Saturday, January 30, 2010

UMAT INI AKAN MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENUKARKAN NAMANYA

     Diriwayatkan daripada Aisyah r. 'anha bahawa : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa pertama-tama sekali perintah yang akan diterbalikkan ialah arak, seperti sebuah bejana diterbalikkan."

     Para Sahabat r. 'anhum bertanya : "Bagaimana sedangkan Allah Ta'ala telah menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa arak itu haram?"
     Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mereka akan menukarkan namanya."
(Darimi)

     Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang ramai akan menganggap sutera, arak dan perzinaan sebagai halal dan akan mengatakan perkara-perkara tersebut sebagai punca kehidupan yang mereka memperolehi rezeki melaluinya. Lantaran itu mereka akan menolong di antara satu sama lain di dalam perkara ini sehingga mati."
(Baihaqi)

     Apabila Iman dan Islam sudah diterbalikkan, ia bermakna tidak ada lagi keimanan di dalam hati. Beberapa perkara telah diharamkan dan pengharaman perkara-perkara  terkandung di dalam Al Quran dan Hadis. Tetapi manusia akan menukarkan nama perkara-perkara tersebut. Pertukaran nama tidak akan dapat menukar hakikat perkara-perkara itu. Sebaliknya orang-orang yang sedemikian yang kerja mereka menghina dan merendah-rendahkan agama akan jatuh murtad.

     Sebagaimana sebiji cawan ditelangkupkan, tidak ada sesuatu yang akan tinggal di dalamnya begitulah juga tidak ada sebahagianpun daripada Islam dan Iman akan berada di dalamnya.

     Jawatankuasa Pembaharuan untuk memodenkan Islam yang disogok oleh orang-orang seperti Dalwas dan Chagla yang menghalalkan perkara-perkara seperti wayang dan teatre, membuka tudung(bagi wanita) dan perlakuan-perlakuan tidak berakhlak, maka orang-orang sedemikian akan lahir serta idea dan pemikiran mereka sangat-sangat digemari oleh orang ramai tetapi di dalam hati mereka tidak ada sebiji sawipun daripada Iman.

     Diriwayatkan daripoada Abu Malik Asy'ari r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Akan lahir daripada kalangan umatku orang-orang yang menganggap perzinaan, sutera, alat-alat muzik, nyanyian dan tarian itu sebagai halal. Sebahagian manusia akan pergi kepada orang-orang begini untuk meminta-minta. Orang-orang ini akan menjanjikan sesuatu dan menyuruh si peminta tersebut datang keesokan harinya. Maka, kemudiannya Allah Ta'ala akan mengangkat sebuah gunung dan menghempap sebahagian daripada mereka dan yang lainnya akan dirobah keadaan mereka menjadi kera dan babi sehingga ke Hari Kiamat."
(Bukhari, Jilid II, ms 837)

     Daripada Hadis-hadis yang di atas terbuktilah bahawa perkara-perkara seperti perzinaan, tari-menari, nyanyi-nyanyian yang telah diharamkan telah semakin berani dihalalkan dan meningkat di dalam hati orang-orang Islam. Dengan menjelangnya Hari kiamat, maka semakin hilanglah rasa kepentingan perintah-perintah mengenai Syari'ah, Iman serta halal haram daripada hati orang-orang Islam.

     Kecintaan terhadap kebendaan semakin membesar. Apabila peminta-peminta sedakah dan orang-orang miskin berjumpa dengan mereka, mereka akan disuruh datang keesokan harinya. (Pendalihan seperti ini telah dimulakan oleh peniaga-peniaga kecil, malahan peniaga-peniaga besar.

     Mereka cuba mengelak daripada peminta-peminta ini dengan mengatakan bahawa tuan punya kedai atau bapanya atau abangnya tidak ada. Tetapi ketika mahu menerima wang daripada pelanggan, ketiadaan bapa atau tuannya tidak melengah-lengahkannya.

     Perlakuan begini telah menjadi suatu kebiasaan tetapi akibat perbuatan demikian dan menggelak pengemis akan menjemput kemurkaan Allah Ta'ala.

      Sekumpulan orang yang sedemikian yang menganggap perkara yang haram sebagai halal akan dihempap dengan gunung dan sebahagian daripada mereka akan bertukar menjadi kera dan babi. Hadis di atas membuktikan bahawa azab dalam bentuk penukaran dan penjelmaan demikian juga akan berlaku kepada sekumpulan umat Muhammad.

     Daripada Hadis yang lain menyatakan pula azab yang sedemikian tidak akan menimpa umat Muhammad s.a.w. Maksudnya bahawa azab secara umum sebagaimana yang telah diturunkan kepada umat-umat yang terdahulu tidak akan menimpa orang-orang Islam tetapi beberapa orang daripada beberapa kumpulan yang melampaui batasan akan menerima azab tersebut dan mereka akan menjelma menjadi kera dan babi. Semoga Allah Ta'ala melindungi kita semua. Amin.

(Bersambung...)

[Bab 33, Meniti Debaran Zaman]


     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...