Sunday, January 10, 2010
Masjid Besar Limbang - Tempat Letak Kereta Yang Tak Terurus Semasa Solah Jumaat.
Bandar Limbang adalah bahagian yang paling utara di Negeri Sarawak dan uniknya ia berada dalam Negara Brunei Darul Salam. Tak hairanlah ia sebagai tempat destinasi persinggahan orang-orang Brunei untuk berehat, membeli belah dan lain-lain lagi...
Yang saya nak fokuskan ini, hanya cuma permasalahan yang kecil namun belum ada tindakan yang sewajarnya dan pembaikan yang teratur yang perlu untuk kebaikan bersama, terutamanya di perkarangan letak kereta Masjid Besar Limbang.
Jika kita lihat dan peka, setiap kali bermulanya solah Jumaat, didapati tiada diperuntukkan tempat letak kereta bagi orang-orang yang hendak menunaikan solah Jumaat sehinggakan orang-orang sepatutnya menunaikan solah Jumaat meletak kereta di perkarangan Masjid terpaksa meletak kereta mereka di bahu-bahu jalan sehingga menimbulkan kesesakan dan halangan lalulintas sekitar laluan ke masjid. Memang ada dikalangan penunai solat yang dapat meletakkan kereta mereka di masjid tapi tak ramai, kereta-kereta yang ada kat perkarangan masjid Limbang sebenarnya banyak kereta-kereta dari negara jiran yang datang membeli belah dan orang-orang tempatan yang menjadikan perkarangan masjid sebagai tempat letak kereta mereka.
Maksudnya, bukan tak boleh kita letakkan tapi bagilah peluang kepada pengunjung-pengunjung masjid terutamanya pada hari Jumaat.
Cadangan saya, perkarangan masjid perlu dikosongkan pada hari Jumaat untuk memberi ruang kepada penunai-penunai solah Jumaat, waktunya dalam 10.00 pagi hingga lepas solah Jumaat. Ini mungkin boleh menyelesaikan permasalahan kesesakan yang berlaku sejak bertahun lamanya. Dan juga, keadaan Masjid Besar Limbang yang semakin sesak, perlulah AJK Masjid untuk memperbesarkan lagi ruang masjid dan penambahan kipas-kipas ataupun aircons untuk keselesaan pengunjung-pengunjung masjid terutamanya pada hari Jumaat(kena fikirkan juga untuk menambahkan jumlah pengunjung yang bersolah).
Gambar kat bawah ni ditunjukkan kesesakan di perkarangan Masjid Besar Limbang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pihak berkenaan perlu bertindak mengatasi masalah ini.
ReplyDelete