Thursday, January 28, 2010

PENGENALAN KUMPULAN YANG AKAN MASUK SYURGA

     Renunglah dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah yang Maha Kuasa telah memuliakan dan merahmati Sunnahku dan para Sahabat yang telah bersama-sama denganku, menghabiskan masa mereka denganku, mempelajari agama daripadaku, mencintaiku dan berkhidmat untuk agama dan akhirnya membina kekuatan dan kemantapan iman dan Islam ke suatu tahap yang tertinggi sehingga aku telah mengamanahkan kepada mereka bahawa barangsiapa yang mengikutiku dan jalan mereka pastilah akan memasuki syurga dan barangsiapa yang mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan keimanan mereka akan masuk nereka, yakni bertentangan dengan golongan mereka yang dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.

     Dengan sebab inilah Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah memburuk-burukkan Sahabat-sahabatku, kerana jika mana-mana di antara mereka membelanjakan satu mud barli (gandum) pada jalan Allah sedangkan orang-orang yang selepas mereka membelanjakannya sama dengan gunung Uhud, nescaya mereka yang akhir ini tidak dapat mengatasi mereka."
(Bukhari Jilid 1, ms 518)


     Imam Nawawi r. 'alaihi telah menulis bahawa adalah haram mencaci dan mencerca para Sahabat dan memburuk-burukkan mereka. Sebahagian besar ulamak telah menyatakan bahawa barabgsiapa memburuk-burukkan sahabat hendaklah dihukum. Sementara Imam Malik r. 'alaihi berkata bahawa orang yang sedemikian hendaklah dibunuh.
(Mirqat, Lamaat, Iam Nawawi, Nota tepian no 9 di dalam Bukhari, Jilid 1, ms 512)


     Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Jika ada sesiapa yang mencaci para Sahabatku katakanlah : "Kutukan Allah ke atas yang terburuk di kalangan kamu!"
    
     Rasulullah s.a.w. bersabda : "Mereka yang menuruti jalan yang dijalani oleh para Sahabatku akan terselamat dan tidak akan masuk neraka."

     Walaupun mana-mana mereka itu melakukan kesilapan, itu bukanlah dilakukan dengan menurut hawa nafsu mereka, tetapi itu hanyalah kesilapan yang bersebab. Dan Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bahawa jika seorang mujtahid melakukan kesilapan maka dia akan mendapat satu pahala dan sekiranya dia betul di dalam membuat keputusannya dia akan memperolehi dua pahala."
(Hadis)


     Maka berjalanlah di atas lorong yang telah dijejaki oleh para Sahabat r. 'anhum. Mereka meresap cahaya daripada cahaya kenabian. Dengan ini akan menjadikan kehidupanmu di sini dan di akhirat di dalam kejayaan.

(Bersambung...)

[Bab 32, Meniti Debaran Zaman]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...