Tuesday, October 6, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 6
Apakah Yang Terjadi Selepas Seribu Tahun Dan Berapakah Umur Umat Ini?


         Menyentuh perkara Kiamat telah dinyatakan di dalam surah Al Ma'arij bahawa satu hari pada hari Kiamat ialah 50,000 tahun. Maka setengah hari bermaksud umur umat ini 25,000 tahun. Telah dinyatakan di dalam hadis bahawa : "Umur bagi umat ini ialah setengah hari dan jikalau (diri mereka diperbaiki, maka sempurnalah satu hari." Tetapi hari manakah yang dimaksudkan? Jikalaulah hari Kiamat itu dimaksudkan demikian, maka umur umat ini ialah 25,000 tahun atau 50,000 tahun.
         Mujahid, Hakam dan Ikramah r. anhum berkata bahawa umur bagi dunia ialah 50,000 tahun tetapi tiada siapa selain Allah yang tahu berapakah yang telah berlalu dan berapakah yang berbaki.
                                                                                                       (Tafsir Qurtubi, jilid 18, ms 282)
         Masa telah berlalu 6,000 tahun sejak daripada Nabi Adam alaihissalam. Sejak daripada Nabi Muhammad s.a.w sehingga kini berlalu pula 1,400 tahun. Ini bermaksud bahawa umat Muhammad akan memerintah dengan penuh kemuliaan, penghormatan dan kecemerlangan. Selepas itu akan bangkitlah zaman kerosakan. Jikalau umat ini memperbaiki dan mengislahkan diri mereka, maka mereka akan dapat menguasai dunia ini dengan penuh kemuliaan, kegagahan dan kebesaran selama 500 tahun lagi dan kemudiannya akan terjebak lagi di dalam keruntuhan dan kehinaan sebagaimana yang kita saksikan pada hari ini. Selepas 1,000 tahun umat ini terus dihina hari demi hari. Terdapat sebuah hadis daripada Abu Daud yang menegaskan perkara ini dengan sedikit tambahan vdan pembetulan tetapi bagi Hafiz Ibn Hajar r.'alaihi beliau telah menganggap hadis ini sebagai palsu.
         Ibn Jarir r. 'alaihi juga telah mengiranya sebanyak 50,000 tetapi Maulana Saiyid Anwar Shah Kashmiri telah menulis mengenai kenyataan di atas bahawa semua penggiraan telah dibuktikan salah.(Fathul Bari, jilid 4, ms 254) Maka telah dibuktikan daripada kenyataan-kenyataan di atas bahawa sesiapa sahaj yang cuba menentukan dan menetapkan sesuatu mengenai Kiamat tidaklah benar. Ramalan yang dibuat sebenarnya amat bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan di dalam Al Quran dan Hadis maka tidak sayugianyalah dakwaan-dakwaan tersebut wajar dipercayai.
         Maksud kita memaparkan pendapat-pendapat ulamak-ulamak yang terkemuka ini adalah untuk mengetahui dan menyedarkan orang-orang yang bimbang dan telah terpengaruh dengan perkara-perkara titik bengik yang disebarkan melalui makalah-makalah dan para Ahli Nujum daripada kalangan orang-orang Yahudi dan Kristian. Sepatutnyalah mereka menyedari dan menyakini hanya apa yang diberitahu melalui cahaya Al Quran dan Hadis.
         Dengan ini, jika pengetahuan mengenai Kiamat tidak diberitahu kepada sesiapapun malahan kepada nabi yang paling agung sekalipun, maka kenyataan-kenyataan mengenai ramalan Kiamat yang diramalkan oleh kaum-kaum lain di luar Islam yang dikeluarkan melalui makalah mereka tidak layak untuk dipercayai.
(bersambung...)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...