- Janganlah bermain dengan kanak-kanak dengan cara yang boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa atau anggota badannya, misalnya janganlah bermain-main dengan melambung kanak-kanak ke udara, jangan bermain-main (mengacah-gacahnya) secara memegang tangannya dan menghayunnya melalui tingkap dan sebagainya.
- Jangan mengacah-gacahnya secara mengejar, mungkin dia akan tergelincir dan mencederakan dirinya.
- Jangan bercakap perkara yang memalukan di depan kanak-kanak.
- Mendidik anak-anak secara amnya mendatangkan pahala yang besar, namun memelihara dan mendidik anak-anak perempuan adalah amalan yang terlebih besar dan memperolehi pahala yang lebih banyak.
- Jangan mendidik anak-anak dengan begitu tegas atau begitu sambil lewa.
- Ajarilah anak-anak supaya jangan memakan makanan yang diberi oleh orang lain. Mereka hendaklah membawa makanan tersebut balik ke rumah dan makan bersama-sama ibubapa mereka jika dibenarkan memakannya.
- Ajarilah mereka supaya membasuh tangan sebelum makan dan minum menggunakan tangan kanan mereka.
- Semaikanlah ke dalam diri mereka kebiasaan makan sedikit supaya mereka dapat terselamat daripada penyakit dan tamak haloba.
- Semaikan kebiasaan kepada anak-anak supaya membersihkan gigi mereka, khasnya dengan menggunakan miswak.
- Ajarilah mereka supaya jangan meminta apa-apa sahaja keperluan mereka selain daripada orang-orang yang terlebih tua daripada mereka (ibubapa, datuk dan sebagainya)
- Ajarilah mereka supaya jangan menerima apa-apa hadiah daripada seseorang tanpa mendapat keizinan daripada orang-orang yang terlebih tua daripada mereka (ibubapa dan sebagainya)
- Janganlah mengandaikan bahawa mereka secara sendirinya akan memperolehi adab-adab dan tatacara apabila mereka sudah besar. Semaikanlah ke dalam diri mereka sifat-sifat yang baik tatkala umur mereka masih boleh dilentur. Tidak seorang pun belajar dengan sendirinya. Dengan membaca mereka akan dapat menambah ilmu mengenai budaya yang baik, namun mereka telah ternafi daripada pendidikan awal semasa zaman kanak-kanak. Kurang didikan akan mengakibatkan kanak-kanak yang sedang membesar bertindak biadap. Lebih lanjut lagi tanpa fikir, mereka akan mengakibatkan kesusahan dan kesulitan kepada orang lain.
- Ajarilah anak-anak supaya melakukan sesuatu dengan rasa malu khasnya apabila "menyahut seruan alam." Janganlah biarkan mereka mendedahkan diri mereka kepada orang lain.
- Apabila anak anda telah menyalahkan orang lain, ataupun telah bersalah janganlah menyebelahi sepihak sahaja. Jangan menyebelahi anak anda, lebih-lebih lagi semasa kehadiran mereka. Apabila anda melakukan secara begini, sebenarnya anda memusnahkan akhlak mereka.
- Berjaga-jaga terhadap tingkah laku anak-anak anda terhadap orang suruhan (pembantu) dan anak-anak kepada orang suruhan anda. Pastikan mereka tidak menganggu orang-orang suruhan atau anak-anak mereka. Disebabkan taraf sosial mereka yang rendah mereka tidak mengadu tetapi mereka akan mengutuk di dalam hati. Walaupun mereka tidak mengutuk tetapi malapetaka dosa dan ketidakadilan akan dirasai.
- Seboleh-bolehnya berusahalah supaya mereka belajar di bawah asuhan guru-guru yang sesuai dan berkelayakan.
- Jangan dera mereka ketika anda di dalam keadaan marah. Sama ada jauhkan mereka dari pandangan anda tatkala anda marah ataupun anda sendiri pergi dari situ. Kemudian setelah kemarahan menurun, beri amaran tiga kali kemudian baharulah kenakan denda yang sesuai.
- Apabila timbul keperluan untuk memukul, janganlah gunakan kayu yang berat ataupun penumbuk. Jangan tendang dengan kaki dan tampar di muka. Juga jangan ketuk di kepalanya.
- Ajarilah anak-anak dengan nama ibubapa mereka, datuk-datuk mereka beserta dengan alamat mereka. Sekali sekala tanya mereka tentangnya supaya mereka ingat. Manfaatnya ialah, semoga dijauhkan Allah ditakdirkan mereka tersesat, mereka boleh memberitahu pengenalan diri mereka kepada orang yang menemui mereka. Dengan ini mereka dapat kembali ke rumah mereka.
- Anak-anak yang sedang belajar hendaklah diberi makanan berzat yang baik untuk otak.
- Jika anak-anak perempuan ingin keluar daripada kawasan rumahnya, janganlah dihiasi mereka dengan perhiasan.
- Tekankan kepada anak-anak permpuan agar mereka jangan bermain dengan budak-budak lelaki. Sifat dan akhlak kedua-dua mereka akan rosak dengan pergaulan begini.
- Jikalau seorang budak lelaki daripada rumah yang lain datang ke rumah anda, beritahulah anak-anak perempuan supaya tidak menampakkan diri mereka walaupun budak tersebut masih kecil.
- Jikalau mana-mana kanak-kanak datang untuk belajar kepada anda, janganlah gunakan perkhidmatan daripada mereka. Layanilah mereka seperti anak-anak anda sendiri.
- Ajarilah anak-anak supaya jangan menghadap kiblat ketika di dalam tandas ataupun membelakangi kiblat. Ajarilah mereka dengan adab-adab bersuci (taharah) diri mereka di dalam tandas.
- Jangan bawa bersama anak-anak ke majlis jemputan. Ramai yang mengamalkan begini. Ini boleh merosakkan kebiasaan mereka.
- Jika anak-anak berdegil untuk mendapatkan sesuatu, jangan penuhkan kehendak mereka.
Semoga adab-adab yang ada ini dapat untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita dan diberkati Allah s.w.t.
Petikan dari Adab-Adab Kehidupan Bermasyarakat oleh Hakimul Ummat Hadrat Maulana Ashraf Ali Thanwi (rah. a.)
No comments:
Post a Comment