masa keluar 40 hari route pertama di Limbang diputuskan di Surau Kpg Emok...2 kali keluar kat sini, kerana kena hantar bertubi-tubi...
surau desa pabahanan..ni surau saya sendiri
surau kampung Palas..berada di pinggir luar bandar
surau kampung Pengkalan Rejab..perkampungan sungai..
surau Kampung Sibukang..dalam bandar Limbang..
surau kampung Kuala Berawan..perkampungan sungai..
Terdapat juga route2 yang tak diambil gambar seperti Surau Kastam(tempat sabquzari Limbang) 2 kali singgah kat situ sebab ada jord dibuat dan surau Penapak attach jemaah dari Jitra, Kedah.Telatah pelajar-pelajar berada di jalan Allah SWT, syukur mereka dapat dikeluarkan di masa cuti sekolah ini,cuti yang ada dapat dimanfaatkan dan terima kasih atas fikir jemaah Jitra yang banyak korban, orang tanggungjawab Limbang dan Ibubapa pelajar-pelajar serta rakan-rakan yang datang nusrah...
masih mengantuk lagi..ada bawa bekalan gula-gula hisap..
tidur tengahari merupakan sunnah nabi SAW..
Black out semasa tengah bayan maghrib..
bermain dengan kucing..
kat rumah bermain dengan games tapi bila keluar jalan Allah bermain bersama kucing...
jambatan ke kampung Pengkalan Rejab..
pemandangan kampung Pengkalan Rejab..
pelajar-pelajar yang khidmat ta'am..tengah goreng cucur cempedak..
acara memancing ikan, malam tu dapat le ikan 2 ekor..memancing selepas selesai program..
mengantuknya..kat rumah tidur atas tilam, kat jalan Allah mujahadah sikit ye..
bayan wapsi bagi pelajar2 yang tangguh keluar 3 hari...berdoa, ada yang berdoa sambil berbaring, macam2 budak2 ni..
sambung lagi tidur sambil duduk, mengantuk sangat..bangun waktu subuh...
nyamannya tidur..
Notis Larangan kepada kumpulan tablik...?
Sebenarnya program2 yang diisi semasa keluar adalah seperti berikut agar manfaat yang berguna dapat diperolehi oleh kita bersama.
Berikut adalah program :
Lepas bayan Subuh : Mesyuarat;(untuk putuskan program dan usah yan perlu dibuat dalam sehari)
Lepas Mesyuarat - 9.30 pagi : rehat dan Sarapan Pagi;
9.30 pagi - 12.00 tengahari : Taklim (bacaan hadith, muzakarah 6 sifat sahabat dan halqah tajwid);
Solah Zohor;
Lepas Zohor : Muzakarah tentang adab2;
Makan dan rehat;
Solah Asar;
Lepas Solah Asar : Bayan Kepentingan Usaha;
Minum petang;
Lepas minum petang : Adab Ziarah dan Program Ziarah rumah ke rumah;
Solah Maghrib;
Lepas Maghrib : Bayan Fikir atas Iman Dan Amal;
Solah Isyak;
Lepas Isyak : Bacaan Hadith dan Kisah2 Sahabat;
Makan Malam;
Rehat dan Tidur;
Antara Isyak dan Subuh : program sendiri..nak baca Al Quran, solah sunat dll...
Solah Subuh;
Lepas Subuh : Bayan Subuh.
itulah program yang dibuat setiap hari, jadi masa banyak dalam lingkungan :
1. Dakwah;
2. Taklim dan Taklum;
3. Ibadat; dan
4. Khidmat.
jadi masa untuk perkara ni dapat dikurangkan :
1. Masa rehat dan tidur;
2. Masa makan dan minum;
3. Masa di luar masjid; dan
4. Cakap sia-sia.
dan dapat ditinggalkan perkara tersebut :
1. Minta pada makhluk;
2. Harap pada makhluk;
3. Membazir; dan
4. Menggunakan barang tanpa izin.
Belanja yang dikeluarkan bagi yang keluar jalan Allah dari saku sendiri tiada sponser dari mana-mana jabatan, syarikat dan individu2...semuanya duit sendiri...
Laporan dari keluar tu; kebanyakan surau2 tidak hidup solah 5 waktu, tiada amalan masjid nabawi dll...
Saranan : Perlu dihantar jemaah2 lagi ...
No comments:
Post a Comment