Friday, November 13, 2009

Meniti Debaran Zaman

Bab 21
AKAN WUJUD PEROMPAK-PEROMPAK KEIMANAN YANG AKAN MEROMPAK IMAN SECARA SOGOKAN WANG - AKAN WUJUD SEGALA MACAM ANGKARA.
         Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setelah kewafatanku, akan muncullah pemerintah-pemerintah yang apabila kamu ikut akan mereka, mereka akan menjadikan kamu kafir, tetapi jika kamu menentang, tidak taat kepada mereka, maka kamu dibunuhnya. Mereka akan menjadi ketua bagi orang-orang kafir dan pemimpin bagi orang-orang sesat."
        
Saksikanlah akan keadaan ini. Samada ia merupakan vasektomi atau tubetomi, perancang keluarga atau apa-apa kenyataan dan rayuan untuk mengundi atau apa sahaja gerakan yang bertentangan dengan syariat, maka itu adalah haram.
         Kamu dikehendaki memberikan kenyataan atau menulis sesuatu rayuan atau suatu makalah untuk menyokongnya, jika apa yang kamu perbuat bertentangan dengan Al Quran, maka kamu akan terkeluar daripada ikatan iman. Tetapi jika kamu tidak merayu atau menulis menyokongnya maka lantaran itu akan menimbulkan permusuhan dan pertentangan, maka kamu akan mendapat surat-surat ancaman untuk membunuh kamu.
         Bacalah pula hadis yang lain, bahawa Allah Ta'ala memulakan pengurusan ini melalui kenabian dan RahmatNya. Kemudian, muncullah pula pengkhalifahan dan Rahmat, kemudian diikuti sistem beraja yang terlibat di dalam kesibukan mendirikan bangunan, pembunuhan manusia dan mereka menjadi sombong angkuh lagi rasuah. Mereka menghalalkan perzinaan, arak dan sutera tetapi AllahTa'ala masih terus memberikan rezeki kepadanya.
(Baihaqi)
         Cuba renung dan fikirkan ke atas setiap perkataan. Lihatlah apa yang kita hadapi sekarang ini!
         Telah diriwayatkan daripada Thauban r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila sahaja pedang telah dihunus terhadap umatku (yakni umat telah bertembung di dalam pertelagahan dan perkelahian), maka pedang itu tidak akan disarung kembali sehingga ke Hari Kiamat."
(Tirmizi)
         Rasulullah s.a.w. telah memberitahu bahawa akan tiba masanya tidak lama lagi akan berlaku segala macam keburukan.
(Jami'ul Saghir)
         Orang buta tidak dapat melihat, yang pekak tidak dapat mendengar, yang bisu tidak dapat berkata-kata, maka keburukan dan angkara yang datang itu menjadikan orang sedemikian tidak dapat memahami kejadian-kejadian tersebut. Kebolehan dirinya untuk membezakan di antara yang hak dan batil telah terhakis samada sekali. Walaupun dia berkebolehan memahami, tetapi lantaran sifat mementingkan diri sendiri telah menjadikan lidahnya  kelu tidak dapat bersuara lalu membisulah dia seribu bahasa. Inilah yang sedang kita saksikan sekarang ini.
          Terdapat di dalam kitab Abu Daud bahawa pada suatu ketika lidah ini akan berfungsi sebagaimana pedang.
          Diriwayatkan oleh Abu Huzaifah r. 'anhu bahawa suatu ketika akan datang di mana tidak ada sesuatu yang terlebih berharga daripada tiga perkara :
          1. Dirham (wang) yang diperolehi secara halal;
          2. Sahabat yang karib; dan
          3. Sunnah yang diamalkan.
(Tibrani)
          Umamah r. 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada akhir zaman akan ada polis yang akan bangun pagi berserta dengan kemurkaan Allah dan yang akan berada pada petangnya dengan ketidaksukaanNya, maka selamatkanlah dirimu dari meletakkan kepercayaan kepada mereka."
(Tibrani)
          Di dalam Hadis yang lain dikatakan bahawa akan muncul raja-raja yang suka membuat angkara buruk (serangkaian ketua-ketua yang angkara dan durjana). Akan ada sekumpulan orang yang meluru di depan pintu-pintu mereka, walaupun kamu hanya menyuruh untuk duduk. Apa sahaja yang mereka berikan, maka tahulah mereka daripadanya  tahap iman dan agamamu samada dapat ditukar ganti dengannya.
(Tibrani Kabir)
          Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa akan tiba suatu masa di mana seoarang itu tidak lagi memperdulikannya itu daripada sumber yang halal atau tidak halal.
(Nasa-i)
(Bersambung...)

  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...