Abu Malik Asy'ary r. 'anhu berkata : "Demi Allah Yang Maha Tinggi, bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah memberitahu kepadaku akan perkara yang palsu. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Akan muncul kumpulan-kumpulan yang sedemikian di kalangan umatku yang akan menganggap perzinaan dan sutera itu halal. Mereka beranggapan arak dan minuman keras sesuatu yang dibenarkan. Mereka juga beranggapan nyanyi-nyanyian dan muzik juga dihalalkan. Mereka akan berkhemah (berdiam) berhampiran gunung. Binatang ternakan mereka akan memakan rumput berhampirannya. Seorang peminta sedekah akan menemui mereka lalu meminta sesuatu kepada mereka. Dia akan disuruh datang keesokan harinya. Azab Allah tertimpa ke atas mereka pada malam tadi. Gunung itu pecah berkecai lantaran gerak gempa. Sebahagian mereka akan mati dan sebahagian akan bertukar menjadi kera dan babi sehingga ke hari Kiamat."
(Bukhari, Jilid 2, ms 837)
Hadis ini tidaklah bertentangan dengan Hadis lain yang mana Rasulullah s.a.w. ada bersabda : "Azab yang berupa gerak gempa dan penjelmaan (pertukaran bentuk) tidak akan mengenai umatku."
(Hadis)
Maksud hadis ini ialah bahawa azab secara umum yang sebelum ini ditimpakan ke atas umat-umat nabi-nabi sebelumnya tidak akan terjadi yang menyebabkan mereka terhapus sama sekali daripada permukaan bumi ini. Tetapi azab seumpama ini akan ditimpakan ke atas sekumpulan manusia yang kegiatan-kegiatan mereka yang tidak senonoh seperti yang tercatat di atas.
(Umdatul Qari, Syarah Bukhari, Jilid 21, ms 177)
Allamah Ibn Arabi juga menekankan perkara yang sama.
(Fathul Bari, Syarah Bukhari, Jilid 21, ms 155)
Maksud yang lain ialah kecerdasan fikir dan pemahaman serta budi pekerti kumpulan-kumpulan yang sedemikian sudah tidak nalar lagi (tidak dapat membezakan antara baik buruknya), sudah tandus tidak ubah seperti kera dan babi.
Dengan lain perkataan Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa mereka ini akan menganggap perzinaan dan perkara-perkara lucah, tari-menari dan nyanyi-nyanyian serta sukan-sukan yang melalaikan sebagai perkara-perkara yang dihalalkan.
Renunglah dengan apa yang dikatakan oleh para Ulamak. Dengan mengambil dan menganggap perkara-perkara yang haram sebagai halal, boleh sahaja membawa seseorang itu kepada kafir. Jadi mereka yang minum todi, arak dan sebagainya lalu menganggapnya sebagai halal akan terjerumus menjadi kafir. Tetapi jikalau si peminum ini minum benda-benda ini masih tidak menganggapnya sebagai halal, maka dia adalah pendosa dan tidaklah membawanya kepada kafir.
Penjelasan Yang Lain
Mereka mungkin memakai nama orang Islam namun secara hakikatnya mereka adalah kafir. Menurut jalan syari'at, mereka ini dikatakan munafiq. Terdapat sebilangan mereka yang munafiq ini di India, Pakistan dan Eropah (dan lain-lain negeri juga).
Mereka menaja dan menyokong kerja-kerja yang dilarang ini siang dan malam sambil mempersenda-sendakan perintah-perintah agama dan amalan-amalannya. Dengan berlandaskan usaha untuk mengubah masyarakat, mereka memperagakan diri mereka bertentangan dengan Islam. Mereka mulalah menimbulkan keraguan dan pertentangan ke atas pengasingan wanita dan juga pembolehan terhadap dua tiga dan empat isteri, mereka membangkitkan rasa syak wasangka serta mencela pemakaian purdah, janggut dan juga terhadap penunaian Haji.
Bagi mereka mencari pengetahuan agama dan pendidikannya adalah merugikan masa semata-mata. Tayangan filem adalah haram tetapi merekalah yang mempertahankan pembolehannya. Wanita-wanita dihasut untuk menjadi agen menentang pengharaman wayang gambar lalu menerbitkan risalah-risalah dan makalah untuk menyatakan bahawa tidak ada salahnya filem-filem ini malahan diperbolehkan dan mendatangkan manafaat. Lantaran mereka rela dibakar daripada ditanam, maka Allah Ta'ala jadikan cita-cita mereka itu ternyata dalam bentuk wasiat dan tulisan mereka.
Ringkasnya, walaupun mereka mempunyai nama-nama Islam, akan termasuk ke dalam kalangan orang-orang munafiq dan kemurkaan Allah lalu tertimpalah ke atas mereka.
Mereka akan memuaskan diri di dalam perbuatan-perbuatan terkutuk itu tetapi masih menganggapinya sesuatu yang ringan. Mereka hampir-hampir sahaja mencecah batas kekafiran dan azab akan menimpa mereka.
(Umdatul Qari, Jilid 21, ms 176)
Perkataan di dalam hadis itu ialah "ma'azif" bermaksud :
1. Mereka akan menganggap nyanyian itu sebagai halal;
2. Mereka menganggap permainan gendang itu sebagai halal;
3. Mereka juga menganggap nyanyian dan para biduanita itu sebagai halal;
4. Segala peralatan sukan, permainan judi dan suka-sukaan itu sesuatu yang halal; dan
5. Mereka juga menganggap bunyi-bunyian dan peralatan muzik sebagai halal.
(Umdatul Qari, Jilid 21,146; Fathul Bari, Jilid 12, ms 155)
Cubalah fikir mengenai orang-orang awam yang telah dicandui dengan program-program radio, TV dan pawagam. Apabila siang malam asyik sibuk dengan benda-benda ini maka rasa hormat terhadap pengharaman program-program, benda-benda itu akan tercabut daripada hati mereka, langsung daripada itu akan menjemput azab Allah yang mana akan menukarkan wajah.
(Kirmani Syahri Bukhari, Jilid 20, ms 147)
Apabila hati-hati mereka menjadi hitam gelap lalu tertutuplah daya membezakan antara baik dan buruk, halal dan haram. Mereka akan menganggap perkara-perkara dan perbuatan yang buruk itu sebagai suatu yang baik, sebagaimana jelas kita perhatikan dewasa ini. Justeru, Imam Bukhari r. 'alaihi telah meletakkan suatu tajuk : "Mereka akan menganggap arak itu sebagai halal dan menamakannya dengan nama yang lain ke atasnya."
(Jilid 2, ms 837)
Tidakkah keadaan ini berlaku di dalam masyarakat hari ini? Mereka yang kembali daripada menyaksikan tayangan wayang gambar berkata bahawa mereka sedang kembali daripada mendengar khutbah dan syarahan. Mereka yang minum todi atau arak menyakinkan bahawa mereka sedang minum air kelangsungan hayat. Yang mendengar radio pula berkata bahawa mereka sedang mendengar syarahan. Mereka yang menonton program TV menyatakan bahawa mereka sedang duduk di dalam suatu majlis yang suci.
Jikalau para Ulamak mengatakan bahawa ada program TV yang tidak boleh dipertontoni dan tidak sesuai, maka adalah kaki-kaki TV yang akan menulis dan memberitahu mereka bahawa program tersebut menarik dan dapat memikati masyarakat umum. Tetapi hendaklah mereka sedari bahawa sikap mereka itu adalah hasil daripada azab Allah yang telah membalikkan hati sehingga mereka gagal untuk memahami sesuatu yang baik. Abu Umamah r. 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang ramai akan kebingungan apabila tanda-tanda azab Allah. Lalu mereka meluru kepada Ulamak(untuk minta pertolongan dan minta maaf), sedang mereka di dalam perjalanan, mereka bertukar menjadi kera dan babi."
(Umdatul Qari, Jilid 21, ms 177)
Renunglah dengan keadaan masyarakat pada hari ini. Dengan nama Islam dan atas nama kerajaan Islam, lalu menggalakkan serta memuji-muji tarian, nyanyian dan muzik sebagai item-item di dalam kebudayaan, sebenarnya bukan sahaja menghina orang-orang Islam tetapi agama Islam itu sendiri. Item-item yang begini selayaknya menarik turun azab Allah yang amat pedih dan tidak mendapat pandangan Ilahi.
Sebenarnya TV ini tidak ada tempat di dalam Islam, ia hanyalah sebagai alat untuk membuat dosa, perosak kepada suasana tempatan dan sahabat kepada syaitan. ketika anda memetik suis untuk membuka rancangan, maka dunia maksiat terpampang di ruang mata anda.
Barat pada masa kini setelah menolak agama lalu bergolak dalam kebingungan dan ketercengangan, melenyapkan rasa ketenangan hati. Merekalah yang merekacipta alat ini untuk memenuhi masa lapang mereka sebagai hiburan untuk menghadapi keadaan hidup yang membosankan dan cuba mencari ketenangan hati dan fikiran melalui alat-alat yang sedemikian, sepertimana para hippies yang mencarinya di dalam arak, candu, marijuana dan LSD (jenis-jenis dadah).
Sebahagian mereka mencari hiburan melalui alat-alat muzik melalui drum, tabla, tamburin, sarangi, biola, veena dan sebagainya. Sedangkan kepada orang-orang Islam, Allah Ta'ala telah menunjukkan kurnia dan nikmat melalui zikrullah, bacaan Al Quran, salawat, taubat dan istighfar, yakni kurnia dan nikmat yang teramat banyak sehingga hati menjadi tenang, selesa, yakin, rasa puas, kekuatan dan kuasa yang lantaran daripada itu orang-orang Islam tidaklah memerlukan taman-taman bunga, pawagam-pawagam dan alat-alat muzik.
Apabila sahaja hati menjadi hitam, maka ia memerlukan wanita terlarang dan minuman terlarang. Dan untuk mengatakan akan perkara-perkara haram yang tersebut di atas sebagai kesenian dan kebudayaan Islam adalah sebenarnya mencemar kewarasan dan kesucian pengajaran Islam. Menurut sabdaan Rasulullah s.a.w. bahawa dikatakan perkara-perkara yang diharamkan serta perlakuan-perlakuannya akan terus bertambah sehinggalah perlakuan-perlakuan itu sampai ke batas terakhir maka turunlah kemurkaan (azab) Allah.
(Bersambung...)
[Bab 34, Meniti Debaran Zaman]
salam,,,masyaAllah,gerunnya dengan ancaman daripada nabi saw......pasai nifak2 nie....
ReplyDeleteAnak Pendang Sekeluarga,
ReplyDeleteperkara ini sudah dan sedang terjadi..
электронные сигареты оренбург - сигареты беломорканал
ReplyDelete