Saturday, January 30, 2010

UMAT INI AKAN MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENUKARKAN NAMANYA

     Diriwayatkan daripada Aisyah r. 'anha bahawa : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa pertama-tama sekali perintah yang akan diterbalikkan ialah arak, seperti sebuah bejana diterbalikkan."

     Para Sahabat r. 'anhum bertanya : "Bagaimana sedangkan Allah Ta'ala telah menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa arak itu haram?"
     Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mereka akan menukarkan namanya."
(Darimi)

     Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang ramai akan menganggap sutera, arak dan perzinaan sebagai halal dan akan mengatakan perkara-perkara tersebut sebagai punca kehidupan yang mereka memperolehi rezeki melaluinya. Lantaran itu mereka akan menolong di antara satu sama lain di dalam perkara ini sehingga mati."
(Baihaqi)

     Apabila Iman dan Islam sudah diterbalikkan, ia bermakna tidak ada lagi keimanan di dalam hati. Beberapa perkara telah diharamkan dan pengharaman perkara-perkara  terkandung di dalam Al Quran dan Hadis. Tetapi manusia akan menukarkan nama perkara-perkara tersebut. Pertukaran nama tidak akan dapat menukar hakikat perkara-perkara itu. Sebaliknya orang-orang yang sedemikian yang kerja mereka menghina dan merendah-rendahkan agama akan jatuh murtad.

     Sebagaimana sebiji cawan ditelangkupkan, tidak ada sesuatu yang akan tinggal di dalamnya begitulah juga tidak ada sebahagianpun daripada Islam dan Iman akan berada di dalamnya.

     Jawatankuasa Pembaharuan untuk memodenkan Islam yang disogok oleh orang-orang seperti Dalwas dan Chagla yang menghalalkan perkara-perkara seperti wayang dan teatre, membuka tudung(bagi wanita) dan perlakuan-perlakuan tidak berakhlak, maka orang-orang sedemikian akan lahir serta idea dan pemikiran mereka sangat-sangat digemari oleh orang ramai tetapi di dalam hati mereka tidak ada sebiji sawipun daripada Iman.

     Diriwayatkan daripoada Abu Malik Asy'ari r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Akan lahir daripada kalangan umatku orang-orang yang menganggap perzinaan, sutera, alat-alat muzik, nyanyian dan tarian itu sebagai halal. Sebahagian manusia akan pergi kepada orang-orang begini untuk meminta-minta. Orang-orang ini akan menjanjikan sesuatu dan menyuruh si peminta tersebut datang keesokan harinya. Maka, kemudiannya Allah Ta'ala akan mengangkat sebuah gunung dan menghempap sebahagian daripada mereka dan yang lainnya akan dirobah keadaan mereka menjadi kera dan babi sehingga ke Hari Kiamat."
(Bukhari, Jilid II, ms 837)

     Daripada Hadis-hadis yang di atas terbuktilah bahawa perkara-perkara seperti perzinaan, tari-menari, nyanyi-nyanyian yang telah diharamkan telah semakin berani dihalalkan dan meningkat di dalam hati orang-orang Islam. Dengan menjelangnya Hari kiamat, maka semakin hilanglah rasa kepentingan perintah-perintah mengenai Syari'ah, Iman serta halal haram daripada hati orang-orang Islam.

     Kecintaan terhadap kebendaan semakin membesar. Apabila peminta-peminta sedakah dan orang-orang miskin berjumpa dengan mereka, mereka akan disuruh datang keesokan harinya. (Pendalihan seperti ini telah dimulakan oleh peniaga-peniaga kecil, malahan peniaga-peniaga besar.

     Mereka cuba mengelak daripada peminta-peminta ini dengan mengatakan bahawa tuan punya kedai atau bapanya atau abangnya tidak ada. Tetapi ketika mahu menerima wang daripada pelanggan, ketiadaan bapa atau tuannya tidak melengah-lengahkannya.

     Perlakuan begini telah menjadi suatu kebiasaan tetapi akibat perbuatan demikian dan menggelak pengemis akan menjemput kemurkaan Allah Ta'ala.

      Sekumpulan orang yang sedemikian yang menganggap perkara yang haram sebagai halal akan dihempap dengan gunung dan sebahagian daripada mereka akan bertukar menjadi kera dan babi. Hadis di atas membuktikan bahawa azab dalam bentuk penukaran dan penjelmaan demikian juga akan berlaku kepada sekumpulan umat Muhammad.

     Daripada Hadis yang lain menyatakan pula azab yang sedemikian tidak akan menimpa umat Muhammad s.a.w. Maksudnya bahawa azab secara umum sebagaimana yang telah diturunkan kepada umat-umat yang terdahulu tidak akan menimpa orang-orang Islam tetapi beberapa orang daripada beberapa kumpulan yang melampaui batasan akan menerima azab tersebut dan mereka akan menjelma menjadi kera dan babi. Semoga Allah Ta'ala melindungi kita semua. Amin.

(Bersambung...)

[Bab 33, Meniti Debaran Zaman]


     

Thursday, January 28, 2010

PENGENALAN KUMPULAN YANG AKAN MASUK SYURGA

     Renunglah dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah yang Maha Kuasa telah memuliakan dan merahmati Sunnahku dan para Sahabat yang telah bersama-sama denganku, menghabiskan masa mereka denganku, mempelajari agama daripadaku, mencintaiku dan berkhidmat untuk agama dan akhirnya membina kekuatan dan kemantapan iman dan Islam ke suatu tahap yang tertinggi sehingga aku telah mengamanahkan kepada mereka bahawa barangsiapa yang mengikutiku dan jalan mereka pastilah akan memasuki syurga dan barangsiapa yang mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan keimanan mereka akan masuk nereka, yakni bertentangan dengan golongan mereka yang dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.

     Dengan sebab inilah Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah memburuk-burukkan Sahabat-sahabatku, kerana jika mana-mana di antara mereka membelanjakan satu mud barli (gandum) pada jalan Allah sedangkan orang-orang yang selepas mereka membelanjakannya sama dengan gunung Uhud, nescaya mereka yang akhir ini tidak dapat mengatasi mereka."
(Bukhari Jilid 1, ms 518)


     Imam Nawawi r. 'alaihi telah menulis bahawa adalah haram mencaci dan mencerca para Sahabat dan memburuk-burukkan mereka. Sebahagian besar ulamak telah menyatakan bahawa barabgsiapa memburuk-burukkan sahabat hendaklah dihukum. Sementara Imam Malik r. 'alaihi berkata bahawa orang yang sedemikian hendaklah dibunuh.
(Mirqat, Lamaat, Iam Nawawi, Nota tepian no 9 di dalam Bukhari, Jilid 1, ms 512)


     Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Jika ada sesiapa yang mencaci para Sahabatku katakanlah : "Kutukan Allah ke atas yang terburuk di kalangan kamu!"
    
     Rasulullah s.a.w. bersabda : "Mereka yang menuruti jalan yang dijalani oleh para Sahabatku akan terselamat dan tidak akan masuk neraka."

     Walaupun mana-mana mereka itu melakukan kesilapan, itu bukanlah dilakukan dengan menurut hawa nafsu mereka, tetapi itu hanyalah kesilapan yang bersebab. Dan Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bahawa jika seorang mujtahid melakukan kesilapan maka dia akan mendapat satu pahala dan sekiranya dia betul di dalam membuat keputusannya dia akan memperolehi dua pahala."
(Hadis)


     Maka berjalanlah di atas lorong yang telah dijejaki oleh para Sahabat r. 'anhum. Mereka meresap cahaya daripada cahaya kenabian. Dengan ini akan menjadikan kehidupanmu di sini dan di akhirat di dalam kejayaan.

(Bersambung...)

[Bab 32, Meniti Debaran Zaman]

Tuesday, January 26, 2010

HANYA SATU GOLONGAN YANG MASUK SYURGA

     Diriwayatkan daripada 'Auf ibn Malik r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang-orang Yahudi telah terbahagi kepada 71 bahagian dan orang-orang Nasara terbahagi kepada 72 bahagian. Satu bahagian daripada setiap umat itu akan masuk Syurga. 70 bahagian daripada Yahudi dan 71 bahagian daripada Nasara akan masuk neraka. Aku bersumpah dengan Zat yang memegang nyawa Muhammad, bahawa umatku akan terbahagi kepada 73 bahagian dan 72 bahagian daripadanya akan masuk neraka."
(Ibn Majah)

     Tersebut di dalam Hadis  yang lain bahawa : "Umat yang terdahulu, yakni Nasara telah terbahagi kepada 72 bahagian, 71 daripadanya akan masuk neraka, hanya satu yang akan syurga. Dan akan wujud orang sebegini daripada kalangan umatku yang setiap daripada salurnadinya akan dipenuhi dengan nafsu syahwat, tidak akan ada salurnadi dan sendi-sendi yang tidak dimasuki oleh nafsu syahwat seumpama orang terkena gigitan anjing liar, maka setiap salurnadi dan sendi-sendi anggotanya akan menerima kesan daripadanya."
(Abu Daud)

     Satu ringkasan Hadis daripada Tirmizi menyebut : "Jika sekiranya ada mana-mana orang daripada Yahudi dan Nasara melakukan zina dengan ibunya maka akan wujud daripada kalangan umatku sedemikian orang yang akan berzina dengan ibu-ibu mereka."

     Bahagian yang mana satukah daripada bahagian itu yang masuk syurga? Mengenainya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Ia adalah mereka yang berpegang teguh kepada jalan hidupku dan para Sahabatku, dan mereka yang menuruti jalan ini akan memasuki syurga."
(Tirmizi)

     "Dan mereka yang menentang Sunnahku dan jalan serta usaha yang telah dilakukan oleh para Sahabatku akan masuk neraka."
(Ibid)
[Meniti Debaran Zaman, Bab 31]
(Bersambung...)

Monday, January 25, 2010

Meniti Debaran Zaman

BAB 30
UMAT INI AKAN MENURUTI JALAN YAHUDI DAN NASARA


     Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pastinya kamu akan menurut jejak dan cara umat-umat yang terdahulu daripada buku jari tangan dan dari tangan ke tangan sehinggalah jikalau salah seorang daripada mereka masuk ke dalam lubang biawak maka sudah tentulah ada di antara umatku juga akan menurutinya." Para Sahabat r. 'anhu bertanya : "Umat yang mana? Orang-orang Yahudi dan Nasara?" Jawab baginda : "Siapa lagi?"
(Bukhari : Jilid 112, ms. 1088)


     Terdapat tambahan di dalam Hadis riwayat Hakim bahawa : "Jikalau mana-mana salah seorang daripada mereka melakukan persetubuhan dengan isterinya di lorong-lorong, kamu juga pasti akan menurutinya."


     Dikatakan di dalam Hadis yang lain bahawa : "Kamu akan mengambil adat resam orang-orang Yahudi dan Nasara tidak ubah seperti kasut dan sandal yang serupa dengan kasut dan sandal orang lain."
(Hadis)


     Silalah renung sedikit dengan keadaan yang ada pada umat dewasa ini. Sepertimana orang-orang Yahudi dan Nasara meninggalkan amalan Taurat dan Injil dan langsung tenggelam dalam perlakuan-perlakuan  syahwat, maka ada juga di antara umat Muhammadiah ini tidak kira mereka itu orang 'alim dalam agama, orang-orang Islam biasa, peniaga-peniaga, petani-petani, lelaki atau wanita akan juga menuruti dan mengamalkan cara dan kaedah Yahudi dan Nasara yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. seumpama buku jari tangan dengan tangan yang sebenarnya tidak ada apa-apa perbezaanpun. Sepasang kasut atau sandal serupa daripada segi bentuk dan saiznya.


     Rasulullah s.a.w. telah memberitakan bahawa umat akan mengambil cara Yahudi dan Nasara sehingga memperolehi kehinaan dan kehilangan maruah diri. Jika orang-orang Yahudi bersetubuh dengan wanita-wanita di tepi-tepi jalan maka orang-orang yang tidak bermaruah dan tidak bermalu akan wujud juga di kalangan umat Muhammad ini.


(Bersambung...)
     

Saturday, January 23, 2010

Aku dan Kematian...


       Hujan mencurah-curah turun dengan tiupan angin yang kuat, Kuala Lumpur basah lagi malam ini dengan rahmat dari yang Maha Esa. Namun, kenderaan di atas jalan terus bergerak tanpa mempedulikan curahan hujan bertemankan deruan angin yang keras. Manusia terus bergerak, bergerak yang entah ke mana tujuan tanpa penghujung. Yang pasti kita bergerak ke satu destinasi yang sama, iaitu kematian. Zahirnya kita kelihatan ke rumah, ke pejabat dan mana-mana destinasi yang kita tujui, hakikatnya kita menuju ke satu destinasi yang sama iaitu kematian. Cuma perjalanan kita ke arah kematian mempunyai jarak yang berbeza, ada yang 1 tahun, ada 10 tahun dan mungkin jarak perjalanannya mengjangkau atau melebihi 70 tahun. Kesemua perjalanan ini hanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. yang akan menetapkannya.


     Adakah dalam perjalanan yang kita harungi ini dibekali dengan bekalan yang tahan lama, iaitu bekalan yang boleh untuk kita bawa ke satu alam yang hanya menrima bekalan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bekalan yang tidak mempunyai tarikh luput, bukannya bekalan yang kita ada di dunia ini yang mudah rosak, tiada kualiti dan kuantiti yang terhad. 


     Ia bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita menilai keperluan yang perlu untuk kita bawa ke alam yang tiada penghujungnya...


     Semua orang tahu, satu hari nanti kematian akan datang menjemput kita dan tiada seorangpun makhluk di muka bumi ini akan hidup kekal dan yang kekal hanyalah Allah s.w.t. Setiap makhluk di muka bumi ini, Allah s.w.t. memperuntukkan kematian hanya sekali dalam kehidupan mereka tiada dua, tiga atau lebih untuk kita merasai kematian. Apabila kita melintasi garisan kematian, kita tidak akan dapat berbalik lagi untuk mengulangi kehidupan di alam dunia. Bermulalah kehidupan yang sebenarnya di alam yang kekal, yang tiada penghujungnya, iaitu akhirat. Di situlah tempat yang sebenar-benarnya untuk kita huni dan berkampung. 


     Adakah tempat yang kita huni itu tempat yang sejahtera atau sebagai tempat seksaan untuk selama-lamanya, bergantung kepada pahala dan dosa kita.


[Manusia hidup di dunia bukan untuk tinggal tetapi untuk pergi. Tidak ada seorangpun yang akan tinggal di dunia, manusia sebenarnya berpindah dari satu alam ke satu alam yang lain. Dari alam rahim ibu ke alam dunia dan seterusnya ke alam kubur. Di dalam kubur mereka akan menunggu sehingga 50,000 tahun hingga hari kiamat. Keadaan manusia selepas mati berbeza-beza, ada setengahnya mendapat kenikmatan dan ada yang menerima azab yang sangat pedih. Bagi orang yang hidup di dunia tidak mengendahkan perintah Allah s.w.t., mereka menerima azab yang tidak terperi dan orang yang di dunia menundukkan hawa nafsunya dan mengikut perintah Allah maka Allah akan ikram(mulia) kepada mereka dengan kehidupan yang penuh kenikmatan sehingga manusia tidak boleh mengira nikmat-nikmat Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Wahai hamba Ku, rasailah nikmat-nikmat Aku". Hamba-hamba itu berkata, "Apa lagi nikmat yang hendak Kamu beri ya Allah, disisi kami masih banyak lagi nikmat-nikmat untuk kami".] Petikan Bayan Maulana Esan.

Wednesday, January 20, 2010

Meniti Debaran Zaman

BAB 29
SATU GOLONGAN AKAN TERUS HIDUP MENEGAKKAN KEBENARAN SEHINGGA KE HARI KIAMAT


     Perhatikan terhadap apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa daripada Al Quran dan Hadis sahajalah mereka tidak akan dikalahkan. Mereka akan berjalan dengan suluhan cahaya Al Quran dan Hadis yang dengan itu mereka akan tetap berjaya dan mencapai kemenangan. Tidak ada satu kuasapun di dunia ini yang dapat menghapuskan mereka. Atas perkara inilah baginda berdoa dan doanya di diterima yakni seluruh umatku tidak akan bersetuju di atas kesesatan. Maka dengan pegangan sekata umat inilah menjadikannya sebagai hujah dan pembuktian. Jika para ulamak mencapai sesuatu persetujuan di atas sesuatu perkara pada sesuatu ketika maka ini dikatakan sebagai hujah.
     Kenabian Rasulullah s.a.w. adalah berterusan sehingga ke hari Kiamat. Jika pengikut agama bagi orang-orang Islam ini berpakat di atas kesesatan maka berakhirlah tujuan perutusan kenabian tersebut. Maka sudah pastilah umat ini sentiasa bergaduh dan berperang serta berpuak-puak mengwujudkan perkauman. Namun satu golongan akan tetap tegak dengan kebenaran sehinggalah ke hari Kiamat.
     Maka tanggungjawab umat tidak sepatutnyalah berhenti akibat adanya perselisihan pendapat di antara ulamak. Jikalau ada perselisihan di dalam apa-apa perkara maka seharusnyalah kita menuruti kenyataan dan pendapat-pendapat golongan yang tetap tegak menurut cahaya Al Quran dan Hadis. Jika tidak maka kesesatan akan muncul.
     Orang yang tinggal di mana-mana penjuru dunia tetapi percaya dengan pegangan dan pendapat tersebut maka merekalah golongan yang benar yang dikenali sebagai ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Ma'ana alaihi wa ashabihi" (jalan yang mana aku dan sahabatku berada). Golongan yang menurut dan beramal dengan kepercayaan ini adalah golongan yang benar dan golongan yang benar inilah yang akan tetap hidup sehingga ke hari Kiamat. Tidak ada satu kuasapun di dunia ini yang akan dapat membinasakannya.
     Maka yang demikianlah doa Rasulullah s.a.w. yang keempat "Umatku tidak akan bersetuju di atas kesesatan" telah diterima oleh Allah s.w.t.
     Terdapat satu kenyataan daripada Rasulullah s.a.w. berbunyi: "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang, maka dikurniakanNyalah kefahaman agama kepadaNya. Aku adalah penyebar sedangkan Allah Yang Maha Pemberi. Umat ini akan terus berada di atas jalan yang lurus sehingga Allah memerintahkan berlakunya Kiamat."
(Bukhari : Jilid 2, ms 1087)


(Bersambung..)

Thursday, January 14, 2010

Kebetulan atau Kehendak Allah SWT...


