Saturday, October 3, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 3
Bulan Dan Bintang (Dan Segala Planet) Tidak Ada Sama Sekali Hubungannya Dengan Hari Muka
          Kedapatan beberapa jenis peramal, tetapi tidak satu peramalpun atau kenyataan-kenyataan kecuali apa yang dibawa oleh para nabi dan Rasul serta Al Quran itu yang benar serta pasti.
          Jikalau seseorang itu percaya akan benarnya atau pastinya berlaku akan sesuatu ramalan, maka dia akan menyimpang dan terkeluar daripada jalan iman. Seseorang yang mempercayai bahawa turunnya hujan adalah disebabkan adanya susunan dan kedudukan bulan dan bintang adalah kafir. Dia bukanlah seorang Islam. Di dalam khutbah yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 6 Hijrah ketika Perjanjian Hudaibiah selepas solat Fajar lalu baginda bersabda : "Ketika hujan turun tadi Allah s.w.t berfirman : "Sebahagian orang menjadi Islam kerananya dan sebahagian orang menjadi kafir kerananya. Orang yang mengatakan bahawa hujan itu turun dengan Rahmat Allah adalah seorang Islam dan mereka yang mengatakan bahawa hujan itu turun kerana sebab itu dan ini atau dibawah pengaruh sekian-sekian zodiak dan bintang sebenarnya mereka menafikan kewujudanKu dan sifat-sifatKu"  (Bukhari : Jilid 1, ms 141)
          Maka mempercayai dengan kenyataan-kenyataan yang meramalkan kemunculan Kiamat berpandukan tatasusunan bulan dan bintang (yakni oleh planet-planet yang tertentu) dan lain-lain anjuran syaitan, maka ini tidaklah dibenarkan; yang demikian adalah haram.
   1. Tukang Tenung
          Sesetengah orang yang membuat perhubungan rapat dengan syaitan dan jin menyebarkan apa sahaja yang diberitahu oleh syaitan kepada orang ramai. Inilah yang dikatakan tukang Tenung (kahanat). Meramalkan sesuatu berdasarkan pengetahuan yang diperolehi melalui syaitan adalah haram. Allah Ta'ala tidak akan menerima solat seorang yang menghulurkan tangannya kepada Ahli Tenung selama 40 hari.
     2. Irif
         Ialah telahan yang sekarang ini dikenal sebagai fal-go. Dia akan mengaitkan cerita dan peristiwa lampau seseorang itu dengan pertolongan syaitan. Adalah sesuatu yang haram kita menelah masa depan seseorang itu berdasarkan peristiwa lampau yang berlaku di dalam hidupnya.
     3. Ahli Nujum (Peramal Yang Berdasarkan Bintang)
         Adalah haram meramalkan sesuatu yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan pergerakan bintang, susunan dan kumpulan-kumpulan zodiaknya yang berlainan. Kewujudan sistem matahari bukanlah untuk tujuan peramalan begini.
          Menyentuh tentang bulan dan bintang, Allah Ta'ala berfirman :
          i. Bintang-bintang ini bermanafaat menjadi sebagai petunjuk dan lampu isyarat bagi    mereka yang berjalan pada waktu malam;
          ii. Bulan dan bintang ini sebagai hiasan dan keindahan langit;
          iii. Bulan dan bintang ini juga menjadi sebagai penghalang syaitan untuk menembus langit bagi tujuan mengintip dan mencuri rahsia (untuk tujuan peramalan). (Al Quran : Surah Was Saffat : 8) (Bukhari : Jilid 1, ms 454)
         Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa Allah adalah sebagai segala sesuatu, Yang mencipta matahari, bulan dan bintang. Ahli Nujum mengaitkan sebab turunnya hujan, perniagaan, kesihatan, sakit dan naik turunnya sesebuah kerajaan adalah disebabkan susunan bulan dan bintang yang sama sekali bertentangan dengan Al Quran dan Hadis.
         Ilmu ini tidak benar dan mempercayai kenyataan-kenyataan Ahli-ahli Nujum tidak dibenarkan. Ia diharamkan kerana syaitan adalah musuh manusia yang menyebarkan kedustaan lalu menimbulkan permusuhan dan pertentangan di antara sesama manusia, memimpin manusia untuk mensyirikkan Allah dan akibat kesyirikan ini adalah Jahanam.
          Cubalah fikirkan mengenainya, bilamana Allah Ta'ala menyembunyikan pengetahuan mengenai Hari Kiamat dan tidak memberikan kepada mana-mana malaikat, nabi-nabi yang utama, bagaimana pula boleh kita mempercayai hanya dengan kenyataan-kenyataan Ahli Nujum, Ahli Tenung, Ahli Telahan, Peramal dan sebagainya?
         Menjadi seorang Islam yang waras telah memikirkan dengan apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai Kiamat, apakah peristiwa yang akan berlaku sebelumnya dan selagi tanda-tanda besar dan kecil tidak muncul, maka tidaklah akan berlakunya Kiamat. Sebahagian tanda-tanda yang selalu diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita telahpun muncul dan masih lagi banyak tanda-tanda yang akan muncul. Tanda-tanda kecil yang kita saksikan sekarang ini akan terus bertambah dari semas ke semasa. Kiamat akan muncul apabila tanda-tanda ini telah habis muncul.
(bersambung...)
         
          
          

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...