Friday, September 2, 2011

Setelah Ramadhan

HARI ini 4 Syawal sudah berlalu, amalan ziarah-menziarahi di kalangan orang Islam masih terasa lagi.Aku hanya dapat menziarahi ipar-ipar yang terdekat serta sepupu-sepupu yang hampir. Kalau nak diziarahi kesemuanya  yang ada kaitan pertalian persaudaraan memang tak mampu aku. Hari pertama raya, aku serta keluarga hanya menziarahi kedua ibubapa mertua sambil berkumpul bersama iparduai.

Hari raya kedua, aku serta keluarga mula menziarahi adik-beradik serta sepupu sebelah isteri. Itupun hanya 3 buah rumah yang mampu untuk diziarahi kerana anak-anak dah mengantuk termasuklah aku. 

Hari raya ketiga, aku dan keluarga berziarah di rumah kawan-kawan isteriku, kawan-kawan anakku dan saudara sebelah isteriku. Kesemua rumah yang diziarahi meningkat sikit, 7 buah rumah. Cuma, aku tak tahan dengan minuman yang dihidangkan kerana minuman berperisa gas. Apa boleh buat, hari raya.

Hari raya keempat, iaitu hari ini, aku beraya di pejabat aku. Semua staf aku yang lain masih bercuti. Di sini, di pejabat ini aku belum tahu lagi apa yang aku nak buat. Aku di pejabat Limbang ini baru sebulan aku bertugas setelah dipindahkan dari HQ Kuala Lumpur. Terasa sunyi benar setelah berpindah ini, aku di sini hanya mempunyai 4 staf sahaja, termasuk aku sendiri tapi di unit aku semasa di HQ KL seramai 50 lebih orang. Jauh bezanya tapi kurang kerenah, kurang masalah, kurang songehnya dan tenang sikit. Staf aku ini terdiri daripada pemuda-pemuda yang berumur dalam 20'an yang berasal dari Mukah, Sarawak, Selangor dan Melaka.

Semasa pertama kali aku buat mesyuarat pagi, tiga-tiga dah menghantar permohonan nak keluar dari Limbang dan aku beritahu mereka kalau nak keluar dari Limbang ini kena kahwin dulu baru aku approve permohonan nak keluar dari Limbang. Ketiga-tiga tersengih.

Suasana raya yang masih terasa ini membuat mood aku tak berselera nak membuat kerja. Lebih-lebih lagi aku baru berpindah ke pejabat Limbang ini. Walaupun sebelum ini aku memang pernah di sini lebih 14 tahun tapi dah ada perubahan sejak peninggalan aku selama 3 tahun yang lepas. Mungkin juga suasana di KL yang terlampau biasa dengan kerja cepat dan terkini, membuat aku terasa berada di alam yang lain sekarang. Aku tak pasti adakah aku dapat berdamping dengan staf aku di sini dari sudut kerja atau dengan persekitaran kerja yang selamba dan pelanggan yang sentiasa memberi senyuman yang manis! Cuma aku dapat ucapkan kepada aku sendiri selamat kembali ke Limbang.

4 comments:

  1. Pengalaman saya berhari raya di Sarawak 2 kali. Pertama masa 40hari di Bintulu ( lupa tahun) keduanya di Limbang sendiri, Suasananya memang meriah selama satu minggu makanan berada di atas meja, orang dewasa dan kanak-kanak datang menjamu selera , berbeza dengan semenanjung, orang dewasa menjamu selera tetapi kanak-kanak tidak mahu makan tetapi hanya hendakkan wang, ini tradisi zaman berzaman di semenanjung merupakan suatu kemeriahan lagi bagi suasana hari raya. hari raya tidak akan meriah tanpa golongan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. cikgu musa,
    betul3, tanpa kanak2 raya kurang meriah tapi ia cuma dalam sekali seumur hidup kita merasai alam kanak2..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya dari azharjaafar & family.. camana pun di tempat org, tempat sendiri jugak best.. lagi pun hari² boleh jumpa binik..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...