Tuesday, January 26, 2010

HANYA SATU GOLONGAN YANG MASUK SYURGA

     Diriwayatkan daripada 'Auf ibn Malik r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang-orang Yahudi telah terbahagi kepada 71 bahagian dan orang-orang Nasara terbahagi kepada 72 bahagian. Satu bahagian daripada setiap umat itu akan masuk Syurga. 70 bahagian daripada Yahudi dan 71 bahagian daripada Nasara akan masuk neraka. Aku bersumpah dengan Zat yang memegang nyawa Muhammad, bahawa umatku akan terbahagi kepada 73 bahagian dan 72 bahagian daripadanya akan masuk neraka."
(Ibn Majah)

     Tersebut di dalam Hadis  yang lain bahawa : "Umat yang terdahulu, yakni Nasara telah terbahagi kepada 72 bahagian, 71 daripadanya akan masuk neraka, hanya satu yang akan syurga. Dan akan wujud orang sebegini daripada kalangan umatku yang setiap daripada salurnadinya akan dipenuhi dengan nafsu syahwat, tidak akan ada salurnadi dan sendi-sendi yang tidak dimasuki oleh nafsu syahwat seumpama orang terkena gigitan anjing liar, maka setiap salurnadi dan sendi-sendi anggotanya akan menerima kesan daripadanya."
(Abu Daud)

     Satu ringkasan Hadis daripada Tirmizi menyebut : "Jika sekiranya ada mana-mana orang daripada Yahudi dan Nasara melakukan zina dengan ibunya maka akan wujud daripada kalangan umatku sedemikian orang yang akan berzina dengan ibu-ibu mereka."

     Bahagian yang mana satukah daripada bahagian itu yang masuk syurga? Mengenainya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Ia adalah mereka yang berpegang teguh kepada jalan hidupku dan para Sahabatku, dan mereka yang menuruti jalan ini akan memasuki syurga."
(Tirmizi)

     "Dan mereka yang menentang Sunnahku dan jalan serta usaha yang telah dilakukan oleh para Sahabatku akan masuk neraka."
(Ibid)
[Meniti Debaran Zaman, Bab 31]
(Bersambung...)

2 comments:

  1. Teruskan menulis bang Insya Allah


    http://blogkarkun.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...