sunday, September 4, 2011

Maksud Daripada Masa Yang Dekat Atau Singkat

APA maksudnya daripada kesingkatan masa.

1. Allamah Khattabi r. 'alaihi menulis bahawa orang ramai akan menghabiskan hidupnya di dalam kemewahan dan keselesaan, keseronokan, gembira ria. Inilah bentuk hidup pada zaman Imam Mahdi. Hidup akan berlalu tersangat pantas seperti penyair Urdu bermadah : "Seorang mahu melepasi masa kesusahannya tetapi dia tidak berjaya melepasinya sedangkan betapa pula pantasnya hidup di dalam kemewahan!"

2. Keberkatan masa akan lenyap. Kberkatan akan lenyap kerana ketiadaan taat dan dosa. Dengan ini, melalui masa pun keberkatan akan hilang. Pada kenyataannya keberkatan akan dilenyapkan daripada segala sesuatu.

3. Telah diriwayatkan daripada Allamah Ibn Tindaudi r. 'alaihi bahawa kiamat semakin dekat, masa malam akan menjadi singkat. Kemudian beliau menulis bahawa kedua-dua siang dan malam akan menjadi singkat.

4. Allamh Nawawi r. 'alaihi menyokong kenyataan Qadhi Iyad yang mengatakan bahawa keberkatan akan ditarik. Sesuatu kerja yang biasanya disudahkan dalam masa satu jam terpaksa dihabiskan dalam masa satu hari. Dan sesuatu kerja yang biasanya dapat dilangsaikan dalam masa seminggu atau sebulan terpaksa disudahkan dalam masa setahun.

5. Jangka hayat manusia akan berkurangan. Jangka hayat orang pada akhir zaman akan berkurangan lebih lagi.

6. Imam Tahawi r. 'alaihi berkata bahawa ilmu agama akan ditarik. meratalah kejahilan, maka di dalam kejahilan, perbalahan dan menfitnah, manusia itu sama sahaja bentuk perlakuannya.

7. Allamah Ibn Abu Jamarah r. 'alaihi menulis bahawa masa itu akan menghampiri semakin dekat. Tiada ilmu agama, amalan, ketaqwaan dan kesucian hati pada manusia.

8. Allamah Baidawi r. 'alaihi menulis bahawa apabila hampirnya kiamat, masa pemerintahan sesebuah kerajaan, negeri dan bangunan-bangunan menjadi begitu pendek. Inilah fenomena yang kita perhatikan. Parlimen-parlimen ditutup tanpa peentapan tarikh, kementerian-kementerian dibentuk kemudian terpaksa dibubarkan dalam jangka waktu yang singkat. Parti-parti pembangkang tidak akan membiarkan mana-mana parti yang menang menjalankan kerja dengan aman. inilah kebimbangan yang kita saksikan siang dan malam.
(Fathul Bari syarah bagi Bukhari - Jilid 51, ms 122-123 & Umdatul Qari syarah Bukhari - Jilid 28, ms 182)

Yang mana sahaja daripada maksud dan taksiran yang anda ambil, kita melihatnya sedang berlaku. Ini mukjizat Nabi s.a.w. yang baginda pernah bersabda : "Aku telah dikurniakan dengan "Jawamiul - kalim"(kebenaran dalam kata-kata), yang bermaksud kata-kata yang ringkas dan padat, pepatah yang bernas dan padat yang mana perkataannya kurang tetapi mempunyai banyak makna.".

Dengan ini, dengan apa cara pun yang ditafsirkan oleh para 'alim ulamak daripada sabdaan Rasulullah s.a.w. dapat melihat perkara ini berlaku di depan mata kepala kita. Hal keadaan ini tidak sedikitpun berkurangan malahan terus meningkat.

Bab 66, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Friday, September 2, 2011

Setelah Ramadhan

HARI ini 4 Syawal sudah berlalu, amalan ziarah-menziarahi di kalangan orang Islam masih terasa lagi.Aku hanya dapat menziarahi ipar-ipar yang terdekat serta sepupu-sepupu yang hampir. Kalau nak diziarahi kesemuanya  yang ada kaitan pertalian persaudaraan memang tak mampu aku. Hari pertama raya, aku serta keluarga hanya menziarahi kedua ibubapa mertua sambil berkumpul bersama iparduai.

Hari raya kedua, aku serta keluarga mula menziarahi adik-beradik serta sepupu sebelah isteri. Itupun hanya 3 buah rumah yang mampu untuk diziarahi kerana anak-anak dah mengantuk termasuklah aku. 

Hari raya ketiga, aku dan keluarga berziarah di rumah kawan-kawan isteriku, kawan-kawan anakku dan saudara sebelah isteriku. Kesemua rumah yang diziarahi meningkat sikit, 7 buah rumah. Cuma, aku tak tahan dengan minuman yang dihidangkan kerana minuman berperisa gas. Apa boleh buat, hari raya.

Hari raya keempat, iaitu hari ini, aku beraya di pejabat aku. Semua staf aku yang lain masih bercuti. Di sini, di pejabat ini aku belum tahu lagi apa yang aku nak buat. Aku di pejabat Limbang ini baru sebulan aku bertugas setelah dipindahkan dari HQ Kuala Lumpur. Terasa sunyi benar setelah berpindah ini, aku di sini hanya mempunyai 4 staf sahaja, termasuk aku sendiri tapi di unit aku semasa di HQ KL seramai 50 lebih orang. Jauh bezanya tapi kurang kerenah, kurang masalah, kurang songehnya dan tenang sikit. Staf aku ini terdiri daripada pemuda-pemuda yang berumur dalam 20'an yang berasal dari Mukah, Sarawak, Selangor dan Melaka.

Semasa pertama kali aku buat mesyuarat pagi, tiga-tiga dah menghantar permohonan nak keluar dari Limbang dan aku beritahu mereka kalau nak keluar dari Limbang ini kena kahwin dulu baru aku approve permohonan nak keluar dari Limbang. Ketiga-tiga tersengih.

Suasana raya yang masih terasa ini membuat mood aku tak berselera nak membuat kerja. Lebih-lebih lagi aku baru berpindah ke pejabat Limbang ini. Walaupun sebelum ini aku memang pernah di sini lebih 14 tahun tapi dah ada perubahan sejak peninggalan aku selama 3 tahun yang lepas. Mungkin juga suasana di KL yang terlampau biasa dengan kerja cepat dan terkini, membuat aku terasa berada di alam yang lain sekarang. Aku tak pasti adakah aku dapat berdamping dengan staf aku di sini dari sudut kerja atau dengan persekitaran kerja yang selamba dan pelanggan yang sentiasa memberi senyuman yang manis! Cuma aku dapat ucapkan kepada aku sendiri selamat kembali ke Limbang.

Monday, August 29, 2011

Salam Kemerdekaan Serta Aidil Fitri


UNTUK rakyat Malaysia yang akan meraikan kemerdekaan salam kemerdekaan dan bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam salam Aidil Fitri.









Friday, August 26, 2011

Keberkatan Akan Hilang

ANAS r. 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kiamat tidak akan datang sehingga masa menjadi pendek. tahun akan menjadi seolah-olah seperti sebulan, sebulan seolah-olah seperti seminggu, seminggu seolah-olah menjadi sehari, sehari seolah-olah seperti sejam dan sejam seolah-olah seperti satu percikan api."
(Tirmizi)

Sebenarnya kita sedang mengalami dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Bertahun-tahun dan berbulan telah berlalu begitu sahaja sedangkan kita tidak mendapat apa-apa rahmat untuk melakukan amalan-amalan baik dalam agama yang bermakna kita telah melurut ke belakang daripada jalan agama; kita mengundur.


Bab 65 : Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Tuesday, August 23, 2011

Khazanah Emas Dan Perak Akan Keluar Berhampiran Sungai Dajlah. Janganlah Cuba Untuk Mengambilnya

DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sungai Dajlah akan mengeluarkan khazanah emas. Mereka yang hadir di sana janganlah ambil apa-apa pun daripadanya."
(Bukhari)

Di dalam Hadis yang lain disebut bahawa : "Bumi akan memaksa keluar(memuntahkan) kandungannya yang berharga - emas dan perak seumpama tiang yang tinggi. Melihat akan ini masing-masing berkata sendirian, "Lantaran inilah maka tanganku telah dikerat." Janganlah ambil sesuatu apapun daripadanya."
(Muslim)

Abu Hurairah r. 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kiamat tidak akan terjadi selagi Dajlah(sungai) tidak memuntahkan emas yang terkandung di dalamnya setinggi gunung. Untuk memperolehi emas tersebut orang ramai akan bertengkar, bergaduh dan membunuh satu sama lain maka 99 daripada 100 orang akan mati di sana. (Walaupun mengetahui akan Hadis ini) orang ramai masih terpikat dan tergoda untuk mengautnya lalu berkata, "Moga-moga kita akan hidup sehinggalah masa tersebut."
(Muslim)

Ini adalah sabdaan Rasulullah s.a.w. dan ia akan menjadi kenyataan pada suatu masa nanti. Maka orang yang hidup pada masa itu hendaklah menjauhi daripadanya kerana tidak ada keberkatan di dalamnya. 99 peratus manusia akan menempah maut, tinggal hanya satu peratus sahaja yang hidup.

Tanda ini akan muncul menjelang Kiamat.


Bab 64, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Thursday, August 18, 2011

Manusia Akan Menjadi Gemuk Dengan Memuaskan Nafsu Makan Dan Minum. Mereka Akan Ke Mahkamah Beberapa Kali. Akan Muncul Pendusta-Pendusta

DIRIWAYATKAN oleh 'Imran Bin Husain bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Zaman yang terbaik daripada segala zaman ialah zamanku, kemudian yang terdekat daripadanya, kemudian yang mengikutinya. Kemudian akan datang orang yang akan memberi saksi tetapi mereka tidak mahu dipersaksikan. Akan ada penyalahguna-penyalahguna. Mereka tidak menunaikan amanat. Mereka bersumpah namun tidak akan mengotakannya. Mereka suka menjadi gemuk."
(Bukhari : Jilid ii, ms 951)

Zaman para Sahabah, Tabi'in dan Taba' Tabi'in disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai zaman yang terbaik dari segi taqwa mereka kepada Allah, keikhlasan, kesolehan, amanah, malu dan sopan. Sifat-sifat ini merata di kalangan mereka dan mereka menunaikan hak Allah Ta'ala.

Kemudian akan datang suatu zaman kata Rasulullah s.a.w. di mana orang ramai menawarkan diri mereka untuk menjadi saksi tanpa diminta berbuat demikian di dalam suatu perbalahan. Mereka akan menghasut orang lain dengan kata-kata : "Dakwa mereka, aku akan beri persaksian bagi pihak kamu." Bagi mereka senang sahaja berjanji dan bersumpah tetapi tidak mereka mengotakannya.

Perkataan "amanah" hanya tinggal di dalam kitab sahaja. Mereka menggelapkan wang dan penyalahgunaan kuasa. Mereka bersumpah tetapi mungkir daripadanya. Matlamat utama mereka ialah makan dan minum. Mereka hanya suka menumpang hidup seperti dedalu, menambahkan berat badan dan daging. Matlamat hidup mereka yang utama ialah keselesaan dan kemewahan. Dengan ini mereka tidak akan menunaikan hak Allah Ta'ala dan hak hamba Allah. Mereka langsung tidak menghiraukan maut dan kehidupan selepas maut supaya jika berbuat demikian mungkin mendorong mereka kepada ibadat dan solat.

Mereka suka kepada kebesaran, yakni mereka akan menunjuk-nunjuk bahawa merekalah lebih soleh dan taqwa daripada pandangan agama dan boleh dipercayai. Mereka memelihara pak turut-pak turut dan orang-orang yang digaji untuk memuja-mujanya.

Orang yang demikian tidak ada sifat-sifat dan kelayakan sesuatu jawatan di dalam sesuatu institusi, dia akan berlagak sebagai manusia bertaqwa agar orang ramai menganggapnya sebagai jujur dan mempunyai sifat-sifat amanah. Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa hampir Kiamat akan muncul begitu ramai pendusta. 
(Muslim)

Tanpa dipanggil mereka akan memberi persaksian, menghasut orang lain untuk mendakwanya ke mahkamah sambil berkata dia akan menyokong mereka dengan memberi persaksian. Dengan ini menurut Hadis yang lain bahawa mereka akan memberi persaksian palsu, ramai pendusta akan dilahirkan dan berdusta akan menjadi perkara am. Hak-hak Allah dan hamba Allah diabaikan.

Bab 63 : Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan : Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

Tuesday, August 9, 2011

Ceritaku...

DAH tiga tahun aku di KL, masa aku datang ke sini dulu, sewaktu itu satu Ramadhan pada tahun 2008. Dan sekarang Ramadhan datang lagi, dan Ramadhan ini juga, aku akan dipindahkan ke Sarawak, iaitu balik ke Limbang. Aku rasa hampir tiga tahun aku di sini, jika ikut bulan hijrah dan nak ikutkan tahun masihi, bulan sembilan ni baru genap aku tiga tahun di sini.

Tapi, tak apalah, aku rasa hidup di KL penuh dengan cabaran dan dugaan. Lebih-lebih lagi aku ini, yang tinggal di sini tanpa isteri dan anak-anak. Amat berbeza dan teruja dengan kemeriahan dan pencerahan alam dan budaya tanpa sempadan.

Di KL ini mungkin penuh dengan kemodenan dan aku sendiripun tak pasti, kemodenan yang apa ada di KL ini. Kemodenan yang ada di sini hanyalah kemodenan yang melanggar perintah Allah swt dan kelenyapan sunnah Nabi saw dan orang-orang yang masih kurang moden di sini hanyalah yang mengamalkan perintah Allah swt dan sunnah Nabi saw.

Inilah perbezaan antara darjat di KL ini, antara dosa dan pahala yang sering bercakaran dan berlawanan. Jika kita berada di KL, kita akan disajikan dengan keindahan seni badan wanita, kelayuan nilai-nilai yang baik, kesuburan nilai-nilai yang jahat.

Maksudnya, jika kita berada di sini, kalau kita nak buat jahat, tiada siapa peduli, lantaklah. Tiada siapa yang kisah atau ambil peduli tentang apa yang kita buat. Disini hanyalah kebebasan untuk kita buat apa sahaja yang kita suka tapi tak semuanyalah orang macam itu, istimewanya untuk orang yang beriman, insya-Allah.

Mungkin aku sekarang ini makin tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling, mungkin aku juga sudah terkena sindrom tak kisahkan orang di sekeliling kerana orang KL memang macam itu. Kerana apa-apa boleh berlaku di sini dengan tanpa disangka-sangka dan tanpa diminta.

KL hanyalah sebuah nama bagiku, yang mengotorkan KL ialah penghuni-penghuninya yang alpa dengan nilai-nilai agama dan akan terus dikotori jika penghuni-penghuninya masih berkubang dalam lumpur keduniaan.

Ada juga mereka-mereka yang berpegang dengan perintah Allah swt dan Sunnah Nabi saw di sini membuatkan aku respect dengan mereka walaupun di sekeliling mereka penuh dengan suasana yang merangsang ke arah untuk melanggar perintah Allah swt. Mungkin juga aku tak boleh salahkan mereka seratus peratus atas apa yang berlaku terhadap mereka, mungkin keadaan yang memaksa dan terpaksa untuk membuat untuk  kesinambungan hidup disini.

Namun, di sini juga aku melihat mereka-mereka yang berusaha untuk hidup mencari sesuap rezeki yang halal ataupun yang tak halal, yang mencari kekayaan, kemewahan, harta, pangkat, kedudukan dengan pelbagai cara dan kaedah yang tak terfikir oleh kita. Kesanggupan untuk mencari kehidupan yang baik dari sebelumnya begitu ketara di sini sehinggakan mengenepikan kesantunan diri sebagai seorang yang beriman. Inilah realiti kehidupan di kota bernama KL ini.

Mungkin yang telah lama hidup di KL, bagi mereka tiada apa-apa lagi yang perlu dikisahkan tentang apa-apa yang berlaku di sini. Ia seumpama cerita yang datang dan pergi sehingga cerita mereka pun akan terukir di situ suatu masa kelak cuma menanti untuk ditayangkan. Mengapa aku begitu peduli tentang apa yang berlaku ini? Bagi aku, mereka-mereka yang di sekitar aku adalah sebahagian dari aku, dan suatu masa kelak mereka-mereka merupakan saksi bagi aku di alam yang kekal nanti, untuk memberitahu bahawa samada aku bertanggungjawab dan beramanah atas kehidupan aku di dunia.

Sunday, July 31, 2011

Singgah Sebentar Di Sibu

BARU semalam(29/7/2011) aku sampai di Sibu, Sarawak, aku rasa dah hampir setahun aku tak menjejak kaki aku di bandar yang ramai penduduk cina ini. Perjalanan aku dari KL ke Sibu dua jam menggunakan FireFly dengan tambang pergi/balik RM186.90.

