Thursday, October 15, 2009

Mereka...aku dan dia...

        Dah 3 hari saya kat Seremban outstation, hari ke 3 kat sini, saya berbual dengan seorang auntie, berbangsa India, beragama Hindu. Beliau tidak begitu fasih bercakap dalam bahasa melayu, tetapi saya faham apa yang ingin beliau sampaikan.
    
  Perbualan kami lebih merujuk kepada kehidupan bermasyarakat, tentang akhlak dan agama. Perbualan kami dimulakan dengan keadaan penduduk kota yang begitu spoil dengan akhlak mereka, dimana beliau menerangkan kehidupan muda-mudi sekarang sudah jauh dari nilai-nilai ketimuran ataupun jauh dari agama. Ada antara muda-mudi sekarang yang rosak akhlak, tidak menghormati orang lebih tua dan ada yang sekarang sudah berani menghisap rokok terutamanya gadis-gadis.
         Tak bertegur sapa memang sudah kelaziman di bandaraya besar terutamanya di KL, beliau pernah datang ke KL, namun orang kat sana ujar beliau tak pernah senyum ataupun berat nak senyum dengan orang, tapi kat sini kata beliau, walaupun tak kenal paling kurang mereka akan senyum, tapi kat KL langsung tak senyum, "ini orang sudah spoil " tegas beliau.
         Mereka ini tidak pandang kita, kalau tak ada power dan duit. Kalau ada itu baru orang senyum sama kita, money and power oriented punya orang, tegas beliau lagi. Itu sebab ada gempa bumi, banjir sebab orang spoil ini yang mintak kejadian buruk ini berlaku. Beliau beritahu dalam kitab mereka, jika keburukkan begitu teruk sekali di satu tempat, tuhan akan turunkan bala dan hancurkan orang di situ. "Hebat juga auntie ni' kata saya dalam hati. "Macam itu Indonesialah, itu tuhan sudah marah, tuhan turun itu bala lah" tegas beliau.
         "Kalau orang tidak spoil, tuhan mana mau turun itu bala" kata beliau lagi. Saya cuma tersenyum saja bila mendengar rungutan auntie ni. Saya banyak takut ni orang akan kacau saya punya tempat, saya punya anak ada kerja kat KL, saya nasihat anak saya jangan terpengaruh dengan orang KL. Kata beliau lagi, 100 orang yang kat KL tu, hanya 10% saja yang tak spoil dan yang selebihnya spoil. Beliau lebih suka duduk kat sini(Seremban) daripada tinggal kat KL, semua sudah rosak itu orang, tak kiralah, India, Melayu dan Cina masuk dalam lah.

        Itulah kerosakkan yang semakin parah dikalangan penduduk kota raya besar yang semakin menular ke dalam kehidupan kita, pangkat, kekuasaan dan harta yang banyak sebagai ukuran kemuliaan seseorang yang boleh untuk menjamin kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan dalam kehidupan. Namun itu adalah tipu daya dunia, kebahagiaan, ketenangan dan kemuliaan Allah letak dalam amalan agama iaitu mentaati perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
        Samada kita ada atau tiada harta, pangkat dan kuasa yang penting agama(iman dan amal) perlu ada dalam kehidupan kita...

  

2 comments:

  1. kesimpulan yg tepat...
    "Samada kita ada atau tiada harta, pangkat dan kuasa yang penting agama(iman dan amal) perlu ada dalam kehidupan kita"

    ReplyDelete
  2. itulah ramuan yang Allah berikan kepada manusia, jika kita ambil kita berjaya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...