Thursday, October 22, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 13
TANDA-TANDA KIAMAT PERTAMA YANG TELAHPUN WUJUD


        Pertamanya, tanda terbesar ialah wafatnya Rasulullah s.a.w. Telah diriwayatkan oleh 'Auf Ibn Malik r. 'anhu : "Aku pergi menemui Rasulullah s.a.w pada hari peperangan Tabuk. Baginda bersabda : "Ingatlah enam tanda yang akan wujud sebelum Hari Kiamat :

1. Kewafatanku;
2. Penaklukan ke atas Baitul Maqdis;
3. Banyak berlakunya kematian;
         Ramai manusia akan mati seumpama kambing mati apabila diserang wabak penyakit. (Tanda tersebut telah terjadi pada zaman pemerintahan Umar r. 'anhu selepas penaklukan Baitul Maqdis. Seramai 70,000 Sahabat dan Tabi'in meninggal dunia akibat wabak hawar yang melanda. Mereka syahid kerananya. Kesyahidan dikurniakan kepada umat Muhammad s.a.w jika dia meninggal dunia akibat wabak penyakit.);
4. Harta bertambah dengan begitu cepat dan pantas;
    Seorang akan diberi seratus dinar (matawang emas) tetapi masih dia marah kerana tidak diberikan apa-apa. Yakni seratus dinar tidak mempunyai apa-apa nilai;
5. Fitnah yang paling dasyhat ialah fitnah yang tidak dapat dielak oleh setiap daripada rumah orang-orang Arab daripada dimasukinya;
    Apakah yang terjadi pada hari ini? Radio, TV, nyanyian, tarian, rosak akhlak dan tidak malu dan fesyen-fesyen daripada barat tidak dapat ditahan lagi oleh mana-mana rumah orang-orang Arab. TV meningkat penggunaanya walaupun di dalam kawasan Haram Mekah;dan
6. Satu perjanjian perdamaian akan dibuat dengan orang-orang Rom tetapi mereka akan menipunya lalu melakukan anggerasi terhadap orang-orang Islam dengan 80 orang komando yang memegang bendera. Setiap daripada mereka mempunyai 12,000 tentera. Tanda ini akan muncul hampir pada hari Kiamat.
                                (Bukhari : Jilid 1, ms 450)
         Telah tersebut di dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku telah diutuskan sebagai Rasul dan di antara akau dan Kiamat adalah seperti ini." (Baginda menunjukkan jari telunjuknya dan jari tengahnya -yakni hari tersebut sangat dekat)
(Bukhari)
         Ini adalah kerana pintu kenabian dan kerasulan telah berakhir selepas Rasulullah s.a.w. Iman dan Islam telah disempurnakan dengan undang-undang, rukun dan peraturan yang sempurna. Maka telah menjadi lumrah dan kehendak alam bahawa sesuatu telah menjadi sempurna, maka tanda-tanda anti klimaks akan wujud dan terlihatlah di sana sini penurunannya. Klimaks atau puncak biasanya mengambil masa 30, 40 tahun. Jikalau ia tidak dijagai dan dipelihara serta dimajukan seterusnya maka mulalah jalan kejatuhannya.
        Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, para sahabat telah menjagainya melalui kaedah pengkhalifahan dan membentuk sifat-sifat kenabian dengan penuh ketaqwaan dan kesucian selama 30 tahun. Kemudian datanglah fitnah dan menerbus masuk ke dalam masyarakat mereka lalu mengakibatkan kerugian yang dapat kita lihat sehingga kinipun. Dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda : "Zaman yang terbaik ialah pada zamanku, kemudian zaman selepas itu, dan kemudian zama selepas itu."
(Bukhari)
         Yakni zaman pertama ialah :
          1. Zaman Sahabat;
          2. Pengikut-pengikut Sahabat (Tabi'in); dan
          3. Pengikut-pengikut kepada pengikut-pengikut Sahabat (Taba' Tabi'in).
          Ketiga-tiga zaman ini penuh dengan kebaikan, kebajikan, ketaqwaan, kesucian, ketakutan kepada Allah dan kesolehan - setiap sesuatu semuanya di dalam kebaikan. Selepas itu akan muncul lagi fitnah, rasuah, kepalsuan, tipudaya, pergaduhan dan sebagainya pada zaman-zaman seterusnya.
          Maka terbuktilah bahawa apa-apa yang Rasulullah s.a.w telah beritahu bahawa kenabiannya dan kiamat begitu hampir di antara satu sama lain adalah benar dan juga benar perkara yang terkandung di dalam hadis yang pertama, yakni kewafatannya adalah sebagai tanda munculnya Kiamat.
(Bersambung...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...