Bab 15
TANDA KETIGA YANG BESAR YANG TELAH WUJUD
Ini adalah mengenai jihad orang-orang Islam terhadap bangsa Turki. Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa salah satu alamat kiamat ialah kamu akan berperang dengan orang yang berkasutkan rambut. Dan juga menjadi pertandaan kiamat bahawa kamu akan berperang dengan orang yang berwajah luas, pipi merah dan hidung leper, sedangkan mulut mereka adalah seumpama lapisan kulit yang melekat satu sama lain.
Di dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa : "Tidak akan muncul kiamat selagi kamu tidak berjihad menentang orang-orang Turki yang bermata kecil, berpipi merah dan hidung leper dan mulut mereka seumpama lapisan kulit yang dihampar ke atasnya dan tidak akan muncul kiamat selagi kamu tidak berperang dengan orang yang sandalnya diperbuat daripada rambut."
(Bukhari : Jilid 1, ms 410)
Dan tajuk yang diletakkan oleh Imam Bukhari r. 'alaihi ke atas hadis ini : "Mengenai mengisytiharkan jihad terhadap orang-orang Turki."
Di dalam hadis sahih Muslim dikatakan bahawa kiamat tidak akan muncul selagi kamu tidak mengsiyiharkan perang jihad terhadap orang-orang yang pakaiannya diperbuat daripada rambut (bulu).
(Jilid 2, ms 395)
Orang-orang yang dimaksudkan oleh hadis untuk berjihad terhadapnya itu sebagaimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w ialah orang-orang Tartar yang menyerang dari arah Turkistan lalu menyapu bersih dunia orang-orang Islam sebagai bala yang diturunkan. Segala yang diperkatakan di dalam hadis tersebut terdapat pada orang-orang Turki. Bala bencana yang menimpa orang-orang Islam ini berlaku pada tahun Hijrah 656 yang menyebabkan rebahnya Khalifah Bani Abbas di Kota Baghdad dengan penuh kehinaannya. Di dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan, sebahagian besar penduduk mati - satu gambaran pembunuhan yang amat dahsyat termasuklah juga Khalifah Al Mu'tasim Billah.
Imam Nawawi r. 'alaihi penafsir hadis Sahih Muslim yang telah menyaksikan peristiwa ini dengan mata kepalanya kerana beliau hidup di antara 631 - 676 Hijrah menjadikan hadis tersebut di atas sebagai berikut : "Pemberitahuan peristiwa hadapan ini adalah merupakan mukjizat Rasulullah s.a.w kerana peperangan menentang orang-orang Turki sebenarnya terjadi. Segala apa yang diberitahu mengenai sifat-sifat mereka ada pada diri mereka : mata kecil, pipi merah, hidung penyek (leper), muka lebar dan pakaian dan sandal mereka diperbuat daripada rambut (bulu). Pada zaman kitapun masih ada lagi sifat-sifat mereka begini.
Orang-orang Islam berperang dengan mereka di beberapa medan pertempuran dan masih lagi berterusan. Kita berdoa ke Hadrat Allah semoga hasilnya baik bagi orang-orang Islam dengan rahmat Allah ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w yang tidak menyatakan sesuatu menurut hawa nafsunya.
(Muslim : Jilid 2, ms 395)
Rasulullah s.a.w telah membuat jangkaan mengenai peperangan dengan orang-orang Turki dan sebenarnyalah telah berlaku. Menurut sejarah bahawa begitu banyak sekali darah oran-orang Islam yang mengalir sehingga menakutkan orang ramai. Orang-orang lelaki Islam bergementar tubuh mereka apabila melihat wanita-wanita Turki. Banyak cerita yang mengatakan bahawa walaupun 12 - 14 orang-orang Islam bertemu dengan wanita Turki, dia lantas menyuruh mereka berhenti sehinggalah dia kembali ke rumahnya mengambil pedang membunuh mereka atau dia akan menyuruhnya turut mengikutinya sehingga ke rumahnya. Setelah pedang diambil, orang itu akan disuruh membongkok seperti keadaan mereka ruku' di dalam solat. Apabila sahaja mereka membongkok, lalu dipancungnya orang itu.
Tetapi terhadap orang ini Allah telah mengurniakan Iman dan Islam. Semua orang Turki memeluk agama Islam. Di dalam Fathul Bari, sejarah telah membuktikan bahawa ada tiga bangsa di dalam dunia ini yang secara keseluruhannya memeluk agama Islam yakni orang Arab, Turki dan Afghan.
(Jilid 3, ms 438)
Maulana Saiyid Anwar Shah Kashmiri r. 'alahi menulis bahawa jikalau adalah salah seorang daripada bangsa ini yang bertukar menjadi murtad, maka sudah tentulah mereka telah berbuat demikian. Tetapi kesemua mereka tetap berpegang terus kepada agama Islam.
Ada pelajaran yang perlu diambil bagi semua orang Islam. Orang yang mejadi musuh orang-orang Islam yang telahpun mensyahidkan beribu-ribu orang Islam, tidak puas dengan itu, lalu membakar beribu-ribu buah pepustakaan sehingga berjuta-juta buah kitab hangus menjadi abu, lalu bangsa yang sama ini telah digunakan untuk memelihara dan mempertahankan Al Quran dan diberi pula hidayah. Kepada mereka juga diberikan suatu tanggungjawab menjaga kedua-dua bandar suci Mekah dan Madinah (Haramain wa syarafain) selama 700 tahun. Maksud saya di sini ialah untuk menunjukkan tanda-tanda menjelang kiamat.
Jadi, daripada apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w, jika orang-orang Islam tidak menentangi dan berperang dengan orang-orang Turki ini maka kiamat tidak akan muncul. Tetapi orang-orang Islam ada yang berperang menghadapi mereka, maka kiamat akan muncul. Sudah hampir 700 tahun lebih sekarang ini selepas berlakunya tanda kiamat di atas.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment