Saturday, October 10, 2009

Cerita Tentang Poligami (Bahagian Kedua)

         Di bawah ini, saya ambil beberapa petikan artikel tentang poligami yang boleh merangsang minda kita ke arah mewujudkan nilai-nilai Islam yang perlu diangkat di persada kehidupan kita yang sering kita abaikan kebaikannya. Walaupun penerimaan ke arah itu mungkin agak kurang disebabkan kealpaan kita tentang pentingnya perintah Allah s.w.t ataupun kesedaran yang kurang ataupun jua kita tak suka kasih sayang dikongsi bersama (bagi wanita). Namun kebaikan yang semakin terserlah betapa perlunya pengamalan poligami dalam kehidupan sekarang bagi menyelesaikan  permasalahan yang semakin meruncing dan tepu tanpa penyelesaian yang muktamad. Penyelesaian yang mutlak hanyalah dalam perintah Allah s.w.t.


KELAB POLIGAMI DARI MALAYSIA
Pelancaran sebuah kelab untuk mempromosikan poligami telah menghidupkan kembali perdebatan tentang isu panas dalam kalangan Muslim Malaysia (*sebenarnya kelab ini sudah wujud bertahun-tahun lalu). Para pendukung poligami mengatakan poligami berperanan untuk menolong para wanita dan menghindari adanya perzinaan sedangkan kubu yang kontra poligami mengatakan hal tersebut lebih merupakan sebuah perbuatan yang melanggar hak-hak perempuan.
"Kami ingin mengubah cara orang melihat poligami, sehingga poligami akan terlihat sebagai sesuatu yang indah dan bukan sesuatu yang menjijikkan," kata Hatijah Aam, penubuh dari "Poligami Club", kepada The Canadian Press pada hari Isnin lalu.
"Apa yang salah dengan berkongsi suami? Saya sudah melakukannya selama hampir 30 tahun. "
Kelab yang memiliki 300 suami dan 700 isteri, bertujuan untuk membantu para ibu tunggal, bekas pelacur dan wanita yang telah berumur namun belum menikah.
Penubuh berharap projek ini akan memberikan contoh rumah tangga yang bahagia untuk melawan aktivis hak-hak perempuan yang mengatakan beberapa pasangan dan anak-anak menderita dalam perkahwinan poligami.
"Beberapa orang memperlakukan poligami sebagai bahan jenaka kerana mereka tidak sepenuhnya memahami hal itu," kata seorang suami Ikramullah Hatijah, seorang usahawan.
"Tapi bagi golongan yang mengamalkan poligami akan tahu bahawa hal tersebut bukanlah sesuatu yang asing."
Kartini Maarof, seorang pengacara, percaya bahawa poligami dapat melayani seorang ibu yang bercerai dengan baik.
Satu dekad yang lalu, dia telah mengatur pernikahan suaminya dengan seorang kliennya yang telah bercerai, seorang ibu tunggal yang mempunyai tujuh orang anak.
"Tentu saja pada awalnya anda akan kehilangan suami anda dan ada perasaan persaingan dan cemburu yang mendalam," kata Kartini.
"Tapi setelah beberapa lama, anda mencuba untuk menjadi teman dan anda akan belajar bagaimana saling berkongsi masalah satu sama lain."
Poligami merupakan perkara yang halal bagi umat Islam.
"(Poligami) adalah sebuah budaya yang tidak dianjurkan dalam masyarakat kami," kata Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita dan Kebajikan.
Penentangan
"Sisters in Islam", sebuah badan bukan kerajaan berkempen menentang poligami, sambil membantah argumen masyarakat yang pro-poligami.
"Jika orang memilih untuk monogami, adakah cukup lelaki untuk setiap wanita," dalam kenyataannya.
Sharifah, 42 tahun, seorang eksekutif bisnes, merupakan salah satu contoh.
Dia punya pengalaman peribadi tentang masalah poligami 15 tahun yang lalu, menceritakan bagaimana suaminya merancang untuk kahwin lagi.
"Saya merasa seperti dongeng saya telah berakhir," kata Sharifah, kenang seorang ibu beranak dua ini.
"Dia adalah belahan jiwaku ... Saya tak percaya hal itu terjadi. Lalu saya mulai menentang hasratnya."
Akhirnya suami Sharifah tidak meneruskan perancangan untuk poligami setelah mengalami beberapa kaunseling perkahwinan.
"Perempuan harus berpegang teguh. Kita harus lebih progresif. Kita tahu hak-hak kita," kata Sharifah.
"Saya tidak setuju akan poligami. Saya tahu saya sepatutnya menerima yang lebih baik."
Islam melihat poligami sebagai penyelesaian yang terbaik untuk menangani permasalahan sosial sekarang contohnya seperti perkara perzinaan dan menolong janda-janda yang kematian suami atau yang telah diceraikan.
Yang penting, keinginan yang mendalam untuk berpoligami bagi seorang lelaki, pastikan tanggungjawab terhadap isteri-isteri perlu ditunaikan.(fq/iol)
Jika di sini cerita tentang poligami sentiasa menjadi perkara yang berat sebelah kerana penolakan sebahagian besar para wanita tetapi  di Rusia lain pula ceritanya. Kerajaan Rusia berkempen untuk menggalakkan poligami di kalangan rakyatnya.
Setelah melalui perdebatan dan perbincangan yang serius dan banyak, akhirnya kerajaan Rusia membolehkan, bahkan menganjurkan poligami. Poligami dilihat sebagai penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah demografi dan kekurangan penduduk di Rusia yang semakin meruncing.
Selain itu, poligami juga dipandang sebagai kaedah untuk menyelesaikan masalah-masalah kemasyarakatan yang menular di Rusia, salah satunya ialah kelahiran anak luar nikah yang semakin ramai dan ditinggalkan orang tua mereka.
Tindakan yang serius harus dibuat atas poligami ini, saranan wakil ketua parlimen Rusia Vladimir Khirinovski bahkan menyeru agar dibuatkan undang-undang atas hal ini. Khirinovski menyatakan jika masalah demodrafi di Rusia tiada penghujungnya lagi, salah satu langkah terbesarnya adalah poligami.
Di Rusia, setiap tahun seramai 300 ribu lahirnya anak luar nikah, sementara jumlah kelahiran bagi wanita jauh lebih ramai dari jumlah lelaki. Wanita Rusia lebih ramai berbanding lelaki iaitu 10 juta orang
"Poligami perlu dilaksanakan, bukan sekadar di Chechnya ataupun di wilayah Kaukasus lainnya, tetapi juga di seluruh Rusia," kata Khirinovski.
Pemerhati dari organisasi HAM di Chechnya, Nurdi Nokhacev, menyatakan harapan yang tinggi  poligami dapat menjadi penyelesaian ke atas masalah demografi, kemanusiaan, etika, dan spiritual, bukan sekadar di Chechnya, tetapi juga di seluruh Rusia.
Sesiapa yang begitu berminat untuk berpoligami, ada baiknya dicadangkan, pergi ke Rusia saja. (L2/hyt)


CHECNHYA SERU POLIGAMI DAN BAKAL JAJAH RUSIA
Chechnya, Presiden Republik Chechnya, Rusia, Ramzan Kadyrov (Ramadhan Qadaruf), menyeru kalangan lelaki dari rakyatnya, baik yang belum menikah atau pun yang sudah, untuk menikahi lebih dari satu perempuan, iaitu berberpoligami.
Seruan Kadyrov tersebut dikemukakan dalam wawancaranya dengan harian Rusia pro-pemerintah Rusiskya Jazita pada hari Selasa (7/4) lalu. "Saya berpendapat dan berkeyakinan, jika kita, para lelaki pada waktu ini sangat menghajatkan atas poligami," ungkap Kadyrov.
Apa yang diserukan oleh Kadyrov amatlah bertentangan dengan undang-undang Rusia, yang melarang poligami. Harian berbahasa Arab yang terbit di Washington, USA, Afaq (10/4) melaporkan, jika apa yang dinyatakan Kadyrov adalah usaha penegasan kemerdekaan republik yang sedang dipimpinnya, yang majoriti penduduknya beragama Islam, dari  pemerintahan di Moscow.
Kadyrov sediri menegaskan hal tersebut. "Di Rusia memang undang-undang negara tidak membolehkan poligami. Tetapi saya hendak menegaskan kepada rakyat saya, bahawa siapa saja kaum lelaki Chechnya yang memiliki keinginan sekaligus berkemampuan dari segi material dan mental, hendaklah mereka berpoligami," kata Kadyrov.
Presiden republik yang pernah bergolak dengan pemimpin pusat Rusia itu menegaskan, di Chechnya jumlah perempuan lebih ramai dari jumlah golongan lelaki.
"Di Chechnya, jumlah perempuan melebihi jumlah lelaki. Tentu saja kaum perempuan memerlukan kepada sandaran hidup mereka. Dan saya fikir poligami adalah salah satu penyelesaian terbaik," ungkapnya.
Tambahannya, walaupun kerajaan pusat di Moscow melarang berpoligami, namun hal tersebut boleh menjadi pengecualian bagi republik Chechnya.
Sejak menjawat sebagai Presiden Republik Bahagian Chechnya pada tahun 2007, Ramzan Kadyrov mampu memainkan diplomasi yang erat dengan pemerintahan pusat di Moscow. Sebelum masa Kadyrov, Chechnya dan Rusia memiliki hubungan yang buruk sehingga berlakunya pertumpahan darah. Hubungan tersebut mulai bertambah lebih baik semenjak diperintah oleh Kadyrov.
Selain itu, Kadyrov juga banyak melakukan reformasi di dalam dasar pemerintahan Republik Bahagian Chechya. Ia juga banyak menerapkan undang-undang Islam dalam pemerintahannya, seperti pemakaian jilbab di kalangan wanita Islam di tempat kerja, samada dalam sektor kerajaan dan swasta
Di pihak yang lain, Moskwa sendiri memberikan kelonggaran dan autonomi penuh kepada Kadyrov untuk mentadbir negaranya secara lebih bebas dan terbuka. Autonomi tersebut bahkan dikatakan sebagai yang terlonggar berbanding republik  Rusia yang lainnya.
Sebahagian pengamat politik sayap kanan Rusia khuatir akan autonomi yang luas ini. Mereka takut jika pada suatu masa nanti, Cechnyalah yang berupaya "menjajah" Rusia. (rjz/afq/L2 Cairo)


*Petikan artikel di atas telah disusun semula ke bahasa Malaysia, petikan asal dalam bahasa  Indonesia, harap maklum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...