Aku ke sini nak melawat ibu dan ayah sebab tahun ini aku tak beraya di Sibu, Insya-Allah akan beraya di Limbang. Dan juga aku nak berpuasa dengan ibu dan ayah aku di sini.

Aku lihat di sini semakin maju dengan pelbagai pembangunan tapi paling ketara tempat membeli belah semakin banyak wujud. Mungkin juga orang di sini dah semakin berkeinginan untuk berbelanja ataupun permintaan kuasa membeli semakin tinggi ataupun juga kepadatan penduduk yang semakin bertambah serta golongan menengah yang dah semakin berpendapatan.

Aku mungkin tak kisah dengan kewujudan ini semua tapi peruncit-peruncit kecil akan terasa akan kewujudan tempat membeli belah yang besar ini. Ini kerana saingan akan berlaku, bila persaingan berlaku pasti ada peniaga yang maju atau gulung tikar. Tapi bagi aku dan lain-lain pengguna ia suatu yang positif kerana pelanggan atau pengguna akan meraih harga yang murah, banyak pilihan dan berpatutan.

Kalau tiada persaingan sebegini antara peniaga-peniaga, mungkin ramai yang tak merasai naik kapal terbang atau merasai apa yang dirasai oleh golongan yang tertentu sahaja. Dan semua perkara akan menjadi umumi apabila persaingan yang berlaku terhadap semua atas semua perkara.

Aku di Sibu hanya 5 hari sahaja mungkin boleh untuk aku menjamakkan solah aku nanti. Dan ibu dan ayah di sini dah semakin berumur. Ayahaku selalu sakit dan perlu penjagaan yang rapi dan perlu banyak berehat bagi aku. Tapi ayah aku jenis yang suka berkerja dan bergerak.

Aku dah terfikir juga nak bawa mereka ke Limbang sebulan dua untuk merehatkan diri agar bagi pendapat aku bila ayah aku berada di luar tempatnya pasti ayahku akan berehat dari membuat kerja. Tapi tak pastilah juga sebab di rumah aku dan sekitarnya perlu untuk "dikemaskinikan" atas peninggalan aku sejak tiga tahun yang lalu.

Yang pasti bila aku balik sini, kawan-kawan aku dulu jarang dan tak pernah aku jumpai lagi. Mungkin mereka sibuk dengan keluarga dan keperluan semasa. Dan selama aku di sini, biasanya aku akan berjumpa dengan orang seperti aku iaitu orang berjanggut. Dan sering juga aku bila aku balik, aku akan bercerita tentang agama dengan ayah aku sebab dulu ayah aku tak suka bila aku ikut keluar bertabligh tetapi sekarang ayah aku dah sokong orang tabligh.... mengapa ya?

Thursday, July 21, 2011

Cinta Tiga Dimensi

Awal kebaikan umat ini adalah kerana yakin (yang shahih) dan zuhud (tidak mencintai dunia). Dan awal kehancuran umat ini adalah kerana bakhil dan angan-angan (kemewahan-kemewahan dunia). - Hadis Riwayat Baihaqi.

KERISAUAN setiap manusia di muka alam ini banyak menjurus kepada ketakutan tentang kurangnya komponen kebendaan dalam kehidupan seharian. Seluruh pelosok manusia begitu teruja dengan kebendaan yang ada disisi mereka, samada ia berkurangan atau bertambah. Jika berkurangannya kebendaan, maka kerisauan akan bertambah dan jika bertambahnya kebendaan, maka kerisauan akan berkurangan.

Apakah itu kebendaan? Kebendaan pada definisi aku suatu perkara yang nampak dan tak nampak, yang direkacipta oleh manusia sendiri kemudian diberi nilai mengikut standart dan kualiti ataupun ia boleh juga diterjemahkan dalam bentuk wang, kuasa dan kedudukan. Jadi, rangsangan daripada ini semua, standart kehidupan manusia ditentukan oleh keberadaan kebendaan itu dalam kehidupan manusia. Banyaknya dan bertambah kebendaan itu, maka dialah manusia yang berjaya, berkurangnya kebendaan itu, maka dialah orang yang gagal.

Jadi, jelas kepada kita perkara pokok yang melilit pemikiran kita sekarang adalah lebih ke arah kebendaan. Kerana bagi kita ia boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan kita, masyarakat, negara dan dunia amnya. Itulah pemikiran yang sering kita dengar dan faham.

Cuma aku nak bawa pemikiran kita semua adakah kebendaan yang kita puja dan sanjung itu benar-benar memberi impak atau kesan yang begitu berpengaruh sekali?

Persoalan ini aku nak ketengahkan agar fikir dan gerak-geri kita tidak terlampau diarahkan ke satu dimensi yang statik serta kosong sahaja.

Aku ingin nak mengerakkan fikir kita semua bagaimana tanpa kebendaan kejayaan boleh dicapai juga dan tanpa kebendaan juga kegagalan boleh wujud. Bolehkah ia terjadi? Untuk aku jelaskan perkara sebegini perlu ada kekukuhan dari sudut logik sebab aku berdepan dengan orang yang berfikiran logik berkemungkinan ia boleh diterima oleh akal.

Cuba kita renung kehidupan manusia yang silih berganti dengan keadaan yang dianggap oleh mereka bahawa kebendaan itu merupakan pemangkin kepada kejayaan kehidupan manusia sejagat. Malah di serata dunia mengikthirafkan kebendaan yang ada memberi kejayaan yang sebenar, kita lihat kuasa-kuasa dunia serta individu-individu yang ada sekarang mempunyai kebendaan seperti kuasa, harta dan kedudukan yang tinggi. Mereka yang sebeginilah yang menguasai dunia sekarang dan mereka-mereka yang tiada kebendaan lantas dipandang tiada memberi apa-apa manafaat malah tiada memberi apa-apapun walaupun sikit.

Pandangan sebegini sudah begitu meresapi pemikiran semua manusia dan malah orang Islam sendiripun terikut dengan falsafah begini. Kebendaanlah segalanya penyelesaian kepada yang ada di muka alam ini. Masa 24 jam yang ada dalam setiap diri manusia yang Allah peruntukan, kebanyakan masa tersebut digunakan untuk mengejar kebendaan-kebendaan tersebut kerana keyakinan yang ada dalam diri kita sudah mengatakan jika aku ada harta, ada kuasa dan ada kedudukan aku dapat kemewahan, kemahsyuran, dipandang tinggi dan boleh menyelesaikan semua permasalahan di dunia.

Bagaimana kebendaan yang ada boleh memberi kesan dan impak yang besar kepada nilai seseorang manusia? Dari mata kasar yang kita lihat, orang yang berpangkat akan disanjung, orang berharta akan disegani dan orang berkuasa akan dituruti. Orang yang tiada apa-apa adakah disanjung, disegani dan dituruti? Jarang sekali kita dengar dan lihat hukum alam yang ada sekarang ini menyanjung orang yang tak berharta, berpangkat dan berkuasa. Mengapa ia berlaku? Kerana kecintaan kepada kebendaan menyebabkan semuanya berlaku.

Jika itulah ukuran kita tentang kejayaan atau kegagalan bagi menentukan nilai individu dan sesebuah masyarakat menjadikan ia suatu yang tidak adil dan berat sebelah. Kebendaan sebenarnya hanyalah kompenan yang boleh kita anggap sebagai hiasan luaran sahaja tanpa kebendaan kita boleh hidup lagi dan tiada kaitan dengan kemuliaan, ketenangan serta kebahagiaan.

Jika kita lihat para nabi terdahulu, ada dikalangan mereka yang kaya, penguasa, berkedudukan, miskin, sederhana, berpangkat, berkebolehan dan pelbagai lagi keadaan yang Allah letakkan dalam kehidupan mereka bukannya untuk menunjukkan status mereka di mata masyarakat dan manusia amnya. Tetapi merupakan suatu keperluan untuk dijadikan sebagai landasan untuk mereka menggerakkan nilai-nilai agama dalam masyarakat mereka agar masyarakat sekitarnya berkeyakinan bahawasa nilai-nilai agama lebih penting dari nilai-nilai kebendaan.

Begitu juga dengan penentang-penentang para nabi terdahulu, mereka membawa bendera kebendaan dan beranggapan dengan adanya harta, kuasa dan pangkat keseluruhan kejayaan telah dikuasai oleh mereka dan tiada siapa boleh meruntuhkan status mereka. Namun, kebanyakan mereka yang beranggapan bahawa kebendaan adalah penentu bagi kejayaan mereka biasanya akan gagal dan dihancurkan.

Sehingga sekarang method sebegini masih diamalkan oleh para pencinta kebendaan, yang masih beranggapan kebendaan yang ada merupakan segala-galanya. Selain dari kebendaan tidak memberi kelangsungan kepada kehidupan di dunia ini dan lebih mirip kepada penyembahan berhala yang bukan berbentuk batu ataupun patung-patung tapi berhala yang berbentuk pangkat, kuasa dan harta.

Kesimpulannya, kebendaan dan yang sama dengannya bukanlah faktor atas status seseorang samada dia tinggi atau rendah kedudukannya dan juga asbab kebendaan keyakinan kita terhadap Allah dan amalan-amalan agama telah terhakis serta bertuhankan ciptaan/makhluk Allah s.w.t.

Sunday, July 3, 2011

Alamat Buruk Yang Terhasil Daripada Maksiat - Menurut Hadis

1. MAKSIAT seumpama berzina akan menyebabkan kekurangan makanan dan kemiskinan.

2. Perzinaan akan meningkatkan kadar kematian.

3. Wabak penyakit akan tersebar kerana akhlak yang buruk(2).

4. Hati orang yang mengambil rasuah dan lain-lain pemberian yang tidak wajar akan dipengaruhi oleh ketakutan terhadap orang lain.

5. Hujan akan ditahan jikalau zakat tidak dibayar.

6. Rezeki akan disempitkan jika mengurangkan timbangan dan ukuran.

7. Apabila memberi pertimbangan yang salah akan meningkatkan kadar pembunuhan.

8. Musuh akan dibiarkan menguasai orang ramai yang tidak memenuhi janji dan persumpahan.

9. Rahmat Allah akan terjauh daripada seseorang yang tidak menunaikan hak-hak kaum kerabatnya.

10 Azab kerana menimbulkan kemarahan kedua ibubapa akan diterima di dunia ini lagi.

11. Doa seorang itu tidak dimakbulkan jika dia mengambil makanan haram dan meninggalkan usaha mengajak kepada kbaikan dan mencegah kemungkaran.

12. Melalui kezaliman dan sumpah palsu, harta akan binasa, wanita menjadi mandul dan tempat kediaman akan menjadi sunyi dan lenggang.

13. Saf solat berjemaah yang tidak lurus akan menyusup ke dalam hati rasa persengketaan dan perselisihan.

14. Nikmat akan ditarik (dihilangkan) kerana tidak ada rasa kesyukuran.

15. Harta yang tidak dikeluarkan zakat terhadapnya akan binasa.

16. Dengan memberi sedekah dan memberi tanpa kira kepada orang yang memerlukan dan miskin akan menambahkan keberkatan hidup dan harta.

17. Rezeki disempitkan apabila tidak mentaati ibubapa.

(2) Salah satu daripada penyakit ini ialah "Aids" yang mengenainya satu tulisan telah dibuat oleh seorang Prof-prof A.N. Malavit, Clinical Immunologist dan Professor Bersekutu AILMS New Delhi. Beliau telah menulis kepada Times Of India bertarikh 17hb Jun 1983 (Jumaat) sebagai berikut :


Penyakit Yang Membawa Maut

Tuan!
Saya ingin menarik perhatian pembaca-pembaca suratkhabar tuan suatu berita penyakit misteri yang telah merebak tanpa dapat dikawal di Amerika Syarikat serta kesannya ke atas India. Pertama kalinya ia dikesan di New York dalam tahun1978-79 tetapi sekarang menampakkan kemunculannya yang amat dahsyat di bandar-bandar besar Eropah. Ia dikenali dengan gelaran "AIDS" ringkasan daripada "Acquired Immune Deficiency Syndrome".


Pada permulaannya AIDS muncul hanya terhad di tempat-tempat berpenghuni yang mudah merebak penyakit di kalangan lelaki homoseks di New York, San Francisco dan Los Angeles. Kebanyakan mereka adalah penagih-penagih dadah. Sekarang ini penduduk yang terlalu mudah terkena penyakit ini termasuk di kalangan pendatang-pendatang daripada Haiti di Amerika Syarikat dan juga Barat Eropah, pesakit-pesakit hemophilia (penyakit berdarah yang diwarisi) yang akan disuntik dengan darah yang diambil daripada produk Factor VIII untuk mengawal pendarahan dan juga bayi-bayi baru lahir yang memerlukan "transfusi" pertukaran darah bagi penyakit kuning yang selalu terjadi selepas bersalin.

Penyakit ini merebak begitu pantas sekali sehingga bilangan pesakit AIDS berganda bagi setiap 6 bulan. Sehingga kini orang-orang muda adalah fokus utama terdedah kepada penyakit ini. Tetapi sekarang bayi-bayi baru lahir dan kaum wanita juga sering menjadi mangsa. Kenyataan dan fakta kematian segera daripada penyakit ini adalah di antara 40-70 peratus menjadikannya suatu yang amat membimbangkan kita. 

Malangnya, sebab utama yang sebenarnya berlaku AIDS tidak diketahui dan dengan demikian langkah-langkah pencegahan dan rawatan terhadapnya sama sekali tidak ada. Adalah mustahil untuk mengenal peringkat awal AIDS, sedangkan pesakit yang demikian sepenuhnya berkemampuan memindahkan penyakit ini melalui hubungan kelamin atau derma darah.

Tiga bulan sehingga ke setahun selepas perhubungan orang itu akan mula merasa lemah dan lesu. Berat badannya luntur dengan cepat. Peluh sejuk akan terjadi di mana kelenjar (glands) akan membengkak. Secara amnya ini akan diikuti jangkitan kuman yang meluas kerana sistem immunasi (pelaliannya) yang telah gagal berfungsi. Organisma penyebab, termasuk segala jenis jangkitan yag sentiasa "menunggu peluang" seperti jangkitan kulat, jangkitan cytomega virous, pneumocystis carinii, pneumonia dan jangkitan am mycobacterium avium intra cellulare dan jangkitan yang opportunistik.

Peratus kematian pada peringkat ini ialah di antara 40 - 70 peratus. Yang hidup akan mati kemudiannya pada peringkat lain dalam bentuk sarcoma kapsi atau lymphoma otak. Kedua-duanya adalah kanser yang jarang ditemui.

Kajian terkini mendapati bahawa sebab terjadi penyakit ini adalah melalui agen pemindah yang berkemungkinan daripada retovirus. Cara perebakannya seolah-olah melalui perhubungan intim (teman seks, ibu kepada bayi dan sebagainya) atau melalui darah atau produk darah. Dalam hal ini, penyakit itu menyerupai "serum" penyakit kuning yang biasa terdapat di India. Nampaknya melalui hubungan homoseks bahagian itu akan sering terlelas dan terluka yang membawa kepada pemindahan jangkitan daripada seorang kepada seorang yang lain.


Orang awam dan pihak berkuasa kesihatan mestilah disedarkan dengan bahaya yang didatangkan oleh AIDS. Jikalau ia dapat bertapak di negeri miskin yang ramai penduduk ini kesan dan akibatnya sangatlah dahsyat sekali. Pihak-pihak berkuasa terutama asrama-asrama lelaki, kem-kem tentera, penjara-penjara mestilah disuruh sentiasa mengawasi tanda-tanda awal kemunculannya kerana kemasukn awal penyakit ini ke India adalah berpunca daripada pengidap-pengidap penyakit ini yang datang daripada luar yang memindahkan AIDS ini kepada teman seksnya yang ada di sini.


Saya rasa, ketakutan dan kebimbangan itu kadangkala sihat yang mana dalam hal ini kebimbangan akan akibat-akibatnya yang membantu mencegah merebaknya AIDS di India.


Di samping kebimbangan terhadap penyakit yang baru ini, gara-gara hidup yang bebas lepas dan persetubuhan rambang sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah majalah ternama, penyakit-penyakit STD (Yang disebut oleh WHO sebagai sexually transmitted desease, penyakit yang dipindahkan melalui perhubungan seks) seperti penyakit kelamin telah meningkat secara mendadak 400 peratus atau 4 kali ganda dalam msa 10 tahun di kebanyakan negeri-negeri di India. Pembaca yang ingin tahu lagi bolehlah membacanya daripada laporan Witto dalam perkara ini.
(QURAISY)

Bab 62 - Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhdis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...