BAB 24
PERKARA DI ATAS TELAH BANYAK DIBICARAKAN DI DALAM TULISAN
Sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang ini sentiasa ada satu golongan yang menafikan kedudukan Hadis sebagai sumber hukum dan sebagai hujjah. Perintah-perintah kewajiban solat, haji dan zakat telah dinyatakan di dalam Al Quran tetapi keterperincian solat daripada takbiratul ihram sehingga ke akhirnya telah didapati daripada sumber Hadis.
Demikian jugalah perintah-perintah mengenai haji dan umrah telah dinyatakan di dalam Al Quran tetapi keterperinciannya sejak memakai ihram sehinggalah menanggalkan ihram adalah diambil daripada Hadis. Maka jika dakwaan golongan ini dipercayai maka runtuhlah kewujudan dan kebenaran Islam itu sendiri.
Maka dengan itu Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sebagaimana hukum haram dan halal telah ternyata di dalam Al Quran maka begitulah juga ia disahkan melalui kenyataan dan perbuatan seperti mana yang Allah Ta'ala sendiri berfirman di dalam Al Quran : "Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan dia tiada berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri. Perkataannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibrail a.s.) yang sangat kuat."
(Surah Najm : 2-5)
Maka bukan sahaja dikatakan Hadis, malahan segala perbuatan Sahabat-sahabat yang diketahui oleh Rasulullah s.a.w. lalu baginda diam tanpa melarangnya itupun adalah dianggap sebagai Hadis dan menjadi sebagai hujjah.
Dengan alasan inilah Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa orang-orang yang sentiasa kekenyangan dan pencinta-pecinta makanan yang hidup di dalam serba keselesaan, serba kemas dan mewah sambil bersandar pada bantal-bantal empuk dan mahal janganlah mabuk dengan kemewahan mereka lalu menafikan akan "Sunnahku" kerana mereka seharusnya menjalani hidup mereka dengan Sunnah. Di dalam perihal makanan dan minuman, pakaian, adab dan akhlak semuanya mestilah tertakluk kepada Sunnah. Hanyalah orang yang sedemikian yang telah mabuk dengan kemewahan mereka, menjalani hidup menuruti nafsu serakah dan kebinatangan yang akan menolak Sunnah.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment