Sunday, May 1, 2011

Aku Anak Dunia

...segala sesuatu terjadi bukan atas dasar benda-benda tetapi atas dasar perintah Allah dan Qudrat-Nya. - Malfuzat Hadratji Maulana Muhammad Yusuf rah.


MAKIN lama aku hidup di dunia ini, semakin tebal rasanya sayang pada dunia ini, sayang pada harta, sayang pada wang, sayang pada orang yang tersayang, sayang pada anak-anak, sayang pada kenderaan, sayang pada rumah, sayang pada apa yang kita suka. Bila hati dah begitu sayang dengan segala yang sementara ini, maka semakin surutlah sayang kita kepada yang kekal seperti alam yang tak nampak iaitu alam yang tanpa penghujung dan titik akhir.

Mungkin kita semua faham, alam yang tak nampak, alam seperti kubur, titian sirat, padang masyhar, syurga dan neraka. Seakan-akan semakin kita tak endahkan, mengapa? Adakah ia tak penting dan tak bermakna dalam kehidupan kita? Bahkan ia tidak begitu penting dari segala-segalanya di dunia ini, tapi mengapa sering untuk kita tak mengingatinya dan merinduinya?

Ulama ada mengatakan, tampak dunia yang jelas di depan mata kita membawa keyakinan kepada dunia ini, dan ketidaknampakan akhirat menjadikan kaburnya yakin kita pada akhirat. Dan hari-hari yang kita lalui dan lebih usaha kepada perkara-perkara yang sementara dan diperolehi dengan rasa bahawa perkara-perkara yang sementara memberi keselesaan dan kenikmatan, meneguhkan lagi keyakinan kita kepada perkara-perkara yang sementara ini.

Dengan orang-orang di sekeliling kita sering menyatakan kehebatan alam yang sementara ini sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan kita bahawa dunia ini hebat dan memberi manafaat secara langsung dan tak langsung.

Kata orang....dunia ini umpama lautan yang luas dan kita(manusia) umpama kapal-kapal yang sedang melayari lautan yang luas. Kapal-kapal perlukan lautan untuk ia terus bergerak dan untuk ia sampai ke destinasinya tetapi jika orang yang ada dalam kapal itu tak pandai untuk mengemudikan kapal, pasti dan pasti kapal tidak akan sampai ke destinasinya dan ia akan hanyut dan akhir tenggelam dipukul ombak. Kita perlukan dunia tapi kita jangan terkesan dengan dunia sehingga lalai dan hanyut dalam dunia dan terus tenggelam dalam dunia hingga kita lupa maksud kita beada di dunia ini untuk apa.

Lebih mudah lagi, janganlah dunia masuk dalam hati kita tapi kita boleh gunakan dunia kita untuk capai alam akhirat kita...tapi bolehkah kita berbuat begitu? ...tanya sama itu hud-hud...


9 comments:

  1. A) gunakan dunia utk agama jadi perkara agama.

    B) gunakan agama untuk dunia jadi perkara dunia.

    Contoh A, gunakan asbab dunia spt duit utk keluar jalan Allah, guna kereta bawa jemaah, naik kapal terbang dunia pegi haji dan perkara2 dunia lain dgn cara mengikut syarak utk selesaikan tuntutan agama... maka ia mendatangkan pahala dan ganjaran di akhirat.

    contoh B, gunakan agama seperti hujah2 ilmuan, menyeleweng dalil-dalil agama... etc, hadis ikut tafsiran sendiri tetapi sebenarnya bukan utk agama tetapi untuk mendapatkan dunia spt harta, pangkat, kuasa, darjat etc. Ini menjadi perkara dunia.

    Semoga Allah lindungi kita dan kekalkan kita dalam usaha dakwah ini.

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Z76,
    sekarang agama telah diperalatkan...

    ReplyDelete
  3. masukkan kebesaran Allah s.w.t. dalam hati.

    ReplyDelete
  4. Abang Ben,
    nak masukkan tu lah yang sakitnya, penuh dengan ranjau duri...

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum.

    Disebutkan dalam sebuah hadith:

    "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?"

    Nabi s.a.w, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'al-wahn'."Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu al-wahn itu, ya Rasulullah?' Rasulullah s.a.w, menjawab, "CINTA DUNIA dan takut mati." (Hr Abu Daud dan Ahmad)

    ReplyDelete
  6. Tuan Ishak Z,
    Itulah sebahagian besar daripada orang Islam yang ada di muka bumi ini sekarang..terpalit dengan sifat cinta dunia dan takut mati...dan aku takut antara mereka adalah aku..

    ReplyDelete
  7. pernah m.saad d.b bayan,masa tu sy ada,dia ckp,dia marah apabila kita ckp,kita ni org dunia,
    katanya,dorg dunia,hanya gelaran utk org kafir..

    ReplyDelete
  8. APS,
    apabila dunia masuk dalam hati..tiada lagi cinta pada Allah dan Rasul-Nya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...