     Dalam setiap detik kehidupan kita seharian, pelbagai perkara yang berlaku, ada yang menyeronokkan, menyedihkan, ada yang kita tak suka dan ada yang kita suka mengalami perkara atau kejadian yang berlaku dalam diri kita atau diluar dari diri kita. Kekadang apa yang berlaku tanpa perancangan dan kekadang yang terjadi dengan perancangan yang kita buat. Terjadi juga perkara dengan perancangan yang teratur tapi keputusan tidak memihak ke atas kita dan terjadi juga perkara tanpa perancangan tapi keputusan memihak kepada kita. Begitulah keadaan yang berlaku dalam kehidupan manusia samada atas dirinya atau di luar dirinya samada baik ataupun buruk.
     Adakah kita terfikir, adakah apa yang berlaku atas perancangan kita atau hanya kebetulan ataupun kehendak Allah SWT? Semua yang berlaku dalam kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi, iaitu jodoh, rezeki dan ajal kita tanpa perancangan dari kita. Cuma yang Allah tidak tetapkan dalam diri kita hanyalah Iman, yang perlu kita usahakan.
     Samada kita sedar atau tidak, kita rasakan dan yakin bahawa ketentuan hidup kita berdasarkan kepada banyak mana usaha yang kita usahakan, iaitu ketentuan berkadar dengan usaha yang kita buat. Itulah fahaman kita bahawa sesuatu perkara akan diperolehi dengan usaha, tanpa usaha tak dapat apa-apa. Jadi, apa-apa kejadian yang berlaku setiap saat dalam kehidupan manusia datang dari ketentuan Allah SWT dan bukannya terjadi dengan sendiri, kebetulan serta perancangan manusia..
     Allah SWT ciptakan, jadikan, bentukkan dan wujudkan pelbagai suasana, keadaan dan peristiwa dengan Sunatullah dan Kudratullah. Secara Sunatullah, Allah SWT jadikan manusia dengan perantara perhubungan lelaki dan wanita lalu melahirkan anak dan Kudratullah, Allah SWT jadikan Nabi Isa AS tanpa  ayah, hanya melalui ibunya Mariam. Lebih mudah diperkatakan bahawa Allah SWT boleh jadikan sesuatu dengan cara yang boleh diterima akal oleh manusia dan Allah SWT boleh jadikan sesuatu dengan cara yang tidak boleh diterima akal oleh manusia.
     Untuk itu, apa-apa yang berlaku samada ia menggembirakan kita atau boleh mendatangkan kesedihan kepada kita, ia datang dengan kehendak Allah SWT dan tiada kaitan dengan makhluk ataupun kebetulan.  Dan kita perlu untuk redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah SWT walaupun pada zahirnya yang kita lihat kejadian-kejadian yang berlaku disebabkan oleh ciptaan Allah SWT tapi ia bersumberkan dari Yang Maha Esa.
     Cuma yang perlu kita usahakan adalah amalan-amalan yang disukai Allah SWT dengan cara Nabi Muhammad SAW yang dapat menghindarkan kita dari perkara-perkara buruk dan mendatangkan kebaikan kepada kita walaupun benda itu akan berlaku terhadap kita. Jadi jelas kepada kita, baik dan buruk hanya datang dari Allah SWT namun dapat dihindarkan dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Hikmah disebalik keburukkan dan kebaikan yang datang dalam hidup manusia di dunia boleh memberi kesan di dunia dan akhirat, cuma perlu syukur dan sabar atas apa yang berlaku.

Tuesday, January 12, 2010

Meniti Debaran Zaman

BAB 28
PERSELISIHAN ANTARA EMPAT IMAM


     Perselisihan di antara empat Imam mengenai pendapat dan masalah adalah rahmat kerana berdasarkan kepada keikhlasan. Dengan cara menggunakan kaedah yang mudah, seseorang Imam itu mengwujudkan suatu kemudahan kepada umat, tetapi jika perselisihan itu berdasarkan nafsu haiwaniah dan syahwat maka haramlah hukumnya.
     Di atas sebab itulah Rasulullah s.a.w. berdoa untuk umat tetapi doa tersebut tidak diterima di sisi Allah. Dan tentulah banyak alasan dan hikmah yang terkandung di dalam penolakan doa itu oleh Allah Ta'ala. Tetapi apa yang dapat kita fahami ialah bahawa hakikatnya umat Rasulullah s.a.w. ini adalah hidup sehingga ke hari kiamat dan mereka sering berbuat dosa dan akan terus melakukan kedosaan.
     Hukuman terhadap dosa ialah yang merupakan undang-undang tabi'i dikenakan ke atas mereka tidak dapat dielakkan bagi membersihkan dan mensucikan umat ini sebelum memasuki syurga. Maka Allah s.w.t. mengwujudkan suasana dan asbab tersebut yang menyebabkan berlakunya perselisihan di antara kumpulan-kumpulan dan institusi-institusi. Perselisihan di antara mereka akan menyebabkan mereka atas mengatasi serta menguasai di antara satu sama lain. Sebagai gantirugi daripada perbalahan ini maka taraf dan kedudukan mangsa akan ditinggikan.
     Ini adalah merupakan ujian bagi orang-orang Islam dan bukan Islam bagi masa ini. Mereka yang berusaha untuk memperolehi keredhaan Allah akan terselamat daripada fitnah tersebut dengan pertolongan Allah Ta'ala. Kepalsuan akan dibiarkan berterusan tetapi tidak bertahan lama. Kepalsuan semestinya dihapuskan dan ia akan terpadam tidak lama kemudian.
     Mungkin juga wujud perselisihan di antara golongan-golongan yang menegakkan kebenaran untuk membenteras kuasa kepalsuan. Atas sebab inilah Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa satu golongan akan sentiasa tetap memegang kebenaran sehingga ke hari Kiamat. Pengikut-pengikut kepalsuan tidak akan berjaya menghina mereka sepenuhnya serta memadamkan sinaran mereka dan mereka tidak akan terkalahkan oleh hujah.
(Bukhari, Jilid 11, ms 1087)
(Bersambung...)

Sunday, January 10, 2010

Masjid Besar Limbang - Tempat Letak Kereta Yang Tak Terurus Semasa Solah Jumaat.



   Bandar Limbang adalah bahagian yang paling utara di Negeri Sarawak dan uniknya ia berada dalam Negara Brunei Darul Salam. Tak hairanlah ia sebagai tempat destinasi persinggahan orang-orang Brunei untuk berehat, membeli belah dan lain-lain lagi...
    Yang saya nak fokuskan ini, hanya cuma permasalahan yang kecil namun belum ada tindakan yang sewajarnya dan pembaikan yang teratur yang perlu untuk kebaikan bersama, terutamanya di perkarangan letak kereta Masjid Besar Limbang.
    Jika kita lihat dan peka, setiap kali bermulanya solah Jumaat, didapati tiada diperuntukkan tempat letak kereta bagi orang-orang yang hendak menunaikan solah Jumaat sehinggakan orang-orang sepatutnya menunaikan solah Jumaat meletak kereta di perkarangan Masjid terpaksa meletak kereta mereka di bahu-bahu jalan sehingga menimbulkan kesesakan dan halangan lalulintas sekitar laluan ke masjid. Memang ada dikalangan penunai solat yang dapat meletakkan kereta mereka di masjid tapi tak ramai, kereta-kereta yang ada kat perkarangan masjid Limbang sebenarnya banyak kereta-kereta dari negara jiran yang datang membeli belah dan orang-orang tempatan yang menjadikan perkarangan masjid sebagai tempat letak kereta mereka.
    Maksudnya, bukan tak boleh kita letakkan tapi bagilah peluang kepada pengunjung-pengunjung masjid terutamanya pada hari Jumaat.
    Cadangan saya, perkarangan masjid perlu dikosongkan pada hari Jumaat untuk memberi ruang kepada penunai-penunai solah Jumaat, waktunya dalam 10.00 pagi hingga lepas solah Jumaat. Ini mungkin boleh menyelesaikan permasalahan kesesakan yang berlaku sejak bertahun lamanya. Dan juga, keadaan Masjid Besar Limbang yang semakin sesak, perlulah AJK Masjid untuk memperbesarkan lagi ruang masjid dan penambahan kipas-kipas ataupun aircons untuk keselesaan pengunjung-pengunjung masjid terutamanya pada hari Jumaat(kena fikirkan juga untuk menambahkan jumlah pengunjung yang bersolah).
    Gambar kat bawah ni ditunjukkan kesesakan di perkarangan Masjid Besar Limbang.








Saturday, January 2, 2010

Jemaah Student Limbang...(2 awam + 5 pelajar)

1 Jemaah yang dibentuk dari sabguzari Limbang...yang terdiri dari 2 orang awam(termasuk saya) bersama 5 pelajar disertai dengan nusrah dari beberapa orang pelajar dan orang awam sepanjang kita keluar tu..ada yang keluar 3 hari, 9 hari, 12 hari, 20 hari dan 27 hari dan saya tak cukup 40 hari...gambar kat bawah merupakan route2 yang telah diputuskan oleh sabquzari Limbang...


masa keluar 40 hari route pertama di Limbang diputuskan di Surau Kpg Emok...2 kali keluar kat sini, kerana kena hantar bertubi-tubi...


surau desa pabahanan..ni surau saya sendiri

surau kampung Palas..berada di pinggir luar bandar

surau kampung Pengkalan Rejab..perkampungan sungai..

surau Kampung Sibukang..dalam bandar Limbang..

surau kampung Kuala Berawan..perkampungan sungai..
Terdapat juga route2 yang tak diambil gambar seperti Surau Kastam(tempat sabquzari Limbang) 2 kali singgah kat situ sebab ada jord dibuat dan surau Penapak attach jemaah dari Jitra, Kedah.

Telatah pelajar-pelajar berada di jalan Allah SWT, syukur mereka dapat dikeluarkan di masa cuti sekolah ini,cuti yang ada dapat dimanfaatkan dan terima kasih atas fikir jemaah Jitra yang banyak korban, orang tanggungjawab Limbang dan Ibubapa pelajar-pelajar serta rakan-rakan yang datang nusrah...

 masih mengantuk lagi..ada bawa bekalan gula-gula hisap..

tidur tengahari merupakan sunnah nabi SAW..

Black out semasa tengah bayan maghrib..

bermain dengan kucing..

kat rumah bermain dengan games tapi bila keluar jalan Allah bermain bersama kucing...

jambatan ke kampung Pengkalan Rejab..


pemandangan kampung Pengkalan Rejab..

pelajar-pelajar yang khidmat ta'am..tengah goreng cucur cempedak..

acara memancing ikan, malam tu dapat le ikan 2 ekor..memancing selepas selesai program..

mengantuknya..kat rumah tidur atas tilam, kat jalan Allah mujahadah sikit ye..

bayan wapsi bagi pelajar2 yang tangguh keluar 3 hari...berdoa, ada yang berdoa sambil berbaring, macam2 budak2 ni..

sambung lagi tidur sambil duduk, mengantuk sangat..bangun waktu subuh...

nyamannya tidur..

Notis Larangan kepada kumpulan tablik...?

Sebenarnya program2 yang diisi semasa keluar adalah seperti berikut agar manfaat yang berguna dapat diperolehi oleh kita bersama.
Berikut adalah program :
Lepas bayan Subuh : Mesyuarat;(untuk putuskan program dan usah yan perlu dibuat dalam sehari)
Lepas Mesyuarat - 9.30 pagi : rehat dan Sarapan Pagi;
9.30 pagi - 12.00 tengahari : Taklim (bacaan hadith, muzakarah 6 sifat sahabat dan halqah tajwid);
Solah Zohor;
Lepas Zohor : Muzakarah tentang adab2;
Makan dan rehat;
Solah Asar;
Lepas Solah Asar : Bayan Kepentingan Usaha;
Minum petang;
Lepas minum petang : Adab Ziarah dan Program Ziarah rumah ke rumah;
Solah Maghrib;
Lepas Maghrib : Bayan Fikir atas Iman Dan Amal;
Solah Isyak;
Lepas Isyak : Bacaan Hadith dan Kisah2 Sahabat;
Makan Malam;
Rehat dan Tidur;
Antara Isyak dan Subuh : program sendiri..nak baca Al Quran, solah sunat dll...
Solah Subuh;
Lepas Subuh : Bayan Subuh.
itulah program yang dibuat setiap hari, jadi masa banyak dalam lingkungan :
1. Dakwah;
2. Taklim dan Taklum;
3. Ibadat; dan
4. Khidmat.
jadi masa untuk perkara ni dapat dikurangkan :
1. Masa rehat dan tidur;
2. Masa makan dan minum;
3. Masa di luar masjid; dan
4. Cakap sia-sia.
dan dapat ditinggalkan perkara tersebut :
1. Minta pada makhluk;
2. Harap pada makhluk;
3. Membazir; dan
4. Menggunakan barang tanpa izin.

Belanja yang dikeluarkan bagi yang keluar jalan Allah dari saku sendiri tiada sponser dari mana-mana jabatan, syarikat dan individu2...semuanya duit sendiri...
Laporan dari keluar tu; kebanyakan surau2 tidak hidup solah 5 waktu, tiada amalan masjid nabawi dll...
Saranan : Perlu dihantar jemaah2 lagi ...

Friday, January 1, 2010

SALAM 1 UMAT..2010


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...