Bab 11
APA ITU KIAMAT?
Anda telah membaca tulisan saya yang diatas dan saya telah buktikan melalui cahaya Al Quran dan Hadis bahawa tidak ada sesiapapun yang tahu bilakah munculnya Hari Kiamat.
Apa itu Kiamat? Suatu suara yang teramat menggerunkan hasil tiupan sangkakala Israfil lalu hancur binasalah segala sesuatu yang ada di dalam alam buana ini. Terjadilah gerak gempa yang mengecutkan hati perut. Ibu-ibu akan terkejut besar sehingga lupa untuk menyusukan bayi-bayi mereka. Sementara ibu-ibu yang mengandung langsung keguguran.
Bunyi sangkakala yang menggementarkan akan datang lagi masa demi masa. Sehinggalah yang ada di bumi, di laut dan di udara termasuk manusia, binatang, binatang buas, burung-burung, serangga dan ikan akan habis binasa. Bumi meledak pecah menjadi pecahan-pecahan kecil, gunung-ganang akan menjadi kepingan-kepingan yang berterbangan seumpama kapas ditiup angin. Matahari, bulan dan bintang pecah bertaburan dan keadaan gelap gulita di mana-mana. Segala sesuatu hancur lenyap.
Maklumat Kiamat begini telah diberitahu oleh setiap nabi Allah. Tetapi tidak adalah nabi yang telah memberikan tanda-tanda itu terlebih terperinci sebagaimana yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu Nabi yang terpilih dan khataman Nabi. Gambaran mengenai Kiamat juganterdapat di dalam Quran.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment