TELAH diriwayatkan oleh Nawas bin Sam'an r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebut fasal Dajjal : "Jikalau dia muncul pada masaku, aku akan menghadapinya. kamu tidak perlu bimbang. Jikalau aku tidak ada pada waktu itu maka setiap orang mestilah mempunyai keberanian menghadapinya. Dan Allah adalah Pelindung terhadap setiap orang Islam selepasku.
Bentuk tubuh Dajjal itu ialah agak muda, mempunyai rambut kerinting, matanya menonjol dan tinggi. Wajahnya seperti Abdul 'Uzza bin Qat'n. Sesiapa di kalangan kamu melihatnya hendaklah membaca pembukaan surah Kahfi kerana melalui bacaannya akan mengawal orang itu daripada angkaranya. Sesungguhnya dia akan muncul daripada satu jalan antara Syria dan Iraq.
Selepas muncul dia akan menyebarkan banyak kerosakan di setiap kota di kiri kanannya. Wahai hamba-hamba Allah tetap teguhlah kamu pada waktu itu."
Periwayat itu berkata : "Kami bertanya : "Wahai Rasulullah s.a.w. berapa lamakah yang dia akan hidup di permukaan bumi ini?"
Baginda menjawab : "Dia akan hidup selama 40 hari yang satu hari bersamaan satu tahun dan satu hari bersamaan satu bulan dan satu hari bersamaan satu minggu dan hari-hari yang berikutnya adalah seperti mana hari-hari biasa kamu."
Periwayat ini berkata bahawa mengenai ini kami bertanya : "Ya Rasulullah cukupkah bagi kami bersolat sehari pada hari ini yang panjang sehingga setahun itu?"
Baginda menjawab : "Tidak, kamu hendaklah mengira dan setelah membuat anggaran hari tersebut, maka solatlah lima waktu sebagaimana kamu solat setiap hari."
Periwayat itu berkata : Kami bertanya : "Berapa pantaskah Dajjal berjalan di bumi?"
Baginda menjawab : "Seperti angin yang meniup awan dengan pantas, maka dengan keadaan yang sama dia akan bergerak di bumi."
Yakni mencakup seluruh dunia dan akan membabitkan begitu ramai manusia dalam perbuatan angkaranya. Kemudian dengan memberi gambaran yang terlebih terperinci mengenai angkara Dajjal baginda bersabda : "Dia akan pergi kepada suatu kaum (masyarakat) dan mengajak manusia mengakunya sebagai tuhan. Orang-orang ini akan percaya kepadanya. Untuk memperkukuhkan kepercayaan orang-orang ini terhadapnya, dia akan mengarahkan langit menurunkan hujan, yang akibatnya buah-buahan dan bijirin akan keluar. Disebabkan hujan dan tanam-tanaman ini, maka binatang-binatang yang bergerak di belakangnya akan membesar dengan bonggol di belakang mereka meninggi, tetek akan membesar dan buah zakar akan membengkak.
Kemudian Dajjal akan pergi kepada orang lain lalu menyeru mereka mengakui ketuhanannya. Tetapi mereka enggan mengakuinya. Maka dia meninggalkan mereka lalu beredar dari situ tetapi mereka akan didatangkan malapetaka. Semua tanam-tanaman mereka akan dibinasakan dan hujan akan berhenti hujan, tidak ada lagi harta yang tinggal dengan mereka.
Sewaktu Dajjal melewati kawasan yang telah binasa ini mengarahkan (tempat ini) memicit keluar segala khazanah dan galian-galian yang tersembunyi yang mana segala khazanah dan yang terkandung di dalam bumi tersebut mengikutnya pergi seumpamalah lebah menurut permaisurinya.
Kemudian Dajjal akan memanggil seorang yang tubuhnya sangat muda. Dia akan membelah dua orang ini dengan pedangnya lalu membuang kedua-dua belahan badan ini. Kedua-dua belahan badan ini akan tercampak jauh sebagaimana jaraknya panah yang dilepaskan daripada busarnya. Kemudian Dajjal akan memanggil orang itu dan orang itu akan datang kepadanya sambil ketawa dan terkinja-kinja.
Begitulah keadaan Dajjal sehinggalah tiba-tiba Allah menurunkan Masih Ibn Maryam 'alaihissalam dari langit. Baginda akan turun dekat dengan menara putih di timur kota Damsyiq memakai dua helai kain kuning sambil meletakkan kedua tangannya di atas sayap dua malaikat. Apabila baginda menundukkan kepalanya, titisan air peluhnya akan jatuh dan ketika baginda mengangkat kepalanya titisan peluhnya seperti mutiara bergemerlapan akan gugur seperti bijirin yang diperbuat daripada perak.
Ada suatu kuasa di dalam nafas Nabi Isa 'alaihisalam bahawa setiap orang kafir yang terkena nafas tersebut akan mati dan nafasnya akan pergi sejauh mata memandang. Setelah turun daripada langit, baginda akan mencari Dajjal. Baginda menemuinya di Bab Ludd.
(Nota : Negara Zionist Israil telah membina sebuah lapangan terbang di sini yang dikenali sebagai Lyda Airport-Quraisyi atau menurut sesetengah yang lain di tempat tinggal berhampiran Baitul Muqaddis.)
Nabi Isa 'alaihissalam akan membunuhnya dengan tombak atau lembing kecil. Kemudian baginda akan pergi ke tempat orang yang Allah Ta'ala telah selamatkan mereka daripada angkara Dajjal. Baginda akan melalukan tangannya ke muka mereka sebagai berkat lalu memberi berita gembira kepada mereka dengan tingkatan yang tertinggi di syurga."
(Muslim)
Bab 76, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid
apakah bantuan yahudi israel dan kaum syiah serata dunia yang membantu rejim syria sekarang ingin menghalang atau melambatkan proses kemunculan dajjal dan nabi Isa alahissalam.. sama-sama la kita fikirkan...
ReplyDeletepurnama,
ReplyDeletewa'allahwallam