Tuesday, October 13, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 8
JIBRAIL JUGA TIDAK MENGETAHUI SAAT TERJADINYA KIAMAT


         Malahan Nabi yang ummi s.a.w telah bersabda : "Aku tidak tahu lebih daripada orang yang bertanya mengenainya. "Jika Rasulullah s.a.w sendiri tidak mengetahuinya apatah pula para malaikat. Soalan yang sama juga telah diajukan oleh Nabi Isa 'alaihissalam kepada malaikat Jibrail 'alaihissalam, tetapi beliau juga menjawab bahawa pengetahuannya juga tidaklah lebih daripadanya. Apakah Nabi yang terakhir dan juga malaikat Jibrail sendiri pembawa wahyu Allah tidak mengetahuinya serta Allah sendiri telah mengisytiharkan di dalam Al Quran bahawa Dia sajalah yang mengetahuinya dan ditegaskan lagi oleh Nabi Muhammad s.a.w bahawa tidak ada seorangpun kecuali Allah yang mengetahui lima perkara, maka hendaklah menjadi keyakinan yang mesti dipegangi oleh setiap orang Islam bahawa tiada seorangpun yang mengetahui bilakah Kiamat akan berlaku.
      
Denga ini siapa sahaja yang meramalkannya samada Tukang Tilik, Ahli Nujum, Tukang Ramal, Ahli Sains sekalipun adalah muktamadnya palsu sama sekali. Orang-orang Islam jauhilah daripada mempercayainya. Petunjuk bagi orang-orang Islam ilah Al Quran dan Hadis. Tidak dapat hendak ditetapkan atau diteka akan hari melalui tanda-tanda yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Tetapi bacalah tanda-tanda ini dan kuatkanlah iman kamu. Perkara-perkara yang telah diberitahu oleh baginda 1,400 tahun yang lampau sekarang kita telah menyaksikannya di hadapan mata kita pada hari ini.
(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...