Thursday, August 30, 2012

Pra Perayaan

SELEPAS raya ini nafsu untuk makan meluap lagi. Bulan puasa lepas, aku dapat mengurangkan berat badan hanya 3kg. Dan sekarang berat aku naik 1kg lagi.

Sejak akhir-akhir ini atau selepas aku balik ke Sarawak badan aku dah naik. Maksudnya, sejak aku berada di semenanjung berat badan aku dah bertambah dan berat badan aku di Sarawak kira boleh dikawal sebelum ini. Maksudnya makanan di semenanjung begitu menyelerakan kerana pelbagai citarasa dan menaikkan nafsu makan aku. Bukan juga makanan di Sarawak tak sedap atau "sik nyaman", cuma berbeza sikit.

Bila aku fikirkan tentang bab berat badan, nak naikkan berat badan begitu mudah nampaknya tetapi bab nak turunkan berat badan aku mengalami masalah sikit. Kadang-kala aku tak boleh kawal kuantiti makanan, kalau nak makan aku makan sahaja. Kawan aku beritahu tak perlu kawal makanan, cuma perlu mengawal permakanan yang seimbang.

Aku rasa dari segi keseimbangan makanan aku tidak teratur menyebabkan keseimbangan badan aku juga tidak teratur sama. 

Tetapi, aku dengar kematangan seorang lelaki itu bukan setakat umurnya mencecah 40 tahun tetapi kematangan seseorang lelaki itu akan menyebabkan boroinya perut. Betulkah? Bagi para lelaki yang sudah berkahwin pasti akan mengalami "simptom" kematangan ini. Boroi atau buncit perut.

Tidak semua lelaki yang mengalami gangguan simptom ini, bagi yang boleh mengawal atau menjaga badan tahniah kepada anda. Jadi, mereka yang sudah terjebak dengan peristiwa ini lekas-lekaslah mengawal badan agar tidak terlebih berat dan akan mencacatkan ketampanan anda. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...