Bab 10
HAMBA PEREMPUAN AKAN MELAHIRKAN TUANNYA
Cuba renungkan kenyataan ini bahawa hamba perempuan akan melahirkan tuannya dan pemgembala unta akan membina bangunan-bangunan yang tinggi, yakni orang yang tidak mempunyai apa-apa kemuliaan di sisi masyarakat. Kenyataan ini terdapat di dalam hadis Imam Bukhari.
Orang-orang yang tidak berkebolehan dan tidak layak, yang tidak mempunyai pakaian dan kasut untuk dipakai akan muncul dengan kemewahan. Lantaran kurang berkebolehan dan kebijaksanaan mereka tidak menunaikan hak harta tersebut. Maka dihamburkannyalah harta tersebut untuk tujuan penipuan, tunjuk-menunjuk dan kebanggaan. Daripadanya mereka membina pula bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi.
Justeru kesombongan yang mula wujud maka terceburlah mereka di dalam kancah kemaksiatan dan tipu daya. Anak-anak lelaki dan perempuan mula menderhakai kedua-dua ibubapa mereka. Perkara yang penuh bermakna bagi seorang anak ialah bahawa mereka mentaati kedua ibubapa mereka dengan cinta dan penghormatan. Anak perempuan yang tinggal 24 jam bersama-sama ibunya sepatutnyalah menanggung sedikit rasa keperitan dan penanggungan ibunya, kerana boleh dikatakan si ibu tadi menolonginya di adalam semua kesusahan yang dihadapinya, semasa dia di dalam pantang dan juga melihat kepada anaknya yang baharu lahir(cucunya).
Tetapi berlakulah putaran alam dan peraturan duniawi bertukar wajah begitu cepat sehinggakan anak-anak perempuan akan melayani ibunya seumpama seorang tuan yang melayani hambanya yang miskin(secara mengherdik). Apa yang telah terjadi pada hari ini? Lihat sahajlah anak-anak gadis keluaran sekolah-sekolah tinggi da kolej-kolej dan juga mereka yang berkerja menjadi pembantu-pembantu kedai. Kehidupan mereka begitu bebas dan tidak berakhlak lagi. Mereka telah buangkan aruah mereka dan menjadi tidak bermalu lagi. Kepala mereka tidak dilitup lagi dan tidak mahu lagi pakaian menutupi dada mereka.
Wanita-wanita moden bercakap terhadap ibu, nenek dan makcik-makcik mereka seperti seorang tuan mengherdik hamb perempuan yang miskin. Jika ada kata-kata dipercakapkan kepada anak-anak perempuan ini lantas mereka menjawab dengan penuh keangkuhan dengan nada sombong. Apabila si ibu meminta ditolongi di dalam kerja-kerja rumah, jawaban mereka ialah saya mahu ke pasar atau mahu menyediakan kerja-kerja rumah atau mereka telah berjanji dengan sekian-sekian kawan untuk menonton filem. Sebaliknya mereka pula menyuruh ibu mereka membuat kerja-kerja rumah, memasak dan ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan.
Di dalam hadis kedua, terdapat perkataan Rabb yang bermaksud si ibu akan melahirkan tuannya vdan si anak lelakinya akan melayani bapanya sepertimana seorang tuan melayani seorang hamba atau suruhannya. Jikalau kedua-dua orang tuanya menyuruhnya menyertai di dalam kerja-kerja rumah tangga atau berakhlak mulia dan menurut peraturan-peraturan masyarakat lalu diengkarinya.
Sebaliknya pula dia dengan beraninya menyuruh bapanya membuat sekian-sekian kerja untuknya. Jikalau si bapa menyuruhnya pergi ke masjid untuk bersolat atau ke madrasah untuk belajar atau keluar mengikut jemaah dakwah untuk membaiki diri dan mendengar bayan-bayan mereka, maka si anak tadi akan menjawab kepadanya seperti seorang tuan menghadapi hamba suruhannya. Tidak kiralah samada anak perempuan atau anak lelaki akan melayani ibubapa mereka seperti hamba sahaya.
Maksud dan makna daripada apa yang digambarkan oleh hadis ini ialah sistem famili, unit dan qariah, sistem hidup bandar dan negara akan menjadi huru-hara kerana tampuk kuasa pemerintahan akan berada di dalam tangan mereka yang pernah menjadi pengembala-pengembala kambing dan unta dan pernah ke sana ke sini tanpa pakaian dan berkaki ayam. Tampuk kuasa akan terjatuh ke tangan orang-orang yang rakus dan lapar yang mata mereka hanya tersorot ke arah wang dan harta.
Masing-masing akan berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk membina bangunan yang tinggi melangit dan juga kilang-kilang pengeluaran. Persolan rezeki halal dan haram tidak diambil perkiraan lagi. Maka kesan daripada bangunan yang tinggi-tinggi, makanan, minuman dan pakaian haram akan pastilah tampak jelas. Orang ramai akan bersangatan bimbang dan tersasar maka tibalah Kiamat.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment