Namun dalam Islam, ia begitu dititikberatkan agar tidur seseorang itu memberi manfaat dunia dan akhirat. Jika kita kaji, setiap orang paling kurang dan secara majoritinya tidur dalam lingkungan 8 jam dalam tempoh 24 jam, bermakna kita tidur 1/3 dalam sehari. Jika kita bahagikan dengan umur kita, contohnya 29 tahun, jadi masa kita guna untuk tidur dalam 9 tahun lebih, banyak tuu..
Okey lah, semua orang perlu tidur, manusia, haiwan dan makhluk-makhluk yang tak nampak perlukan tidur untuk merehatkan diri. Namun kita sebagai seorang yang mengikut kehidupan Nabi Muhammad s.a.w mempunyai cara tidur kita sendiri.. nak tau macamana tidur cara sunnah..Kita bahagikan 3 peringkat iaitu sebelum tidur, semasa tidur dan selepas tidur.
Sebelum Tidur
Sebaik-baiknya berwudhuklah ye..(malaikat akan dekat dengan kita) pas tu buat le amalan seperti baca Al Quran, baca le surah akhir Al Baqarah(ayat 284 - 286), As Sajdah dan Al Mulk. Kalau zikir lum habis, habiskan le. Pas tu, jika ada kekuatan solah sunat le , taubat, hajat ataupun witir.
Tempat tidur kena kibaskan, nak pastikan tiada serangga-serangga yang kecil. Pastikan mengadap kiblat dengan lambung kanan dengan tangan kanan di pipi kanan, tangan kiri atas punggung dan ibu kaki kiri dibelakang hujung tunit kaki kanan. Jika dilihat dari atas terbentuklah huruf "Mim, Ha, Mim dan Dal"
Sebelum nak baring tu, baca le surah Al Ikhlas, An Nas dan Al Falaq dan tiup kat tapak tangan dengan syarat ludah dan sapu kat seluruh badan diulang sebanyak 3 kali ye. Berzikir dengan zikir Fatimah iaitu Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahuakhbar 34x, dan juga ayat Kursi 3 kali agar malaikat melindungi diri, rumah dan kampung kita. Pas tu baca le doa tidur : "Bismikallahumma ahyaa wa amuut"
Sebaik-baiknya juga pakai le minyak wangi, 1 drop ke, minyaki rambut dengan minyak zaitun, bermiswak dan bercelak..
Semasa Tidur
Jika dalam tidur bermimpi dengan mimpi yang baik ucapkan Alhamdulillah dan doa agar mimpi itu jadi kenyataan, jika mimpi yang tak baik Istiqfar dan syarat ludah sebelah kiri, jika mimpi buruk tu berulang, alihkan tempat tidur. Kalau dah terbangun tengah malam, sebaik-baiknya solah sunat tahajud ke, hajat ke, taubat ke, witir ke dan banyak lagi.. sekurang-kurangnya 2 rakaat. Jadikan ia sebagai kewajiban untuk kita, solah malam ni merupakan perjalanan bagi orang yang soleh, memberi kesan yang baik untuk kesihatan dan banyak lagi faedahnya dunia dan akhirat, cuba le dulu..
Lepas tu boleh le baca Al Quran sebelum solah subuh dan mandi le sekali, sebaik-baiknya sebelum solah subuh baik untuk kesihatan.
Selepas Tidur
Terbangun sahaja dari tidur, duduk dulu, baca doa bangun tidur : "Alhamdulillahi lazii ahyaanaa ba'da amaatanaa wa ilayhin nusyuur". Lepas tu bangun, ambil wudhuk untuk ke masjid atau surau..
Mudahkan..tapi cuba le dulu. Dan jika ada-ada yang terkurang tu, boleh lah tolong tambah-tambahkan dan tersilap tu perbetulkan ye...
No comments:
Post a Comment