LIMBANG, mungkin suasana aku di sini begitu jauh berbeza dengan KL, di sini hanyalah pekan kecil yang jauh dari kesibukan ribuan manusia yang bergerak dengan cepat, kesibukan pembangunan yang menggila saban hari, kesibukan kereta-kereta yang yang memekak dengan hon yang liar, kesibukan pertemuan pelbagai ngo dan manusia yang pelbagai warna, kesibukan dengan pusat membeli-belah yang jualan terpanas, kesibukan dengan wanita-wanita dan gadis-gadis yang semakin memberahikan dan pelbagai lubuk terpendam di situ.
Aku di sini dah hampir sebulan lebih dan sedikit demi sedikit kehidupan KL dapat aku tanggalkan, biasanya aku ke pejabat menaiki Komuter dari Stesen Kepong Sentral ke Stesen Putra. Di situlah aku bersama-sama teman serumah dan sepejabat berhenti dan ke pejabat(sama bangunan dengan Legend Hotel dan bersebelahan dengan PWTC). Jika tak out station, aku akan berada di pejabat sahaja, kalau out station biasanya sehingga 2 - 3 minggu. Tapi kerja aku ni lebih banyak di luar daripada di dalam pejabat, jadi banyak buat duitlah kata orang. Tapi bagi aku kalau hidup di KL ni banyak keluar duit daripada buat duit itupun jika pandai simpan duit, kalau tak belum sampai hujung bulan dah nak kering.
Jauhnya rumah sewa aku dari pejabat kalau ikutkan atau dikirakan kalau sampaipun dalam 5 - 7 minit boleh sampai tapi disebabkan banyak sangat gangguan teknikal Komuter ni, kadang-kadang sampai sejampun boleh berlaku. Itulah Komuter, tapi bagi aku ia sudah menjadi perkara biasa sebab hari-hari mengalaminya. Dengan sesak dan padat dengan pelbagai jantina, wanita-wanita dan gadis-gadis tak hairan lagi dah kena himpit, dah tak ada apa-apa lagi dah. Jam 6.00 pagi hingga 9.00 pagi merupakan waktu yang teruk sekali kerana orang ramai untuk ke tempat kerja dan sekolah serta waktu 5.00 petang hingga 7.00 petang untuk orang balik ke rumah masing-masing.
Bila naik Komuter, tiada lagi sudah nilai-nilai kesantunan antara masyarakat kita baik Melayu, India, Cina dan pelbagai lagi kaum-kaum yang ada termasuklah rakyat bukan warganegara. Tiada lagi hormat-menghormati, memberi ruang kepada yang tua, wanita dan kanak-kanak, semuanya nak masuk cepat dan berebut, bertolak-tolak tanpa ada rasa bersalah. Yang penting dapat masuk Komuter dan cepat sampai ke tempat kerja. Kalau nak ambil kesempatan ke atas wanita-wanita memang inilah kesempatan bagi kaum lelaki yang gatal sebab ada dikalangan wanita-wanita tak kisah sangat badan mereka disentuh(mungkin ada juga wanita yang suka dan ada juga yang tak suka).
Di Limbang, aku rasa tak perlu dan jarang akan berlaku untuk aku nak menghadapi situasi sebegitu.Cuma di sini, aku perlu nak mengelakkan berlakunya situasi sebegitu dengan keadaan yang ada di sini walaupun keadaan di sini tak sehebat KL tapi kehabatan manusia boleh melahirkan suasana seperti KL dan manusianya sekali sama seperti manusia KL.

sebab itu saya lari dari kesibukan kota metropolitan.
ReplyDeleteSekurang2nya, ada ruang untuk mengelak dari kesibukan manusia.
Ismadi Limbang masih "virgin" lagi, saya suka suasana disana dan keramahan orangnya, cuma banyak surau tak boleh iktikaf, tapi tak apa orangnya baik-baik.
ReplyDeleteaku terkepong di Kepong.. nak lari mana? kalau ikutkan bisnes yg aku buat ni, duduk kat bangla pun boleh.. asalkan ada internet.. hu hu..
ReplyDeleteDr. Ben
ReplyDeletekekerasan muzik underground lebih memberi ketenangan dari kekerasan hidup di kota raya
Cikgu Musa,
Doakan lah semoga surau di sini boleh ikhtikaf dan orang-orang disini juga berikhtikaf di masjid dan surau setiap saat.
azharjaafar,
kadang2 aku rindu dengan kepong, tengok orang bangla, india, pakistan, orang afrika macam2 ada orang di sana, kat limbang tak de orang macam tu..tapi duduk kat limbangpun boleh sebab sinipun ada internet