Saturday, October 24, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 16
TANDA KE EMPAT YANG TELAH WUJUD


          Abu Hurairah r. 'anhu telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak akan muncul Kiamat selagi dua kumpulan tidak berperang di antara satu sama lain dan masing-masing mendakwa di atas perkara yang sama."
(Bukhari, Jilid 1, ms 509)
          Peperangan tersebut dikenali sebagai peperangan Siffin. Di satu pihak berdirinya khalifah ke empat, Saiyidina Ali r. 'anhu dan pada pihak yang lain penentangnya Saiyidina Mu'awiyah r. 'anhu. Saiyidina Ali r. 'anhu percaya bahawa orang-orang Islam telah berbai'ah dengannya dan beliau berhak ke atas pengkhalifahan bagi orang-orang Islam dan di atas jalan yang benar.
        
Sementara Saiyidina Mu'awiyah r. 'anhu pula berkata : "Aku adalah sepupu kepada Saiyidina Usman r. 'anhu yang telah mati terbunuh dan darahnya perlu dituntut bela. Orang-orang yang menyertai di dalam menumpahkan darahnya perlu diambil tindakan. Mereka yang terbabit telah menyebelahi pihakmu dan dengan  demikian selagi mereka tidak diambil tindakan sebagai tuntutan bela, selagi itu aku tidak akan membai'atimu."
          Lalu dijawab oleh Ali r. 'anhu : "Pertama sekali, bai'tilah aku agar pengkhalifahan dan pemerintahanku kuat maka aku akan mengambil langkah menuntut bela ke atas orang tersebut kerana menumpahkan darah Khalifah Usman r. 'anhu."
         Ini menyebabkan berlakunya peperangan. Menurut sebuah riwayat, seramai 70,000 orang Islam telah terbunuh. Orang tengah telah dilantik untuk menyelesaikan perkara tersebut supaya keadaan menjadi tenang tetapi kekacauan lain telah muncul akibat angkara orang-orang Khawarij yang mengeluarkan fatwa bahawa para sahabat telah murtad dan mensyahidkan Saiyidina Ali r. 'anhu selepas peperangan tersebut. Anak Saiyidina Ali yang tertua, Saiyidina Hasan r. 'anhu mengepalai suatu ketumbukan tentera yang besar untuk memerangi Saiyidina Mu'awiyah r. 'anhu. Tetapi sebuah hadis memberitahu mengenainya bahawa : "Anakku ini adalah pemimpin tatkala dua kumpulan orang-orang Islam berdepan untuk berperang maka beliaupun menawarkan perdamaian di antara mereka."
(Bukhari, Jilid 1, ms 530)
          Dan menurut apa diberitahu oleh hadis ini, perkara itu terjadi dengan tepatnya. Saiyidina Hasan r. 'anhu pun mengadakan perdamaian.
          Dengan terjadinya peperangan di antara dua sahabat di dalam peperangan Jamal ini yang juga disertai oleh Saiyiditina  'Aisyah r. 'anha, sebahagian kumpulan telah tersesat. Tetapi jika dipandang daripada sudut ketulenan usaha agama Allah, perlulah dipandang dengan pandangan yang terlebih mendalam yang dapat menolong para Fuqahak mengambil fatwa daripadanya. Yakni :
          1. Jikalau sekumpulan tentera Islam memberontak dan menentang semula pemimpin Islam bagaimanakan tindakan yang perlu diambil ke atasnya.
          2. Daripada peperangan Jamal ini yang membabitkan beberapa kumpulan Sahabat r. 'anhu beberapa fatwa telah diambil dan ditulis di dalam kitab-kitab fiqah (di bawah tajuk "Pemberontakan")
          3. Menurut Allamah 'Aini r. 'alaihi telah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w memberitahu jika seseorang mujtahid (seorang berijtihad) untuk mengenengahkan satu pendapat menurut Al Quran dan Hadis tetapi pendapatnya salah, maka dia akan memperolehi satu pahala, jika ijtihad yang dibuatnya itu betul maka dia akan mendapat dua pahala.
          Jadinya, menurut pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Saiyidina Ali r. 'anhu adalah di atas jalan yang benar dan Saiyidina Mu'awiyah r. 'anhu adalah di atas jalan yang salah di dalam ijtihadnya. Baginya hanyalah memperolehi satu pahala. Maka tidaklah harus kita mengecam dan merendah-rendahkannya.
          4. Setelah menulis dan menyatakan perkara tersebut, Allamah 'Aini menulis bahawa lebih baiklah seorang itu berdiam diri daripada memperkatakan peperangan tersebut.
(Umdatul Qari, Jilid 16, ms 141)
          5. Umar Ibn Abdul Aziz r. 'anhu seorang mujtahid awal pernah berkata : "Apabila Allah Ta'ala menahan pedang-pedang kita daripada menumpahkan darah para sahabat, maka sepatutnyalah kita menahan lidah-lidah kita daripada memperkatakan maruah dan taraf kemuliaan mereka."
          Maka terlebih baiklah berdiam diri daripada memperkatakan peperangan yang merugikan kedua-dua belah pihak, samada itu peperangan Jamal atau peperangan Siffin. Ia telah terjadi di atas asbab dan akibat dan peristiwa tersebut telahpun terjadi. Samada orang tersebut sebagai Saiyidina Mu'awiyah r. 'anhu atau Saiyidina Amr Bin Al 'Asy ataupun Saiyidina Ali r. 'anhu, mereka adalah pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang telah memberi sumbangan yang besar kepada umat ini. Hasil daripada pengorbanan merekalah kita menerima agama Islam.
          Oleh itu, sewajarnyalah kita berdiam diri daripada membuka mulut terhadap mereka. Tetapi apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sebelumnya, berlaku dengan tepatnya yakni selagi dua kumpulan orang Islam tidak berperang maka Kiamat tidak akan muncul. Sekarang sudah 1365 tahun berlalu (pada masa buku ini ditulis)  sejak terjadinya peristiwa ini sebagai petanda-petanda awal terjadinya Kiamat.
(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...