Thursday, August 30, 2012

Pra Perayaan

SELEPAS raya ini nafsu untuk makan meluap lagi. Bulan puasa lepas, aku dapat mengurangkan berat badan hanya 3kg. Dan sekarang berat aku naik 1kg lagi.

Sejak akhir-akhir ini atau selepas aku balik ke Sarawak badan aku dah naik. Maksudnya, sejak aku berada di semenanjung berat badan aku dah bertambah dan berat badan aku di Sarawak kira boleh dikawal sebelum ini. Maksudnya makanan di semenanjung begitu menyelerakan kerana pelbagai citarasa dan menaikkan nafsu makan aku. Bukan juga makanan di Sarawak tak sedap atau "sik nyaman", cuma berbeza sikit.

Bila aku fikirkan tentang bab berat badan, nak naikkan berat badan begitu mudah nampaknya tetapi bab nak turunkan berat badan aku mengalami masalah sikit. Kadang-kala aku tak boleh kawal kuantiti makanan, kalau nak makan aku makan sahaja. Kawan aku beritahu tak perlu kawal makanan, cuma perlu mengawal permakanan yang seimbang.

Aku rasa dari segi keseimbangan makanan aku tidak teratur menyebabkan keseimbangan badan aku juga tidak teratur sama. 

Tetapi, aku dengar kematangan seorang lelaki itu bukan setakat umurnya mencecah 40 tahun tetapi kematangan seseorang lelaki itu akan menyebabkan boroinya perut. Betulkah? Bagi para lelaki yang sudah berkahwin pasti akan mengalami "simptom" kematangan ini. Boroi atau buncit perut.

Tidak semua lelaki yang mengalami gangguan simptom ini, bagi yang boleh mengawal atau menjaga badan tahniah kepada anda. Jadi, mereka yang sudah terjebak dengan peristiwa ini lekas-lekaslah mengawal badan agar tidak terlebih berat dan akan mencacatkan ketampanan anda. 


Wednesday, August 15, 2012

Salam Lebaran


Apa-apa yang tersilap tulis harap dimaafkan dan salam lebaran untuk semua...

Tuesday, August 14, 2012

Nabi Isa 'Alaihissalam Akan Membawa Orang-Orang Islam Ke Gunung Sinai Dan Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj

DI dalam riwayat Muslim terdapat satu gambaran bagaimana Yakjuj dan Makjuj keluar selepas Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa 'alaihissalam. Baginda kemudian akan melalukan tangannya ke muka orang-orang yang diselamatkan oleh Allah. Gambaran terperinci Yakjuj dan Makjuj adalah seperti berikut:

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isa 'alaihissalam akan berada di dalam keadaan yang sama(yakni menemui orang ramai dan bertanyakan khabar mereka) apabila datangnya wahyu Allah yang berfirman: "Aku sedang melepaskan hamba-hambaku(daripada terpenjara) yang tidak ada kekuatan untuk melawan mereka, maka bawalah orang-orang Islam ke Gunung Sinai untuk perlindungan."

Maka Isa 'alaihissalam akan membawa orang-orang Islam ini ke Gunung Sinai. Kemudian Allah Ta'ala akan melepaskan Yakjuj dan Makjuj di mana mereka akan meluru turun daripada tempat-tempat tinggi. Bilangan mereka begitu ramai sekali yang tatkala sesampai sahaja kumpulan pertama di suatu Tasik Tabriyah(menurut pengarang Mirqat, Tabriyah adalah suatu tempat di Syria sedangkan menurut pengarang Qamus ia adalah suatu tempat di Wasit yang tasik ini kira-kira 10 batu panjangnya) mereka akan minum habis semua air yang ada di dalam tasik tersebut sehingga kering kontang.

