Wednesday, October 14, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 9
SYARI'AT DAN TARIQAT ADALAH SATU TIDAK TERPISAH


         Hadis tersebut telah dicatatkan oleh Imam Muslim r. 'alaihi di dalam sahihnya yakni Kitabul Iman. Kandungan di dalam hadis tersebut menyatakan bahawa manusia-manusia yang berpergian ke sana ke mari dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam cuba berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk membina bangunan yang tinggi.
(Jilid 1, ms 29)
      
  Banyaklah perkara ilmiah yang dapat diambil daripada hadis-hadis tersebut:
         1.  Iman, Islam dan Ihsan yang pada masa sekarang ini orang-orang menamakannya sebagai Syariat, Tariqat dan Haqiqat sebenarnya adalah satu dan sama, tidak terpisah-pisah lalu ada tembok-temboknya masing-masing yang tidak boleh tembus-menembusi. Sesiapa yang memisah-misahkannya sebenarnya telah menyesatkan manusia. Mengenakan pakaian berwarna merah, kuning dan kuning tua maka penyamun dan kumpulan perompak ini lalu memusnahkan iman orang ramai. Mereka menyesati manusia.
         Mereka sibuk dengan merokok, marijuana(dadah), menghisap hasyis serta perlakuan-perlakuan seksual dan amalan-amalan lucah, bukannya menunjukkan amalan-amalan terhadap solat, berpuasa, haji dan amalan-amalan agama. Secara ini mereka menghina Islam dan Iman(untuk ini sila baca kitab saya bertajuk "Aqaid Islam"(Akidah Islam)(Jika diizinkan Allah akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu). Melalui pembacaan begini aqidah anda akan dapat diperbetulkan, lalu dapat membentuk kecintaan dan perhubungan anda dengan Allah Ta'ala.
         Pengetahuan kamu mengenai Zat dan SifatNya akan bertambah dan hakikat kerasulan dapat tersemai di hati kamu. Jalan manakah yang perlu kita cari? Untuk memperolehi petunjuk bagi perkara ini hanya melalui pengkajian terhadap Al Quran dan Hadis. Ketakutan terhadap Allah akan wujud di dalam hati dan keyakinan anda terhadap maut akan menjadi mantap, dunia yang bersifat binasa ini akan tertanam di dalam jiwa, kebangkitan semula manusia dan penghadiran diri di hadapan Allah akan bertakhta di hati sanubari. Keyakinan terhadap azab dan balasan pahala, syurga dan neraka tetap utuh dan padu.
        Dengan keyakinan yang begini kamu akan mendapat rahmat dan kekuatan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban agama secara zahiriah seumpama Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Apabila anda melaksanakan hak Allah maka anda akan berusaha pula untuk menunaikan hak manusia serta memperindahkan, menyempurna dan menghiasi perlakuan kamu dalam perlaksanaan amalan-amalan tersebut.
         Inilah yang dikatakan Ihsan(yakni usaha kita memperindahkan amalan itu seolah-olah Allah melihat akan perbuatan kita). Tetapi setengah-setengah orang cuba mengasingkan antara Syariat dan Haqiqat tetapi diri dia menghisap caras(sejenis dadah atau ganja), menghisap candu dan melakukan zina. Apabila mereka meninggalkan solat dan puasa, sebenarnya mereka terkeluar daripada benteng iman.
        Pada keadaan yang sebenarnya, Iman, Islam dan Ihsan adalah satu dan sama. Dengan alasan inilah Imam Bukhari r. 'alahi telah meletakkan tajuk di atas hadis tersebut.
        "Jibrail 'alaihissalam bertanya mengenai Iman, Islam dan Ihsan dan Rasulullah s.a.w menjawab bahawa. "Jibrail 'alaihissalam telah datang untuk mengajarimu akan agamamu". Semua perkara ini digolongkan di dalam perkataan 'Ad-Din"(agama).
                                (Bukhari, Jilid 1, ms 12)
         Maka jelas terbukti daripada pendapat Imam Bukhari bahawa kepercayaan dan segala perbuatan zahiriah seperti Solat, Puasa, Zakat dan Haji membentuk "Ad-Din"(agama) dan mereka yang cuba memisah-misahkannya adalah bersalah.
         2.  Jika ajaran Rasulullah s.a.w dituruti, maka urusan dunia akan bertambah baik. Jika pengajaran Al Quran dan Hadis ditinggalkan, maka urusan duniawi akan turut musnah. Maka persoalan keempat selepas Ihsan ialah Kiamat kerana segala sesuatu setelah sampai kepada tahap kesempurnaan dan mencapai puncak akan mulalah meniti jalan penurunannya. Walaubagaimanapun kedapatan juga batasan semasa proses penurunannya.
         Apakala penurunannya mencapai batasan yang terakhir maka muncullah Kiamat.
        Maksud Kiamat di sini ialah dengan perintah Allah, maka bumi, langit, matahari, bulan akan berhenti berfungsi. Hasilnya segala benda bernyawa dan tidak bernyawa akan hancur berkecai. Guruku yang mulia Maulana Ibrahim Baliavi r. alaihi yang telah merujuk kepada gurunya yang alim dan terkenal Syaikhul Hind(Mahmudul Hasan) telah berkata ketika mengajar Sahih Muslim :
        "Kamu(pelajar-pelajar) mungkin berfikir bahawa persoalan Kiamat selepas Iman, Islam dan Ihsan tidak ada hubungkait secara langsung. Tidaklah begitu halnya. Sebenarnya ada hubungkait, bersatu dan berkait rapat di antara keempat-empatnya. Kemudian berkata Syaikhul Hind :
         "Di dalam dunia ini terdapat benda-benda yang berfungsi besar dan kecil. Ada cahaya, pentas, letrik, bulb,salur cahaya, pembesar suara dan sebagainya. Tetapi apabila acara ini berhenti, dan segala benda yang berharga ini diambil, maka persiapan untuk acara ini akan terhenti".
          Begitulah juga halnya dengan alam semesta ini. Apabila maksud dunia ini yang dihiasi itu tamat, maka berkecailah dunia ini menjadi berkeping-keping. Maka persoalan mengenai Kiamat adalah wajar kerana wajar kerana setiap perkara yang telah menuju kepada anti-klimaks, penurunan, kereputan dan kejatuhan selepas setiap klimaks(puncak) apabila mereka mencapai titik yang paling ke bawah sekali, maka terjadilah Kiamat.
(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...