BAB 29
SATU GOLONGAN AKAN TERUS HIDUP MENEGAKKAN KEBENARAN SEHINGGA KE HARI KIAMAT
Perhatikan terhadap apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa daripada Al Quran dan Hadis sahajalah mereka tidak akan dikalahkan. Mereka akan berjalan dengan suluhan cahaya Al Quran dan Hadis yang dengan itu mereka akan tetap berjaya dan mencapai kemenangan. Tidak ada satu kuasapun di dunia ini yang dapat menghapuskan mereka. Atas perkara inilah baginda berdoa dan doanya di diterima yakni seluruh umatku tidak akan bersetuju di atas kesesatan. Maka dengan pegangan sekata umat inilah menjadikannya sebagai hujah dan pembuktian. Jika para ulamak mencapai sesuatu persetujuan di atas sesuatu perkara pada sesuatu ketika maka ini dikatakan sebagai hujah.
Kenabian Rasulullah s.a.w. adalah berterusan sehingga ke hari Kiamat. Jika pengikut agama bagi orang-orang Islam ini berpakat di atas kesesatan maka berakhirlah tujuan perutusan kenabian tersebut. Maka sudah pastilah umat ini sentiasa bergaduh dan berperang serta berpuak-puak mengwujudkan perkauman. Namun satu golongan akan tetap tegak dengan kebenaran sehinggalah ke hari Kiamat.
Maka tanggungjawab umat tidak sepatutnyalah berhenti akibat adanya perselisihan pendapat di antara ulamak. Jikalau ada perselisihan di dalam apa-apa perkara maka seharusnyalah kita menuruti kenyataan dan pendapat-pendapat golongan yang tetap tegak menurut cahaya Al Quran dan Hadis. Jika tidak maka kesesatan akan muncul.
Orang yang tinggal di mana-mana penjuru dunia tetapi percaya dengan pegangan dan pendapat tersebut maka merekalah golongan yang benar yang dikenali sebagai ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Ma'ana alaihi wa ashabihi" (jalan yang mana aku dan sahabatku berada). Golongan yang menurut dan beramal dengan kepercayaan ini adalah golongan yang benar dan golongan yang benar inilah yang akan tetap hidup sehingga ke hari Kiamat. Tidak ada satu kuasapun di dunia ini yang akan dapat membinasakannya.
Maka yang demikianlah doa Rasulullah s.a.w. yang keempat "Umatku tidak akan bersetuju di atas kesesatan" telah diterima oleh Allah s.w.t.
Terdapat satu kenyataan daripada Rasulullah s.a.w. berbunyi: "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang, maka dikurniakanNyalah kefahaman agama kepadaNya. Aku adalah penyebar sedangkan Allah Yang Maha Pemberi. Umat ini akan terus berada di atas jalan yang lurus sehingga Allah memerintahkan berlakunya Kiamat."
(Bukhari : Jilid 2, ms 1087)
(Bersambung..)
No comments:
Post a Comment