Apabila kumpulan kedua tiba kemudiannya mereka berkata dulu di sini ada air. Lalu mereka berlalu menuju ke satu tempat bernama "Khaimir" salah sebuah gunung daripada gunung-gunung Baitul Muqaddis. Sesampai sahaja mereka di sana mereka berkata: "Kita telah membunuh semua penghuni dunia ini, sekarang mari kita bunuh pula penghuni langit." Mereka lantas memanah ke arah langit dengan kuasa Allah, Dia menurunkan titisan darah. Yakjuj dan Makjuj lalu membuat angkara buruk di seluruh dunia.

Mereka mengepung Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikut-pengikutnya di Bukit Sinai. Mereka begitu memerlukan bahan-bahan keperluan sehingga satu kepala lembu adalah lebih berharga daripada 1000 dinar pada hari ini. Untuk menghapuskan kesusahan mereka ini. Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikutnya akan berdoa kepada Allah dengan menangis-nangis dengan tawaduk.

Mereka juga berdoa agar dibinasakan Yakjuj dan Makjuj. Hasilnya Allah akan menghantar satu jenis penyakit(1) yang terdapat di dalam hidung-hidung kambing dan unta-unta yang dipanggil "raghaf" oleh orang-orang Arab. Penyakit ini akan menyerang tengkuk-tengkuk mereka dan mereka mati serentak seperti matinya seorang sekaligus. Mereka mati terkapar seolah-olah dikerkah oleh harimau akan badan mereka. Selepas mereka mati Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikut-pengikutnya akan turun dari Gunung Sinai tetapi tidak ada tempatpun yang tidak ditempati oleh bangkai dan bau Yakjuj dan Makjuj tadi.

Sekali lagi Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikutnya menangis dengan merayu: "Ya Rabbana! selamatkanlah kami daripada bangkai dan bau busuk ini." Maka Allah Ta'ala menghantar burung-burung berleher panjang seperti unta yang mengangkat bangkai Yakjuj dan Makjuj lalu membuang mereka ke tempat yang Allah Ta'ala sukai. Hujan diturunkan oleh Allah sehingga tidak ada satu rumah dan khemahpun yang tertinggal. hujan ini akan membersih seluruh dunia ini sebersih-bersihnya seperti cermin agar Nabi Isa 'alaihissalam dan pengikut-pengikutnya dapat hidup selesa yang disertai kasih sayang, nikmat dan rahmat yang diturunkan oleh Allah ke atas mereka. 

Pada ketika itu Allah memerintahkan bumi mengeluarkan buah-buahan dan mengembalikan keberkatannya. Justeru, bumipun ditumbuhi oleh pokok-pokok yang mengeluarkan buah-buahan yang merimpah-ruah dan penuh keberkatannya. Sebiji buah delima dapat memuaskan kelaparan seluruh kumpulan orang ramai kerana delima itu sangat besar yang kulitnya sahaja boleh dibuat payung.

Keberkatan juga terdapat di dalam susu yang mana susu daripada seekor unta cukup untuk menampung satu keluarga besar dan susu daripada seekor kambing dapat menampung satu keluarga kecil. Orang-orang Islam akan hidup selesa, gembira dan mewah sehingga kiamat merangkak semakin hampir.

Tetapi Kiamat akan berlaku ke atas orang-orang yang kafir sahaja. Jadi Allah akan menghantar satu bayu yang istimewa yang telah dinyatakan di dalam beberapa hadis bahawa ia terlebih lembut daripada sutera. Bayu ini akan menyentuh ketiak setiap orang Islam lalu mencabut nyawa mereka.

Yang tinggal hanyalah orang-orang yang paling jahat dan buruk laku, berperangai seperti keldai dalam kerja-kerja maksiat dan salah laku akhlak yang tidak bermaruah. Mereka bergembira ria dalam perzinaan, minum arak, perjudian, kekafiran, kemusyrikan dan menyembah berhala. Maka datanglah Kiamat ke atas mereka.
(Muslim)

Tersebut juga di dalam Tirmizi bahawa orang-orang Islam akan menggunakan busar dan anak panah Yakjuj dan Makjuj selama 7 tahun sebagai bahan api.

(1) Dikenali sebagai "anthrax". Maksudnya "didihan yang membunuh" dan juga demam limpa kambing dan lembu. Suatu bintil-bintil yang membunuh terjadi ke atas manusia hasil jangkitan daripada binatang yang berpenyakit itu. Ia dikenali juga sebagai penyakit pengumpul-pengumpul bulu. Tetapi ini adalah penyakit-penyakit yang jarang berlaku(Quraish)

Bab 79, Meniti Debaran Zaman
Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan: Abdul Aziz B Abdul Hamid


Tuesday, August 7, 2012

Ba'kelalan, The Heart Of Borneo

SUDAH dekat 4 tahun aku tidak ke Ba'kelalan, suatu tempat yang menarik dan nyaman. Minggu lepas aku ada urusan rasmi di Ba'kelalan dan aku tak dapat nak ceritakan bagaimana keadaan di sini. Cuma aku ambil gambar-gambar di persekitarannya dan tuan/puan bolehlah menatapi sekejap untuk santapan mata di bulan yang mulia ini.

Twin Otter bagi penerbangan ke Ba'kelalan
Muat untuk 15 orang penumpang sahaja
Suasana dalam kapal terbang
Pilot pun boleh dibawa bercakap
Sampai di Ba'kelalan
Epal Ba'kelalan
Ranum dan rangup
Buah Epal yang membesar
Belum dapat dipetik lagi
Nak rasa juga tapi masa tu tengah puasa
Pokok Epal yang  sedap epalnya
Epal yang dah masak
Waktu pagi yang dingin
Sawah yang masih dibajak oleh kerbau-kerbau
Sawah yang telah dibajak oleh kerbau
Rumah-rumah kampung
Ke sekolah bersama ibu
Pakcik ini hendak ke kebun
Jambatan yang menghubungkan sekolah rendah
Sungai yang kekeringan
Semakin kering
Tenang dan santainya
Mengalirnya sungai yang jernih
Anak-anak padi yang akan dipindahkan
Lorong sebagai jalan penduduk di sini
Batas sawah 
Sawah yang telah dibajak
Indah
Pagi yang dingin
Pagar, agar tidak dimasuki oleh kerbau
Tenang
Menghijau
Nyaman
Sang kerbau sedang memajak
Penuh dengan suasana kampung
Tak sama masa aku di KL dulu-dulu
Kabus yang masih tebal walaupun sudah pukul 7 pagi
Suasana mengasyikkan
Batas-batas
Kabus tebal
Di kejauhan
Jalan utama penduduk kampung
Suasana kampung di waktu pagi
Sebuah kampung
Jambatan sebagai alat penghubung
Cantik
Indah
Kasih seorang ayah
Denai-denai
Motosikal juga sebagai pengangkutan utama dari kampung ke kampung
Dilatari oleh kepulan kabus betina
Lereng-lereng batas
Jalan yang mengasyikkan
Anak-anak padi yang boleh untuk dipindahkan
Mempesonakan
Meracun siput gondang
Cantik
Tenang
Muda
Lorong-lorong
Kekampungan
Teguh

Sungai
Papan yang dipotong oleh penduduk
Jauh dan tinggi
Kampung
Redup
Suasana Kampung
Allahuakbar
Alhamdulillah
Nak cakap apa lagi...Subhanallah..
Lapangan terbang, twin otter boleh mendarat
Bendang
Keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa
Datanglah ke Ba'kelalan
Trek kapal terbang

Tengok tu, cantikkan
Balik dari sawah
Tenang
Tenang dan tenang
Senyum
Menunggu untuk ditanam dengan anak padi
Berjalan
Masih bertenaga
Hilux pengangkutan untuk ke Lawas
"The Warriors" 

Hilux yang parkir
Tempat aku menginap
Perjalanan pulang
Wajah-wajah Lun Bawang
Barang-barang yang dipunggah untuk balik
Jalan yang penuh berdebu
Sampai di Lawas habis berdebu badan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...