Wednesday, October 7, 2009

1 Umat

         Penghantaran Nabi Muhammad s.a.w ke muka dunia ini oleh Allah s.w.t untuk maksud bagaimana seluruh manusia dapat disatukan dibawah satu kalimah(Agama Islam) agar mencapai satu tujuan iaitu jannah Allah s.w.t. Begitu besar peranan yang dimainkan oleh baginda s.a.w ke atas umat ini iaitu dari Timur ke Barat dan Utara  ke Selatan..
        Peranan ini diwajibkan ke atas umat akhir zaman ini, bagaimana fikir dan risau baginda s.a.w dapat disambungkan untuk mencapai kehendak dan keinginan Allah s.w.t dan baginda s.a.w. Medan yang dibentangkan oleh Allah s.w.t ke atas kita begitu luas sekali bukan setakat kat Malaysia ni tapi seluruh alam..
         Untuk mencapai umat yang terbaik, kita kena buat kerja kita, apa kerja kita? Adakah sebagai seorang pegawai kerajaan, peladang, nelayan, usahawan, pendidik atau pelbagai lagi? Kerja kita adalah apa yang Nabi Muhammad s.a.w telah buat dan disambung pula oleh sahabat-sahabat nabi s.a.w iaitu dakwah, iaitu kerja mengajak manusia kepada perintah-perintah Allah s.w.t dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Agar kita kenal pencipta kita, Allah s.w.t dan menjalankan kehidupan cara Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan seharian kita dari segi imaniat, ibadat, akhlak, muasyarat dan mualamat...
         Untuk tujuan itulah Nabi Muhammad s.a.w dihantar kepada manusia, untuk sediakan manusia agar diri, harta dan masa yang Allah s.w.t pinjamkan dapat dimanfaatkan dengan betul iaitu dengan kehendak Allah s.w.t. Akhir sekali manfaatnya untuk kita semua baik dunia dan akhirat yang abadi...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...