Bab 12
PERINCIAN HARI KIAMAT YANG DIBERIKAN OLEH RASULULLAH S.A.W
Abu Zaid r. 'anhu berkata : "Rasulullah s.a.w duduk di atas mimbar selepas solat Subuh lalu memberikan khutbahnya kepada kami sehinggalah tiba waktu Zohor. Selepas solat Zohor, baginda duduk lagi di atas mimbar dan meneruskan khutbahnya sehinggalah menjelang waktu Asar. Selepas solat Asar, baginda meneruskan lagi khutbah sambil duduk di atas mimbar sehinggalah terbenamnya matahari. Baginda menceritakan segala apa yang telah berlaku pada masa lalu dan menyatakan pula dengan secara terperinci tentang apa-apa yang berlaku pada masa hadapan. Di kalangan kami yang mempunyai daya ingatan yang kuat dapat menyimpan maklumat itu dengan lebih banyak."
(Muslim : Jilid 2, ms 39)
Huzaifah r. 'anhu berkata : "Rasulullah s.a.w berdiri di hadapan kami lalu meriwayatkan segala peristiwa yang akan berlaku sehinggalah ke Hari Kiamat. Tidak ada sesuatupun yang penting ditinggalkannya. Sesiapa yang ingat akan dapat merakamkannya dalam ingatan, sesiapa yang lupa akan lupalah. Sahabat-sahabatku juga mengingatinya dan sekiranya aku telah terlupa akan sesuatu dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami, perkara itu akan muncul semula. Segera dapat aku mengingatinya sebagaimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sama seperti seorang yang pergi bermusafir dia akan luput daripada ingatan. Tetapi selepas 5 hingga 15 tahun kemudian apabila terjumpa dengannya, dengan melihat wajahnya maka dia pun dapat diingati semula."
(Ibid)
Para sahabat mengingati akan hadis-hadis tersebut tentang janji dan ancaman-ancaman lalu menyampaikannya kepada umat dan pengikut-pengikut mereka. Begitulah juga mereka menyampaikan kepada umat akan hadis-hadis mengenai Kiamat. Sebab itulah tajuk "Kiamat" didapati di dalam semua kitab hadis, menyatakan hadis mengenainya serta tanda-tanda Kiamat.
Para sahabat sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai fitnah-fitnah agar mereka dapat mengelakkan diri daripada tercebur ke dalamnya jika mereka mendapatinya terjadi. Salah seorang sahabat yang begini ialah Huzaifah r. 'anhu. Umar r. 'anhu sering kali juga bertanya kepada beliau mengenai fitnah yang mendatang. Huzaifah r.'anhu memberitahunya : "Umar! Tidak perlulah kamu takut dan risau. Di antara kamu dan fitnah tersebut terlalu besar pintunya." Lalu Umar r. 'anhu bertanya beliau samada pintu akan terbuka atau pecah. Beliau menjawab : "Pintu itu akan pecah." Lalu Umar r. 'anhu berkata :"Maka pintu itu tidak akan tertutup sehinggalah Kiamat."
(Bukhari : Jilid 1, ms 407)
Huzaifah r. 'anhu telah ditanya samada Umar r. 'anhu mengetahuinya. Beliau menjawab bahawa beliau(Umar r. 'anhu) tidak mengetahuinya walaupun hari berikutnya itu mengikuti hari esok.
(Ibid)
Maka pintu itu sendiri adalah Umar r. 'anhu apabila beliau disyahidkan. Maksudnya ialah Rasulullah s.a.w telah memberitahu terlebih dahulu akan peristiwa-periatiwa yang akan datang yang umat ini akan menghadapinya dalam bentuk manfaat yang diperolehi atau juga kerugian yang terpaksa ditanggungi. Begitulah juga baginda telah memberikan gambaran dan tanda-tanda yang begitu jelas mengenai Kiamat yang boleh didapati di dalam kitab-kitab Hadis. Diantara hadis-hadis itu dapat dibahagikan kepada 3 jenis :
Yang pertamanya, bacalah tanda-tanda yang besar yang telahpun wujud dan perbaharuilah iman kamu dengan membenarkan ke dalam fikiran kamu bahawa apa sahaja yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w pasti terjadi.
1. Tanda-tanda yang telahpun terjadi.
2. Tanda-tanda besar yang akan terjadi.
3. Tanda-tanda kecil yang telah diberitahu yang sedang terjadi dan bertambah dari sehari ke sehari.
Pertamanya saya(penulis) akan menulis mengenai tanda-tanda yang telah terjadi dan juga contoh-contoh kerana terlampau terperinci menjadikannya panjang untuk ditulis melibatkan kitab yang akan ditulis itu menjadi terlampau tebal. Maka saya persembahkan tanda-tanda yang telah muncul itu secara ringkas.
(Bersambung...)

No comments:
Post a Comment