Bab 7
MENULIS, BERCAKAP DAN MENENTUKAN SESUATU YANG TELAH DISEMBUNYIKAN OLEH ALLAH TA'ALA TIDAKLAH WAJAR DILAKUKAN OLEH MAKHLUK
Telah terbukti daripada kenyataan-kenyataan yang di atas bahawa jangka masa di antara 50,000 tahun sejak Adam 'alaihis salam sehinggalah Kiamat, umur umat Muhammaddiah akan menjadi 25,000 tahun. Maka untuk memberi pendapat lantas pula kita melihat kepada gerhana matahari dan bulan dan juga peperangan biasa dan sengit yang telah berlaku, maka akan musnahlah dunia ini, sebenarnya hanyalah cakap-cakap angin dan omongan kosong belaka. Ramalan begitu tidak berasas dan merupakan fiksyen semata-mata.
Walaupun seorang wali Allah yang besar menulis sesuatu mengenai perkara yang telah disembunyikan oleh Allah Ta'ala dan Dia telah mengisytiharkan bahawa tidak ada seorangpun yang mengetahuinya melainkan Allah, maka kenyataan para wali Allah ini pun terbatal dan tertolak. Apa yang ada pada sisi Allah itulah yang benar.
Alasannya ialah bahawa mimpi para wali tidaklah dapat dibuktikan sebagai suatu hujah. Begitulah juga jika apa juga pendapat mereka yang bertentangan dengan Al Quran dan Hadis maka kenyataan mereka bukanlah suatu pembuktian.
Sebahagian ulamak telah cuba menulis pada masa mereka bahawa Kiamat akan terjadi beberapa tahun lagi seperti 'Allamah Jalaluddin As Suyuti r. 'alaihi dan Allamah Badruddin 'Aini t. 'alaihi. tetapi telah berlalu selama 600-700 tahun sejak penulisan mereka.
Beberapa tahun yang lalu Maulana Badre 'Alam Muhajir-Madinah r. 'alaihi menyatakan bahawa Imam Mahadi telah lahir dan akan segera (beberapa tahun) lagi akan muncul. Tetapi beberapa tahun telah berlalu sejak kematian Maulana dan masih tidak ada apa-apa yang muncul. Bilamana seorang itu menulis dan bercakap mengenai sesuatu yang disembunyikan oleh Allah Ta'ala, maka terserlahlah hakikatnya dan kenyataan yang telah dibuat oleh seseorang itu akan terbukti salahnya.
Demikianlah para ulamak telah menulis mengenai Yakjuj dan Makjuj yang disebut mengenainya di dalam surah Kahfi. Kisah yang dimaktubkan di dalam Al Quran adalah benar tetapi mereka tidak dapat membuat rumusan di mana dan negeri mana dan di gunung mana Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul. Jikalau mereka mahu mencuba-cuba menetapkan tempat yang mereka sendiri ragu-ragu mengenai pengetahuan mereka tentang itu, maka manakala ada seorang atau mana-mana kumpulan berjaya pergi melepasi dinding tersebut lantas tidak bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj maka pastilah mereka akan mengatakan bahawa Al Quran itu salah.
Di dalam kisah Yakjuj dan Makjuj mereka dikatakan hidup di sebalik tembok tetapi tempat di mana terdapat adanya tembok tersebut tidaklah dapat ditetapkan. Dengan demikian saya mengatakan apa-apa yang telah ditulis dan diperkatakan oleh Maulana Meerathi mengenai kelahiran Imam Mahadi sebenarnya beliau telah membuat kesalahan daripada segi pembukaan ruhaniatnya (mukasyafah) mungkin beliau nampak hanyalah seorang Mahdi (bukan Imam Mahdi) yang meggalas mesingun mecemari Masjidil Haram dengan najis kencing, tahi dan darah.
Atas alasan inilah ulamak telah menegaskan bahawa mimpi seorang wali bukanlah sebagai bukti dan hujah. Begitulah juga halnya bahawa sebenarnya Kiamat akan terjadi tidak dapat ditolak lagi tetapi bila masanya akan terjadi tidak ada siapa yang dapat menekanya kecuali Allah Ta'ala.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment