Thursday, July 30, 2009

RUMAH PANJANG




Gambar yang disiarkan merupakan Rumah Panjang yang begitu popular di Sarawak yang didiami oleh ethnik Iban atau Dayak di Sarawak.

Persoalan yang ingin dikongsi bersama, kebanyakan ethnik ini menganut ajaran Kristian dan Athiesme dan agak kurang yang menganut agama Islam. Kebanyakan yang memeluk Islam asbab perkahwinan. Ethnik ini merupakan yang terbesar di Sarawak dan golongan muda mereka sekarang telah banyak berhijrah ke serata Malaysia. Pengkristianan ethnik ini dibuat oleh mubaligh Kristian yang datang ke rumah panjang di serata Sarawak. Asbab atas usaha mubaligh Kristian ini, majoriti telah datang kepada ajaran Kristian..
Apakah peranan saya dan tuan-tuan sekarang? ...sematkan dalam hati sayang pada umat..

Wednesday, July 29, 2009

Gerhana Matahari 22 Julai 2009


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Gerhana matahari 22 Julai 2009
Image:Solar eclipse animate (2009-Jul-22).gif
Gerhana matahari pada 22 Julai, 2009
Jenis gerhana
Gama0.0696
Magnitud1.0799
Saros136 (37 daripada 71)
Gerhana maksimum
Tempoh398 s (6 min 38.8 s)
LokasiLautan Pasifik
Koordinat24°12′36″N 144°06′24″E / 24.21°N 144.10667°E
Lebar lingkaran maksimum258.4 km
Masa (UTC)
Gerhana separa23:58:18 (21 Julai 2009)
Gerhana penuh00:51:16
Gerhana pusat00:54:31
Gerhana terbesar02:35:21

Gerhana matahari 2009 berlaku pada 22 Julai 2009 jam 8.23 pagi hingga 9.48 pagi waktu Malaysia. Gerhana matahari separa ini hanya 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan . Gerhana matahari penuh berlaku di India, China dan lain-lain.

Fenomena astronomi ini akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.Bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China .Laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu diJepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.

Penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.Ketika itu, fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting]Ekspedisi Gerhana Matahari

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam menyatakan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu.Tiga pegawai Angkasa akan membuat penyelidikan ,mengambil data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China. Ini keranacuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Ekspedisi Gerhana di China ni turut disertaikan pasukan dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online.[1]

[sunting]Kesan gerhana kepada haiwan

Pada 22 Julai 2009, penduduk India dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari yang pertama pada abad ke-21. Gerhana matahari akan merentasi India pada 22 Julai ini, selama kira-kira enam minit dan 39 saat (antara 5.30 pagi dan 7.30 pagi) dan akan dapat dilihat dengan jelas di bandar raya seperti Bhopal, Patna dan Varanasi.

Saintis India sibuk mengkaji kesan fenomena itu terhadap haiwan dan hidupan marin.Taman Negara Van Vihar di Bhopal di Madhya Pradesh, pakar zoologi menganalisis tindak balas haiwan apabila berlakunya gerhana matahari. 41 haiwan maging berlainan dipilih sebagai bahan ujikaji.Penjaga zoo memantau kelakuan singa, harimau, harimau bintang, ular, buaya dan burung.

Pakar biologi dari Universiti Veer Marmad South Gujarat akan menyelidik kesan gerhana itu terhadap hidupan akuatik. Dr Mohini Gadhia, ketua Jabatan Biologi Akuatik mengetuai pasukan tersebut. Kelakuan kelakuan ikan emas, ikan kap dan udang akan diambil datanya. Ini termasuklah corak pernafasan, renangan, perubahan pada warna (badan) atau perubahan fisiologi.[2]

[sunting]Siaran langsung

Siaran langsung Gerhana Matahari Penuh melalui :

[sunting]Rujukan

Tuesday, July 28, 2009

IBU


Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ......mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ......mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak...
lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1)
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2)
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3)
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4)
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5)
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Misteri Batu Melayang, Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad

Batu Terbang, batu isra' mi'raj, batu melayang, batu gantung, atau batu ajaib yang ternyata palsu dan merupakan hasil manipulasi atau rekayasa gambar

Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.

Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?

Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. Jika dalam versi indonesia, embel-embel ceritanya adalah tentang kisah isra' mi'raj di atas, maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir. Sang batu, konon ceritanya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.

Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang. Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.

Berikut adalah foto-foto batu asli dari berbagai sudut pengambilan gambar:

Foto asli dari batu yang disebut sebagai batu terbang atau batu melayang. Ternyata batu tersebut mempunyai penyangga di bawahnya.Foto asli dari batu yang disebut sebagai batu terbang atau batu melayang. Ternyata batu tersebut mempunyai penyangga di bawahnya.Foto asli dari batu yang disebut sebagai batu terbang atau batu melayang. Ternyata batu tersebut mempunyai penyangga di bawahnya.

Foto asli dari batu yang menjadi pijakan Nabi Muhammad saat ber-Isra' Mi'raj.Bagaimana dengan batu yang merupakan pijakan Nabi saat ber-isra'mi'raj? Di samping ini adalah gambar batu tersebut. Ia berada di Yerusalem, Palestina di wilayah Masjid al Aqsha. Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenal sebagai simbol Palestina, yaitu Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau masjid Kubah Batu. Apakah batu ini melayang? Wallahua'lam, sepertinya tidak.

Jadi, semoga kita tidak terburu-buru percaya dengan cerita-cerita heboh, ajaib, yang diembel-embeli dengan kisah-kisah islami atau dihubungkan dengan kekuasaan Allah.

Jangankan cuma batu sebesar itu, Allah pun berkuasa untuk mengangkat bukit Thursina ketika mengambil sumpah kepada kaum Yahudi. Tetapi, kalau memang batu tersebut tidak melayang, tidak terbang, dan ternyata merupakan hasil manipulasi foto belaka, apakah kita akan tetap menyebarkan foto-foto tersebut? Apalagi kisah sang batu yang ingin ikut Nabi ke langit tersebut juga tidak jelas sumbernya.

Semoga halaman ini bermanfaat untuk kebenaran.


Sunday, July 26, 2009

Adab Mendidik Anak-Anak

Berikut merupakan beberapa adab-adab tentang cara mendidik anak-anak yang perlu untuk kita ketahui agar didikan ke atas anak-anak kita berada pada landasan yang diredhai oleh Allah s.w.t. dan cara Nabi Muhammad s.a.w. :
  1. Janganlah bermain dengan kanak-kanak dengan cara yang boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa atau anggota badannya, misalnya janganlah bermain-main dengan melambung kanak-kanak ke udara, jangan bermain-main (mengacah-gacahnya) secara memegang tangannya dan menghayunnya melalui tingkap dan sebagainya.
  2. Jangan mengacah-gacahnya secara mengejar, mungkin dia akan tergelincir dan mencederakan dirinya.
  3. Jangan bercakap perkara yang memalukan di depan kanak-kanak.
  4. Mendidik anak-anak secara amnya mendatangkan pahala yang besar, namun memelihara dan mendidik anak-anak perempuan adalah amalan yang terlebih besar dan memperolehi pahala yang lebih banyak.
  5. Jangan mendidik anak-anak dengan begitu tegas atau begitu sambil lewa.
  6. Ajarilah anak-anak supaya jangan memakan makanan yang diberi oleh orang lain. Mereka hendaklah membawa makanan tersebut balik ke rumah dan makan bersama-sama ibubapa mereka jika dibenarkan memakannya.
  7. Ajarilah mereka supaya membasuh tangan sebelum makan dan minum menggunakan tangan kanan mereka.
  8. Semaikanlah ke dalam diri mereka kebiasaan makan sedikit supaya mereka dapat terselamat daripada penyakit dan tamak haloba.
  9. Semaikan kebiasaan kepada anak-anak supaya membersihkan gigi mereka, khasnya dengan menggunakan miswak.
  10. Ajarilah mereka supaya jangan meminta apa-apa sahaja keperluan mereka selain daripada orang-orang yang terlebih tua daripada mereka (ibubapa, datuk dan sebagainya)
  11. Ajarilah mereka supaya jangan menerima apa-apa hadiah daripada seseorang tanpa mendapat keizinan daripada orang-orang yang terlebih tua daripada mereka (ibubapa dan sebagainya)
  12. Janganlah mengandaikan bahawa mereka secara sendirinya akan memperolehi adab-adab dan tatacara apabila mereka sudah besar. Semaikanlah ke dalam diri mereka sifat-sifat yang baik tatkala umur mereka masih boleh dilentur. Tidak seorang pun belajar dengan sendirinya. Dengan membaca mereka akan dapat menambah ilmu mengenai budaya yang baik, namun mereka telah ternafi daripada pendidikan awal semasa zaman kanak-kanak. Kurang didikan akan mengakibatkan kanak-kanak yang sedang membesar bertindak biadap. Lebih lanjut lagi tanpa fikir, mereka akan mengakibatkan kesusahan dan kesulitan kepada orang lain.
  13. Ajarilah anak-anak supaya melakukan sesuatu dengan rasa malu khasnya apabila "menyahut seruan alam." Janganlah biarkan mereka mendedahkan diri mereka kepada orang lain.
  14. Apabila anak anda telah menyalahkan orang lain, ataupun telah bersalah janganlah menyebelahi sepihak sahaja. Jangan menyebelahi anak anda, lebih-lebih lagi semasa kehadiran mereka. Apabila anda melakukan secara begini, sebenarnya anda memusnahkan akhlak mereka.
  15. Berjaga-jaga terhadap tingkah laku anak-anak anda terhadap orang suruhan (pembantu) dan anak-anak kepada orang suruhan anda. Pastikan mereka tidak menganggu orang-orang suruhan atau anak-anak mereka. Disebabkan taraf sosial mereka yang rendah mereka tidak mengadu tetapi mereka akan mengutuk di dalam hati. Walaupun mereka tidak mengutuk tetapi malapetaka dosa dan ketidakadilan akan dirasai.
  16. Seboleh-bolehnya berusahalah supaya mereka belajar di bawah asuhan guru-guru yang sesuai dan berkelayakan.
  17. Jangan dera mereka ketika anda di dalam keadaan marah. Sama ada jauhkan mereka dari pandangan anda tatkala anda marah ataupun anda sendiri pergi dari situ. Kemudian setelah kemarahan menurun, beri amaran tiga kali kemudian baharulah kenakan denda yang sesuai.
  18. Apabila timbul keperluan untuk memukul, janganlah gunakan kayu yang berat ataupun penumbuk. Jangan tendang dengan kaki dan tampar di muka. Juga jangan ketuk di kepalanya.
  19. Ajarilah anak-anak dengan nama ibubapa mereka, datuk-datuk mereka beserta dengan alamat mereka. Sekali sekala tanya mereka tentangnya supaya mereka ingat. Manfaatnya ialah, semoga dijauhkan Allah ditakdirkan mereka tersesat, mereka boleh memberitahu pengenalan diri mereka kepada orang yang menemui mereka. Dengan ini mereka dapat kembali ke rumah mereka.
  20. Anak-anak yang sedang belajar hendaklah diberi makanan berzat yang baik untuk otak.
  21. Jika anak-anak perempuan ingin keluar daripada kawasan rumahnya, janganlah dihiasi mereka dengan perhiasan.
  22. Tekankan kepada anak-anak permpuan agar mereka jangan bermain dengan budak-budak lelaki. Sifat dan akhlak kedua-dua mereka akan rosak dengan pergaulan begini.
  23. Jikalau seorang budak lelaki daripada rumah yang lain datang ke rumah anda, beritahulah anak-anak perempuan supaya tidak menampakkan diri mereka walaupun budak tersebut masih kecil.
  24. Jikalau mana-mana kanak-kanak datang untuk belajar kepada anda, janganlah gunakan perkhidmatan daripada mereka. Layanilah mereka seperti anak-anak anda sendiri.
  25. Ajarilah anak-anak supaya jangan menghadap kiblat ketika di dalam tandas ataupun membelakangi kiblat. Ajarilah mereka dengan adab-adab bersuci (taharah) diri mereka di dalam tandas.
  26. Jangan bawa bersama anak-anak ke majlis jemputan. Ramai yang mengamalkan begini. Ini boleh merosakkan kebiasaan mereka.
  27. Jika anak-anak berdegil untuk mendapatkan sesuatu, jangan penuhkan kehendak mereka.
Semoga adab-adab yang ada ini dapat untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita dan diberkati Allah s.w.t.

Petikan dari Adab-Adab Kehidupan Bermasyarakat oleh Hakimul Ummat Hadrat Maulana Ashraf Ali Thanwi (rah. a.)

Saturday, July 25, 2009

Hadiah Untuk Isterimu

Hadiah merupakan tanda kasih. Ia menjadi simbol atau ikatan kepada kasih yang dijalin. Seorang teruna yang kasihkan seorang dara dan ingin mengahwininya, maka pinangan akan dibuat dan tanda akan diberi. Maksud si teruna adalah mencintai si dara dan apabila cintanya diterima maka si teruna akan menghantar hadiah sebagai tanda.
Hadiah itu berupa perkara yang disukai oleh si dara. Si dara akan menjaga hadiah itu dengan baik. Umpamanya sebentuk cincin yang diberi oleh si teruna dan si dara akan menganggapnya sebagai tanda kasih. Cincin ini dipakai di jari manisnya, dilihat selalu, dijaga dan setiap kali direnungnya kasihnya akan bertambah.
Hadiah adalah penghubung kasih. Islam menggalakkan kita memberi hadiah. Hadiah boleh berupa benda atau makanan tapi lebih tepat memberi sesuatu yang disukai oleh si penerima. Apabila hadiah diberi, kasih akan bertambah. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam suka jika kita memberi orang yang berpuasa walaupun sebiji kurma atau seteguk air. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjadi tabiatnya memberi sebagai tabiat yang lumrah. Beliau tidak meminta tetapi memberi.
Orang yang suka memberi akan dicintai oleh orang lain. Orang yang suka meminta tidak akan disukai oleh orang lain. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam walaupun dalam keadaan miskin sentiasa memberi dan amalan ini diikuti oleh para sahabat baginda. Suatu ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak ada makanan di adalam rumahnya dan beliau memberitahu sahabat "Siapakah yang boleh melayani tetamuku?', Seorang sahabat berkata 'Saya bersedia". Setibanya di rumah, makanan yang ada hanyalah mencukupi untuk anak-anakanya. Anak-anaknya ditidurkan, seluruh keluarga berlapar dan tetamu diberi makan.
Keeesokan harinya, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberitahu bahawa ayat Al-Quran telah diturunkan untuk memuji sahabat yang memberi makanan walaupun dia dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dan Abi Hurairah Radhiallahu Anhu.
Kita sering memberi hadiah kepada orang lain tetapi kita jarang memberi hadiah kepada isteri kita. Kita menganggap isteri itu sebahagian daripada diri kita. Oleh itu kita tidak perlu memberi hadiah kepadanya. Sangkaan seperti ini tidak betul. Isteri kita adalah manusia yang asing dan mempunyai perasaan yang tersendiri. Kita diikat dengan tali perkahwinan. Kedua-duanya berjanji akan mengukuhkan tali itu dan tidak akan memeutuskannya. Kalaulah demikian, kenapa kita tidak melayan isteri kita seperti mana yang patut dia dilayani. Tidak ada manusia lain yang kita harus berusaha untuk menambahkan kasih sayang melainkan terhadap isteri kita. Isteri sentiasa berkhidmat kepada suami. Alangkah gembiranya isteri jika setiap khidmatnya dihargai.
Apakah hadiah yang patut diberi? Hendaklah hadiah itu berbentuk peribadi, umpamanya bunga, pakaian, alat solek mahupun barang perhiasan. Hadiah tidak perlu mahal tetapi mengikut kemampuan kita berilah hadiah untuk isteri.
Hadiah yang kecil tetapi mempunyai unsur keikhlasan dari suami adalah memadai. Ianya tidak perlu mahal. Apabila kita memberi hadiah berilah dengan tangan kita sendiri. Beritahu kepada isteri "Inilah hadiah dariku buatmu" dan nyatakan yang kamu sayang padanya.
Orang melayu malu untuk menyatakan perasaannya terhadap isterinya. Perasaan hanya diluahkan ketika di dalam percintaan. Setelah berkahwin perasaannya tidak dinyatakan lagi. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberitahu 'Sekiranya kamu mencintai akan seseorang, beritahulah dia'. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dalam Adab Mufrad m.s. 80. Oleh itu berilah hadiah pada isterimu dan beritahu dia kamu cinta padanya. Jika tidak mahu bercakap, tuliskan saja bersam hadiahnya. Isteri apabila menerima hadiah daripada suami yang dibungkus dengan rapi dan cantik walaupun murah harganya dan tertulis bersam hadiah itu "Aku Cinta Padamu" tentulah hadiah seperti itu menggembirakannya. Kita disuruh oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam untuk menggembirakan orang lain dan dilarang daripad menyusahkan sama ada melalui perbuatan atau percakapan kita.
Siapakah orang yang patut kita gembirakan melainkan isteri kita. Apabila dia menerima hadiah daripada suaminya, isteri pasti merasai dalam hatinya bahawa khidmatnya di rumah dihargai oleh suaminya. Dalam hati kecilnya ia berkata, bahawa suamiku menyayangiku dan tidak ada orang lain yang disayanginya lebih daripada aku.
Bialkah hadiah patut diberi? Hadiah patut diberi setelah kembali dari berpergian jauh atau hari-hari istimewa seperti mengingati hari perkahwinan atau pada hari jadi isterimu. Walaupun ianya bukan adat orang Islam, tetapi kita boleh menggunakan detik-detik istemewa ini sebagai masa untuk memberi hadiah kepada isteri.
Sekali-sekala apabila pulang dari kerja kita boleh memberi hadiah. Berilah hadiah pada isteri dan janganlah meminta untk dibalas. Berilah dengan niat untuk menggembirakan isteri kerana Allah Subhanahu Wa Taala semata-mata. Bila seorang isteri memahami bahawa ia disayangi oleh suaminya maka ketaatannya kepada suami akan bertambah. Ia akan semakin kasih dan taat pada suaminya. Oleh itu berilah hadiah, tapi janganlah berlebihan.
Berlebihan dalam memberi hadiah juga boleh mengakibatkan kesan yang kurang baik. Isteri akan menjadi terlalu manja sehingga akan datang sifat meminta. Berilah hadiah pada masa yang tertentu, nescaya keluargamu bahagia.

-petikan Isteriku Tanggungjawabku - Dr. Nasoha BiN Saabin.

Lima Cabangan Syariat

Syariat mempunyai lima cabangan atau bahagian.
'AQAID' (kepercayaan) misalnya kepercayaan kepada Keesaan Allah Taala dan Risalah (Kenabian) Rasulullah s.a.w.
AMAL (Amalan Kesalihan) misalnya solat puasa.
MUAMALAT (Urusan Jual Beli, Perjanjian) misalnya perniagaan dan perdagangan urusan harta.
AKHLAQ (Sifat maruah, perangai) misalnya rendah diri, kedermawanan dan sebagainya.
HUSNI-I-MUASYARAT (Adab kemasyarakat yang indah) yakni hubungan baik dengan manusia misalnya menjauhkan dirinya daripada perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan gangguan 9ketidakselesaan) kepada orang lain - umpamanya menganggu orang yang sedang tidur.
Kelima-lima bahagian yang telah disebutkan tadi terangkum menjadi syariat. Maka amatlah mustahak bagi setiap orang Islam mengamalkan kelima-lima cabangan syariat ini.
(rujukan: Adab-adab Kehidupan Bermasyarakat, oleh Hakimul Ummat Hadrat Maulana Ashraf Ali Thanwi rah. a.)

Friday, July 24, 2009

Fadhilat Menjaga Pandangan

Dari Abi Umamah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaiknya kamu menundukkan pandangan atau menjaga kemaluanmu. Jika tidak, maka Allah akan mengubah wajahmu."
Keterangan:
Di dalam hadits ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan suatu ancaman yang sangat keras. Tetapi kita senantiasa menganggap ringan dosa tersebut bahkan tidak dianggap sebagai perbuatan dosa, padahal sebenarnya merupakan perbuatan dosa dan penyakit yang sangat merosak yang dapat menyerang setiap manusia. Tidak seperti maksiat-maksiat lainnya, dosa mata adalah penyakit yang tidak dapat dirasakan, tetapi apabila telah sampai kepada tingkatan yang parah, akan sangant merugikan penderitaannya, lebih daripada dosa-dosa lainnya. Apabila seseorang makan atau minum sesuatu, pasti pada tahap tertentu ia akan merasa puas, sedangkan dosa mata tidak ada puasnya. (Ghadhdhul Bashar, hal 18). Beliau berkata lagi, "Saya perhatikan, dari 1,000 orang yang tidak terkena dosa ini mugkin hanya seorang."
Imam Ghazali rah. a. berkata, "Apabila kemaksiatan telah menyebar luas dan menjadi hal yang biasa, maka musibah akan menimpa kepada setiap orang" (Ghadhdhul Bashar. 18). Hal ini adalah tipu daya syaitan dan hawa nafsu. Apabila banjir melanda suatu tempat, dan seseorang berusaha menyelamatkan dirinya dengan berbagai cara, apakah ia akan diam saja tanpa berusaha menyelamatkan yang lainnya, sedangkan musibah itu akan menimpa semua orang, dan dapat membawa maut kepada semuanya? Hal ini perlu kita fikirkan dan kita fahamkan baik-baik. (Tanbihul Ghafilin)
Rujukan: Keutamaan Menundukkan Pandangan - Maulana Ahmad Syaifudin, M.A.


Pengenalan..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. dan mereka yang mengikut jalan yang lurus dan petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. hingga ke hari qiamat.

Mengekalkan Keyakinan Yang Benar.

Bacalah Surah Al Ikhlas. Ia akan membolehkan seseorang untuk mengekalkan keyakinan yang betul dan memelihara daripada syirik.
(rujukan Amalan Daripada Al Quran - As Sheikh Ashraf Ali Thanawi (r.a) Terjemahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...