Saya telah membaca buku yang dikarang oleh Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat yang telah dialihbahasakan oleh Abdul Aziz Bin Abdul Hamid yang bertajuk 'Meniti Debaran Zaman', buku ini begitu manafaat untuk kita sebagai seorang Islam untuk mempercayai tentang datangnya hari kiamat. Buku ini menerangkan tentang tanda-tanda kedatangan kiamat yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW. Saya akan paparkan setiap tulisan yang tedapat dalam buku ini untuk renungan kita bersama.Bab 1
Tiada Sesiapa Yang Mengetahui Masa Yang Tepat Mengenai Hari Kiamat Hatta Rasulullah S.A.W Sendiri.
Adalah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.'anhu bahawa suatu ketika sedang Rasulullah s.a.w duduk di dalam majlis umum datanglah seorang lalu bertanya kepada baginda: "Apakah itu iman?" Rasulullah s.a.w menjawab : "Percaya kepada Allah dan sifat-sifatnya, percaya kepada malaikat, percaya bahawa akan dapat melihat Allah pada Hari Akhirat, mempercayai para RasulNya dan percaya akan kebangkitan selepas mati."
Kemudian orang itu bertanya : "Apa itu Islam?" Jawab Rasulullah s.a.w : "Beribadat kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu kepadaNya, melakukan solat,membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan."
Kemudian orang asing itu bertanya lagi : "Apakah itu Ihsan?" Rasulullah s.a.w menjawab : "Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya (dengan mata kasarmu), dan jikalau kamu tidak menyembahNya seumpama itu maka bayangkanlah bahawa Dia sedang melihatmu."
Soalan yang keempat yang diajukannya ialah : "Bilakah akan terjadinya Hari Kiamat?" Rasulullah s.a.w menjawab : "Orang yang ditanya mengenainya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Tetapi akan kuberitahu kepadamu mengenai tanda-tanda dan alamat Hari Kiamat ; Yakni apabila hamba wanita akan melahirkan tuannya dan pengembala-pengembala unta akan mendirikan bangunan-bangunan mewah.'
Kemudiannya bersabda Rasulullah s.a.w : "Tidak ada siapa kecuali Allah yang mengetahui akan lima perkara. Kemudian baginda membaca ayat Al Quran :
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sahajalah pengetahuan tentang Hari Qiamat; Dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti apa yang akan diusahakannya besok) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Dalam pengetahuan(Nya)." (Luqman : 34)
Kemudian orang asing itu memusingkan belakangnya lalu terus berlalu. Rasulullah s.a.w pun bersabda : "Panggil semula orang itu kepadaku. "Orang ramai pun pergi menjejakinya namun tidak lagi menjumpainya. Kemudian bersabda Rasulullah s.a.w : "Dialah Jibrail 'alaihissalam yang telah mengunjungiku untuk mengajarkan agama kepadaku." (Sahih Bukhari Jilid 1, m.s 12)
Catatan:
Bacalah hadis di atas berulang kali. Orang asing itu mengajukan empat soalan : Iman, Islam, Ihsan dan Qiamat. Di antara keempat-empat perkara ini sangatlah berhubungrapat.
Yang pertama, kepercayaan hendaklah betul dan sahih, hati hendaklah condong untuk beribadat dan bersolat dan lain-lain amal yang afdhal. Dengan sebab itulah maka selama 13 tahun Rasulullah s.a.w di Mekah, wahyu yang turun kepadanya berlegar di sekitar iman sedangkan sangat sedikit perintah-perintah diturunkan. Alasannya apakala iman telah terbina, segala anggota dan organ-organ akan tunduk dan menurut keimanan tersebut dan apabila iman telah mantap dan kuat maka mulah seorang itu mematuhi segala kewajipan seumoama solat, puasa, zakat dan haji.
Apabila kamu beribadat kepada Allah setelah iman diperbetuli, makan akan terhasillah kebaikan, mempunyai ruh dan berjiwa, caranya juga telah diyunjukkan yang mana tatkala kamu beribadat seolah-olah kamu nampak Allah tetapi jika kamu tidak dapat membayangkannya maka anggapilah sesungguhnya Allah sedang melihat kamu. Bermujahadahlah terhadap ruh yang kaku ini dan hendaklah dilakukan dengan alasan bahawa dunia ini adalah sesuatu yang akan binasa dan setiap orang akan memperolehi apa-apa pembalasan terhadap amalan-amalannya.
Maka berusahagiatlah dan tanggunglah sedikit penderitaan dan bergembiralah dengan harapan semoga menerima balasan baik daripada Allah Ta'ala. Namun demikian, hari dan tarikh serta tahun akan berlakunya kiamat tidaklah sesiapa yang mengetahuinya walaupun baginda s.a.w yang ummi. Lalu dengan itu baginda mengatakan bahawa baginda tidak mengetahuinya lebih daripada orang yang bertanya, walaubagaimanapun baginda akan menyatakan tentang tanda-tanda dan alamatnya.
Tidak ada nabi-nabi lain selain Nabi Muhammad s.a.w yang telah memberikan tanda-tanda yang terperinci mengenainya. Sebabnya ialah Hari Kiamat akan tiba di dalam zaman umat ini kerana Rasulullah s.a.w adalah nabi yang terakhir dan umat ini juga adalah umat yang terakhir. Maka Pesuruh Allah s.a.w menyatakan tanda-tanda sambil mengistinbatnya (merumuskannya) dengan dalil Al Quran menyokong kenyataannya bahawa : Allah sahajalah yang mengetahui akan masa yang tepat mengenai Hari Kiamat.
Kepastian ilmu tidak boleh dicungkil daripada lain-lain sumber kecuali daripada Al Quran dan Hadis. Mencari atau mengistinbat sesuatu hujah dan bukti daripada lain-lain sumber selain Al Quran dan Hadis tidaklah harus dan tidak dibenarkan atau diharuskan bersyak dan waham dengan sesuatu yang telah jelas dan terang daripada Al Quran.
Allah berfirman di dalam Al Quran : "Wahai Nabi! Jika orang-oarang kafir bertanya kepadamu bilakah datangnya Hari Kiamat, maka beritahulah mereka bahawa pengetahuan itu hanyalah pada sisi Allah sahaja."
Daripada ayat ini sahlah bahawa pengetahuan tepat mengenai Hari Kiamat hanyalah diketahui oleh Allah Ta'ala sahaja tidak ada pada orang lain.
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment