BAB 27
MENGENAI PERBALAHAN DAN SIKAP BERPUAK-PUAK DI KALANGAN ORANG-ORANG ISLAM
Sa'ad r. 'anhu berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tatkala aku memohon doa kepada Allah Ta'ala mengenai tiga perkara bagi umatku, Allah Ta'ala hanya menerima dua permintaan sahaja daripadanya sedangkan yang lagi satu Dia menolaknya. Aku berdoa agar umatku ini tidak mati kelaparan. Semoga tidak diturunkan kebuluran sehingga semuanya mati kerananya. Doa untuk ini diperkenankan.
Doa yang kedua ialah "Ya Allah ! Janganlah diberikan kuasa dan kekuatan kepada mana-mana puak kafirin dan musyrikin (Yahudi dan Nasara) yang membolehkan mereka berkuasa ke atas umatku lalu membunuh dan membinasakan.
Doa ketiga ialah "Ya Allah ! Janganlah umatku berselisih dan berbalah di antara satu sama lain." Tetapi doa yang ini tidak diperkenankan. Allah Ta'ala enggan menerimanya."
(Ibn Hibban)
Di dalam Tibrani terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Samurah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. memohon empat perkara yang hanya tiga perkara yang diterima kecuali doa agar umat tidak berselisih dan bertelingkah di antara sesama mereka. Doa keempat yang diterima ialah supaya seluruh umat tidak akan tersesat dan bersatu di atas kesesatan.
(Tibrani)
Berfirman Alalh Ta'ala di dalam Al Quran :
"Katakanlah : "Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu dari atas kamu, atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merosakkan kepada sebahagian kamu dengan keganasan sebahagian yang lain."
(Al An'am : 65)
Dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa azab ini sangat mudah. Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran akan kemurkaan Allah s.w.t. di dalam ayat di atas yang diturunkan dari atas atau dari bawah bumi dalam bentuk gerak gempa. Justeru Rasulullah s.a.w. pun berdoa :
"Aku berlindung daripada kemurkaanNya yang mungkin datang dari atas atau dari bawah bumi."
(Bukhari : Jilid 11, ms 666)
Maka sayugianyalah orang-orang Islam merenung perkara ini. Apabila timbul perbalahan di antara parti da kumpulan yang berbeza-beza maka pada pandangan orang-orang biasa, mereka mengatakannya sebagai rahmat!
Memang ada Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Perselisihan di kalangan umatku merupakan rahmat."
(Hadis)
Tetapi jika perselisihan itu bersangkut paut mengenai sikap mementingkan diri, tamak haloba dan keuntungan diri sendiri maka ini bukanlah rahmat.
(Bersambung...)
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment